Thursday, April 23, 2009

PELAJAR UNIKL DIPAKSA MENGIKTIRAF ISRAEL PADA SUATU MAJLIS ANJURAN UNIVERSITI?

Saya lazimnya tidak suka memaparkan penulisan orang lain dalam blog saya, tetapi maklumat yang menyayat hati ini perlu saya kongsi bulat-bulat. Setahu saya, [UniKL di bawah naungan MARA dan - dibetulkan melalui Kemaskini 1 di bawah] negara kita masih tidak mengiktiraf pun kewujudan negara Israel. Jadi, bagaimanakah boleh PELAJAR UNIKL DIPAKSA MENGIKTIRAF ISRAEL PADA SUATU MAJLIS ANJURAN UNIVERSITI? Sejak bilakah pelajar Islam diarah berlakon sebagai sami? Ada kah sebab yang munasabah?:

Pada 22 Mac 2009, satu aktiviti ala perhimpunan PBB telah diadakan UniKl MSI Kulim Kedah. Pelajar telah di arah untuk menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB. Di antara Negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Selepas dua minggu aktiviti itu berlaku, beberapa pensyarah dan tenaga kerja di dalam universiti telah memanggil pelajar-pelajar yang terlibat serta diberi motivasi dan teguran mengenai aktiviti keagamaan yang telah berlaku.

Rentetan daripada perkara di atas, 7 warga kerja UniKL MSI telah digantung kerja oleh atas arahan General Manager UniKL Pusat kerana dikatakan telah menghasut dan menakut-nakutkan pelajar berkenaan berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei. Mungkin selepas ini ura-ura telah berbunyi tiga orang dari kami dibuang kerja. Disertakan gambar-gambar aktiviti.

ADAKAH AGAMA ISLAM BOLEH DIPERSENDA SEBEGINI RUPA DAN KAMI YANG MEMBELA DIGANTUNG KERJA DI TANAHAIR SENDIRI.

Kesemua pelajar-pelajar di dalam UniKL MSI adalah 99% beragama ISLAM, berbangsa MELAYU terlibat dalam gambar-gambar yang dilampirkan di bawah.




Kemaskini 1: Saya difahamkan bahawa UniKL kini berada di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi. Tadi siang, para pendesak isu tersebut berjaya mengajukan aduan ke peringkat tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi. Kita tunggu dan lihat apakah bakal hasilnya...

7 comments:

bro brotherhood, said...
This comment has been removed by the author.
bro brotherhood, said...

Pok Amai Amai
Belalang Kupu Kupu
Tepuk Beramai ramai
Sampai Hancur Anak Cucu,..

Bro Akram,
ini le petanda Melayu akan hancur,..tst..tst..tst.. sedih melihat keadaan dlm negara kita yg aman damai seblum ini kian terbawa2 dgn pendekatan NWO yg di pelopori oleh Zionist,..ni macam IFC je ni,..who's behind dis? shud brot dis matter to d current Menteri Pelajaran... apo nak di kato,..heheh,..(",)

Seladang said...

Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Rosmah bukan memperjuang dan mempertahankan Islam! Yang dipertahankan komisyen kapal selam!

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...

Saudara Seladang. Sejak bila Islam perlu dipertahankan? Islam agama Allah dan terlindung dari apa-apa ancaman. Umat Islamlah yang seharusnya dilindungi dari kesesatan dan manusia amnya didakwahkan Islam...

Maaflah, tetapi saudara mungkin kurang faham apa yang perlu diperjuangkan di sini. Fokuskanlah komen saudara terhadap apa yang dilaporkan, bukan mentomah membuta-tuli...

faizal said...

ko sorang je paham kan....alahai anak bapak..

Burning_Slipar said...

wow2...isu panaz nie...
hurm...
Dipaksa?
isu nie mmg sentitif...

Mas Ayuzy said...

salam, saya ialah bekas pelajar unikl msi, perkara diatas adalah betul.... perayaan intu disebut UNGA dri course English dan sem saya adalah yg pertama menadakannya....idea ini dari seorang pensyarah baru. yg isu israel itu selepas sem saya, kami bdk2 senior tak ambil port ttg ni semua tapi terserentak selepas salah sorang yg kna pecat adalah salahsatu pensyarah kami yg mengajar... yg kena pecat ramai dri yg benkel @ teknikal section... sebelum buat itu dah ada bdk2 yg bangkang isu ini tapi tk ambil port dri HQ so yg bdk2 ni mengadu kt Bengkel section.... 2 pensyarah yg handle UNGA itu dah kena tukar dah...jdi isu ni dh senyap

Tangential Malay Search Results