- Menimbulkan tanda-tanya tentang kesahihan pendapatnya yang betul, seperti apabila beliau menyatakan betapa perlunya kita membantah perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat (USTFA). Ini betul, tetapi kata-kata YAB Khairy tidak membantu sekiranya beliau dilihat pincang keahlian ekonominya.
- Tindak-tanduk YAB Khairy mungkin menimbulkan tanda-tanya akan kebolehan generasinya untuk mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak, kerana walaupun beliau tidak mewakili generasi beliau, mungkin ada yang berfikiran demikian.
Oleh itu, saya menyarankan kepada hamba-hamba Allah yang sudi, nasihatkanlah beliau untuk membaca dan belajar lebih lagi tentang hal ekonomi sebelum beraksi sebagai ahli.
Sebagai seorang yang disanjung kebijaksanaannya, YAB Khairy patut sedar yang walaupun beliau seorang pemegang ijazah Politik, Falsafah dan Ekonomi (PPE) dari Oxford, ini hanya ijazah Sarjana Muda yang mengajar 1/3 sahaja dari kandungan bidang Ekonomi yang ada pada kelulusan Ekonomi lain. Ijazah Sarjana beliau pula bukanlah dalam hal ekonomi.
Malangnya, pengalaman kerja YAB Khairy sebelum ini pun kebanyakannya dalam hal kewartawanan, dan dengar kata yang beliau diambil menjadi Pegawai Khas pun kerana kebolehannya untuk mengarang ucapan, bukannya kerana keupayaan dalam bidang ekonomi. YAB patut mengakui yang tugas-tugas beliau di ECM-Avenue pun sekadar dalam hal Perhubungan Awam (PR) semata-mata, jadi manalah sangat pengalaman bidang ekonominya.
Kalaulah pemain boneka utama negara a.k.a. Uncle Kali berupaya mengajar YAB Khairy, tak apalah juga. Tetapi memandangkan dalam hal penulisan dan kewartawanan pun YAB kelihatan lebih ahli dari Uncle Kali yang ternyata bukanlah seorang wartawan yang hebat, apalah sangat yang upaya diajar oleh Uncle kepada YAB?
Dalam keinsafan YAB Khairy, kami menasihatkan beliau membaca buku-buku tersebut untuk memahami apa itu ekonomi dan apakah asas pemikiran yang harus ada dalam usaha membangunkan negara:
Mungkin selesai itu, YAB Khairy akan berupaya membaca teks yang lebih rumit, sejurus itu menjadi lebih upaya untuk memberi pandangan tetang hal ekonomi. Namun, ada baiknya mungkin sekiranya beliau menasihati teman-temannya di Khazanah dan GLC-GLC untuk membaca buku-buku tersebut dan yang dibawah, selain mengarah dan mengherdik mereka dalam pelbagai hal lain:
Sekadar inilah keupayaan saya, untuk mengajukan nasihat sahaja. Adalah diharapkan mana-mana hamba Allah yang mengajukan saranan saya kepada YAB Khairy juga mengutarakan niat ikhlas saya. Sesungguhnya, adalah untuk kebaikan sejagat warga Melayu dan Malaysia yang kemampuan YAB dalam hal ekonomi ditingkatkan lagi dari kadar yang sedia-ada.
No comments:
Post a Comment