Tuesday, October 31, 2006

Bahaya Di Sebalik Usaha Pemecatan Tun Dr M Dari 3 GLC, Terutama Sekali Petronas

Apakah di sebalik usaha memecat Tun Dr M dari 3 berkait syarikat kerajaan (GLC), LADA, Proton dan Petronas. Dalam kesibukan hidup kita semua, rasanya ada pentingnya kebenaran tentang perkara ini diutarakan.

Kemungkinan sekali, niat di sebalik usaha pemecatan Tun Dr M dari menasihati Petronas adalah yang paling parah. Sejak awal tahun ini, anasir anasir rakus yang mempengaruhi The Edge dan NST telah mengutarakan ide-ide penswastaan Petronas. Di ambang perjanjian perdagangan bebas dengan US (FTA), usaha ini ternyata untuk membuang Tun Dr M dari pengaruhnya untuk menghalang pengelelongan khazanah negara yang paling lumayan ini, hasil bumi kita dan syarikat terbesar negara, Petronas.

Dalam masa Tun Dr M memerintah dan menasihati Petronas, kalaupun ada salah guna pengagihan wang Petronas, setidak-tidaknya, banyak juga wang Petronas yang memanfaatkan segenap lapis rakyat Malaysia, paling kurang dalam pengurangan kadar cukai dan harga Petrol dan Disel. Tetapi dengan pembuangan Tun Dr M dari Petronas, ia bakal mempermudahkan jalan untuk Petronas dilelong selesai penyokong-penyokong Tun Dr M yang berkesan dan Nasionalis separti Tan Sri Hassan Merican di buang juga.

Cerita Proton cerita lama. Selesai usaha dalang Tingkat 4 si Azlan Hashim menghancurkan syarikat tersebut, niat yang tersirat adalah untuk melelong Proton juga, tetapi lebih sebagai mercu tanda 'kegagalan' usaha Tun Dr M memajukan Malaysia oleh pendukung Lah-isma.

Hal pemecatan dari LADA sebenarnya kecil sedikit. Ia sekadar memberi helah untuk MB Kedah digunakan untuk mengutarakan cadangan pemecatan tersebut.

Saudara-saudari sekelian. Pendek-kata, Lah-isma semakin menular mengganggu-gugat kesejahteraan dan kemerdekaan ekonomi negara. Kini kemungkinan besar Petronas ingin dilelong pula.

Pada Pak Lah, mungkin alasan yang diberi oleh Kali dan sekutunya adalah ia kerana kejayaan Petronas masih terlalu berhubung-kait dengan hadirnya Tun Dr M sebagai penasihat. (Memang betul pun... enjin yang jual kat negara China pun sebab program F1 ilham Dr M, dan Pak Lah masa Petronas bermasalah di Chad, tak nak tolong pun!).

Namun sedarlah bahawa pertelingkahan dengan Pak Lah cuma sekadar helah pemecatan Tun Dr M. Sebenarnya, pemecatan Tun Dr M membuka jalan untuk Petronas dilelong hasil usaha sang-sang rakus yang bertenggek di bahu Pak Lah didalangi anasir luar negara.

2 comments:

A Voice said...

Kalau di kaji, avalanche kecaman yang melanda Tun selepas press conference kedua sehari sebelum hari rarya tidak ada kena mengena dengan isu dan pentadbiran Pak Lah.

Yang di sebut adalah lebih untukmengisi skrip yang inginkan mereka mainkan bahawa Tun kaki gaduh tidak kira raya.

Ini hanya typical minda melayu yang asyik dnegan adat hingga lupa intipati sesuatu dan lupa menggunakan akal fikiran.

A Voice said...

Kami org Johor tuntut UMNO Johor yang sedang mengadakan Konvensyen pada hari Ahad dan Isnin ini supaya menyokong tuntutan DYMM Tuanku Sultan Johor untuk merobohkan Tambak Johor yang merupakan legasi penipuan penjajah terhadap negeri Johor.

Kami juga tidak setuju dengan rancangan K(haz)ianat untuk SJER mengadakan Free Access Zone, pihak berkuasa otonomi SJER, memberi keutamaan kepada pelabohan & lapangan terbang singapura, dan menjadikan JB bandar satelit & tempat berhibur untuk Singapura.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Tangential Malay Search Results