Saya di London, namun walau di sini sayup kedengaran ngauman MAYC yang menggegar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tempohari.
Ada seorang tokoh veteran memberi cabaran kepada generasi muda MAYC untuk mempertimbangkan ide menyelamatkan roh MAYC melalui suatu persatuan yang lain. Cadangan ini diperbincangkan pada mesyuarat exco 1 April 2011 selama hampir 4 jam, dan ditolak bulat-bulat! Amnya, generasi ini lebih rela punah mempertahankan warisan MAYC yang asli, dengan nama, lambang dan sejarahnya tanpa putus walau atas alasan untuk 'hidup'. Soalnya, MAYC masih hidup.
Maka AJK MAYC yang ditubuhkan pada 31 Julai 2010 bertekad untuk membuktikan MAYC masih hidup dan berupaya menggegar serta mengancam mereka yang berani mencabuli hak ahli-ahli kelab gabungannya. MAYC masih berkuku dan bertaring untuk merobek-robek mereka yang dengan rakus ingin memunahkannya demi mengaut harta. Maka ratusan ahli dan pemimpin Belia MAYC turun ke Putrajaya dari 10 Negeri pada 8 April 2011... mengaum... SELAMATKAN MAYC!!!
1 comment:
Hairan.., ada orang mahu mempertahankan sesuatu namun ada yang suka meranapkannya... semua atas alasan menyelamatkan MAYC.
Post a Comment