Wednesday, March 12, 2008

Untuk Apa Perjuangan

Generasi Muda Melayu sekarang amnya merasakan kehilangan sesuatu. Apa 'sesuatu' itu mungkin dirasakan berbeza bagi setiap individu, tetapi perasaan ini sering timbul sebagai suatu kekurangan malah kekosongan pada hidup, terutama sekali dalam perbualan di kalangan pemuda segenerasi.

Setiap individu manusia dijadikan Allah S.W.T. penuh dengan keperluan dan kehendak. Yang kehendak sering berkait dengan nafsu hidup, keinginan yang melepasi apa yang perlu dalam kehidupan. Keperluan pula bukan sahaja merangkumi asas hidup yang fizikal seperti makan/minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, dsb, tetapi termasuk juga keperluan jiwa atau rohani.

Keperluan rohani ini mungkin berunsur membetulkan diri supaya setiap individu dapat lebih mendekati Allah, namun Islam jelas juga mendorong ummahnya untuk mengejar Keperluan di dunia mahupun di akhirat. Keperluan rohani ini amnya adalah sejenis perjuangan, baik perjuangan dalaman mahupun perjuangan menjayakan ummah di alam dunia.

Ini berkait langsung dengan kekurangan serta kekosongan yang menghantui begitu ramai generasi Muda Melayu sekarang. Ini kerana terlalu ramai dari kita sekarang tertanya-tanya,"Untuk Apa Perjuangan".

No comments:

Tangential Malay Search Results