Friday, January 22, 2016

Apa Patut Rakyat Yang Meluat Tentang Isu MB Kedah Patut Buat? ... Bantah TPPA La!

Setelah melihat segala drama serta usaha jijik bagi membuang DS Mukhriz Mahathir dari jawatan MB Kedah oleh barisan pemimpin UMNO Kedah yang Korup lagi Kenyang dari Putrajaya, jurublog ini telah membuat rumusan. Rasanya tindakan ini, yang ura-uranya didalangi dari pejabat DS Najib sendiri, terlalu cetek akal dan tergesa-gesa kiranya memang niat sebenarnya adalah untuk membuang DS Mukhriz. Maka melihat senario nasional, usaha ini sebenarnya digerakkan untuk mengalih perhatian Rakyat dari isu TPPA!

DS Najib, dengan bantuan DS Mustapa Mohamad, DS Wahid Omar serta (sudah tentu) Datuk Ahmad Maslan, sedang berusaha memaksa Ahli Parlimen kita untuk menyetujui penyertaan Malaysia ke dalam Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). TPPA merupakan usaha terkini Amerika Syarikat untuk mengikat Malaysia serta negara lain yang terlibat dengan lebih erat kepadanya sekaligus menjauhi pesaing-pesaingnya seperti negara China dan Rusia yang tak dijemput pun menyertai TPPA!

Maka melalui 'Trade Agreement' atau 'Perjanjian Perniagaan' konon, di mana 88% dari perjanjian 6000+ mukasurat tersebut tak ada kena mengena pun tentang perniagaan! Punyalah power TPPA ini sehingga Tok Pa sendiri terpaksa mengakui lebih 20 Akta akan terpaksa dipinda sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA! Itu yang beliau akui... lagi benda-benda lain apa lagi yang kita tak ketahui? Yang jelas, DS Najib nampak begitu ghairah inginkan Malaysia menandatangani TPPA dengan tergesa-gesa seawal bulan depan!

Malang bagi DS Najib, kredibilitinya sudah tiada, sehinggakan tak kiralah berapa banyak gambar beliau berdoa dalam ihram di Mekah dikongsi ramai, Rakyat malah lebih meluat dan tertanya-tanya, DS Najib, DS Rosmah dan kawan-kawan pergi Mekah tu dengan Riba 1MDB ke, dengan derma Pak Arab mana-mana ke atau dengan duit Rakyat! Maka alangkah terkejut DS Najib yang kumpulan yang bertentangan sebelum ini seperti Perkasa dan Bersih, sudi turun padang berarak membantah TPPA bersama-sama pada esok, Sabtu, 23 Januari, bermula jam 2 petang di Dataran Merdeka.

DS Najib pada awalnya ingin mengembirakan rakan main golfnya di Hawaii masa banjir besar dahulu, Presiden Obama, dengan menunjukkan Malaysia menyokong TPPA dengan memaksa persetujuan Parlimen terhadap perjanjian tersebut. Tapi kini, bukan sekadar parti pembangkang semua bersatu hati ingin menolak TPPA, tetapi Ahli Parlimen BN pun dah goyang, memandangkan kelihatan Rakyat Malaysia jelas kebanyakkan menolaknya! Malah, Malaysialah negara di mana Rakyatnya paling ramai menolak TPPA berbanding negara lain!

Kiranya penolakkan TPPA dilihat jelas dari perhimpunan esok, macam mana DS Najib nak eksyen, menayang kepada Obama yang TPPA sudah dipersetujui Parlimen Malaysia? Kalau pun beliau dapat memaksa majoriti Ahli Parlimen BN menerima TPPA, takkah nampak pelik serta tak demokratik bila Parlimen membuat keputusan bertentangan dengan hasrat Rakyat! Maka dalam kegawatan inilah, minda-minda yang sebelum ini cukup bijak melaksanakan GST, ucapan Kangkung, selain pelbagai ide hebat lain, mencadangkan agar politik Kedah diganggu...

Ya, Politik Kedah diganggu bukan nak jatuhkan DS Mukhriz sebenarnya, tapi saja nak alih pandang Rakyat dari isu lebih besar, yakni TPPA!

Oleh itu, jurublog ini sarankan, kalaulah betui hangpa semua dok geram pasai celaru hak geng Datuk Bashah ni dok buat kat kepimpinan DS Mukhriz di Kedah, berilah balasan setimpal kepada dalang-dalang sebenar isu ini di Putrajaya. Turunlah beramai-ramai ke Dataran Merdeka, Sabtu, 23 Januari 2016, 2 petang untuk bersama-sama menolak ide tebaru dan terbusuk DS Najib yakni TPPA!

Kita berjumpa di sana... insya Allah...

33 comments:

Anonymous said...

Pertama nya, bantah dan keji puak Projib yg coba gulingkan Mukhriz. Buat gitu di sana sini.

Lepas itu bahru lah buat apa apa lain.

Anonymous said...

Gambar Mukhriz sambutb Najib melawat Langkawi dulu semalam nampak nya Najib OK dgn Mukhriz - letak tangan dia di bahu Mukhriz. Tak tau le jika itu gerak geri seorang ahli politik aje.

Tapi kalau baca body language itu, nampak nya ok Mukhriz dgn jawatan MB nya.

Anonymous said...

Bernama lapurkan bahawa "Ahmad Bashah nafi gila jawatan MB." Dia Timbalan UMNO Kedah yang cuba gulingkan YAB DS Mukhriz dari jawatan MB nya.

Bernama itu ia lah agensi berita Kerajaan. Kalau depa lapurkan berita begitu, nampak nya mirip kpd pendirian DS Najib tak minat porak peranda parti UMNO sabelom PRU14.

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya 'gila jawatan menteri besar'.

Ahmad Bashah, menarik perhatian bahawa hakikatnya ialah beliau memberi laluan pada PRU1) untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi menteri besar.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila kepimpinan Umno negeri yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi Umno negeri. - Bernama

Komen saya:

Apa pulak cakap begitu? Di PRU13 beri laluan, sekarang nak kasi lintang pukang di PRU14?

Anonymous said...

Tun Razak kasi peluang kpd Tun Mahathir dlm politik hingga jadi PN. Tun Mahathir kasi peluang kpd DS Najib begitu juga. Searang giliran DS Najib le kasi peluang kpd DS Mukhriz begitu juga.

Kalau Najib nyahkan Mukhriz dari jawatan MB Kedah, dah nama nya tak membalas budi le dia. Berat pandangan masyarakat Melayu terhadap Najib kalau gitu.

Anonymous said...

Tumpang mencelah subjek yang takda kaitan dgn tajuk pos.

Peguam negara kata Najib takda buat kesalahan jenayah berkaitan "sumbangan" RM2.6 bilion. Di katakan RM2.03 bilion di pulang nya kpd famili raja Arab di tahun 2013 sebab tak habis pakai utk PRU13 ke hape.

Jadi, sekarang ada cerita pulangkan duit pulak. Ada pengakuan wang itu berkaitan dgn PRU13 pulak. Sudah tentu, takda kesalahan undang2 pilihan raya gamak nya.

Nampak nya semua nya "convenient" saja cerita nya. Senang le hidup begitu. Buat atau tak buat apa apa, jawab ke tak soalan rakyatbila dah jadi kontroveri, cerita boleh bertukar dari masa ke masa.

Camna nih? Setaraf Banana Republik ke kita nih?

Anonymous said...

Tak pasti kes Mukhriz di dalangkan dari PMO sendiri. Tapi yg nyata si Ahmad Zahid dan Hishamuddin bergambar dgn yg berkenaan - di Alor Setar masa mula kes itu tercetus.

Anonymous said...

"Malang bagi DS Najib, kredibilitinya sudah tiada .."

Lebih malang lagi ia lah kita semua. Nampak mcm tak di peduli nya. Gunakan kuasa dia, buang Gani Pattail, letak Apandi, kata takda kesalahan jenayah berkaitan RM2.6 bilion "derma".

Kot tak lama lagi akan keluar pengumuman bahawa 1MDB pun semua takda kesalahan. Astaghfirullah

Anonymous said...

Boleh caya apa orang cakap yang buat jahat tak kena apa nanti Tuhan akan balaskan.

Tapi nak tengok juga balasan Tuhan itu di dunia ini juga, tak di akhirat saja.

Anonymous said...

Kronologi Derma 2.6 Billion

Jawapan 1 : (Diam)
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.
Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan
Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS
Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI
Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma
Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu
Jawapan 21 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma
Jawapan 22 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan
Jawapan 23 : ada plurals penderma, bukan seorang penderma
Jawapan 24 : Azalina uthman- ya kah?mungkin zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu
Jawapan 25 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno
Jawapan 26 : Henti kan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. ( Issue fitnah kembali berkumandang)
Jawapan 27 : Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.
Jawapan 28 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.
Jawapan 29 : RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab
Jawapan 30 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.
Sekian.

Sumber: nizam aqlan

Anonymous said...

Syabas nizam. Bagus usaha awak nih. Ptut hantar kpd Peguam Negara.

Anonymous said...

Tak paham apa itu TPPA, tuan. Sejak mula tahu dirundingkan secara rahsia, malas nak baca.

Tapi sebab Najib dah takda kredibiliti, kawan pun tak sokong itu semua.

Anonymous said...

Ma'af masukkan berita ini mungkin tak kena tajuk pos, tapi amat penting bagi kesejahteraan negara-

"The MACC has decided to table the decision made by the AG to the Operational Evaluation Panel (PPO), an independent body formed by the government in line with the MACC Act 2009, for evaluation and consideration of the PPO, as well as another special panel which will be appointed.

"One of the reference points of PPO is to provide views in regard to cases where a decision not to prosecute is made by the public prosecutor."

Anonymous said...

Garang bunyi nya si Pandi AG -

In an immediate response, Apandi, in a text message from abroad, told The Malaysian Insider that any bodies formed to question any decision of the AG would be against Article 145 (3) of the Federal Constitution.

Article 145 gives the AG, who is also the public prosecutor, the sole discretion to institute, continue or discontinue any criminal proceedings against any accused person.

"That is my stand. Anyone who does not agree with this is free to seek an interpretation of my decision in the Federal Court," Apandi said.

Memang lah dia punyai kuasa. Tapi PPO tu kan di tubuhkan "by the government in line with the MACC Act 2009".

Dia di luar negara kena nyatakan reaksi dia tapi tak dapat semak undang undang, takda assistant bersama dia gamak nya.

Anonymous said...

The PPO – one of five independent bodies established to oversee the MACC's operations – is chaired by Tan Sri Dr Hamid Bugo (Sapura Kencana Petroleum director) and comprises former Isis chairman Tan Sri Jawhar Hassan, former Bank Negara deputy governor Datuk Zamani Abdul Ghani, former deputy auditor-general Datuk Azizah Arshad, former Public Complaints Bureau diector-general Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, UiTM Accounting Research Institute director Prof Dr Normah Omar, criminologist Dr M.P. Sundramoorthy and former Bar Council president Lim Chee Wee.

Amacam, dia orang berani nak go against Pandi ke Najib ke?

Surely they are not dependent on that membership/ directorship to survive?

Anonymous said...

Former Minister and long-time Wanita TS Rafidah pun weigh in - bagus pint pint yg dia kemukakan nih -

Dia khuatirkan jika the announcement by the AG will set a "precedent" on donations in the future.

In a Facebook posting, she said Apandi should be prepared to explain the details and implications of the decision on the matter.

"Is it a precedent now (that) donations channeled to individuals through private accounts can be returned not necessarily in full and the slate is regarded clean?" asked Rafidah, who noted that Malaysians have posted questions on how the amount, which was not returned to the donor, had been utilised, and whether it was legal.

"I hope that this will not open avenues for all kinds of interpretation and abuse that people with dubious intent will use to get out of whatever violation of the law and regulations that they have got themselves into," she added.

Rasa nya dah terlewat nak khuatirkan itu. Bermacam tak tentu arah dah berlaku di negara ini.

Aku menunggu timbul nya pemimpin yg gagah berani, tak korap, berjiwa rakyat, kuat pertahankan hak dan kepenting Melayu. Sementara waktu, aku kutuk depa yg tak betul.

Anonymous said...

Pembetula: Long-time Ketua Wanita UMNO

Anonymous said...

Ku Li: Public may still see PM as guilty

Whatever the legal position, things are probably different in the court of public opinion, says the Umno veteran.

Free Malaysia Today

amanasyanti said...

Suatu perkara pelik berlaku di semasa perbincangan mengenai TPPA di Parlimen semalam (27-1-16). Seorang ahli parlimen dari barisan pembangkang telah mengusulkan supaya dua perkataan ia-itu "..dan meratifikasi.." dibuang dari usul asal yang dibuat oleh menteri. Jika ia diterima oleh ahli lain, usul ini akan berbunyi seperti berikut:
“Bahawa Dewan ini,
menerima akan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan;
mempersetujui penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memperkukuhkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global;
menyokong keputusan Kerajaan bagi Malaysia untuk menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani TPPA;
Bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia dalam TPPA, Dewan ini menyeru agar semua pihak bersama-sama berusaha menjayakan matlamatnya.”
Oleh itu dengan membawa usul ini ternyata pemimpin pembangkang ini menyokong Malaysia menandatangani TPPA. Penyokong beliau juga perlulah akur dengan usul ini.
Namun dalam nafas yang sama beliau berkata, beliau tidak sekali kali menyokong TPPA.
Membawa suatu usul yang orang itu sendiri tidak akan menyokong tidak pernah berlaku, walaupun dalam mesyuarat persatuan belia kampung. Mereka akan lebih arif dari ahli parlimen ini.
Apakah yang membuat beliau begitu bengong!

Anonymous said...

"TPPA merupakan usaha terkini Amerika Syarikat untuk mengikat Malaysia serta negara lain yang terlibat dengan lebih erat kepadanya sekaligus menjauhi pesaing-pesaingnya seperti negara China dan Rusia yang tak dijemput pun menyertai TPPA!"

Memandangkan hal bahawa China dengan sendiri nya (unilaterally) telah mengambil langkah menukar "status quo" di Lautan China Selatan, membina sebuah pulau menjadikan nya sebagai sebuah pangkalan tentera nya, saya meletak simpati dengan TPPA.

China telah coba buli negara negara di Timur Jauh dan Di Tenggara Asia sejak mereka menjadi kuasa ekonomi kedua di seluruh dunia. Di Timur Jauh, di buli nya Japan dlm pertelingkahan kepunyaan sebuah pulau di sekitar itu. Di Asia Tenggara, di buli nya Philippines dan Vietnam.

Yang paling membencikan ramai orang ia lah mereka dengan sewenang wenang nya sahaja telah membina pulau di kepulauan yang telah di tuntut jugak dek Philippines.

Anonymous said...

Kasar S/U Agong UMNO Teuku Adnan. Tak kasi Mukhriz hadir mesyuarat MT. Talipon, kasi tau, pagi ini.

Bila Mukhriz datang juga, di suruh keluar lepas 40 minit.

Tentu lah nanti di umumkan Mukhhriz di pecat dari jawatan nya.

Ini bukan "tangan ghaib" punya kerja. Sekarang tak tau tangan jenis apa.

Anonymous said...

Waaaaaaaaaaa 6000+ mukasurat 'Trade Agreement'/'Perjanjian Perniagaan'. Dan 88% dari perjanjian tersebut tak ada kena mengena pun tentang perniagaan!

Itu ke sebab nya rundingan nya di rahsiakan dulu? Apa yg diorang nak rahsiakan?

Sebab di rahsiakan timbul curiga dan bantahan sejak awal nya.

Ini lah telatah pentadbiran Najib nih. Tak mahu beri penerangan. Jawapan pun selalu nya takda. Mcm kes 1MDB, RM2.6 bilion.

Kan dah hilang kredibiliti Najib sebab gitu.

Anonymous said...

Kredibiliti Najib mangkin teruk sekarang, terutama nya bila British Broadcasting Corporation (BBC) lapurkan apa Peguam negara Switzerland kata, sebagaimana di kata Reuters, agensi berita British:

Malaysia 1MDB scandal: Investigators say about $4bn may be missing from fund

Some of 1MDB's money was transferred to former officials, Switzerland's attorney general says

About $4bn (£2.8bn) may have been stolen from a fund owned by the Malaysian state, a prosecutor says.

The 1MDB fund was set up in 2009 to pay for major new economic and social developments in Malaysia.

Last year, Swiss authorities opened an investigation into 1MDB after it amassed more than $11bn (£7bn) of debt.

Switzerland's attorney general said on Friday there were "serious indications that funds have been misappropriated from Malaysian state companies".

Anonymous said...

Ini berita perlu mendapat perhatian puak Projib yg cuba gulingkan Mukhriz. Ada yang melawan mereka balik, tak boleh anggap penyokong Mukhriz tersenyap dan tersengih saja. Semangkin mengerukan kredibiliti Najib -

Kedah Umno grassroot members have launched a movement to fight against a campaign by state division chiefs to oust the state party leader Mukhriz Mahathir, who is Menteri Besar.

“What we are really disappointed of is how the grassroot members were lied to over and over again. In fact, they (Kedah Umno division chiefs) never approached us to ask for our views or agreement over the call,” said the movement’s spokesperson, Badlishah Umno branch chief, Major Anwar Abd Hamid.

“Have our division heads laid out exactly what were the faults of our Menteri Besar? Is the Menteri Besar implicated in a scandal or corruption?” they asked.

Anonymous said...

Sekarang di beritakan court case rasuah komisen kapal selam Scorpene dah bermula di Peranchis. Tak tau jika akan melibatkan ahem ahem tau le siapa.

Aku harap akan terlibat. Aku nakkan UMNO gantikan dia lama sabelom PRU14.

Anonymous said...

Betul ke Kedah Regency Council mintak semua ADUN BN Kedah jumpa dia esok?

Kalau betul, tak tentu lagi Mukhriz di gulingkan. Melainkan 2 ADUN MCA pun sokong.

Jika gitu, tak tau le apa Najib janjikan MCA.

Teruk lah kepentingan negara di buat si Ah Jib Gor. Pastu Tsunami Cina lagi. Silap silap UMNO/ BN hilang kuasa di PRU14.

Anonymous said...

Aiyoyo, Ahli MT Aziz Kaprawi pulak kata (Jan 29) bahawa sebahagian dari US$681 million dari Pak Arab di tahun 2013 tuh telah di gunakan "for an election", tak cakap yg mana satu.

Tak langgar undang undang pilihan raya ke? Kalo gitu, nanti berlumba lumba parti parti politik nakkkan duit banyak utk pilihan raya, korapsi bertimbun timbun lah. Teruk lah negara ini selagi Pokjib tak di gantikan dek UMNO.

Anonymous said...

Najib main golof dgn Obama. Terbang ke Hawai, executive jet. Kerja kata dia. OK lah, ada yg bergufreng pun boleh ngaku kerja punya pasal.

Bukan main sikit kudos boleh tuntut dalam negara dan luar negara bila ada kawan main golof, President of the most powerful nation of the world, wei.

Tapi sekarang banyak lagi kudos ke dia? SPRM dah mintak PPO kaji semula (review) keputusan Peguam Negara melepaskan dia dari tuduhan jenayah berthabit "derma" RM2.6 bilion dari "Pak Arab".

Tambah pulak, Peguam Negara Switzerland umumkan depa menyiasat berbilion wang dalam ekaun bank di Switzerland (gamak nya dalam ekaun bernombor saja, tarak nama atas ekaun tuh) yang di punya depa berkaitan dengan 1MDB.

Tambah lagi, 1-2 hari salepas itu gomen Spore umumkan depa bekukan beberapa ekaun berkaitan 1MDB di sana.

Anonymous said...

Pengerusi Public Accounts Committee (PAC) keras mengatakan bahawa laporan Jabatan Audit Negara (JAN) berkenaan 1MDB akan di bentang bulan ini.

Tak ngaku pun dah terlambat. Bukan kah dulu di laporkan JAN akan siapkan di hujung tahun lalu, kamdian di katakan akan siap di bulan Januari? Sekarang bulan Februari pulak. Puak ProJib semua nya angkuh, mana nak ngaku.

Gamak nya banyak sangat masalah di jumpai di masa mengodit. Kalau takda jawapan yg memuaskan, macam mana nak letak tanda tangan, sahkan ekaun 1MDB tuh?

Harap jangan ada "tangan ghaib" tarik jawatan Juruodit Negara itu dari pemegang nya sekarang. Macam dah di buat kpada Gani Pattail, Peguam Negara dulu.

Anonymous said...

Puak Najib menang di Kedah tapi tak tentu menang kes RM2.6 bilion yg SPRM tak lepaskan dan kes 1MDB yg sekarang Peguam Negara Switzerland umumkan siasatan mereka dan gomen Spore pun bekukan ekaun2 bank berkait 1MDB di Spore.

Anonymous said...

Siapa boleh anggar apa Peguam Negara Apandi akan buat dengan permintaan Peguam Negara Switzerland untuk maalumat bagi siasatan i atas USD4bilion wang yg disimpan dek orang Mlaysia di jangka berkaitan dengan 1MDB?

Tun Dr Mahathir jangka Apandi tidak akan beri lapuran Bank Negara yang Peguam Negara Malaysia tak terima, BNM dah rayu, tapi Apandi tolak. Takutkan jadi bukti kesalahan Najib tentang RM2.6 bilion yang di syakki berkaitan 1MDB juga.

Saya setuju dgn pendapat TDM tuh.

Anonymous said...

Aku nak tanya, amacam boleh Pengerusi PAC kata kes 1MDB selesai tak lama lagi, dulu semalam dia kata Laporan Final Juruodit Negara siap di bulan ini (dah tangguh dari Disember ke Januari ke Februari).

SPRM masih menyiasat, bekas Peguam Negara Abu Talib Othman kata PN baru Apandi (yg dulu berkerja di bawah nya) tidak boleh mengarahkan kes di tutup, sepatut nya membantu badan badan penyiasat spt SPRM dan PDRM, SPRM dah mintak PPO review keputusan Apandi tuh.

Tambah pulak, PN Switzerland menyiasat berbilion dollars dlm ekaun2 bank di Switzerland yang di kaitkan dgn 1MDB dan Spore dah bekukan beberapa ekaun bank yg berkaitan 1MDB di situ.

Mana boleh Juruodit Negara buat Final Report dlm keadaan bbegitu?

Anonymous said...

Peguam Negara Apandi mansuhkan temujanji dgn PPO Khamis lalu. Di katakan akan di buat minggu depan. Betul ke?

Tempoh khidmat ahli2 PPO tu di katakan nak tamat 24 Feb ini. Nak lenyapkan diorang, lantik orang baru yang Projib baru adakan perjumpaan dgn PPO tuh ke?

Kalu gitu, kudut cara nya.

Anonymous said...

Malaysian Insider nak kena block ke ape, amacam? Aku nakkan Najib di gantikan dan selalu sokong siapa yang nak gitu jugak. Tapi MI tuh hamjadah. Beberapa setaf depa dah kena heret ke Mahkamah kerana menghasut, termasuk Taliban Editor in Chief nya Jabbar Sadiq apekenamenye. Bagus kalau MI di blok.

Tangential Malay Search Results