Tuesday, December 28, 2010

Blogger Menyaman Bekas Menteri Pak Lah

Setelah merujuk peguam dan menerima maklumbalas dari pelbagai pihak, jurublog ini dalam proses menyediakan saman terhadap TS Syed Hamid Albar atas kebiadaban beliau melabel jurublog sebagai pemfitnah dan pembohong. Teman jurublog lain ramai tidak setuju akan tindakan ini atas dasar prinsip. Malangnya, saya memikul memikul beban lebih berat, bukan sahaja sebagai jurublog, tetapi Presiden MAYC dan Timbalan Presiden Pro-tempora Blogger for Malaysia.

Peguam saya melarang dari saya memberi apa-apa 'hint' pun pada pihak TS Syed Hamid Albar, tetapi bukan lumrah jurublog ini untuk sembunyi dan tembak curi. TS telah memberi pelbagai andaian yang ada laporan polis dibuat terhadap jurublog dan sebagainya, tetapi pihak polis tidak pernah pun menahan jurublog atas apa-apa tuduhan yang dapat mengesahkan pernyataan beliau. Pelik memandangkan beliau bekas peguam dan Menteri Dalam Negeri.

Saya mengakhiri dengan beberapa hujah menangkis alasan lain yang diajukan akan kenapa saya tak patut menyaman TS Syed Hamid Albar:

  1. Beliau seorang bekas Menteri BN yang harus dihormati, disegani dan banyak berjasa? Saya tidak setuju yang ini melepaskan beliau dari segala dosa, kalaupun benar beliau seorang Menteri yang banyak berjasa! TS Syed Hamid Albar sebenarnya membuktikan beliau seorang Menteri yang lembap pada zaman Pak Lah, yakni sejurus terlepasnya dari pimpinan Tun Dr M. Beliau terlibat dalam kes terbatalnya Jambatan Bengkok, kes jual-beli pasir kepada Singapura, kes hilangnya Pulau Batu Putih, dan paling parah sekali, beliau menyalah-gunakan ISA dengan memenjarakan seorang wartawan, kononnya untuk 'menyelamatkan' wartawan tersebut! Malah boleh dikatakan tindak-tanduk dan celarunya TS Syed Hamid merupakan antara penyumbang terbesar kepada merudumnya prestasi BN di PRU12.

  2. TS Syed Hamid perlu dijaga namanya kerana beliau memegang tanggungjawab penting sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Sebenarnya, di bawah teraju TS Syed Hamid, SPAD hingga kini masih tak dapat bergerak kerana belum dipinda akta seperti diperlukan walaupun sudah berbulan berlalu. Malah dalam debat mempercepatkan pembinaan MRT di Kuala Lumpur, TS Syed Hamid dan SPAD langsung tidak memainkan peranan dalam membuat keputusan! Pada saya ini membuktikan sama ada TS Syed Hamid hanya digulakan kedudukan tidak relevan di SPAD untuk mengubat kekecewaannya apabila perlantikannya ke Pengerusi Tabung Haji ditarik balik atau... TS Syed Hamid tidak 'perform' sebagai pengerusi SPAD dan harus ditukar untuk merelevankannya kembali!

  3. Jurublog tidak patut menyaman kerana ini memberi gambaran buruk tentang perebutan dalam peralihan kuasa MAYC? Jurublog sebenarnya harus bertindak sebelum keputusan selanjutnya diambil oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tentang hal kesahihan AJKnya untuk menerajui MAYC kerana isu ini isu peribadi. TS Syed Hamid Albar telah mencabar kewibawaan jurublog secara peribadi, walaupun berkait dengan MAYC. Jurublog ada maruah sendiri untuk dijaga. Lagipun, TS Syed Hamid sudahpun terlalu lama membenarkan mereka yang berkepentingan diri berpeleseran di MAYC. Tak hairanlah bila melihat mewahnya hidup Tn Syed Rahman Tn Kuning, Setiausaha Agung MAYC pilihan TS Syed Hamid (rujuk gambar mahligai bergaraj 8-keretanya di Kuala Terengganu seperti di bawah) sementara Kelab-Kelab gabungan MAYC 5 tahun kehausan. Mungkinkah ini sebabnya si 'Siak', budak Sik yang tak pernah menjadi ahli MAYC sekalipun beria benar menerima jawatan tersebut?

Saya ternanti-nanti maklumbalas pembaca tentang hal ini. Kalau ganas sikit, maaf le, dah lama sabar, dan bila perbicaraan bermula, dah tak boleh blog pulak dah! Terima kasih.

4 comments:

Wake UP! said...

Saman sajalah kalau bloger di pihak yang benar.

Berani kerana benar.

nusajaya said...

sokongan penuh untuk pemimpin muda yang berwibawa dan mempunyai matlamat yang jelas dan suci.

pls proceed. lets show that belia got balls.

cheers.

Baharudin said...

Salam Bro.,
GO AHEAD! InshaAllah, berani kerana benar & semoga yang batil & pengkhianat bangsa akan dibalas didunia ni lagi. Personally, tenguk muka si hamid dalam tv hari ni bercakap pasal isu bas express amat depressing - the guy is simply a joker; he doesn't have substance at all! Typical kayu buruk peninggalan tun dol!!

mr said...

can you please email the pictures to this address mdm.bugs@gmail.com i want to give to my friend from LHDN to investigate where he get all the riches!!

Tangential Malay Search Results