Wednesday, June 03, 2009

Husam Musa... Pilihan Terbaik Untuk UMNO?

Oleh sebab pemimpin Pakatan Pembangkang sering suka memberi pendapat tentang siapa patut memimpin UMNO dan parti komponen BN lain, tergerak hati saya untuk memberi pendapat siapakah pemimpin terbaik untuk PAS. Saya rasa UMNO patut menyokong Husam Musa sebagai calon Timbalan Presiden PAS yang baru.

Ini bukan hanya kerana dari segi pendekatan dan prinsip, Husam adalah calon paling hampir dengan perjuangan UMNO, tak hairanlah memandangkan beliau anak buah DS Anwar Ibrahim di Yayasan Anda pada suatu masa dahulu, tetapi juga beliau telah banyak berbudi kepada pemimpin UMNO serta Barisan Nasional sebelum ini.

Contohnya, Husam terlibat secara langsung dalam usaha memastikan Pak Lah tidak dibatalkan kemenangannya pada PRU-11 oleh kerana masalah teknikal. Beliau dan YB KJ bersepakat untuk membatalkan segala bantahan pilihanraya PAS dan BN anatara satu sama lain, sekaligus memastikan kekuasaan PAS berterusan di Kelantan. Pada masa tersebut, memang UMNO lebih mahukan Pak Lah selamat dari mendapatkan kembali Kelantan... kan?

(Ada ura-ura juga perbincangan tersebut juga menghasilkan persepakatan untuk dibebaskan DS Anwar yang rapat dengan Husam mahupun KJ)

Husam juga kelihatan sedia untuk menonjolkan kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO yang rapat. Contohnya, KJ mengadakan debat dengannya menjelang pemilihan UMNO. Pada masa yang sama, Husam juga sedia menjaga air muka anak buah DS Anwar dalam UMNO, walau yang bekas, dari dimalukan. Contohnya apabila beliau saling enggan berentap dengan DS Zahid Hamidi pada program Hujah baru-baru ini.

Peng-UMNO-an PAS oleh Husam haruslah diteruskan, kerana pengikut PAS kini sudah terlalu fanatik. Sekiranya Mat Sabu menang, dengan kesediaan beliau melaungkan visi ala-syaih sekalipun dan kesediaannya mendedahkan DS Anwar sebelum UMNO sebagai seorang peliwat, sudah tentu PAS akan lebih jauh fanatik dari sekarang.

Saya juga agak bimbang sekiranya Nasharuddin Mat Isa terpilih. Walaupun beliau dirasakan susah menang walaupun pencalonannya yang terbanyak... orang Johor la... bukan tapak semaian lazim PAS... tetapi beliau bukan sahaja berupaya mengekalkan prinsip pemimpin ulama PAS, tetapi penampilannya, terutama sekali sepanjang pertandingan setakat ini, adalah yang paling matang sekaligus menarik.

Siapa yang nak menang... wallahualam... tetapi demi melanjutkan umur UMNO... harapan kami Husam le...

Kemaskini 1: Menarik bila melihat cyber-trooper Husam bergerak dengan pantas mengkomen di bawah topik ini. Mungkin juga cyber-trooper DS Anwar membantu. Kenapa, takutkah disuluh kebenaran yang membawa PAS mampir menjadi lebih UMNO adalah Husam Musa? Blog ini bukan membawa 'spin', tetapi bertujuan memberi tangen dari pendapat yang diwar-warkan, kerana yang sering kedengaran tidak semestinya yang benar...

12 comments:

nick said...

Ha..Ha.. nak cuba buat reverse psychology nampak.... Dah dpt tanda2 fraksi UMNO dlm PAS akan tumbang ke? Kalau betul, Alhamdullillah... Usah lah berangan nak mengUMNOkan PAS sebab UMNO dah nazak dan menunggu saat kematian je... Selamat tinggal UMNO... Rakyat tak akan bersedih dgn kematian UMNO sebaliknya bergembira... Akan tercatat sejarah Malaysia Baru!

jai13569 said...

aku umno tulen. nick yg bodo!!!pas bukan nak masuk umno,dan umno tak ajak pas masuk umno ,tp pas dan umno mesti bergabung(bergandigan) supaya kuasa kerajaan melayu islam terus kekal ditanah melayu.walaupun keling(mic,pkr) dan cina(mca,dap,pkr,gerakan) bergabung utk menguasai palimen(kuasa) yang diketuai oleh dewa mereka iaitu anuar ibrahim , hasrat mereka tak akan tercapai selagi majoriti nya masih melayu islam. ini lah yang dimaksud oleh T.G.HADI mengenai KERAJAAN PERPADUAN.! drp ambik husam musa, lebih baik jual terus tanah melayu ni ke KAFIR HARBI!! :- ni emel aku klu tak puas hati; jawal74@gmail.com

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

orang politik bukan saja kena pandai buat reverse psychology,tapi tunggeng terbalik pun kena pandai.

Had lompat2 pun depa tau.Cari makan.

Unknown said...

Nick. Menarik bila melihat cyber-trooper Husam bergerak dengan pantas mengkomen di bawah topik ini. Mungkin juga cyber-trooper DS Anwar membantu. Kenapa, takutkah disuluh kebenaran yang membawa PAS mampir menjadi lebih UMNO adalah Husam Musa?

Blog ini bukan membawa 'spin', tetapi bertujuan memberi tangen dari pendapat yang lazim diwar-warkan, kerana yang sering kedengaran tidak semestinya yang benar...

Man at Work said...

Which ever ways ,PAS may choose to take its own direction, even the road less travelled, it must not belittle UMNO & its past contribution.

PAS must also be wary of the offlate overwhelmed support by the Chinese especially, their motive is clear to turn M'sia into S'pore.

I will surely be labelled Racist, but their action & constant pressure to remove Bumi privilidges can never be questioned.

Now some of the contemporary Malays...I wonder whether you have your feet firmly on the ground ??

MEN AT WORK

nick said...

Saya cyber trooper Husam? First time ada orang accuse me of being a cyber trooper. I'm not a PAS member nor a PR member. Saya dari golongan rakyat islam baru yg celik internet. As you say, your posting is a tangen musing of yours and as for my comment, it is my own personal observation and reading of pro UMNO blog. And I realised that the MSM made the blunder of unintentionally identifying pro UMNO fraction in PAS. So to create doubt in PAS members minds about the UMNO fraction, someone from UMNO bloggers need to do this. It is a tried and tested ruse for damage control, unfortunately it was use countless times and rakyat are fully aware of it. Anyway thanks for your compliment ( me, a cyber trooper! LOL!). Good luck with your plan but I'm afraid we ( rakyat) can see it as plain as daylight. It is true what they say that a drowning man will grasp at anything...even straws... I won't even reply to jai3569 delusional and illogical ranting. A waste of time!

Unknown said...

Ala Nick. Profile tak ada pun... bukan cybertrooper Husam/DS Anwar konon... hihihihi...

Btw, I am a pro-UMNO blogger, tapi tak bertuan beb. Kalau salah, UMNO pun dihentam! Look back mate. UMNO bloggers are not taksub dan berupaya membuat analisa bebas tanpa agenda... bukan seperti parti Pakatan Pembangkang... semua ada agenda...

Gekko said...

Kau UMNO blogger... pemilihan pun kalah.. hahaha. Jangan perasan la bro. Cermin muka hang tu dulu. Aku rasa buang masa jer blogger PAS or PKR nak attack hang. YOU ARE NOTHING!

Gekko said...

Kau ni DURI DALAM DAGING kat UMNO. Ke bapak hang yang suruh hang tulis ni.

BudakJB said...

Gekko,

Who are you again? Personally i respect Akramshah. Sharp thinker! Good writers, and i think will be a good politician. Should win in last PAU but ... Anyway, who are you again Gekko? Nobody???

Iyas said...

saudara akramsyah,

saya memang meminati penulisan saudara.

tapi teknik reverse psychology ni(bak kata nick) terlalu terserlah.. hehehe..

perlu lebih banyak belajar dari husin lempoyang.

Unknown said...

aku. Sorry la. Semua orang ingat saya tengah buat reverse psychology. Sebenarnya tidak. Saya memang membuat pemerhatian secara telus!

Pening kepala la nak tulis blog sekarang. Orang ingat semua pusing, sebab memang ramai blogger Pakatan Pembangkang memulas-pusing! Lepas tu ada Malaysian Insider pulak...!!!

Tangential Malay Search Results