Wednesday, September 28, 2011

Apabila Keikhlasan Perjuangan Orang Muda Disambut Kezaliman Yang Berkuasa

Pada waktu Maghrib, hari Jumaat, 23 September 2011, berlaku peristiwa hitam dalam sejarah pergerakkan belia dan hubungannya dengan pihak berkuasa. Seramai 20 ke 30 orang anggota polis telah menyerbu ke pejabat MAYC Kebangsaan di Wisma Belia untuk menangkap Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Rivai Batubara kerana kononnya ceroboh berdasarkan kehadiran beliau di pejabat pada luar waktu pejabat.

Lebih mengecewakan lagi, tak puas mungkin kerana begitu ramai dikerah untuk menangkap seorang sahaja pemimpin belia, pihak polis juga mengambil keputusan untuk membawa juga ke balai, 3 orang pemimpin MAYC Wilayah Persekutuan yang kebetulan singgah sebentar ke pejabat untuk mengirimkan makanan untuk saudara Ansor, sekaligus menemani beliau makan. Alang-alang makan pun pemimpin belia boleh dicekup polis! HEBAT!

Tidak logik bila difikirkan bagaimana begitu ramai anggota polis, ada yang lengkap bersenjata api, boleh dihantar semata-mata untuk menangkap 4 pemimpin belia yang hanya sibuk makan di pejabat sendiri. Lebih hairan, anggota polis dipimpin oleh seorang pegawai yang begitu tinggi pangkatnya, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Ketua Polis DAERAH Brickfields! Malah pihak polis juga agak kabur tentang jenayah yang ditangani.

4 orang pemimpin belia ini, terdiri dari 3 orang lelaki dan seorang wanita, 3 Melayu dan seorang India, dibawa ke... bukan IPD, dibawa ke Balai Polis Brickfields saja untuk di 'soal-siasat'. Memandangkan 'Belia 4' ini tidak melakukan apa-apa kesalahan, difikirkan proses soal-siasat akan selesai sekelip mata, tetapi tidak! 3 orang Belia yang ditahan sementara makan, termasuklah yang wanita, dilepaskan hanya selepas 5-6 jam di balai!

Setidak-tidaknya, pemimpin MAYC Wilayah bertiga tersebut hanya berada di bilik temuramah selama sejam lebih seorang. Saudara Ansor pula, setelah masuk, tak keluar selain perlu dan kekal ditemuramah selama 6-7 jam tanpa henti! Ini bukan penyiasatan yang berhemah tetapi seakan-akan mendera. Sementara pemimpin belia wanita tersebut sesekali menalipon ke rumah menanyakan anak, apakah yang dicari-cari oleh polis yang menyiasat?

Rahsia di sebalik kejadian malam tersebut terbongkar apabila saudara Ansor dimaklumkan bahawa tekanan sedang diberikan kepada pegawai polis dari 'orang atas' untuk menahan beliau dan teman-teman. 'Orang atas' ini pula dibilang dari golongan pemimpin politik! Apabila ditanyakan siapa, ditunjukkan kepada Ansor yang Tuan Syed Rahman Tuan Kuning dan Zainal Fathodin, dua orang kuncu TS Syed Hamid Albar sedang cuba mengarah polis!

Sejak bilakah PDRM harus akur dengan arahan pemimpin politik, walau mantan menteri, apatah lagi kuncu-kuncunya, dalam menjalankan tugas? Tindakan polis menangkap serta melayan para pemimpin belia tersebut sebegitu rupa mungkin terlihat zalim, tetapi kezaliman tersebut menjadi-jadi bila kita difahamkan polis hanyalah senjata kekerasan yang digunakan untuk mengugut dan menakutkan pemimpin belia!

Pada hari Rabu lepas, 21 September 2011, kepimpinan MAYC yang diwakili saudara Ahmad Ansor Rivai Batubara telah memasuki pejabat MAYC Kebangsaan dengan niat menghidupkan kembali jentera yang seolah sudah reput sementara status MAYC Kebangsaan dalam pertikaian. Sdr Ansor berhak membuat demikian atas jawatan Setiausaha Agung MAYC Perak selain kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung Kebangsaan di bawah jurublog.

Usaha saudara Ansor telah disokong oleh para pemimpin Kelab Veteran MAYC Malaysia dan diransangkan lagi oleh nasihat seorang bekas Presiden MBM yang menegur dahulu yang organisasi belia adalah satu Pergerakkan. Oleh itu, syarat ia hidup adalah ia bergerak, bukan berpaut kepada undang-undang ataupun syarat. Kiranya belia BERGERAK maka ia hidup, tak kiralah pendapat mana-mana pihak berkuasa sekalipun.

Maka saudara Ansor BERGERAK untuk menghidupkan kembali pejabat MAYC Kebangsaan. Malangnya, sejurus beliau masuk pejabat, timbul penghalang berbentuk saudara Mustafa Mat Arof yang rupa-rupanya menghuni pejabat Presiden MAYC Kebangsaan pada masa itu. Mustafa tercabar apabila Ansor mengatakan beliau masuk pejabat untuk menghidupkannya, sekaligus menunjukkan betapa MAYC pejabat tersebut lesu walau Mustafa penghuninya.

Lebih buruk lagi, pihak polis telah dipanggil buat kali pertama pada siang itu juga! ACP Wan Bari pun hadir juga pada masa itu dan memutuskan kejadian yang dilaporkan bukanlah hasil jenayah, tetapi timbul kerana krisis dalaman. Namun, polis dipanggil lagi buat kali kedua pada siang 23 September 2011, sejurus sebelum sidang akhbar di mana saya menjelaskan niat kami mengambil alih Wisma Belia. Pada masa itu juga, tiada tindakan diambil.

Maka kenapakah perbezaan berlaku dengan kes malam 23 September 2011? Bagaimanakah ACP Wan Bari yang sebelum malam itu sudah pun memutuskan isu MAYC bukan isu jenayah tetapi krisis dalamam, boleh berubah fikiran sebegitu? Sahlah yang ada pengaruh politik yang memainkan peranan. Maka jenayah ada berlaku pada malam tersebut, tetapi jenayah tersebut bukanlah apa-apa yang dilakukan oleh 'Belia 4' yang ditangkap polis.

JENAYAH YANG BERLAKU ADALAH KEZALIMAN SALAH GUNA KUASA DAN PENGARUH OLEH SEORANG PEMIMPIN POLITIK MENGGUNAKAN KUASA POLIS UNTUK MENGUGUT SEKUMPULAN RAKYAT YANG TIDAK BERSALAH SELAIN MERUNSINGKAN RENCANANYA. JENAYAH ZALIM INI DILAKUKAN OLEH TAN SRI SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR PADA MALAM TERSEBUT KE ATAS 4 ORANG BELIA, TERMASUK SEORANG WANITA.

JENAYAH INI ADALAH YANG SAMA MENYEBABKAN DS ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN SELAMA 6 TAHUN KERANA MENGUGUT UMMI HAFILDA, AZIZAN, DSB MENGGUNAKAN ANGGOTA POLIS. MAKA TAN SRI SYED HAMID ALBAR SEHARUSNYA DISIASAT DEMI DIHUKUM DEMIKIAN SEKIRANYA BERSALAH. INI ADALAH KEZALIMAN YANG TIDAK BOLEH DIBIARKAN MENULAR...

4 comments:

kluangman said...

Walau apa pun terjadi kita kena anggap orng yang dinamakan 'syed hamid' itu adalah betul dan benar kerana nyata dia masih diberi kepercayaan oleh perdana menteri 1malaysia yang mendudukkan dia ke satu jaswatan penting.

nama 'syed hamid' itu mungkin satu kebetulan sama dengan nama Pengerusi SPAD yang telah dilantik atas perkenan Najib.

Juga satu nama yang kebetulan sama dengan satu nama yang dikaitkan dengan penjualan pasir ke singapura di zaman paklah dan pembatalan jambatan bengkok.

Mungkin kebetulan mempunyai satu nama yang sama dengan watak crook.

Zulkarnain Mahmud said...

dah buat laporan polis dan laporan kepada SPRM ke pasal salahguna kuasa polis??

Bawak ramai2 pergi Bukit Aman minta buat laporan polis kat sana dan bawak ramai2 buat laporan sprm..jgn lupa bawak PRESS banyak2.. dan juga bawak semua Persatuan dan Pergerakan BElia di seluruh negara

about kamil said...

PM dan pihak kerajaan serta pihak berkaitan seharusnya sedar akan tingkah laku pemimpin tua tapi perasan belia selamanya ini sudah melampaui batas..apa dah jadi dengan wisma belia dan MAYC selama ini??mana pergi aset2??pergerakkan MAYC dah lama tenggelam dibuat oleh orang tua ini..banyak akta belia telah dilanggar oleh pemimpin tua botak tamak duniawi ni bersama dengan orang2 upahan nya dan KBS sunyi sepi sahaja..jangan lupa MAYC adalah lambang wajah belia 1Malaysia dan MAYC adalah hak belia bkn hak individu pemimpin tua rakus!gunakan Polis utk tutup kesalahan sendiri dan kepentingan sendiri adalah serius..rakyat terutama para belia pastinya meluat muntah dan ini amat2 bahaya utk BN..pembangkang bodoh dan jahat tetapi jika ditakdirkan BN tumbang kita tahu apa sebabnya..sebab rakyat meluat dengan tak habis2 dengan pemimpin2 tua tamak rakus duniawi..semoga pemimpin tua tamak ini dirahmati Allah dan sedar akan kejahatan beliau,tumpukanlah pada amal jariah sejajar dengan sifat org2 Islam yg tua kebiasaannya akan kumpul amalan mulia banyak2..bukan kumpul perihal duniawi..tumpukan sahaja pada amanah SPAD yg diketahui umum banyak masalah juga..kesian belia 1Malaysia gara2 orang seperti ini..

shah said...

Ape tuan nak herankan..Semua yang tak sehauluan dgn Orang berkuasa di Malysia ni akan dlayan begitu. Selama ini Tuan pun ingat Tuan betul..ini lumrah hidup ..Sebab Tuan Hidup dalam mewah dan orang tua tuan berkuasa.. Liahat Ayahanda Tuan pun di perlekek olih S/u politik ketika itu...he he he

Tangential Malay Search Results