Thursday, July 21, 2011

Pengasas ABIM Masih Dalam Keadaan Kritikal - ABIM Founder Still In Critical State

Pada tahun 1971, seorang anak Melayu yang ingin berdakwah telah mendapati dirinya serta kawan-kawan berpendidikan bukan 'pondok' amnya ditolak oleh para tokoh agama yang lazimnya kelahiran sistem 'pondok' dari terlibat dalam memimpin aktiviti keagamaan. Atas niat murni mewujudkan 'platform' untuk berdakwah bagi anak-anak muda Melayu, terutama lepasan jurusan universiti yang bukan berbentuk keagamaan, ADAM telah dicadangkan.

ADAM, atau Angkatan DAkwah Malaysia, dibiayai penuh penubuhannya oleh anak Melayu demikian, yang pada masa tersebut merupakan antara pegawai bank tertinggi jawatannya di kalangan rakyat Malaysia, seorang insan bernama Sanusi bin Junid. Namun nama ADAM telah dipohon pertukaran namanya oleh seorang ahli barunya untuk membolehkannya terlibat dengan aktiviti belia berpersatuan. Maka ADAM bertukar nama kepada ABIM, Angkatan Belia Islam Malaysia.

Dari awal penubuhannya, TS Sanusi telah mengusahakan agar ABIM mekar subur sebagai sebuah NGO ulung, walau membelakangi dirinya sebagai pengasas. Maka, walaupun ABIM ditubuhkan dan didaftarkan pada alamat rumah beliau di No.3, Lorong Batai Dalam, Damansara Heights, Kuala Lumpur, TS Sanusi telah memilih seorang tokoh agama muda yang lebih unggul untuk menerajui ABIM sebagai Presidennya yang pertama, yakni (Prof Dr) Ghazali Nawawi.

Jasa awal TS Sanusi sebagai Pengasas dan Naib Presiden ABIM pertama kini masih dikenang oleh para pemimpin veteran ABIM yang masih ikhlas memikul perjuangan asalnya, termasuklah Profesor Datuk Dr Sidek Baba, dan juga para pemimpinnya yang lebih muda tetapi tak kurang unggulnya, seperti pemimpin kes membantah pendaftaran Lina Joy, Dr Yusri Mohamad. Pada kumpulan inilah kesedihan kini melanda mendengarkan keadaan kesihatan TS Sanusi.

Buat pengetahuan pembaca, Ayah jurublog, yakni TS Sanusi Junid, walaupun kini semakin pulih statistik kesihatannya, seperti tekanan darahnya, di bawah pemantauan Dr-Drnya, namun masih dalam keadaan yang merisaukan, apatah lagi apabila suhu badan beliau kelihatan melonjak ke paras demam pada akhir siang semalam. Namun kita hanya mampu berdoa ke hadrat Ilahi agar memanjangkan umur TS Sanusi agar jasanya bertambah dan terus dihargai.

Dengan ini, kaum keluarga besar TS Sanusi memohon semua yang sudi untuk mengambil kesempatan barakah hari Jumaat ini untuk mendoakan kesihatan beliau. Sumbangan semua yang sudi amatlah dihargai.

It is among the sources of greatest pain to Ayah I am sure, though it has always remained relatively well hidden, that he, TS Sanusi Junid, was never formally acknowledged as the THE founder of ABIM by the organisation itself. It would seem that in the drive to project DS Anwar Ibrahim as a great leader, many even of the original cohort are happy to commit the sin of bearing false witness that it is supposedly Anwar Ibrahim who founded ABIM!

Unfortunately for nay-sayers of TS Sanusi's involvement in ABIM, there is too much historical documentation that backs the truth. For instance, the articles of formation of ABIM clearly states TS Sanusi as the founding Vice President, with ABIM registered at his home address! Anwar Ibrahim's name as a key office bearer was conspicuously absent! This was as Anwar was leading the Muslim Students' NGO, PKPIM, and chasing the Malaysian Youth Council (MBM) too!

There is no denying that DS Anwar was the source of the name ABIM, proposed to replace the original name ADAM to enable him to use ABIM as a vehicle to remain active in Youth politics after his departure from university. But therein one sees Anwar's involvement was always laced in self interest. Perhaps this is why many ABIM activists from the earliest days, such as Prof. Datuk Dr Sidek Baba, has since abandoned DS Anwar for their original leader, TS Sanusi Junid.

It is to these sincere campaigners of Islam as well as many other friends and those touch by TS Sanusi Junid's deeds that his family now turns to for assistance in the form of doa on this Friday. May your good words beseeching Allah swt to grant my Ayah more time on this earth to continue contributing his wisdom, time and energy, results in Allah swt granting us such a pleasure. With all sincerity.

4 comments:

Kama At-Tarawis said...

My doa on this blessed Friday for his continued well-being. May ayahanda TS Sanusi have the blessings of Allah swt alway. Ameen.

Jabalnur said...

And I have always thought THAT mongrel was the founder!

Thank you for the fresh insight. May Allah give us strength to face all his trials and tribunals, and protect TS in HIS mercy.

Unknown said...

Semoga TS mendapat kerahmatan Allah..ameen

SANUSIPENDANG said...

Saudara Akram, saya doakan semoga ayahanda saudara sembuh secepat mungkin. Ayahanda saudara adalah idola saya.
sanusi
retailer Pendang

Tangential Malay Search Results