Pilihanraya Kecil ke-9 akan diadakan di Bagan Pinang, Port Dickson, berikutan meninggalnya ADUN mukim tersebut, YB Azman Mat Nor. Bagan Pinang merupakan kubu UMNO. Sebelum ini, PRK-PRK diadakan di kawasan-kawasan yang kalaupun dahulunya kubu, akibat perjalanan masa, sejarah dan pola kepedudukan, telahpun bertukar menjadi lubuk Pakatan, seperti Parlimen Gopeng serta kerusi-kerusi wakil rakyat sekitar Permatang Pauh.
Soalnya, adakah UMNO dan BN mampu memilih calon sesuai untuk bertanding di DUN tersebut? Pilihan calonlah amnya kelemahan terbesar UMNO sejak PRU-12 lagi. Di 3 dari 8 PRK sebelum ini, faktor kelemahan calonlah menjadi punca kekalahan, terutama sekali di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Pada satu-satunya PRK di mana UMNO hampir menang, calon dipilih tepat, malangnya terkena tempias kebencian terhadap Ketuanya yang merupakan ikon korupsi.
Di Bagan Pinang, sudah ada 2 calon, anak-beranak(!) yang sedia sesuai untuk diketengahkan. Kedua-duanya mempunyai ketokohan, kebolehan dan latar-belakang menarik lagi tidak memalukan. Yang bapa mempunyai sejarah curahan jasa kepada masyarakat setempat. Yang anak pula profesional berjaya, petah berbicara baik lantang di pentas mahupun berbisik seberang meja dan sudah mula membela sebagai Naib Ketua Pemuda.
Tan Sri Isa Samad, sang bapa, kini pasti dibibir para pemimpin UMNO sebagai calon paling tepat, memandangkan beliau bukan sahaja sekadar Ketua Bahagian Teluk Kemang di mana terletaknya Bagan Pinang, malah pernah menjadi MB Negeri Sembilan seketika dahulu. Sang anak, Mohd Najib bin TS Isa, juga bukan calang-calang orangnya, lucu, peramah dan tak kurang ketokohan sehingga berdiri sebagai calon ulung Pemuda UMNO Negeri Sembilan ke pemilihan exco Pemuda.
Tan Sri Isa Samad di majlis kepimpinan bersama Datuk Puad Zakarshi, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ayah (Tan Sri Sanusi Junid - di luar gambar) menjelang pemilihan UMNO 2008
Menarik sekali, kedua-dua anak-bapa ini juga pernah menjadi mangsa percaturan politik seorang ikon politik durjana yang terkemuka dari Rembau. Punyalah bimbang si durjana tersebut akan 'persaingan' dari sang bapa untuk menjadi Perdana Menteri, sehinggakan TS Isa dimalukan oleh Lembaga Disiplin UMNO kongkongan rejim Pak Lah dan digantung keahliannya. Si anak pula dimatikan harapan menangnya pada pemilihan Pemuda UMNO baru-baru ini.
Akan tetapi, sejarah kemelut UMNO ini tidak menjejaskan, malah meningkatkan lagi daya tarik calon-calon berdua kepada pengundi. Bukan sahaja anak tempatan yang disegani, tetapi jauh dari berkait dengan anasir-anasir negatif dalam UMNO, mereka malah dimusuhi dan pernah dimangsai ikon-ikon korupsi yang dibenci rakyat tersebut! Kalaupun ada calon lain yang leih baik dari dua ini untuk UMNO, diharap diketengahkan, tetapi tak mungkin ada yang jelas musuh ikon korupsi!
Soalnya sekarang, sang bapa atau anakkah akan dipilih untuk tampil ke hadapan? Lazimnya dalam UMNO, selagi sang bapa berumur politik, sang anak puas berlegar di tepi pentas, bersedia tetapi tak gopoh untuk ke arena kuasa. Oleh itu, kemungkinan besar TS Isalah bakal dipilih di antara mereka berdua. Namun, memandangkan TS Isa sudah ke peringkat Parlimen sekaligus memegang kedudukan Naib Presiden UMNO sebelum ini, mahukah beliau kembali ke Negeri?
Dalam senario beginilah, mungkin pintu akan dibuka untuk sang anak, Mohamad Najib, menampilkan diri sebagai calon. Umur politik sang bapa mungkin masih ada, tetapi di tahap yang berbeza. Penampilan Najib juga akan memberi kesempatan untuk UMNO menunjukkan bahawa ia juga dipelopori pemuda yang berwibawa, profesional, berkebolehan dan walaupun anak pemimpin, tidak gemuk rasuah serta hidup-mati di riba kuasa orang tuanya semata-mata.
Kita berentap kembali di Bagan Pinang... insya'Allah...
7 comments:
salam ramadhan...
tak kisah la anak atau bapak...
bapak borek anak rintik...
dulu juta-juta....
sekarang bilion-bilion...
harapan utk mempertahankan kerusi tu
adalah besar...undi pos 5ribu!!!!
majoriti 2ribu....
walau tak diiktiraf wakil rakyat...
wakil pos pun boleh laaaaaaa....
Akhram,
Aku rasa kau dah jadi taksub sangat dgn si Rembau tu. Lagipon dia jauh lebih berkaliber dari kau dan calon yang kau bawa hari tu. Aku hormat calon yang kau bawa, tapi ketabsuban kau ni dah menjangkau ke level orang PAS.
Janganlah nak terover-over, dan TS Isa mmg gempak, tapi anaknya Najib mmg tak layak. U cakap ni atas dasar benci sahaja.
Jangan raksub...kalau tak jadi...frust nongeng..
cicitHJHASSANu. Sebelum PAS memberi komen seperti undi POS tak acilah dsb, ada baiknya menatap diri di cermin dahulu. Isu 'undi hantu' sudah pun terpantul ke PAS, dahulunya kurang jelas di Bkt Selambau, kini makin jelas di Permatang Pasir, siapa yg berhantu undinya sebenarnya? Kini PAS menuding jari ke UMNO atas hal undi POS... PAS untung POS gak dak?
Sdr Jamil. Saya rasa komen saudara akan lebih diterima sekiranya sdr jelas mendedahkan siapa saudara, bukan sekadar pemilik id blogger yg tersembunyi. Dirasakan nanti ada sesuatu di sebalik usaha sdr dan jenis2 seumpama mempertahankan IKON KORUPSI dari REMBAU yg sememangnya menjadi antara punca kebencian berterusan rakyat terhadap UMNO.
Dari menasihati saya, lebih baik sdr menasihati mereka yg taksub KJ untuk meminta beliau berundur diri shj. Baik anak muda yg baru menatih dalam politik seperti Najib TS Isa mewakili wajah muda UMNO di Negeri Sembilan dari seorang yang berparut imej dan berbedan dosa walau usia masih muda seperti KJ...
Akram,
Saya tak berselindung. Saya seorang arkitek yang mencari nafkah di ibu negara. Semuadah tahu bawasanya Khir Toyo yang 'fix-up' KJ mcm mana dia buat di Selangor dgn Tim Pengarah SPRM Selangor. Rakyat tahu sangat lah perangai pemimpin UMNO. bila dah jealous sangat atau lebih sangat, sure kena cantas....
Sdr Jamil - terima kasih kerana mengaku arkitek - bila nak dedah Blogger profile? Kata sdr "Semua dah tahu"? Hihihihi... OK lah, apa-apa sahaja fantasi kita benarkan buat sementara di sini. Tetapi maaf, ini posting bukan berkenaan mamat IKON RASUAH tersebut, maka saya terpaksa hentikan komen selanjutnya sekiranya tidak berkait. TQ kerana melayan...
Semoga Allah menangkan calon yang tidak mendokong parti dan golongan zalim.
Itu sahaja doa saya.
Post a Comment