Friday, November 13, 2009

PAS Kata Bai'ah Talak Tiga Salah? Eh... Dah Tanya TG Nik Aziz Belum?

Saya tahu PAS mengamalkan bai'ah talak 3, bukan dari YB Khalid Samad, tetapi dari seorang Ahli Perlimen dari Kelantan. Semasa beliau menjelaskannya, ada pemimpin atasan PAS yang turut hadir mengangguk setuju. Maka, saya merasa agak terkejut apabila melihat 'spin' dari Datuk Mustafa Ali yang kononnya PAS tak pernah buat kerja bai'ah ini.

Sebenarnya, walaupun saya tak setuju dengan perilaku lazim PAS menjelang pilihanraya tersebut, ada hikmahnya kerana:
  1. Ia menjadi suatu lagi bukti sah yang PAS mengalatkan agama untuk politik. Ia mengesyorkan jurublog ini bahawa pilihannya untuk tidak menyokong PAS kerana takut terpesong perjuangan adalah betul.

  2. Ia mengesyorkan bahawa intipati perjuangan PAS sebenarnya tidaklah begitu kuat berpaut di hati walau pemimpinnya yang cukup hebat sehingga boleh menjadi calon pilihanraya sehingga memerlukan bai'ah sedemikian. Maka adalah harapan untuk kita memikat ahli PAS walau betapa tinggi jawatan pun untuk kembali ke arus asal perjuangan UMNO. (PAS kan serpihan...)

  3. Ia memberi tanda kepimpinan PAS sendiri tidak yakin akan kualiti calon-calon pilihanrayanya. Kalau begitu, apakah patut mengundi menaruh kepercayaan kepada mereka? Apakah 'bai'ah' wakil rakyat PAS terhadap Rakyat lebih diperlukan.

  4. Bai'ah seperti ini lambat-laun akan melalaikan PAS terhadap kesetiaan pemimpinnya, sehingga suntikan semangat perjuangan sebenar mungkin diabaikan. Contoh terbaik adalah YB Khalid Samad sendiri yang kini lebih merupakan wakil rakyat DAP dari PAS! Padahal yang berjawatanlah patut selalu diperingati...

  5. Pendedahan penyelewengan fungsi deen Islam ini parti akan menggoncang persepsi rakyat, terutama sekali masyarakat Islam, walau yang makan-minum-tidur berpaksikan PAS, terhadap segala aspek parti tersebut; baik dakyah kewujudannya langsung terhadap kewibawaan pemimpinnya... Buktinya? Spin Datuk Mustafa Ali kan untuk menangani masalah ini?

  6. dll

  7. dll

  8. dsb...

Namun walau ada pelbagai hikmah yang melemahkan PAS dari amalan Bai'ah ini, memanglah bagus ia didedahkan sekarang, malah ahlinya haruslah berterima-kasih kepada UMNO, BN serta barisan jentera medianya kerana menegur secara bertubi-tubi agar PAS kembali ke jalan benar. Ini kan tanggungjawab sesama Islam, dan mungkin dengan cara ini, UMNO juga dapat menunjukkan kepada PAS bagaimana seteru harusnya tegur-menegur, tanpa perlunya kafir-mengkafir...

Dari segi tokoh, 'spin' Datuk Mustafa Ali juga mengesyorkan pengamat sejarah ini bahawa mungkin ada harapan beliau menyertai UMNO suatu hari nanti. Beliau sendiri mengakui kesalahan PAS dengan menidakkan bai'ah ini, maka mungkinkah Datuk Mustafa juga akan mengikut jejak langkah bekas Presiden PAS, arwah Datuk Asri Muda, yang sempat menyertai UMNO sebelum meninggalnya sebagai petanda maafnya dari dosa PAS mengkafirkan UMNO pada zaman kepimpinannya.

Eh, tapi... Datuk Mustafa dah periksakah dengan TG Nik Aziz tentang hal ini? Soalnya, kerajaan TG dah memastikan bai'ah ini 'halal', setidak-tidaknya di negeri Kelantan, melalui Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002. Malah, akhbar pro-Pakatan Sinar adapun mendedahkan betapa 'halal'nya bai'ah sebegini menurut Mahkamah Syariah Kelantan.

Eh, tapi ini mengelirukan... kalau mahkamah syariah TG Nik Aziz khabar bai'ah ini 'halal', kenapa Datuk Mustafa rancak sekali dengan 'spin'-nya? Janganlah sampai patah harapan TG Hj Hadi agar selesai perkara dengan timbulnya kekeliruan baru antara dua paksi PAS lagi!

Saya mengharap Datuk Mustafa dan pemimpin-pemimpin PAS lain yang insaf selamatlah dari dalang-dalang yang menusuk nista, fitnah dan benci ke telinga TG Nik Aziz sekarang. TG Nik Aziz pun anak buah ulama utama yang membawa PAS masuk BN dahulu, TG Hj Mat Nur Teliar, TG Hj Mat Nur Selising dan TG Hj Umar Daud kan? Mungkin ada pemumpin PAS yang ikhlas serta insaf mahu memperingati beliau yang ketiga-tiga ulama ini arwahnya sebagai ahli UMNO...

3 comments:

zulkifli said...

wahai budak Acheh mentah...diminta adik jangan buat komen dengan benda yang tak berkenaan dengan hidup adik (adik ada buat itu sumpah ke?) atau parti adik.

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...

Wahai Zulkifli yg tak berani dedah profil diri. Terima kasih atas dorongan sdr... walau fakta tiada...

Tazkirah Harian said...

Kalau benar2 ada pun baiah seumpama ini, setidak-tidaknya nilai Isteri sebagai suri di angkat martabatnya. Di junjung mulia nilai sebuah rumah tangga.

Kalau sebelum nie, kita menggunakan nama Allah dan Rasul sebagai sanjungan dalam Bai'ah kita sebagaimana doa iftitah, kekadang kita dengan mudah melanggar baiah tersebut.

Pada firasat hamba yang hina di sisi Allah, ini berlaku kerana manusia tak nampak nilai Allah dan Rasul dalam diri mereka. Kalau letak Isteri sebagai galang ganti, masih tak nampak-nampak jugak. Itu tandanya, kita sebagai manusia memang lalai dengan amanah yang ada di hadapan kita.

Tangential Malay Search Results