Sunday, January 15, 2012

Tuduhan Sabotaj Konvensyen Pakatan Rakyat Di Alor Star

Malam tadi, antara topik lucu yang diperbincangkan di kedai kopi sekitar Alor Star adalah Tweet YB Azmin Ali yg begitu berang menuduh sedikitnya kehadiran ke konvensyen Pakatan Rakyat kerana sabotaj UMNO!


Pakatan berharapkan stadium tertutup Alor Star Suka Menanti penuh ke kapasitinya yakni 2,000, memandangkan majlis Tun Dr M tahun lepas sampai melimpah kehadirannya keluar. Malah penganjur acara Tun telah merancang 'limpahan' kehadiran dengan teratur.


Malangnya, walaupun yang hadir ke konvensyen termasuk tokoh-tokoh Pakatan seperti DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hj Hadi Awang, namun ternyata mereka semua tidak semenarik Tun Dr M kerana yang hadir sekitar 500 orang sahaja!


Tapi, macam mana Azmin nak mengaku Tun Dr M lagi menarik dari 'tokoh-tokoh' Pakatan ni! Maka dengan tak semena-mena beliau menuduh UMNO sabotaj pula. Nak sabotaj camana? Apakah mungkin UMNO menghalang penyokong Pakatan dari hadir tambah pada hari cuti di negeri Kedah pimpinan PAS!?


Dulu bila Anwar terbukti salahguna kuasa hingga dipenjara, tuduh UMNO juga, takkanlah bila mahkamah terbukti bebas apabila melepaskan beliau dalam kes Saiful, Azmin dan yang sehaluan dengannya dah ketandusan modal?


Pada saya, lebih munasabah jika kita katakan kehadiran ke konvensyen kurang kerana:


1 - Malam tersebut malam sebelum hari keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong merangkap Sultan Kedah yang dikasihi. Tentulah ramai lagi sibuk dengan aktiviti serta persediaan meraikan hari tersebut.


2 - Malam tu, Kedah dok main bola sepak di Stadium Darul Aman. Yang mau ternyata melimpah ribuan manusia yang lebih minat bola dari konvensyen Pakatan.


3 - Mungkin orang PAS di Kedah meluat dan tak ingin melihat kepimpinan Pakatan dari Selangor yang telah menggasak hingga tokoh popular PAS Dr Hassan Ali dibuang dari parti... yang ni Azmin tak berani kut nak mengaku...


4 - Akibat Hari Keputeraan DYMM Tuanku, cuti panjanglah di Kedah. Mungkin orang Kedah merasakan ada cara lebih baik untuk menggunakan hari-hari cuti tersebut?


Ada baik YB Azmin Ali tarik nafas dan mencerminkan diri dahulu. Sebelum menuduh orang, ada baliknya Pakatan mengkaji apakah sebab sebenar kegagalan mereka dalam mengendalikan usaha ini, demi masa depan mereka.


Maaf lambat sikit berita ni, tengah sibuk di Motorcross MAYC Beruas sebentar tadi... tengok le gambar tu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

3 comments:

abdullah said...

orang Kedah pergi makan mee udang kat Sg Petani..tup tup ada menu mee baru..mee sodomi..mereka ingat best rupanya mee tu sangat berracun..itu yang berpusu pergi ke hospital yg di buka dan ditadbirkan dgn baiknya oleh kjaan BN

Aki44 said...

kesian si abdullah nih. semua orang bincang sodomi tapi tak bawa 4 saksi yg adil. kau tup..tup nak tumpang semangkok, mana saksi kamu. tak pasai2 nak dapat laknat Allah. Mmg beditu puak2mu nih.

Cinta_damai said...

haah lah aki44,

aku pun sokong kat Saiful Bukhari, dia dah sandarkan segalanya ke Hadrat Allah SWT, (zahir dan batin) dengan Sumpah Laknat diatas Nama Allah SWT dan Kekuasaan Allah SWT, atas sebab itu aku yakin dengan Saiful dan Janji Allah SWT, apalah sangat dengan manusia yang bernama anuar tu, dalam BBC World News pun dah sangkut nak halalkan LGBT kat Malaysia, mudah-mudahan Malaysia terus dirahmati Allah SWT dan dijauhkan dari perkara-perkara mungkar.... Amin.

BTW: aku lebih yakin dengan Nama Allah SWT dan Janji Allah SWT berbanding sejuta mahkamah didunia mahupun seorang manusia bernama anwar ibrahim! Semoga Saiful Bukhari terus diberikan kekuatan dan dirahmati Allah SWT...

Tangential Malay Search Results