Sunday, June 07, 2009

Keputusan Muktamar PAS: Hadi - 1, Anwar - 0

Dengan kemenangan YB Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS, maka selesailah perang proksi pada Muktamar PAS baru-baru ini, dengan kemenangan 1-0 kepada pihak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kemenangan kepada Hadi Awang? Eh, bukankah DS Hadi memang sudah menang tanpa bertanding? Bukankah Nasaruddin mengalahkan Datuk Husam Musa dan YB Mat Sabu?

Sebenarnya, pertandingan Nasaruddin <-> Husam baru-baru ini (yang hanya dikelirukan sejenak dengan penyertaan Mat Sabu juga dalam pertandingan) adalah kali pertama 'perang proksi' secara terbuka berlaku dalam PAS di antara 2 pemimpin paling berpengaruh di dalam parti tersebut, terutama sekali sejak PRU-12. Ada yang sering mensalah-tafsirkan perang ini sebagai perselisihan antara DS Hadi dan TG Nik Aziz, tetapi ini suatu andaian yang kurang tepat.

Datuk Husam Musa sering dibilang merupakan anak buah TG Nik Aziz Nik Mat dan semestinya, kedudukan yang ulung diberikan beliau sepanjang berkhidmat untuk PAS di Kelantan seolah-olah membuktikan sedemikian. Namun, ada 3 fakta yang menyangkal perkara ini, yakni:
  1. TG Nik Aziz tak berapa banyak pilihan antara pemimpin-pemimpin muda PAS Kelantan yang segenerasi dengan Husam. Memang Husam terserlah yang paling berbakat dalam mengimbangi politik dan kelihatan mahir juga dalam pentadbiran mahupun teori ekonomi. Maka Husam terpilih diasuh ke jawatan penting di Kelantan kerana tiada pilihan lain di depan mata TG Nik Aziz.

  2. Penulis yakin 'kepakaran' Datuk Husam sekadar persepsi sahaja, kerana kalau betul beliau hebat dalam mengurus ekonomi, mana bisa Kelantan tetap mundur sekian lama? Fakta ini bila digabungkan dengan pendapat yang dibuahkan oleh Nik Abduh Nik Aziz, yang bapanya 'dipengaruhi', memberi gambaran yang bukan TG Nik Aziz yang membimbing Husam. Mungkin sekali Husam yang memperkudakan TG Nik Aziz!

  3. Datuk Husam Musa merupakan anak didik DS Anwar Ibrahim di Yayasan Anda dahulu sebelum beliau giat berpolitik di arena PAS. Kesetiaan beliau juga kelihatan jelas kepada DS Anwar, apabila beliau membantu usaha Datuk KJ PAS (Kamaruddin Jaafar) membatalkan kerjasama PAS-BN untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak sejurus selepas PRU-12. Ini kemudian membenarkan PKR meraih jawatan MB di Selangor.

Maka, pertandingan yang pada lahirnya berlangsung antara Nasaruddin <-> Husam di Muktamar PAS baru-baru ini sebenarnya adalah PERANG PROKSI ANTARA DS HADI AWANG <-> DS ANWAR IBRAHIM!

Pembaca tidak harus terkejut tentang perkara ini. Memang inilah perangai DS Anwar Ibrahim - beliau tak berani menyertai dan memimpin parti pembangkang, walaupun parti PKR yang taksub kepadanya, kerana berharap dapat kembali memimpin UMNO satu hari nanti. Namun, kerana keupayaan beliau menyatu-padukan Pakatan Pembangkang, suara beliau didengari para pemimpin PAS dan DAP. Tambah lagi, di dalam PAS, anak buahnya menduduki jawatan penting.

Namun, kekalahan Husam pasti membimbangkan DS Anwar sekarang. Inilah usahanya yang paling nekad untuk merebut kuasa di dalam PAS melalui pertandingan di peringkat tertinggi menerusi proksinya. Adakah kekalahan Husam akan membahayakan kedudukan semua proksinya yang lain? Mungkinkah DS Hadi akan menuntut lebih banyak pengaruh untuk dirinya dan PAS lalu mula menyisih DS Anwar ke tepi?

Wallahualam... namun PAS mungkin kini lebih sedar akan kekuatannya sendiri. Dari dipimpin peliwat di arena politik kebangsaan, bukankah mereka seharusnya memimpin Pakatan Pembangkang?

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,

PAS is not just aiming to lead the opposition, they are aiming to lead the Government. And the election of Nasha and Hadi's incumbency is yet another step in that direction.

Only us UMNO members seems to be totally preoccupied with PKR. Everybody else knows that the strenght of the Opposition is reliant on PAS to deliver at least 20-30% of the Malay votes in the constituency.

Unknown said...

Actually Wenger, I am not pre-occupied with PKR, only with Anwar Ibrahim. The party rides too much on the man's name.

In terms of the party to beat, indeed PAS is the key. And with DS Hadi's win, they will be able to retain much of the strength of the machinery that helped all of Pakatan in PRU-12.

I am however not keen on a vigorous attack of PAS beyond that of their competency - however misguided I personally feel their struggle is being interpreted. As of all the opposition parties, they are the one that shares the need to keep Malays the main political force in the country, as in the end, PAS is also a 'serpihan' of UMNO.

Tangential Malay Search Results