Hari ini kes Anina menyaman Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, sebagai pegawai terlibat dalam pemecatan beliau dari UMNO bermula perbicaraannya. Selain itu, tempohari, Datuk Hamidah Othman telah menimbulkan persoalan tentang sebab beliau dipecat keahliannya. Ini memandangkan beliau tidak pun diberi sebarang makluman siasatan salah-laku beliau beedasarkan alasan-alasan diberikan ahli-ahli MKT yang memberi ulasan. Malah, satu-satunya surat tunjuk-sebab kepada beliau pada bulan Mei 2015 sudah pun dijawabnya.
Sebab kenapa Datuk Hamidah dipecat malah menjadi lebih kabur apabila sebab-musabab diberikan berbeza-beza, terutama oleh Tengku Adnan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Kekaburan ini beserta dengan kenyataan terbuka oleh para pegawai UMNO tersebut kini memberi Datuk Hamidah kedudukan lebih baik untuk menyaman sama ada dan para pegawainya kerana memecat beliau tanpa sebab ataupun para pegawai yang sudah membuat kenyataan media tentang pemecatannya kerana menyelar nama baiknya!
Jurublog ini percaya bahawa kenyataan media Datuk Hamidah di mana beliau menyatakan niatnya untuk tidak merayu keputusan memecat beliau sekaligus mendesak penjelasan atas sebab pemecatan tersebut merupakan petanda bahawa saman terhadap Tengku Adnan dari seorang lagi ahli Wanita UMNO yang dipecat, kali ini seorang Ketua Wanita Bahagian, menyusul! Datuk Hamidah pula terlihat agak teliti dengan pendekatannya, menunggu dahulu permulaan kes Anina sekaligus memasang jerat dengan persoalan sebab pemecatannya.
Mungkin ada baiknya Arul 'Azrul' Kanda mengambil pendekatan Datuk Hamidah tersebut sebelum mengeluar kenyataan membidas penulisan Tun Dr Mahathir yang mengkritik penjualan EDRA oleh 1MDB ke sebuah syarikat China tempohari. Kalau betul beliau di pihak benar, patutlah lebih berhemah dengan jawapannya dahulu sementara mengkaji dengan teliti kedudukannya di sisi undang-undang. Kalau betul Tun Dr M berbohong seperti dituduhnya, maka beliau boleh menyaman atau setidak-tidaknya mengancam akan melakukan demikian.
Itu kalau Arul, 1MDB dan DS Najib di pihak yang benarlah...
... tapi itu cerita lain...
... tapi juga cerita sama, sebab kalau ikhlas para pegawai UMNO berkenaan, Datuk Hamidah dipecat kerana begitu kritis terhadap 1MDB yang kini sudah diangkat ke taraf maksum, kebal dan syumul oleh DS Najib serta para pendukungnya. Maka tak kira apa bahaya pada UMNO mahupun hak, apatah lagi keadilan terhadap ahli-ahli seperti Anina dan Datuk Hamidah, mereka harus dipecat kerana mempersoalkan kewibawaan DS Najib tentang salah-lakunya di 1MDB.
Kita tunggu dan lihat sama ada Datuk Hamidah akan menyaman sekaligus jika beliau dapat mengheret DS Najib sekali ke mahkamah sebagai Pengerusi Mesyuarat MKT yang memecat beliau!? Atau mungkin DS Najib patut berundur dahulu sebelum bertambah lagi beban malu padanya sampai dah tak terpikul lagi...
#UndurNajib
Ikhlas, AMUbaidahS
28 comments:
"Anina vs Ku Nan : Pemecatan Keahlian UMNO"
Selesai perbicaraan untuk hari ini ;
1. Dato Hasfarizam 2 kali ditegur oleh Hakim atas hujah rujukan kes yg tidak relevant termasuk kes Dato Hamidah.
2. Surat pemecatan yg disain oleh Ku Nan banyak kelemahan termasuk capasiti keputusan yg sepatutnya diputuskan oleh MKT melalui Lembaga Displin.
3. Keputusan surat di tulis sebagai pemecatan tetapi isi surat lebih kepada penguguran adalah juga dipertikaikan.
Keputusan pembatalan keputusan pemecatan akan dibacakan pada 7.Dec.2015..
Semoga menjadi 'PAU eve' sebelum 8.Dec.2015.
Amin ya rabbal alamin.
Sudah terlajak susah nak undur dilorong sempit.Inilah hakikatnya bila pertanyaan tidak dijawab oleh yang bertanggong jawab,soalan mula sangat mudah- nak tahu penubuhan 1mdb.......selepas itu terbongkar kisah wang masuk acc.sendiri.Kerana tiada keikhlasan dalam jiwa maka bertunda-tunda anika pekara berlaku,jadi carcamarba.Umpama perumpamaan "saekor kerbau membawa lumpur buat apa hang pi palit kawan-kawan yang lain".Kemungkinan UMNO baru ini pun akan terkubur dikandang makamah.Tunggu dan lihat apa kesudahanya?.
Ameeen juga kpd do'a Sdr di 10:51 p.m.
Beribu ameen terutama bagi mendapatkan keputusan Mahkamah yang berupa pembatalan keputusan pemecatan yang akan di bacakan pada 7 Dec,2015 - sehari sabelom PAU.
Banyak dosa Teuku Adnan dan UMNO memecat ahli tanpa surat "tunjuk sebab" dsb nya. Anina Ketua Cawangan, Kak Midah Ketua Bahagian pun kena. Tak adil. Sudah teruk sangat UMNO sekarang nih.
Kalau dah
- Pendaftar Mahkamah bagi tarikh bicara sabelom PAU
- Hakim kata akan beri keputusan se hari sabelom PAU, dan
- Hakim tegur loyar UMNO Hasfarizam 2 kali sebab merujuk kes yg tidak relevant termasuk kes Dato Hamidah,
ke mana agak nya keputusan Hakim itu akan mengahala?
Aku ikut sama mendo'a supaya keputusan itu ia lah untuk pemecatan Anina di batalkan.
2:48 am,
"saekor kerbau membawa lumpur buat apa hang pi palit kawan-kawan yang lain" -
Itu lah bahana nya kita dapat kerbau memimpin, Bang. Mana dia ada otak? Kalu lah dia taruk RM2.6 bilion tu dalam ekaun Mat Jendul ke, Mat bebal ke, kan tak teruk sangat. Dah taruk atas nama dia sendiri, sampai sekarang tujuan gitu banyak wang tu pun dia tak di kasi tau sesiapa.
Oops, pembetulan komen di 4:26 p.m -
Surat tunjuk sebab telah di beri kpd Datuk Hamidah pada bulan Mei 2015. Dan pun di jawabnya.
Tapi takda pun di beri tahu tidak memuaskan atau tidak boleh di terima dek Ibupejabat UMNO dll. Alih alih, keluar keputusan MT dia di pecat.
Banyak benor kes alih alih berkaitan UMNO ke belakangan ini. Anak tiri najib, Riza, alih alih kaya raya beli beratus juta Ringgit hartanah di New York dll. Najib alih alih di beritakan terima wang RM2.6 biloon dalam ekaun peribadi nya. Gani Pattail alih alih di pecat dari jawatan Peguam Negara. Beberapa Pegawai tinggi SPRM dan PDRM alih alih di tukar tempat kerja.
Ada "tangan ghaib atau hidden hands", kata orang. Apkedarah nya pemimpin UMNO sekarang nih?
Ma'af keluar topik, tapi ini berita penting -
Setia Usaha Agong UMNO kata: Terletak di atas Presiden parti dan MT sama ada TS Muhyiddin di benarkan memberi ucapan "winding-up speech" kali ini.
Nampak nya dia takda halangan, kalau tak tentu dia kata begitu. Sekarang kita lihat apa DS Najib akan buat. MT ikut saja apa dia kata, rasa nya.
"Mungkin ada baiknya Arul 'Azrul' Kanda mengambil pendekatan Datuk Hamidah tersebut sebelum mengeluar kenyataan membidas penulisan Tun Dr Mahathir yang mengkritik penjualan EDRA oleh 1MDB ke sebuah syarikat China tempohari." -
Pengerusi PAC bahru Hasan Arifin belom siap interview pun ("mid-way") dah berkata dia puas hati dgn jawapan jawapan Arul Kanda, CEO 1MDB sekarang. 1-2 hari lalu dia kata puas hati dengan jawapan jawapan CEO dulu, Sharol.
Apa lagi? Macam yang ramai orang dah jangka le - laporan PAC di Parlimen di bulan Mac nanti tentu lah akan memutihkan 1MDB, RM2.6 bilion dll nya.
Semua nya cantik dalam UMNO dan MKT sekarang dengan ada nya "tangan ghaib (hidden hands") dan Pengerusi PAC baru yang cakap dia "cari makan".
Anina saman UMNO ke Mahkamah menuntut bahagian dia dari RM2.6 billion yang pemimpin UMNO kata telah di derma kapada UMNO di PRU 13. Menang ke kalah, dia berhak menerima nya sebab dia ahli UMNO di masa itu.
Saya fikir bagus Datuk Hamidah saman SUA dan UMNO ke Mahkamah. Bukan nak mecah belahkan parti tapi nak keluarkan pesanan bahawa parti tak boleh buat ikut suka saja, alih alih pecat.
Kes Anina di Mahkamah - kalau betul ha nya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh memecat ahli, bukan SUA, dah bongkak lah Teuku Adnan pecat dia.
Kalau pun ada peraturan menghalang ahli buat berbagai, takkan boleh SUA bertindak bersendirian, melainkan ada di sebutkan dengan nyata begitu. Kalau gitu, takkan loyar ambik kes Anina dan lawan di Mahkamah.
Semua orang ada kuasa untuk pecat ahli. Ahli biasa pun ada kuasa pecat. Itu yang Ku Nan cakap betul. Tapi kuasa memecat yang semua orang ada tu adalah terhad untuk pecat diri sendiri. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Tun M pada zaman Pak Lah dengan menarik diri dari parti. Untuk memecat ahli lain, Presiden pun tidak ada kuasa sebegittu besar. JK Disiplin akan membuat siasatan jika ada aduan tentang seseorang ahli yang dikatakan melanggar peraturan / perlembagaan parti. Seperti yang berlaku kepada Isa Samad & gengnya. Selepas siasatan, jk disiplin mencadangkan kepada mkt tindakan yang sesuai diambil, amaran, gantung, lucut jawatan atau lucut keahlian. Isa Samad dulu kena lucut jawatan dan digantung keahlian oleh mkt. Jadi kalau ku nan nak guna kuasa pecat ahlk, dia boleh pecat dirinya sendirilah. Takda siapa akan saman dia kalau buat macam tu.
Aku sokong tidak terhingga kalau T Adnan pecat diri dia sendiri macam berasiam cakap.
Lebih dari sokong, aku do'a moga moga Tuhan gerakkan hati dia buat mcm Tun Mahathir lakukan dulu.
Aku do'a beribu kali ganda dari itu supaya Najib buat begitu juga. Banyak masalah UMNO dan masalah negara akan selesai bila Najib buat gitu.
Megat Najmuddin, Timbalan Pengerusi(?) Jawatan Kuasa Disiplin UMNO (yang di Pengerusikan bekas Menteri Tengku Ahmad Rithauddin) telah juga berkata bahawa, mengikut peraturan UMNO, ha nya Majlis Tertinggi yang boleh memecat ahli dan tindakan itu di lakukan salepas di "bicarakan" dek JK Disiplin itu.
Megat Najmuddin, saperti Tengku Ahmad Rithauddin, ada lah seorang peguam. Mereka tahu undang undang. Setia Usaha Agong UMNO tu bukan seorang peguam dan nampak nya tak tahu undang undang, malahan tak tahu peraturan UMNO.
Macam mana Najib dan UMNO pakai SUA mcm tuh?
Harap Anina menang kes dia pada 7 Disember dan akan riuh sorak perwakilan UMNO di PAU 8 Disember. Dan riuh mereka bincangkan kes Datuk Hamidah pulak. Tak bincang di pentas tapi desas desus antara mereka saja pun jadi lah. Supaya Najib sedar dan tergerak hatinya meletak jawatan satu hari nanti.
Kalau takdir Allah SWT Anina kalah, dia mesti bawak ke Mahkamah tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan - yang tertinggi di negara ini.
Saya harap Datuk Hamidah memang benar benar membina kes mahkamah ke atas Najib, Tengku Adnan dan KJ sekarang.
Belom terbaca berita dia buat gitu. Kalau dia umumkan sabelom atau di masa PAU, bagus juga. Berita begitu akan menyebabkan banyak perbincangan di masa lain dari ucapan ucapan di pentas.
Penganalisa politik, Shahbudin Husin, kata walau pun Muhyiddin komplen dia ha nya jadi tunggul di pentas PAU 8 Disember ini, dia masih teguh kedudukan nya. Yang menjadi tunggul tu biasa nya pokok yang kuat. Itu pasal Najib tak berani pecat dia dari UMNO sapenuh nya. Ha nya tak benarkan dia bercakap, takut pengaruh nya kuat dan menggoncang perwakilan perwakilan di PAU.
Memang waras Datuk Hamidah menunggu salepas permulaan kes Anina sabelom membuat keputusan menyaman SUA atau UMNO berkaitan pemecatan nya. Lagi baik salepas keputusan kes dia yang Hakim kata akan di buat ada 7 Disember - sehari sabelom PAU.
Dengan itu boleh mendapat tahu sedikit sebanyak apa hujah yang boleh di pakai di Mahkamah, apa yang tidak.
Hakim memang mengambil kira ha nya apa yang di kemukakan di hadapan nya dek peguam ke dua dua pihak. Bila hujah hujah yang telah di terima di kes Aninah di gunakan untuk kes Hamidah bila dia (di harapkan) menyaman, akan lebih peluang menang - ada "precedent".
Ahli ahli UMNO sepatut nya menyokong Anina dan Hamidah dan do'akan mereka menang. Bagi mengelakkan keadaan tak boleh bersuara pun dalam UMNO. Mana boleh tak di benarkan dissent langsung. Mana demokrasi dalam UMNO kalau begitu?
KJ, Ketua Pemuda, kata tak perlu terlebih reaksi (over-react) terhadap TS Muhyiddin menyokong 9 Ketua Cawangan Teluk Kemang bila mereka di panggil dek JK Disiplin di PWTC tempoh hari.
Ada udang di sebalik sauk ke?
"Kalau betul Tun Dr M berbohong seperti dituduhnya, maka beliau boleh menyaman ..." -
Mana Najib berani menyaman, Bang. Takut berborai keluar rahsia rahsia yang dia tak mahu rakyat tahu. Takut di so'al di mahkamah kenapa masukkan duit ke dlm ekaun peribadi, apa tujuan sabenar RM2.6 bilion itu dsb nya.
Wall Street Journal dan New York Times pun dia tak berani saman. Nak mintak pulak mereka kecualikan dari Akta Bebas Bercakap (Free Speech Act) yang ada di Amerika. Konon nya takut tak dapat nak laksanakan keputusan mahkamah, jika menang. Apekedarah nya nak fikirkan menang di peringkat in sebab begitu penting nya menjawab berbagai tuduhan mereka itu.
Tak di saman, merata di US - dan juga di negara negara lain yang memaca WSJ dan NYT -menganggap apa yang di sebut dalam WSJ dan NYT itu betul, tak di cabar di mahkamah sebab berita yang mereka keluarkan itu betul.
Cerita 1MDB, RM2.6 bilion itu mustahak juga di bincang. Perlu di bincang bertalu talu sebab begitu besar implikasi nya. Hingga ke prospek UMNO dan BN kalah di PRU14 kalau tak di selesaikan dengan memuaskan dalam masa yang awal sabelom nya.
Cara yang nak selesaikan dengan memulihkan nama dan integriti UMNO ia lah dengan Najib berundur. Meletak jawatan atau di gantikan dek UMNO.
Banyak sudah di perkatakan berkenaan dengan nya. Perlu di ulang bertalu talu sehingga dia buat demikian atau di gantikan. Kalau tidak, mungkin jahanam UMNO dan BN di PRU14.
Integriti atau maruah Melayu pemimpin UMNO sekarang nampak nya dah tak kisah lagi. Mana nak kisah bila pemimpin pun tak kisahkan bangsa Melayu, coba tonjolkan suku kaum Bugis pulak, kedudukan Bahasa melayu di Perkara 152 Perlembagaan pun tak di hormati, sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil mendapat galakan dengan pemberian berbagai bantuan, termasuk berjuta Ringgit bagi membaik pulih atau membesarkan sekolah mereka.
Apa tah lagi dengan timbul nya kes 1MDB dan RM2.6 bilion yang membikin beberapa Melayu menanyakan malumat berterusan, di coba tutup mulut dek pemimpin sekarang hingga gunakan Multimedia Act dan dakwa ke Mahkamah Zaid Ibrahim yang di katakan menulis di blog nya dengan niat "to irritate".
Maka Datuk Zaharah pun menjadi mangsa akibat keadaan, pemikiran dan pendirian begitu. Pemimpin akar umbi dah bersuara tetapi perlu ramai lagi buat demikian. Mereka di UMNO perlu bersuara demi kepentingan demokrasi dalam parti dan dalam negara dan kepentingan UMNO tak kalah di PRU14.
British Broadcasting Corporation semalam mengatakan rosak demokrasi di Malaysia. Mereka cakap fasal Akta Keselamatan Negara, mengata dah begitu banyak undang undang keselamatan, dulu ada yang benarkan tahanan sehingga 28 hari, sekarang boleh tangkap tanpa waran.
Yang penting, rakyat tak bebas cakap. Orang parti Umno pun kena tindakan. Tapi masih ramai yang kata mahukan Najib di gantikan. Di anggarkan 5,000 Ketua Cawangan yang berpendirian begitu sekarang. Mungkin perkara ini di sebut di PAU 8 Disember.
Sekarang Zaid bekas Menteri pun di dakwa di Mahkamah, rakyat jadi takut nak cakap. Boleh tahan kita hiup ketakutan di bawah Najib?
Anina Langkawi kalah kes dia di pecat yang di bawa ke Mahkamah Tinggi. Harap dia rayu ke Mahkamah Rayuan, hingga ke Mahkamah Federal jika perlu.
Mesti tentukan dek hakiman yang tertinggi bahawa UMNO ikuti peraturan bila memecat ahli. Kalau tak, diktatur lah rupa barisan pemimpin nya.
TSMY tak hadzir di ucapan DSN di PAU agak nya sebab nakkan ahli ahli perwakilan cakap pasal itu, bincangkan kes dia, DSSA, Datuk Hamidah, Anina dll - punca tu semua ada lah RM2.6 bilion masuk ekaun peribadi DSN, tidak ke dalam ekaun resmi UMNO.
Lebih penting sekarang ia lah Najib dan UMNO langgar tradisi Timbalan Presiden meresmikan dan berucap di pembukaan mesyuarat 3 sayap UMNO. Dan tradisi Bendahari bentangkan penyata menerangkan keadaan kewangan parti di PAU.
Tun Dr Mahathir kata dia hadzir di PAU khas nak dengar "fist hand" laporan keadaan kewangan itu. Takda laporan itu, kata dia, spt di laporkan di akhbar.
Rosak lah UMNO bila tradisi di ketepikan dgn sewenang wenang nya atau mengikut kepentingan menutup bocor nya rahsia 1MDB dan RM2.6 bilion.
Mengikut Sinar Harian, ahli perwakilan yang coba memperkecilkan sumbangan Tun Dr Mahathir telah di jeritkan (boo) di PAU semalam.
Bagus juga, Pengerusi Tetap telah menasihatkan si polan itu buka mukasurat bahru dan "move on".
Insiden itu menunjukkan bahawa TDM masih di hormati di UMNO. Walau pun TDM telah berterusan mencoba dapatkan Najib berundur dari jawatan Presiden UMNO dan PM atas alasan UMNO mungkin kalah di PRU14.
Post a Comment