Saturday, February 27, 2016

Penggantungan Jawatan TSMY Membuka Jalan Pengunduran Najib

Jurublog melihat analisa dan komen bersabit penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO banyak berkisar sama ada ia menepati perlembagaan, menzalimi Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) atau semata-mata demonstrasi kuasa Majlis Tertinggi mendisiplin walau pemimpin berjawatan kedua tertinggi parti. Namun yang lebih jelas pada jurublog adalah tindakan tersebut akhirnya lebih mempermudahkan pengunduran atau pemaksaan keluar DS Najib dari jawatan Presiden UMNO, sekaligus Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanakah mungkin DS Najib berundur apabila para pengkritiknya dari dalam parti satu-persatu berjaya diketepikannya? Selesai memaksa pengunduran DS Mukhriz Mahathir dari jawatan MB Kedah, penggantungan TSMY seharusnya mengukuhkan kedudukannya terutama sekali dengan gambaran sokongan padu Majlis Tertinggi UMNO sehingga begitu menghampakan segenap lapisan akar-umbi UMNO, apatah lagi rakyat jelata yang sudah tak sabar untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan DS Najib menjelang PRU14.

Antara sebab jurublog berpendapat DS Najib sama ada bakal beundur atau dipaksa keluar dari jawatannya adalah:

1 -  Dengan pergantungan jawatan TSMY, tiada lagi halangan untuk DS Zahid Hamidi untuk mengambil alih kepimpinan parti dengan pengunduran DS Najib. Ini adalah senario yang lebih selesa bagi DS Najib sekiranya beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berundur, kerana hilang kerisauan yang salah-lakunya akan disiasat sehingga boleh kepenjara. Soalnya sekarang adalah sama ada DS Najib yakin akan kesetiaan DS Zahid selepas memegang tampuk kuasa.

2 - Pergantungannya juga membuang kekangan terakhir terhadap TSMY bertindak dengan lebih agresif terhadap DS Najib. Ramai para penyokong TSMY mahupun musuh DS Najib yang sebelum ini kecewa atas apa yang dilihat sebagai reaksi tidak sepadan olehnya apabila dizalimi dan dihina selepas dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tempohari. Namun sebagai seorang 'orang kuat' parti dan bekas pejawat awam, beliau berkemungkinan menaruh harapan untuk memperbetulkan keadaan melalui Majlis Tertinggi UMNO (MT).

Harapan tersebut kini tinggal puing-puing, lalu TSMY, bebas dengan kekangan jawatan 'membantu' Presiden telah mula membuat pendedahan-pendedahan yang lebih perit tentang salah-laku DS Najib bersabit 1MDB, SRC dan sebagainya. Adalah dijangkakan beliau juga akan merancakkan pergerakkan #UndurNajib baik di kalangan ahli-ahli UMNO, mahupun mana-mana pihak yang sedia berganding bahu untuk menyelamatkan negara demi cinta Malaysia, bukan habuannya.

3 - Perasaan tak puas hati tentang cara penggantungan TSMY sudah mula diluahkan di pelbagai peringkat parti; perkara pokoknya adalah MT tiada bidang kuasa untuk menggantung seorang Timbalan Presiden yang dipilih. Inilah sebabnya apabila Anwar Ibrahim enggan meletak jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu, beliau terpaksa dipecat sbg ahli sebagai satu-satunya cara mengeluarkannya dari jawatan tersebut. Tetapi kini, MT melanggar perlembagaan parti sewenang-wenangnya untuk menggantung TSMY.

Antara tindakan yang mungkin diambil dan agak mudah digerakkan oleh mana-mana pemimpin peringkat Cawangan sekalipun adalah melaporkan kesalahan melanggar perlembagaan tersebut ke Pendaftar Persatuan (ROS). Ini akan membuka jalan baru memaksa pergantungan TSMY diketepikan, sekaligus melemahkan kedudukan DS Najib, jika UMNO menerima keputusan ROS untuk mengelak dari parti diharamkan semula.

Maka pesanan jurublog kepada para pembaca sekelian, janganlah terlalu negatif terhadap pemecatan TSMY dari jawatan Timbalan Presiden UMNO, kerana ia mungkin membawa seribu-satu hikmah menuju ke arah yang dicita seluruh rakyat pencinta negara Malaysia, yakni #UndurNajib....

36 comments:

Anonymous said...

Melucutkan jawatan TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO ia lah tindakan desperado Najib. Tapi akibat nya kapada Najib ada lah besar.

Muhyiddin telah bersabar, coba diamkan malumat yang ada pada nya yang di terima nya dari Peguam Negara dulu. Tapi salepas di lucutkan jawatan, dia bahru keluarkan malumat itu - dia sudah lihat bukti dari Peguam Negara lama bahawa wang dari SRC, anak syarikat 1MDB, masuk ke ekaun peribadi Najib.

Maka laporan agensi berita British Reuters pada 28 Januari 2016 mengatakan Peguam Negara Apandi tidak pedulikan syor SPRM supaya Najib di dakwa menjadi relevan lagi. Puak Protun perlu ketarakan laporan itu sekarang.

Anonymous said...

Tak terbaca berita mengatakan Najib kata dia dan Ahmad Zahid keluar dari mesyuarat MT konon nya tak mahu conflict of interest. Mesyuarat di pengerusikan dek Hishamuddin, buat keputusan gantung jawatan Timbalan Presiden Muhyiddin.

Ada yg bertanya kenapa tak Ahmad Zahid yng penerusikan nya dan mengata Najib tak percaya dgn Ahmad Zahid, takut lain keputusan yng timbul kalau dia pengerusikan nya.

Kalau tengok Ahmad Zahid punya pendirian terhadap Anwarul Al Juburi di masa dulu, nampak nya Ahmad Zahid memang tak boleh di percaya.

Anonymous said...

3.01 pm, Malay Mail menyebut Annuar Musa kata Najib & Zahid tinggalkan mesyuarat itu di laporan nya 26 Feb

Anonymous said...

Ooooooo, MT tarak kuasa menggantung Muhyiddin .... kalo gitu cepat le Pesatuan Ketua2 Cawangan tuh komplen kat RoS. Buat apa saja yg halal supaya cepat najib keluor. Kalo tak, lingkup UMNO/BN di PRu14.

Anonymous said...

27 March 1016 is a day of fame? Opposite of "a day of infamy" that US President Roosevelt said of the day the Japanese attacked Pearl Harbour that made the US enter World War II in full force.

Anonymous said...

27 March 1016 should be 2016.

Anonymous said...

A very good idea for GKCM to take the initiative.....make a report to ROS!

Anonymous said...

If Mahathir can resign from UMNO (again) to get Najib be replaced, why should the GKCM be afraid to make a report to RoS. Get a sponsor before hand, to ensure can engage a lawyer and fight to the end in case UMNO sacks a mmber for reporting to RoS.

Anonymous said...

Aku berharap bebenor "Penggantungan Jawatan TSMY Membuka Jalan Pengunduran Najib". Rasa nya dah pun begitu. Tun naik marahkan keadaan dalam parti hingga tarik diri dari UMNO.

Ahmad Zahid pun kata beliau menghormati keputusan Tun untuk keluar dari UMNO tapi berharap Tun pertimbangkan semula keputusan nya itu. Dia pun dah terasa keras sangat keputusan MT tuh, tak gitu?

Dia keluar dari mesyuarat MT tu masa nak bincangkan pasal itu.

Anonymous said...


NAJIB'S 'RM4 BILLION' NOTHING TO DO WITH US -1MDB DENIES DIVERTING FUNDS TO PM'S PERSONAL A/CS kata satu tajuk berita.

Tentu lah depa menafikan nya. Sebab kemasukan wang tuh berselirat cara nya. Wang masuk ke PetroSaudi, pastu ke pihak lain, pastu lain plak.

Ini ia satu dari cerita nya:

"The possible sources (of the RM2.6 billion) could be from the 1MDB-PetroSaudi International joint venture (US$1.83 billion); loan secured from the KWAP (Retirement Fund Incorporated) for SRC International (RM4 billion); payments supposed to have been made to Abu Dhabi-based investment fund Aabar, but which the company did not seem to have received (US$2.33 billion); US$2.7 billion paid into ADMIC (Abu Dhabi Malaysia Investment Company); the bonds raised by Goldman Sachs (US$6.5 billion); purchase of independent power producers (RM18 billion); purchase of overpriced, encumbered land (RM1.7 billion); payment made to Aabar Investments PJS Ltd, a company that seemed to be like Aabar Investments PJS (US$850+ million); and others, a few of which are unknown for now."

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir sampai kata no pproblem kalo DAP merintah. Gua tak setuju. Kot dia kata gitu sebab nnak tunjukkan sangat betapi mustahak nya Najib mesti di ganti sekarang jugak. Dan dalam hati nya dia tahu bahawa DAP takkan merintah dgn sendiri nya.

Anonymous said...

Sekarang ada pulak yag kata nak ada msyuarat tergempar MT nak pecat TS Muhyiddin & DS Shafie sebagai ahli UMNO........dah ngarut UMNO nih.........nak nunjuk kuasa.....mangkin muak le ahli2 lain dn rakyat......

Anonymous said...

Najib sudah terasa kesan Tun Mahathir berkerjasama dgn parti parti pembangkang. Dia kata di Johor Bahru Tun Mahathir buat gitu "is a big mistake". Dia akui ramai ahli UMNO yang ikut sokong "Deklarasi Mahathir" pada 4 March itu.

Tapi dia masih keras hati lagi. Dia kata BN masih kuat. Kita tengok lah. Petition "Prime Minister Najib: Quit. Undur" sudah mencangkau hampir 30,000 sokongan sejak 2 hari lalu.

Anonymous said...

Sekarang dah heboh Tun mahathiir bersama Pembangkang nakkan Najib di ganti.........sama ada membawak kpd UMNO/BN di gantikan ke tak, tak tau le....... tapi rasa nya Tun punya semangat Melayu dan Umno lebih kuat dari Najib dan kuncu kuncu nya.......bila Najib dah tak PM lagi, kalau org mcm Tok Pa jadi PM, Tun mesti masuk balik sebagai ahli UMNO.....

Anonymous said...

Apasal MP Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) nih macam dah tengok bawak kain ratu cantik, mengata WSJ tu "beauty queen", cantik, berpakaian lawa, tapi kalau tengok "under her clothes", nampak panau?

Takda kiasan lain ke? Macam nih ke standard Wakil Rakyat kita?

Anonymous said...

Najib tarik jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas sebab Deklarasi Rakyat. Rahman Dahlan kata Najib can't have the cake and eat it. Aku tak faham apasal omputih ada pepatah tuh - kalau dah dapat kuih, ngapa tak boleh makan? Pahal pun, Tun perlu teruskan tindakan nya bagi mendapatkan Najib undur atau di ganti dek UMNO.

Tak tahu apa lagi dia buat coba bantutkan usaha2 mendapatkan dia undur atau di gantikan sebagai Presiden UMNO & PM.

On line petition Najib: Quit. Undur dah dekat 40,000 yang tanda tangan. Harap acara 27 March akan menunjukkan demikian ramai peserta yang mahukan Najib undur atau di gantikan.

Kalau tak, aku rasa akan hanyut UMNO/BN di Pru14.

Anonymous said...

Ada yang kata MT UMNO kan memutuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz dll sebagai ahli UMNO di mesyuarat nya 23 March ini.

Mungkin jugak sebagai amaran bagi ahli2 UMNO yang mahu ikut serta di acara 27 March yang Zaid Ibrahim rancangkan.

Tapi rasa nya yng ramai mahu hadir bukan lah ahli UMNO - Melayu lain. Ramai Melayu dah bosan dengan Najib dan takutkan UMNO kalah di PRU14 kalau Najib terus sebagai Presiden & PM.

Anonymous said...

ucapkan selamat & jaya tun nakkan ah jib gor di gantikan.........teruk melayu kalau ah jib berterusan......

Anonymous said...

lupa nak cakap........aku doakan tun jaya

Anonymous said...

Takda Projib di sini sebab depa takut kena ganyang, hehe

Anonymous said...

Najib nampak nya liat nak berundur. Tun Dr Mahathir perlu gunakan cara yang luar biasa bagi mendapatkan dia berundur.

Sehingga menarik diri dari keahlian UMNO sekali lagi. Dan bersetuju bekerjasama dengan puak Pembangkang DAP, parti yang rasis anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Dia mahu menunjukkan betapa penting nya Najib di gesa undur atau di gantikan.

Zaid Ibrahim telah mengaturkan perhimpunan 27 March. Ramai di jangka mengambil bahagian. Di harap menjadi himpunan raksaksa yang boleh membikin Najib sedar dia mestii undur atau UMNO menggantikan dia.

Anonymous said...

Harap ramai orang keluar pada himpunan Zaid 27 March. Kena tunjukkan bahawa Najib perlu undur atau di ganti. Kalau tak, UMNO/BN mungkin kalah di PRU14.

Amat ramai yang dah tak suka kpd dia. Termasuk ahli ahli UMNO. Ramai yang dah bersuara saperti Ketua Ketua Cawangan. Ramai lagi yang takut bersuara sebab ada yang di pecat dari UMNO saperti Anina Langkawi. D Johor dan di Kedah, desas desus tak sukakan Najib mngkin meningkat.

Anonymous said...

Ahmad Zahid kata di Serdang semalam, "Members should show unstinting loyalty to Umno leaders" (laporan Malay Mail Online).

Apa kah dia kata gitu sebab ada banyak "stinting unloyalty" nakkan Najib undur atau di gantikan, kalau tak UMNO/BN lingkup di PRU14?

Anonymous said...

Aku rasa girang bekas Ketua Hakim Malaysia Tun Zaki kata Pandi salah mengarahkan SPRM hentikan siasatan ke atas 1MDB dan RM2.6 bilion.

OPP kpd SPRM dah kata teruskan dan SPRM pun dah umumkan depa teruskan siasatan. Tun Zaki kata SPRM boleh hantar syor depa (mendakwa Najib) ke Peguam Negara bertalu talu bila ada maalumat baru.

Aku nak tengok Najib di heret ke Mahkamah satu hari nanti kalau dia tak mahu undur atau dtak di gantikan.

Anonymous said...

Himpunan "Save Malaysia" pimpinan Tun Dr Mahathir berlaku hari ini di Convention Centre Shah Alam.

17 orang di jadual kan memberi ucapan.

Mesti ada pendedadahan bahru yang menarik.

Anonymous said...

Hari ini 27 Mac 2016 "Save Malaysia" di Convention Centre Shah Alam -

Bagus pilihan tempat tuh sebab tak panas spt di jalanan. Dan selandas dgn yng Polis mahukan - di stadium dsb nya.

Di stadum pun panas dlm keadaan cuaca sekarang nih, takut ada yang pengsan.

jadi, di Convention Centre di jangka tidak.

Anonymous said...

Gerakan "Selamatkan Malaysia" buat Roadshow, mula di Ampang Isnin lalu, Beb. Tun beri ucapan.

Nak pungut 1 juta tanda tangan. Jugak minta perhatian Raja Raja berkenaan kepincangan masyarakat negara ini.

Anonymous said...

Banyak betul cerita makan dedak sekarang. Hingga Tun Dr Mahathir terpaksa cakap pasai itu di blog nya.

Setuju bahawa Sharir Samad Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru terima RM1 juta dan Ahmad Maslan Ketua Bahagian Pontian terima RM2 juta itu ada lah dedak dari Cah Is King Najib.

Dedak dari RM2.6 bilion. Dari mana datang nya RM2.6 bilion? Ahem ahem, tau saja le. Pok Sheikh Menteri Luar Arab Saudi dah kata bukan derma dari keluarga Raja Arab. Dia kata dari seorang "individu". Bayangkan saje le kaitan individu tu dengan 1MDB.

Komen Ketua Jabatan Odit pun di rahsiakan, bermakna banyak tembelang, hingga PAC pun tak tau bila nak bentang laporan ke Parlimen. Nahas UMNO jika Najib tak undur atau di gantikan sabelom PRU14.

Anonymous said...

Terperanjat aku bila terbaca

Najib Razak 1MDB scandal: Malaysian Prime Minister's accounts triggered internal money-laundering alarm

http://www.abc.net.au/news/2016-03-29/najib-razak-bank-accounts-triggered-money-laundering-alert/7280244

So much money was pouring so rapidly into the Malaysian Prime Minister's personal bank accounts that it rang internal money-laundering alarms inside AmBank, a major Malaysian institution part-owned by Australia's ANZ.

Key points:

PM's personal account held under codename 'Mr X'

Account received more than $US1 billion in two years
Millions of dollars spent on luxury hotels, cars and jewellery

Hundreds of millions of dollars were being wired into Najib Razak's accounts from the Saudi Arabiaand two shadowy British Virgin Island companies, while the head of a Malaysian state-owned company topped up the Prime Minister's credit card accounts with millions of Malaysian ringgit in cash.

Mr Najib's Platinum Mastercard and Platinum Visa had been overdrawn thanks to a 3,320,670.65 ringgit ($US1,039,369.91) purchase of jewellery in September 2014 — a spending spree described inside AmBank as a "huge volume".

Anonymous said...

Ya Allah, pahal gitu sekali banyak belanja dia....ngapa gitu......ni dah mcm Raja zaman kuno je di buat nye

Anonymous said...

Ku Li: When was I ever with Mahathir?
Free Malaysia Today

Kalo selalu menangguk di air keroh, mana nak nampak ikan nya. Atau yang menangguk nya. Sebab selalu berlindung di bawah pokok di masa hujan taufan puting beliung yang membikin air keruh.

Anonymous said...

Di upacara ulangtahun MARA, Najib tuduh Tun Dr Mahathir pengkhianat kapada kepentingan Melayu.

Dah macam gila Najib nih. Tun telah perjuangkan hak dan kepentingan Melayu sejak dia sebagai penuntut universiti lagi, menulis pakai nama samaran Chedet.

Selama 22 tahun sebagai PM, Tun telah dapatkan Melayu punyai 23% kekayaan korporat. Din naikkan maruah Melayu dan berbagai lagi. Najib tak berani pun nak kira berapa % pencapaian Melayu dalam ekonomi negara sekarang.

Najib pulak tak ngaku dia Melayu, hebahkan dia Bugis "Juga pendatang", nak ambik hati DAP dan Cina dia buang ISA dan hampir buang Akta Hasutan yang melindungi hak dan kepentingan Melayu di Perkara Perkara sensitif Perlembagaan negara, tak hemahkan Perkara 152 pasal Bahasa Melayu, kasi bantuan wang dll kpd sekolah Cina, senyakpan DEB, kasi biasiswa kpd kaum yang terkaya di negara ini sejak banyak puluh tahun yang beratus jutawan Cina derma biasiswa dll hingga UTAR tak mahu terima RM30 juta biasiswa dsb nya dari seorang jutawan Cina sabelom PRU13.

UMNO mmesti gantikan Najib nih secepat mungkin.

Anonymous said...

Ini apasal Nazri cakap begini?

Panama Papers: Action will only be taken if law breached, says Nazri
The Edge Markets MY
KUALA LUMPUR (April 5): Action will only be taken against Malaysians named in the leaked Panama Papers, if they have acted against the law ..

Apa perlu nya dia cakap begitu? Dia nak pre-empt orang nak tenyeh Najib pasal 1MDB dan RM2.6 billion ke?

Anonymous said...

Posting mondom dari anak papa. Nak berkempen pemuda masih nak jaja bapak.

Baik tutup saja blog ini.

Anonymous said...

Dah 9 bulan your prediction. Tak dak jadi apa pon.
Pribumi dah setuju jd gundik pada DAP. Lpas kerusi Istana, skarang ckp pasa kerusi pilahanraya lak.

Bonk

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Tangential Malay Search Results