Wednesday, June 23, 2010

DS Najib Diancam Kredibiliti Kerajaannya Walau 'Mudah' Penyelesaiannya

Saya kehairanan apabila membaca serangan jurublog ke atas Datuk Mohd Bakke Salleh apabila perlantikannya sebagai CEO baru Sime Darby diumumkan. Pelbagai sebab diberi dan aneka alasan dipakai untuk membuktikan beliau tidak sesuai. Namun, apabila ditanya kawan-kenalan tua-muda dari sektor korporat serta kepimpinan politik, amnya Datuk Bakke digambarkan sebagai seorang yang berwibawa dan dihormati baik kerana pencapaiannya mahupun keperibadiannya!

Jadi apakah mungkin di sebalik bantahan ke atas Datuk Bakke? Mungkin masalahnya bukan Datuk Bakke sendiri, tetapi persepsi buruk jurublog, mahupun rakyat amnya, terhadap kerajaan DS Najib kini, khususnya apabila memilih para pemimpin untuk mengurus-tadbir badan-badan korprat serta ekonomi berkaitan dengan kerajaan, seperti 'GLC'.

Dari mana datangnya persepsi buruk ini? Pada hemah jurublog, imej pentadbiran ini terjejas kerana kegagalan kerajaan menghukum atau menangani dengan telus salah-laku, penyelewengan serta, lebih buruk lagi, prestasi lembap yang dipaparkan oleh lantikan-lantikan kerajaan ke kepimpinan GLC. Malah, ada pula pemimpin GLC yang dibiar berleluasa sesudah mengaut untung peribadi dan lari pada zaman Pak Lah dahulu.

Pasti akan ada yang terus menyatakan, bagaimana dengan pemecatan DS Ahmad Zubir Murshid dari Sime Darby tempohari? Tak teluskah? Jurublog berpendapat bahawa, bukan sahaja pemecatan beliau terlalu lewat, tambah pula tak cukup sekadar beliau sahaja dihukum! Lembaga Pengarah Sime Darby, termasuklah Pengerusinya, Tun Musa Hitam, semua patut menangguh padah sama kerana membenarkan keadaan melarat begitu lama di bawah DS Zubir!

Malangnya untuk pentadbiran DS Najib, Tun Musa Hitam diberi peluang untuk mengumumkan perlantikan Datuk Bakke! Pengumuman dilakukan sewaktu kewibawaan Tun Musa dalam memimpin Lembaga Pengarah Sime Darby masih dipersoalkan, sekaligus mencemarkan keputusan untuk melantik Datuk Bakke! Malah, kerajaan DS Najib akan mendapat lebih kredibiliti dengan mengumumkan perletakan jawatan Tun Musa dari Lembaga Pengarah Sime Darby pada masa itu!

Salah langkah seperti ini melaratkan suasana, tetapi punca hilangnya kepercayaan rakyat terhadap keputusan korprat kerajaan adalah dari salah-laku yang lepas, baik di arena pentadbiran amnya, tetapi berhubung-kait dengan pengurusan GLC. Skandal BII-Maybank di mana Khazanah 'tertipu' sehingga merugikan negara sambil memperkayakan Temasek serta individu tertentu di negara-negara jiran hanya satu contoh di mana salah-laku tak terhukum.

Lebih buruk lagi, rakyat yang juga merangkumi ahli dan prefesional di sektor korprat semakin mual melihat mereka-mereka yang terlibat menjahanamkan kewangan GLC, yakni kekayaan negara-bangsa, masih lagi berkedudukan, malah diberi ganjaran lagi!

Ramai yang tidak hairan apabila TS Amirsham Aziz gagal memimpin pasukannya di NEAC untuk menggubal Model Ekonomi Baru yang boleh diterima-pakai oleh Rakyat. Malah ramai juga yang bertanya kenapa TS Amirsham diberi kepercayaan besar seperti itu memandangkan beliaulah 'kuda korprat' yang ditunggang arkitek skandal BII-Maybank dari Khazanah! Mungkinkah itu ganjaran dari beliau dijadikan 'kuda korprat'. Tetapi beliau dilantik oleh pentadbiran DS Najib...

Tak cukup sudah desakan hukuman dijalankan ke atas ikon-ikon korupsi untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN. Tak kiralah bertapa salahnya laku kerajaan Pakatan, tak pedulilah yang mungkin kes Datuk Norza Zakaria tak patut dibawa ke pengadilan sekalipun, kini Rakyat sudah mula menolak keputusan BAIK kerajaan, seperti perlantikan Datuk Bakke, kerana kewibawaan kerajaan BN semakin punah!

Mungkin inilah masanya DS Najib menunjukkan kepimpinannya bukan sahaja sebagai penyatu-padu antara rakyat berbilang kaum, tetapi juga keberanian beliau mencantas lalang-lalang dan kulat yang kian mereputkan kewibawaan kerajaan beliau... sebelum terlambat...

3 comments:

kluangman said...

Sangat setuju.

Sindrom salah kaedah dalam pendekatan menyelesaikan masalah dari era Paklah kini terbawa ke zaman Najib.

Di era Paklah, jika di awal awal lagi, UMNO dan Paklah memberi tunjuk hormat sewajarnya kepada Tun Dr Mahathir sebagai mentor, sudah tentu hari ini Paklah masih menjadi PM dan Presiden UMNO serta PRU12 yang lalu wajar menang dengan penuh cemerlang, terbilang dan gemilang, tapi apakan daya, nasi sudah jadi bubur.

Najib bukan sahaja masih dibebani dengan persepsi yang sama walaupun dapat menyingkirkan sebahagiannya tetapi Najib sendiri menambahnya lagi dengan beberapa keputusan yang kurang pemahaman atau mengelirukan.

Mahathir walaupun dikata mempunyai visi yang jauh kehadapan tapi masih mampu menguraikannya dengan baik, sayangnya Najib, visinya bagi orang Melayu sendiri kabur, arah mana hendak dibawanya?

Najib seolah termakan sumpahnya sendiri, sejauh mana dia mendahului rakyat dalam membuat keputusan ? Sejauhmana dia mendengar keluhan rakyat, suara akar umbi UMNO ? rakyat mana yang dibelakangkangnya ?

Hari ini slogan 1Malaysia hanya indah dan megah di kaca tv dan media perdana tetapi apakah mesra dan indah di hati rakyat?

Apabila sesuatu kerajaan mendapat persepsi yang buruk, ia sudah sukar dikikis, lihat era Paklah yang dipersepsikan kerajaan anak menantu, kabinet separuh masak, kerajaan flip flop, Paklah 'tidor' dan banyak lagi...

Hari ini Kerajaan Najib sudah mendapat jolokan Kerajaan Belum MOKTAMAD.... dan kita bimbang selepas ini rosmahism pula akan menular.

Najib masih percaya kepada bisikan indah khabar dari rupa.

My Oh My said...

Saudara Akramsyah,

Saya amat bimbang dengan perkembangan in the balance of power in Malaysia. Am I right in feeling that the Malays are getting weaker by the day? I am saying this because:

1. DS Najib is busy trying to appease the non-bumiputera to gain their support, 1 Malaysia, scholarship, etc. Support masih lagi tidak kelihatan. Ini klasik 'Menang Sorak Kampung Tergadai'

2. Nazri and Khairy is playing populist politics, sanggup menyoal usul usul yang berniat untuk menbangunkan Melayu - Moden kononnya.

3. Peniaga - peniaga melayu (yang genuine dan berusaha sendiri) tidak lagi mempunyai avenue untuk melonjakkan perniagaan. Semua telah ditariuk balik atas dasar adil kononya. Peniaga bukan melayu genbira sebab chanel mereka masih ada.

4. MCA youth -lantang bersuara, propose ini, hapus itu, buang itu. Umno youth, nak bukak sarung keris pun takut. Sekarang dengan berani Donald Lim gertak, maybe the chinese should have an extreme group like Perkasa of thier own. Amboih, melampau!

Is UMNO and its leaders in control?

Maybe my comments are off tangent, but this Malay do not know where else to turn to.

Assalamualikum

Shamsul Yunos said...

Akram, kini apa buat pun tak betul, tangkap Ling Liong Sik pun dah tak cukup bagus cause may be too little too late

Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE

Tangential Malay Search Results