Tuesday, November 24, 2015

Pemecatan Datuk Hamidah Oleh MKT UMNO 'Separuh Masak'?

Alhamdulillah, tuduhan terhadap penulisan jurublog kononnya pertukaran masa serta tempat mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah 'mengarut' terbukti tidak. Mesyuarat MKT berlangsung di Parlimen semalam, dan apa yang disyaki berlaku dilaksanakan, ada yang 'separuh masak', ada seperti dirisaukan. Risau sangat MKT pimpinan Najib akan tanggapan orang tentang pertukaran masa dan tempat, siap menjadi bahan hebahan media lagi penjelasan kenapa dilaksanakan di parlimen... tapi itu alasan sahaja...

Apa yang MKT putuskan seperti dijangkakan?

1 - TS Muhyiddin Yassin (TSMY) dihalang merasmikan 3 Sayap serentak seperti tradisinya, kononnya atas permintaan ketiga-tiga Ketua Sayap. Alasan ia permintaan dari Ketua Sayap hanya munasabah jika dari Ketua Wanita, DS Shahrizat Jalil yang nyawa politiknya serta keselamatan suaminya dari dipenjarakan hasil skandal NFC bergantung juga kepada ihsan DS Najib. Tetapi YB-YB Khairy Jamaluddin (KJ) dan Mas Ermiyati pasti tiada halangan mendengar ucapan perasmian TSMY, terutama Pemuda yang ramai simpati terhadap beliau.

Sebenarnya keputusan ini akan memberi cabaran baru yang juga peluang kepada KJ khususnya - beliau seringkali digambarkan sebagai 'lalang' tempohari kerana kelihatan mendampingi TSMY tetapi pada masa sama sedia terus berkhidmat dan akur kepada Presiden, terutama di dalam Kabinet 1MDB....

2 - Setiausaha Agung UMNO, YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, telah mengumumkan garis-panduan baru sewaktu Perhimpunan Agung UMNO tahun ini (PAU2015), di mana persidang dilangsungkan secara tertutup, tanpa media mahupun tayangan langsung ke TV-TV sekitar PWTC seperti lazimnya, kecuali untuk ucapan Presiden. Sebaliknya, 2 Naib Presiden, DS Zahid Hamidi dan DS Hishamuddin akan membuat sidang media di hujung setiap hari persidangan... DS Shafie Apdal dikecualikan! Ini kita komen lagi kemudian...

Kemudian ada juga keputusan separuh masak...

3 - Datuk Hamidah, Ketua Wanita Gopeng dan mantan Ketua Penerangan Wanita Kebangsaan serta mantan Exco Perak dipecat! Dipaparkan imej menunjukkan beliau pernah diberi surat tunjuk sebab menjemput Tun Dr M berucap di Ipoh, mungkin sekala untuk mengkritik DS tentang skandal 1MDB. Kenapa 'Separuh Masak'? Melihat surat tunjuk-sebab tersebut, kelihatan lama, bulan Mei dikeluarkan?! Kalau betul salah, kenapa harus menunggu sehingga bulan November untuk dipecat?

Surat Tunjuk Sebab Ke Datuk Hamidah Pada Bulan Mei 2015

Jurublog mengesyaki Datuk Hamidah bukanlah tokoh parti yang dirancang pemecatannya pada Mesyuarat MKT Misteri ini. Peluang terlalu keemasan telah terbuka dengan ketidak-hadiran TSMY dan DS Shafie Apdal, mahupun beberapa orang Menteri Besar yang bersimpati terhadap TSMY, DS Mukhriz Mahathir, DS Zambry Kadir serta DS Khaled Noordin. Sebuah perbincangan tergesa-gesa di antara DS Najib dan orang-orang kanannya seperti di imej bawah sejurus sebelum mesyuarat MKT memberi gambaran ada perubahan rancangan...

Perbincangan Sulit Sebelum Mesyuarat MKT

Maka, jurublog mengesyaki pemecatan Datuk Hamidah hanyalah menggantikan rencana awal memecat seorang tokoh lebih tinggi jawatannya dalam parti. Siapa? Wallahualam... pembaca sendiri boleh membuat andaian. Walaupun kita simpati dan hormat Datuk Hamidah yang juga bukan calang-calang orangnya, beliau wirawati UMNO yang diiktiraf mantan MB Perak, TS Tajol Rosli sebagai penggerak usaha yang berjaya menjatuhkan kerajaan PR Perak dan mengembalikan kerajaan BN di sana. 

Tetapi... rasanya beliau mangsa perubahan sasaran ketagihan rejim DS Najib menunjukkan kuasa dengan memecat!

Ada kawan-kawan yanb setia mempertahankan parti tertanya-tanya apa yang patut di'spin' sebagai sebab Datuk Hamidah dipecat. Jawapan jurublog:

"Tak payah spin, ikhlas sahaja cakap Datuk Hamidah dipecat sebab menjemput Tun Dr M berucap di mana beliau mengkritik DS Najib tentang isu 1MDB. Mengkritik DS Najib tentang hal 1MDB sekarang sudah menjadi dosa besar parti di mana sesiapa pun boleh dipecat kerananya. TSMY pun dah dibuang dari jawatan TPM sebab mengkritik tentang skandal 1MDB dan kini tak dibenarkan merasmikan 3 Sayap sebab risau beliau mengkritik lagi DS Najib ttg 1MDB. Tapi kalau nak pecat TSMY tak berani, kalau Datuk Hamidah takat Ketua Wanita Bahagian sahaja, beranilah nak pecat."

Pesanan peribadi jurublog ke Datuk Hamidah: "Datuk Midah syahid (politik) hari ni... tak perlu siksa macam kami yg masih belum syahid dan terkial-kial nak jawab kenapa masih dalam UMNO yg sudah bukan UMNO lagi. Semoga kita selamatkan UMNO dan menyambut kembalinya Datuk Midah ke UMNO nanti atau kita syahid bersama, insya Allah..."

#UndurNajib

Ikhlas, @AMUbaidahS

26 comments:

Anonymous said...

Sudah tarak apa nak putar, depa kata lah mengarut konon maklumat MKT akan bermesyuarat di perkarangan Parlimen tuh.

Depa tak mau terima bahawa pemunya blog ada kaitan kaitan dengan pihak tertinggi UMNO yang punyai malumat sengit berkenaan pergerakan pucuk pimpinan UMNO.

Anonymous said...

Setuju bahawa alasan bahawa TSMY tak meresmikan dan berucap di mesyuarat 3 sayap UMNO itu permintaan dari Ketua Sayap hanya munasabah jika dari Ketua Wanita, DS Shahrizat Jalil, yang nyawa politiknya serta keselamatan suaminya dari dipenjarakan hasil skandal NFC bergantung juga kepada ihsan DS Najib.

Dah dapat pun lepas suami nya dari tuduhan yang di buat di masa Peguam negara dulu - Gani Pattail. Sejak timbul nya "tangan ghaib atau hidden hands" dan Peguam negara baru pilihan Najib di lantik dek Najib, tak tahu lah jika Timbalan Pendakwa Raya akan merayu (appeal) keputusan Mahkamah Rendah itu. Boss nya sekarang di payong terjunkan ke situ dek Najib.

Jika tiada hidden hands, di jangka akan di rayu ke 2-3 peringkat hingga ke Mahkamah Federal. Maka di situ lah letak nya pegangan Najib ke atas Ketua Wanita UMNO. Tapi pahal pun, Shahrizat ada lah kawan rapat dengan FLOM sejak sekolah lagi. Tu pasal Najib masih kasi dia jawatan bertaraf Menteri di Jabatan Perdana Menteri - in charge women affairs apekebende yang Menteri UMNO di Kemeneterian yang ada tanggungjawab berkenaan hal ehwal wanita telah membuat komen sengit salepas Najib umumkan jawatan Shahrizat di JPM tuh.

Anonymous said...

Khairy tiada halangan mendengar ucapan perasmian TSMY? Tapi KJ yang sibuk mengata itu permintaan 3 sayap Umno. Bole caya ke KJ itu sebab dia terdesak nak jadi PM umur 40 - sekarang dia lk umur 40.

Anonymous said...

Tak kasi TSMY lakukan pembukaan dan berucap di perhimpunan tahunan 3 sayap UMNO sebab takut depa gelisah dengan fakta fakta dan so'al so'alan yang depa jangka TSMY akan keluarkan ke?

Guilty conscious ke? Nak tutup mulut pengkritik pucuk pimpinan ke? UMNO tak demokratik ke?

Ni pahal pulak dengan Teuku Adnan sakejap kata PAU akan di tutup kpd media, semalam kata munkin di buka. Cakap macam diktator pulak dah - "behave yourselves, otherwise we will close PAU to you" mcm gitu. Nasib lah dia bukan Tengku, ha nya Teuku, nama yang di gunakan di Sumatera. Kalau tak, lagi teruk tabi'at feudal dia keluar.

Dah teruk betul UMNO sekarang. Jahanam lah masa depan Melayu kalau tewas di Pru14. Aku rasa tewas kalau Najib tak di gantikan secepat mungkin.

Anonymous said...

Najib dan kuncu kuncu nya amat gobar sekarang. Kecut lisut. Dok putar skrew, kasi ketat lagi sekatan kpd mereka yang rimas dgn tindak tanduk 1MDB dan RM2.6 biliun. Apa daaaaaa........

Anonymous said...

Pandai pandai tupai melompat, akhir nya jatuh juga ke tanah......harap cepat jadi camtu....

Anonymous said...

Najib melanggar tradisi Timbalan bahagian merasmikan dan berucap di perhimpunan 3 sayap UMNO.

Sabenar nya dia melanggar banyak tradisi UMNO. Yang paling penting ia lah pendirian Presiden & PM terhadap mempertahankan dan memajukan bangsa Melayu yang di ikrarkan UMNO di masa ditubuhkan 60 tahun dahulu.

Lihat lah kepentingan bangsa mana yang di majukan nya di tempoh pemerintahan nya. Dasar Ekonomi Baru yang begitu penting bagi kemajuan bangsa melayu telah di belakangkan nya. Di derap Dasar Baru Ekonomi nya, DEB hampir tak di sebut. Di jerit dan di laung oleh begitu ramai kaum Melayu, akhir nya keluar, tapi di pinggirkan nya. Fikir lah, DEB tak banyak di sebut di DBE nya. Konsultan asing yang menderap nya, kata nya. Kupra worak punya cerita.

Anonymous said...

Pembetulan komen 930 pm - silap taip:

tradisi Timbalan Presiden, bukan Timbalan Bahagian.

Anonymous said...

Melanggar tradisi UMNO -

Najib telah memberi biasiswa kpd kaum Cina yang telah menjadi terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun. Mereka yang ada berbagai persatuan kaum dan suku kaum. Dan persatuan berbagai jenis perniagaan yang telah menjadi tradisi mereka membantu mereka yang kurang bernasib baik kewangan dll nya. Yang beratus jutawan Cina menderma berjuta juta Ringgit. Sehingga UTAR tak mahu terima RM30 juta se orang jurutera jutawan Cina mahu derma untuk biasiswa dll di 2013.

Sampai begitu sekali mereng nya peimkiran Najib. Pada hal kaum Melayu yang tak di pedulikan dek penjajah British selama 80 tahun mereka merintah. Ha nya disediakan mereka sekolah rendah 4 tahun di kampung kampung di mana hampir kesemua Melayu tinggal, jauh antara satu sekolah sama lain.

Tetapi di bandar bandar di mana kebanyakan kaum Cina tinggal, British kolonial sediakan bukan sahaja sekolah rendah dan menengah, tapi juga sekolah Inggeris, paspot bagi kejayaan selama lk 100 tahun di masa dulu.

Maka jadi amat kebelakangan lah kaum Melayu dari segi pelajaran, pekerjaan, penyertaan di bidang professional spt doktor, jurutera, akauntan dll. Mula bertukar dengan ada nya Dasar Ekonomi Baru. Tapi Najib mulakan beri biasiswa kpd kaum Cina, kaum yang terkaya di negara ini. Maka mengurangkan peluang kaum Melayu mendapat biasiswa. Sebab peruntukan bagi biasiswa ada lah terhad, bukan nya tidak terhad.

Betapa bangang dan tak mempedulikan nasib bangsa Melayu si Najib nih. Banyak lagi bukti buki nya dia buat begitu. Tiada ma'af bagi nya dan kuncu kuncu nya yang mempertahankan nya.

Anonymous said...

Kenapa surat tunjuk-sebab kpd Ketua Wanita tu bulan Mei, bulan November bahru dipecat? Sebab sabelom tu tak ada ilham, tuan.

Pecat memecat ni nak kena tunggu ilham. Sekarang ada kes nak tunjuk ahli ahli supaya jangan bukak mulut sangat, keluor ilham le. Nak pecat TSMY atau DSSA, takut besau sangat bunyi kelentang kelentung nya. Jadi, kena lah si pompuan tu. Kesian dia.

Pssst, bukak mulut tu boleh, bukan tak boleh. Tapi bior melopong aje le. Keluor air lior pun tak ngapa. Ini Standard Operating Procedure (SOP) baru UMNO - di bawah Najib.

Anonymous said...

Spin, jangan tak spin, Bang. Mana tau, kot orang Najib spin bahawa dia dah tengok Pak Nujum sana sini yang ngata 1MDB semua nya untung beribu billion, yang RM2.6 bilion dalam ekaun bank dia tu duit dia sendiri di kasi sebagai personal gift dari putera Arab, tapi dia dengan murah hati kasi UMNO.

Tak kisah lah Anina Langkawi dapat ha nya seringgit dua dari nya - dia berhak menerima sebab masa Najib dapat duit itu dia masih ahli Umno.

Anonymous said...

Mengkritik Najib tentang 1MDB dan RM2.6 bilion boleh. Tapi yang kecik kecik lah. Bila orang dia jawab aje, terima lah. Percaya aje. Tak lama lagi Najib bikin UMNO jadi parti kartun le.

Anonymous said...

Pepatah Melayu kata biar mati anak jangan mati adat. Begitu penting sekali adat di masyarakat Melayu.

Di masyarakat moden pun begitu juga. Dalam undang undang pun ada apa yang di panggil "precedence" atau tauladan. Masih di gunakan bagi mendapat kemenangan di Mahkamah. Di petik dari keadaan hingga beratus dahulu di England di mana undang undang negara kita berpunca.

Sekarang Najib nak buang adat di mana Timbalan Presiden merasmikan perhimpunan tiga sayap UMNO tu? Dah banyak puluh tahun adat tu, gamak nya bermula sejak tak lama UMNO di tubuhkan 60 tahun dulu.

Apahal kamu Najib? Kesiankan lah roh bapa kamu, Tun A Razak, yang di cintai dek semua ahli dan penyokong UMNO. Kamu buang adat yang Tun Razak tentu pertahankan jika dia masih ada.

Anonymous said...

Ketua Wanita Bahagian Gopeng itu boleh appeal (merayu) ke? Setiap pemecatan sepatut nya di benarkan merayu dlm tempoh yang di tetapkan.

Sebab sabenar pemecatan pun belom di beri dengan nyata. T Adnan kata bukan sebab di anjurkan perjumpaan bagi Tun Dr Mahathir berucap. Kata nya sebab Hamidah menghadziri perjumpaan anjuran Pembangkang. Hamidah sudah tanya di akhbar di mana, tarikh dsb nya. Belum jawab.

Hamidah pun dulu kata akan adakan suatu sidang akhbar. Pun belom berlaku, rasa nya. Akan berlaku hari ini, Jumaat ke?

Anonymous said...

“We did the investigation, I reported it to the disciplinary board. When we received feedback that she sat on the same stage as the opposition, we had to take action,” Tengku Adnan said during an interview with selected media organisations at his office at the Kuala Lumpur City Hall.

Tapi takda butiran lanjut pa Hamidah kata di "pentas bersama Pembangkang" itu.

Lepas itu, di kata, “She can appeal; if she wants to appeal, ask her to appeal.”

Bunyi macam pemecatan itu sengaja nak beri amaran supaya ahli UMNO jangan bukak mulut keritik Najib aje.

Kalau Anina Langkawi itu, saman ke Mahkamah lah dia. Memalukan kedudukan dan menjatuhkan maruah Hamidah sebagai salah seorang pemimpin Wanita.

Anonymous said...

Sokong DS Shafie Afdal kata masa mengkomen UMNO tak lama lagi berumur 70 tahun dan berkaitan hal melanggar adat Timbalan Pengerusi resmikan himpunan tiga sayap UMNO -

1. “Umno is not owned by just one member, Umno is owned by the three million members who all this while have helped built it and defend it.

2. “Every piece of advice given was given to improve (the party) and this is also the basis of the party’s strength.”

3. “I feel it is unfair for the Supreme Council to rob Umno of this tradition where for all this while, it was the deputy president who delivered his speech at these wing meetings.

4. “I respect the collective decision reached but can’t the deputy and vice presidents at least speak in the winding-up speech?”

5. “Not long before, the president voiced his hope to reform Umno so that Umno would stay relevant and continue to attract those of the younger generation. Unfortunately, this reform process is incomplete as it cannot be carried out only at the grassroots level.

6. “It has to be carried out at the upper level as well because they are the ones who have the ability to determine the direction of the party,” Shafie added.

Anonymous said...

Cakap banyak banyak sablom PAU tu, TSMY dan DSSA.

Anonymous said...

Sebab apa dia kata, “She can appeal; if she wants to appeal, ask her to appeal.” Bakpa nak suruh Datuk Hamidah appeal plak? Macam nak perli aje. Kurang asam betul.

Anonymous said...

Najib tak kawal sangat depa yang pegang jawatan dlm Umno. Itu pasai depa T Adnan, Zahid, kata saja apa depa suka. Depa pakai gear tinggi sebab nakkan Najib terus merintah - kalo Najib tak jadi PM, tak tentu depa pegang jawatan kabinet. Itu pasai cakap macam tak tentu hala - dah pecat, suruh Datuk Hamidah rayu.

Tapi pasai langgaq adat Timbalan Presiden resmikan pembukaan mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, ramai yang tak caya Ketua Ketua depa yang mintak.

Najib sendiri yang maukan tuh. Dia takut riuh perwakilan dok sokong apa TSMY kata kalu berucap meresmikan badan badan itu. Najib takut tak dapat jawab pasai 1MDB dan RM2.6 bilion. Sampai la ni pun Najib belom ada kata apa tujuan RM2.6 bilion tu dlm ekaun bank peribadi dia.

Anonymous said...

Tengok dari jumlah cawangan cawangan Umno yang di laporkan mahukan Njib di gantikan, tentu ramai dari 3 juta ahli Umno yang bantah Najib langgar adat Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

Nyata Najib dah sombong dan angkuh. Kerana kebanyakan Ketua Bahagian masih sokong dia. Tuhan tu Maha Kuasa. Moga moga di tunjukkan Allah SWT sesuatu yang boleh membikin dia sedarkan daratan.

Anonymous said...

Iklan di CNN mengatakan "Tradition Is Culture".

Memang lah adat itu budaya. Satu dari ciri ciri yang mustahak bagi menentukan budaya manusia.

Tapi Najib banggakan dia Bugis. Takkan kaum Bugis tak menganggap adat tau tradisi itu budaya?

Mungkin Najib saja yang beitu. Bukan kaum dia.

Meluat aku tengok ada pemimpin UMNO yang tak banggakan dia kaum Melayu. Nak sebut dia Bugis apekedarahnye pulak.

Anonymous said...

10:46 pm,

Najib menghebohkan dia Bugis, juga "pendatang", pigi ke Sulawesi dengan riuh rendah. Nak menunjukkan kpd kaum lain bahawa Melayu pun pendatang ke negara ini.

Melayu yang kaya perlu hantar kpd Najib barang se tan buku terbitan Persatuan Sejarah Malaysia bertajuk

"Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization"

- boleh di dapati di Wisma Sejarah, bangunan 5 tingkat kepunyaan mereka sendiri, di depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.

Buku buku itu menerangkan berpuluh puluh kajian pakar pakar antarabangsa dalam bidang bahasa (linguists - yang biasa nya memainkan peranan besar bagi menentukan bangsa), bidang kajian asal usul dan jenis jenis manusia (anthropologists), kajian asal usul manusia melalui galian bahan bahan purba (archeologists), sains DNA dll.

Kajian demikian telah meningkat mulai 1950an dan teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunan itu menjadi basi, laku ha nya selama 2 abad dari 1930an. Kajian kajian tersebut menunjukkan bahawa bangsa Melayu ini berasal dari Gugusan Pulau Pulau Melayu ini (The Malay Archipelago) sejak lebih 6,000 tahun dahulu.

Bangsa Melayu mempunyai kecekapan membina kapal dan kecekapan jurumudi (navigation skills), telah berlayar ke utara hingga Madagascar dan ke timur hingga ke Hawai, meninggalkan baka Melayu yang masih ada di sana. Di Madagascar mereka masih lagi boleh bertutur dalam bahasa Melayu - satu daripada yang pakar pakar bahasa katakan berjumah 1,200 di dunia ini.

Orang orang Melayu telah berlayar keluar masuk Gugusan Pulau Pualu Melayu ini, termasuk Borneo dan Semananjung Tanah Melayu. Maka Orang Asli pun ada lah sebahagian dari apa yang di panggil Rumpun Melayu - ada yang di kenali sebagai Proto-Malays, ada yang Deutero Malays.

Anonymous said...

Pembetulan: Sepatut nya di tulis -

"Nak menunjukkan kpd kaum lain bahawa Melayu pun pendatang ke negara ini, konon nya."

Perkataan "konon nya" itu perlu di sebut bagi menitik-beratkan bahawa Melayu bukan pendatang di negara ini.

Siapa yang kata Melayu pendatang itu tidak bijak, songsang dan menurunkan maruah bangsa Melayu. Itu antara sebab sebab Najib perlu di gantikan secepat mungkin.

Buku buku tersebut mengatakan ada 350 juta orang dalam Keluarga Besar Melayu di dunia ini. Ada yang bukan Islam - Islam sampai ke rantau ini ha nya di abad 13. Melayu di zaman Kerajaan Melayu Srivijaya ada lah Hindu agama nya. Agama Kristian sampai di Philippines di abad 14.

Orang orang Filipino menggelar Jose Rizal, wira kemerdekaan mereka, "The Great Malay" dan ada orang Filipino yang nama nya Malayan - termasuk seorang Duta, kalau tak silap.

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

AHMAD SANI said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




















PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

Tangential Malay Search Results