Tuesday, April 27, 2010

Apakah Bezanya Perkasa, Dong Jiao Zong Dan Hindraf?


Bagi jurublog, helah-helah sedemikian amnya cakap karut yang diadukkan dengan cebisan kebenaran. Antara yang menyakitkan hati adalah lontaran cemuhan kepada Perkasa sebagai kumpulan pendesak Melayu. Apakah salah Perkasa wujud untuk mendesak supaya hak-hak orang Melayu dipelihara? Apakah bezanya Perkasa dengan Dong Jiao Zong? Tidakkah Dong Jiao Zong sama ekstremis dalam tuntutannya, malah ada yang mengatakan ia lebih ekstrim lagi!


Saya juga berasa cukup terhina apabila diberitahu pengundi Cina amnya mahukan isu-isu peringkat nasional ditangani sebelum sedia menyokong semula BN. Apa, bangsa lain tidak begitu 'maju' ke? Adakah PKR terbukti berupaya menangani isu-isu pembangunan ekonomi, perkauman dan sebagainya? Mana ada buktinya di Selangor! Yang adapun bukti, adalah bagaimana Pakatan Selangor masih gagap dan tak habis-habis menuduh BN atas segala kepincangan usaha kerajaannya.

Yang saya boleh percaya sikit pun adalah kekecewaan kaum Cina terhadap usaha kerajaan menangani rasuah, yang ternyata masih ada kepincangan. Pengamal rasuah mahupun mereka yang mengambil kesempatan dari ketirisan usaha kerajaan harus dihalang dari terus mengecapi nikmat duit rakyat. Contohnya, Datuk Zaid Ibrahim yang kaya-raya berlebihan akibat terlalu banyak mengaut untuk dari DEB patut ditolak! Tapi eh, eh, kaum Cina mahu pula mengundinya!

Apa lagi isu nasional? Kalau kaum Cina benar-benar mahukan isu nasional yang dianggap penting kepada mereka ditangani, kenapakah mereka tidak memberikan kekuatan menerusi sokongan jitu mereka kepada BN semata-mata untuk memberi muka kepada pemimpin politik mereka? Ini tidak, lari begitu banyak undi Cina dari BN, sehingga kini, relevan tidaknya MCA dan Gerakan di dalam BN menjadi persoalan! Malah, tak hairanlah sekiranya kaum Cina hilang kerusi kabinet kelak!

Sepatutnya, pemimpin, pemikir dan pengulas kaum Cina harus mengaku sahaja yang penolakan BN di Hulu Selangor kerana pendapat yang menular di kalangan masyarakat tersebut bahawa lemahnya BN membawa keuntungan. Keuntungan kepada siapa? ... Fenomena ini tidak lain dari yang dilihat di Kelantan; kesukaran BN merampas negeri tersebut berkait dengan pendapat yang wang pembangunan akan terus dicurah selagi BN berusaha untuk merampas kembali negeri tersebut.

Jadi helah lainnya semua sekadar helah sahaja, kerana kan malu bagi kaum Cina sekiranya pemikiran sedemikian jelas terdedah kepada kaum Melayu, India dan yang lain akan kebenaran di sebalik kecenderungan pengundi di Hulu Selangor? Tetapi ahli politik dan pemimpin BN harus menerima ini sebagai suatu realiti. Mungkinkah kerana ini, kaum Cina akan melihat perubahan sikap dari kerajaan DS Najib yang sebelum ini kuat berusaha menarik hati masyarakat tersebut?

Wallahualam... bagi jurublog adalah kelaku sebegini oleh mana-mana kaum di Malaysia tidak boleh diterima-pakai, bukan sahaja atas dasar 1Malaysia, tetapi dari segi sopan-santun antara kita. Mungkin sudah masanya para pemimpin Cina, dari memberi helah, mengingatkan masyarakatnya akan sejarah. Tak perlu tinjau jauh ke prinsip jusoli, tetapi ke PRU 1990 dan 1999 sudah memadai. Pada masa itu, pemimpin Cina cukup berpengaruh kerana kaum mereka kuat menyokong BN.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kenapa terperangkap dengan mainan politik MCA untuk menyatakan pengundi Cina tidak menyokong BN kerana kerajaan yang dipimpin oleh Presiden UMNO.

Memadai untuk kita berhujah bahawa masyarakat Cina cukup jelek dengan wajah Chua Soi Lek dan merasa tidak yakin kepada pergolakan dan kepimpinan MCA sekarang.

UMNO khususnya tidak perlu sebok untuk sekali lagi terperangkap untuk menjaga kebajikan kaum lain sedangkan kaum sendiri terabai.

Biar MCA dan MIC tanganinya secara mutlak dan mereka dilayan jika tidak bercanggah dengan Perelembagaan Negara dan tidak menghakis keepentingan Melayu dan Islam.

DAP tidak pernah menjaga kepentingan Melayu tetapi kenapa mereka masih menerima undi Melayu? Dalam hal ini PAS dan PKR memainkan peranan sehingga DAP langsung tidak terbeban. Aplikasi yang sama harus dipakai oleh UMNO.

Jika tidak, BN bukan sahaja kehilangan sokongan undi kaum Cina dan India tetapi bakal menerima tamparan hebat dari undi kaum Melayu.
UMNO akan tersungkur tewas ditangan pengundi Melayu kerana sebok menjaga undi kaum lain.

Quantum Metal Consultant said...

Kaum Cina dan India mungkin bukan tidak menyokong kerajaan atau BN tetapi mereka benci kepada pemimpin parti itu sendiri...
Pernah terjadi kepada UMNO, orang Melayu menolak UMNO kerana Paklah dan satu kenyataan pun..orang Cina tolak MCA kerana Chua Soi Lek dan menolak MIC kerana Samy Vellu..

Detguaq said...

Sila ke http://pelantaqhujah.blogspot.com/ untuk melihat sendiri pengalaman jurublog sepanjang 9 hari berada di Pekan Rasa semasa prk P094

Corona Paving Contractors said...

Nicce post

Tangential Malay Search Results