Friday, May 22, 2009

Penasihat Datuk Seri Najib Mula Mengarut Pulakah?

Mengimbas balik sejarah silam, pada suatu masa dahulu, adalah lebih mudah untuk rakyat Singapura untuk ke Sabah dan Sarawak dari rakyat Malaysia sendiri yang dari Semenanjung. Keanehan ini Alhamdulillah sudah tiada lagi, tetapi pada masa tersebut, diperlihatkan seolah-olah Singapura lebih rapat dengan kedua-dua negeri tersebut, hingga timbul ide kiasu Singapura untuk menyatukan ketiga-tiganya ke dalam gagasan '3S' (Singapura-Sarawak-Sabah).

Mengimbas kembali sejarah yang lebih dekat, Pak Lah mula tumbang dari tampuk kuasa hasil mendengar kepada ide-ide mengarut para penasihatnya, termasuklah mereka yang suka mengampu Singapura di Tingkat 4.

Imbas-imbasan tersebut jelas membawakan kita kepada persoalan merunsingkan yang seiras diajukan kepada Pak lah bertubi-tubi pada suatu masa dahulu dan kini kembali apabila dilihat DS Najib membincang tentang jambatan ketiga menghubung Singapura ke Malaysia sambil bersetuju tambak Johor dikekalkan, yakni,

KINI GILIRAN PENASIHAT DATUK SERI NAJIB UNTUK MULA MENGARUT PULAKAH?!

Sebab kenapa saya merasakan ide pembinaan jambatan ketiga ke Singapura sambil Tambak Johor juga dikekalkan merupakan karut-marut adalah:
  1. Dikatakan jambatan ketiga berniat membangunkan Desaru dan Pengerang. Apakah perlu jambatan tersebut untuk membangunkan kedua-duanya? Padahal, Desaru memang membangun dan pelancongan yang berpaut kepada pelancong yang naik dari Singapura ke Pantai Timur Johor memacu hingga sampai ke Mersing, malah bertempias ke Rompin lagi! Setakat ini, ia tidak memerlukan jambatan ketiga!

  2. Kenapakah tidak dihubungkan Pengerang dengan Pantai Barat dengan lebih mudah dahulu? Tidakah ini juga menjana pembangunan? Adakah kita bakal gembira yang orang Singapura lebih mudah ke Pengerang dari orang Muar, Segamat, apatah lagi orang Melaka kelak? Dulu dengan '3S' kita dah malu sekali dah!

  3. Malah, kenapakah ide ini tidak dikembangkan potensi dengan sepenuhnya, yakni mencadangkan 'jambatan ketiga' dihubung sekali dengan lebuhraya yang merentas Pantai Timur dari Tanjung Piai hingga ke Rantau Panjang? Inilah ide hebat yang membina negara serta mampu melonjak nama DS Najib menandingi pencapaian Tun Dr M dengan lebuhraya Utara-Selatan yang merentas Pantai Barat dari 'Second Link' ke Bukit Kayu Hitam!

  4. Akhir kata, kenapakah tidak dicadangkan jambatan ketiga ini dihubungkan dengan perobohan Tambak Johor? Kalaulah ia dikaitkan, nescaya ia membawa manfaat kepada bandar Johor Bharu, negeri Johor mahupun negara dengan membuka kembali laluan air Selat Tebrau yang diakui DYMM Sultan Iskandar Syah sendiri merupakan hasil penipuan British untuk mengekang pembangunan Johor sebagai pesaing Singapura?

Siapalah saya... cuma seorang blogger yang tak seberapa, namun dengan 2 imbasan dan pembacaan sedikit sebanyak, dapat saya rumuskan seperti di atas. Apakah DS Najib kini juga dalam bahaya kerana masih mendengar nasihat mereka yang hanya cerdik tetapi pendek pengalaman, lantaran kurang bijaksana? Bukankah sudah cukup bukti yang ide setengah masak dan sloganisme ala Lah tak memadai untuk memuaskan kehendak rakyat Malaysia?

7 comments:

zackeye said...

Sebelum bersetuju nak buat jembatan kita mesti fikir tentang isu keselamatan juga. Jangan hanya fikir soal ekonomi semata. Singapura bila dia nak buat sesuatu sama ada MRT atau lebuhraya mereka fikir tentang keselamatan negara mereka dan apakah projek-projek itu boleh dijadikan sebagai benteng pertahanan mereka. Mereka telah uji yang lebuhrya mereka boleh digunakan sebagai landasan terbang jet pengempur mereka dan stesen MRT mereka dibina sebagai bomb shelter.
Mereka juga tidak mahu meroboh tambak johor kerana isu keselamatan mereka.

komando said...

ISU JAMBATAN KE JAMBAN KE ATAU TAMBAK KE...SEMUA MENGARUT SAHAJA!
HANG SINGA-PODAH TU ADA UDANG SEBALIK MEE SELALU.
MEREKA DI AJAR OLIH YAHUDI DARI HARI PERTAMA HINGGA SEKARANG, SEMUA SISTEM PERTAHANAN NASIHAT NYA YAHUDI!
OTAK LKY MEMANG YAHUDI, MUNGKIN LAGI TERROR LAGI DARI YAHUDI!
KECHIL SAHAJA NEGARA TENGOK BERTAPA KAYA DAN MEMBANGUN?
MALAYSIA MEMANG BODOH DENGAN PEMIMPIN KAYU !
TAMBAK TU LALAUN PALING SENANG DAN LAJU UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN..TERMASUK LAH KERETA KEBAL DAN KENDERAAN JENIS APC.
SINGAPURA ADA LAH SEBUAH NEGARA YANG ADA BANYAK SEKALI KERETA KEBAL DAN KERETA PERANG...! TERMASUK LAH MERIAM BESAR ! SEMUA NAK JALAN ATAS TAMBAK UNTUK KE HADAPAN DENGAN PANTAS DAN SENANG.

APA GUNA NYA NAK IKUT CAKAP DIA. PECAHKAN SAHAJA. BIAR KERETA KEBAL DIA SEMUA JATUH KE DALAM LAUT LAH BODOH!

KALAU TIDAK NANTI PERANG NEGARA INI HANCUR HABIS DALAM SEKELIP MATA DIA DAH SAMPAI KUALA LUMPUR!

FIKIR LAH NAJIS OOI! PM BODOH KAYU!

TUN MAMAK TAHU NI SEMUA CUBA RUJUK KEPADANYA.TANYA KENAPA DIA MATI MATI DAN ROBOHKAN.!

CIS PM PALING BODOH!

Quantum Metal Consultant said...

Harapan kita kepada Najib sebenarnya cukup besar selepas ambilalih dari paklah...tapi belum menjengok 6 bulan rasanya harapan kita dah tingal nyawa2 ikan...

Kalau susah sangat nak kukuhkan, rasanya elok kita pakat pakat cepat cepat robohkan...

casper c said...

Berapa kali agaknya ahli-ahli UMNO akan makan racun yg ditawar pembesar UMNO ?

Dah pun bayar pampasan berjumlah lebih RM$200 juta kpd Syed Moktar utk batalkan kontrak kemarin. Berapa kali lagi akan ahli UMNO bagi sokongan utk kaki gemuk mencuri ?

Sama seperti duit rakyat berbillion hancus, rakayat telan rugi pembangunan PKFZ oleh Kuala Dimensi @ Azim Zabidi ! Duit yg hilang milik kita semua, tak kira UMNO ke tak UMNO.

Bangkit dari mimpi rakyat sekelian. Duit yg dicuri UMNO tetap akan dipikul generasi akan datang. Bangkitlah, jangan jadi bodoh !

Cerita Kita said...

Adakah pihak Singapore juga sama ghairah dengan Malaysia untuk membina jambatan tersebut? Adakah Malaysia sahaja yang ghairah?

Apakah alasan yang betul rational untuk tidak robohkan tambak Johor itu?

Yang sudah difahami: Projek bererti kontrak; kontrak bererti keuntung yang besar (kerana kos RM1 boleh diletak sebagai RM1,000); keuntungan besar bererti kroni. Adakah ini dibuat atas desakan kroni?

budak-kom said...

dsn telah mengecewakan ramai orang UMNO dan juga orang Melayu yang lain dengan slogan 1 Malaysia dan membawa kepada UMNO pengecut dengan tidak bertanding dan melepaskan tanggungjawab kepada pengundi dengan melepaskan prk Penanti...

Al-Yasar said...

Saya tidak tahu mengapa kita ghairah sangat nak buat jembatan -- nak buat jambatan ganti tambak Johor, dan pada masa yang sama nak buat jembatan ke-3 pula?

Semuanya ini untuk kepentingan dan keuntungan siapa?

Tangential Malay Search Results