Saturday, November 14, 2015

Senario Menjatuhkan Najib... Ada Caranya!

Semakin lama, rakyat Malaysia kelihatan kian putus harapan tentang peralihan kepimpinan negara. Tempohari, kelulusan bajet 2016 yang mengecewakan rakyat sehingga gegula BR1M pun tak terdaya menampung peningkatan kos hidup rakyat terutama kononnya golongan sasaran 40% terendah pendapatannya, para pemimpin pro-Najib, termasuk ahli kabinet 1MDB, jelas mengutamakan populariti dari kepimpinan sebenar melalui sokongan kepada tabiat Vape yang membahayakan kesihatan, kononnya selamat!

Dalam senario kepimpinan yang terlihat dengkel ide, ketandusan keberanian dan tiada keupayaan memperbetulkan kesalahan-kesalahan Perdana Menteri, DS Najib, apatah lagi bagi memaksa pengunduran beliau dari tampuk kepimpinan, terlalu mudah bagi rakyat hilang harapan untuk masa depan negara. Malah dengan pendedahan-pendedahan seperti salahguna dana Tabung Haji serta Kumpulan Wang Amanah Pesara (KWAP) untuk menyelamatkan projek Dana Riba 1MDB kesayangan DS Najib, ramai yang kesangsian peluang menunaikan Haji sekalipun!

Maka di sini, blogger ini ingin memberi suntikan harapan kepada pembaca sekelian yang kiranya Allah SWT menerima doa kita agar Malaysia diselamatkan dari kerenah DS Najib serta kuncu-kuncunya, pasti jalan akan dibuka untuk menyegerakan pengunduran DS Najib. Suntikan harapan ini dalam bentuk senario apa yang mungkin berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU2015) pada bulan Disember ini. Harus dinyatakan di sini, apa yang bakal dikongsi hanyalah suatu senario, kemungkinan, sebagai tatapan demi menyuntik harapan dan bukan hasutan...

1: Pada akhir 22 November 2015, berlaku insiden yang mematahkan segala usaha untuk menjatuhkan atau mengecualikan TS Muhyiddin Yassin (TSMY) dari jawatan Timbalan Presiden UMNO. Insiden berlaku tak semena-mena apabila dalam ucapan rasmi Presiden Obama dalam lawatannya ke Malaysia, beliau secara spontan memuji DS Najib kerana tak membuang TSMY dari jawatan UMNOnya walau ada perbezaan pendapat, kononnya berbeza dengan tindakan Tun Dr M terhadap Anwar Ibrahim dahulu.

Insiden terlalu mengejut yang segera disambut ucapan terima kasih serta bidasan terbaru TSMY terhadap isu 1MDB tidak terbalas oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO), malah juga menguatkan suara TSMY menjelang PAU2015.

2: PAU2015 bermula pada malam 8 Disember 2015 secara tradisinya dengan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO (3 Sayap) oleh Timbalan Presiden parti, TSMY. Seperti dirisaukan oleh PMO, TSMY telah memberikan ucapan berapi-api, memperingati para perwakilan 3 Sayap akan pendedahan penyelewengan kerajaan DS Najib yang lepas dan juga membongkar isu-isu baru tentang salah-laku pentadbiran UMNO sendiri! TSMY mengakhiri ucapan dengan seruan agar seluruh perwakilan UMNO, bermula dengan 3 Sayap bersuara dan mendesak agar DS Najib menyedari kesalahannya dan jika perlu, berundur!

3: Ucapan perasmian TSMY disambut dengan kenyataan-kenyataan media pedas dari Naib Presiden parti, merangkap pemerhati Mesyuarat 3 Sayap, DS Shafie Apdal, menyokong seruan TSMY. Sokongan kepada seruan TSMY juga diberi oleh para perwakilan induk mahupun 3 Sayap dari Johor, Sabah, Kedah dan Terengganu. Ia dikecam oleh beberapa pihak seperti Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Jamal "Sekinchan", yang menyumpah setia akan mempertahankan kepimpinan DS Najib walau berlumuran darah!

4: Para Ketua 3 Sayap membuka mesyuarat masing-masing dengan cara berbeza keesokan harinya. DS Shahrizat Jalil mengutuk sekeras-kerasnya seruan TSMY, namun ini tidak dapat menghalang perwakilan wanita meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenaikan kos sara hidup keluarga. Datuk Mas Ermiyati mengambil jalan tengah, menyokong hak Puteri bersuara tentang kegusaran rakyat serta ahli parti terhadap Presiden tetapi sebagai 'Sayap termuda' mengelak dari mendesak pengunduran Presiden.

Namun paling mengejutkan semua pihak, terutama PMO, YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda menyambut dengan lantang seruan TSMY, sehingga di penghujung ucapannya, menyemarakkan perwakilan Pemuda agar sebulat suara bangun melaungkan Hidup Melayu dan Undur Najib! Perwakilan Pemuda yang berucap pula setiap seorang bertalu-talu mendesak pengunduram DS Najib, kecuali perwakilan Pemuda Pahang yang keluar dewan, mengecualikan diri dari seruan Undur Najib tersebut sebagai tanda hormat kepada pemimpin senegeri.

5: Mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) dipanggil pada malam 9 Disember, menyusul Mesyuarat 3 Sayap. Selesai Mesyuarat MKT sekitar jam 1 pagi, sebelum berita rasmi tersebar melalui media masa, ia kongsi melalui media sosial ke seluruh negara bahawa:
a: TSMY dipecat dari parti atas sebab melanggar disiplin dengan mengabaikan tugasnya menyokong Presiden malah menimbulkan perpecahan dengan seruannya agar DS Najib berundur.
b: DS Shafie Apdal dan YB Khairy Jamaluddin kedua-duanya digantung keahlian selama tiga tahun, sekaligus juga mengecualikan mereka dari Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung dalam 2 tahun lagi.
c: Tindakan akan diambil juga ke atas semua yang bersuara menyokong seruan TSMY sejurus selesai PAU2015.
d: DS Zahid Hamidi diumumkan memangku jawatan Timbalan Presiden parti, suatu tindakan yang tiada peruntukannya dalam perlembagaan UMNO dan tak pernah dilakukan dalam sejarahnya. Saudara Azwan Harun pula diumumkan memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO.

6: Pada pagi 10 Disember, sebelum Ucapan Presiden membuka Mesyuarat induk PAU2015, media melaporkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meluahkan rasa kecewanya terhadap keputusan MKT memecat TSMY dan menggantung DS Shafie Apdal serta YB Khairy Jamaluddin. Beliau khususnya memberi penekanan pergantungan menantunya YB Khairy sebagai suatu kezaliman ke atas seorang anak muda harapan parti dan negara.

Para penganalisa politik yang sempat dipetik berpandangan ini petanda penarikan sokongan blok Tun Abdullah Badawi dari DS Najib. Ura-ura juga timbul yang segolongan besar para pemimpin veteran UMNO tidak akan hadir ke PAU2015 sebagai tanda protes terhadap keputusan MKT.  Ada juga para perwakilan yang ditemu-bual membuat pemerhatian yang kelihatan anggota polis kelihatan lebih ramai hadir di sekitar PAU2015, dengan lori-lori FRU juga kelihatan di luar Bangunan UMNO, Putra World Trade Centre (PWTC).

7: Ahli-ahli MKT yang tiba dan menuju ke Dewan Merdeka di mana PAU2015 bakal bermula dikerumuni ahli-ahli serta pemerhati UMNO yang melontarkan pelbagai kata kesat, cabaran serta menunjukkan kemarahan mereka terhadap keputusan mereka. Pergaduhan juga tercetus di beberapa lokasi, termasuk di cafe Riverside, di mana para penyokong tegar DS Najib dan TSMY bertembung. Pihak Polis mula membuat penangkapan bagi mengamankan keadaan dan Restoran Nagas di mana insiden jerit-menjerit berlaku di arah tutup sementara.

8: Presiden UMNO, DS Najib tiba-tiba timbul di belakang pentas Dewan Merdeka setelah majoriti ahli MKT tiba. Rupa-rupanya beliau telah menyusup masuk bersama DS Rosmah di awal pagi dan bersembunyi di bilik menunggu belakang pentas tersebut. Mesyuarat Agung segera dimulakan walaupun ada perwakilan yang masih dalam perjalanan ke dewan memikirkan masih awal kerana DS Najib tidak diisytihar tiba seperti biasa diiringi barisan hormat 3 Sayap dan sebagainya. Semua yang menunggu DS Najib di luar tergesa-gesa ke dewan.

9: Makanya, apabila DS Najib memulakan ucaptamanya, keadaan di Dewan Merdeka masih belum tenang. Ramai ahli MKT serta perwakilan masih terasa pedih tohmahan dari ahli-ahli yang menjerit di luar. Perwakilan yang masih lagi dalam proses masuk ke dewan juga mengganggu-gugat suasana sehingga perhatian terhadap ucapan Presiden ternyata terjejas, sehinggakan DS Najib tetiba terpaksa berhenti berucap sejenak.

Sekitar seminit selepas beliau berhenti becakap, keadaan dewan masih belum tenang, tetiba terdengar jeritan lantang dari balkoni atau anjung tingkat atas dewan,"Woi, duduklah semua! Diam! Janganlah biadap dekat Presiden"

10: Jeritan tersebut ternyata dari mulut Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Sekinchan. Jeritan tersebut segera disambut laungan boo dari ramai para perwakilan terdekat, termasuklah dari Segamat, Semporna, Tampin yang duduk berdekatan dengan perwakilan Sungai Besar. Bermulalah pula kejadian tolak-menolak yang tersebar ke seluruh kawasan balkoni yang padat dengaj perwakilan, sesetengahnya masih sedang berjalan mencari kerusi mereka, sehingga akhirnya berlaku sesuatu yang amat tidak diingini...

Seorang perwakilan yang tidak jelas dari mana, cuma dikenali Puteri UMNO kerana memakai baju kurung 'pink' Puteri, hasil dari kejadian tolak-menolak, terjatuh dari balkoni atas menimpa perwakilan yang di bawah. Kejadian hanya menggemparkan perwakilan yang melihat dari bawah, sementara tolak-menolak bertukar menjadi tumbuk-menumbuk di balkoni.

11: Tiba-tiba seorang dari barisan perwakilan G10 Pemuda yang duduk di barisan hadapan bangun, menuding jari ke Presiden yang masih tercegat di podium pentas dewan dan berkata,"Tengok tu, pirahla lembap punya Presiden, saudari Puteri dah jatuh cedera pun boleh tercegat diam lagi! UNDURLAH NAJIB!" Jeritannya mula disambut perwakilan G10 Pemuda bersama sesetengah perwakilan induk yang melaung bertalu-talu,"Undur Najib! Undur Najib!"

Laungan tersebut tidak lama berterusan tapi kerana ia kemudian disambut jerit-menjerit dan tolak-menolak dari perwakilan yang masih setia dengan Presuden. Tumbuk-menumbuk kemudian merebak ke lantai utama Dewan Merdeka. Ada para perwakilan yang menyatakan kemudian bahawa melihat walau DS Najib masih tercegat, kelu di podium, DS Zahid Hamidi, Naib Presiden, DS Hishamuddin dan Setiausaha Agung Datuk Tengku Adnan Mansor kelihatan ligat berbincang di pentas, berakhir dengan DS Zahid bangun dan seolah-olah memberi isyarat.

12: Datuk Tengku Adnan pula bingkas bangun menghampiri Pengerusi Tetap dan membisikkan sesuatu kepadanya. Pengerusi Tetap, TS Badruddin Amiruldin bersuara akhirnya dari pentas mengisytiharkan,"Bertenang-bertenang para perwakilan sekelian, Perhimpunan Agung ini ditangguhkan sementara untuk kita kembali tenang. Ahli MKT dan perwakilan dijemput beredar dari dewan dengan tenang. Pihak Polis akan hadir juga tak lama lagi untuk membantu menenangkan keadaan." Beliau terpaksa mengulang-ulang beberapa kali... tetapi...

13: Para perwakilan yang pertama keluar dewan terkejut mendapati kejadian tolak-menolak, tumbuk-menumbuk dan huru-hara telah menular ke luar dewan! Rupa-rupanya kejadian di dewan yang tayangkan secara langsung ke seluruh PWTC telah mencetuskan pelbagai kejadian juga di luar dan anggota Polis yang ada kelihatan terdesak mengamankan keadaan, sehinggalah anggota FRU merempuh masuk, menggunakan teknik-teknik mengawal rusuhan untuk mengamankan keadaan di sekitar PWTC!

14: Ahli-ahli MKT diiring sebaik boleh ke Tingkat 38 Menara Dato Onn oleh para-para pegawai peribadi mereka. Dalam perjalanan, mereka menerima tohmahan perwakilan dan ada yang tercedera hasil balingan botol air mineral ke arah mereka. DS Rosmah pula telah diiring Polis terus ke kediaman peribadi keluarga Perdana Menteri di Taman Duta. Adalah dikatakan yang DS Rosmah asalnya ingin menyertai MKT ke Bangunan UMNO tetapi dihalang Polis. Beliau hanya dapat mengarahkan agar tidak dihantar ke Seri Perdana, Putrajaya, tetapi ke Taman Duta sahaja.

15: Keesokan harinya, PWTC dikelilingi Polis dan hanya para Perwakilan serta mereka yang bertugas seperti pihak media, pengusaha restoran, pegawai-pegawai Bangunan UMNO serta PWTC, dibenarkan. Kebanyakan perwakilan tetap setia hadir dan dewan berdengung dengan seribu tandatanya melihat barisan MKT sudah sedia hadir di pentas kecuali DS Najib yang jelas tidak hadir. DS Rosmah juga bukan di kalangan pemerhati. Mesyuarat Agung bermula dengan pembentangan usul tergempar oleh Naib Presiden, DS Hishamuddin Tun Hussein.

16: DS Hishamuddin memulakan pembentangannya dengan penuh hiba, menyatakan bagaimana kejadian pada hari sebelumnya sebagai titik hitam sejarah UMNO, dengan ramai yang cedera, namun syukur tiada yang terkorban. Hibanya menyaingi perasaannya sewaktu insiden MH370 dan MH17 berlaku. Beliau kemudian mengusulkan untuk persetujuan perwakilan, perubahan kepimpinan UMNO yang sudah pun mendapat sokongan MKT, untuk memperbaiki keadaan parti dan negara.

17: MKT sebulat suara mengusulkan agar:
a: DS Najib dibenarkan bersara dari jawatan Presiden parti serta Ketua Bahagian Pekan, sekaligus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pekan. Beliau malah sudah pun pergi bercuti ke luar negara.
b: DS Zahid Hamidi dilantik sebagai Pemangku Presiden parti sementara DS Hishamuddin dilantik memangku jawatan Timbalan Presuden parti bagi tempoh 3 tahun.
c: DS Shafie Apdal dan YB Khairy Jamaluddin dimaafkan atas kesalahannya tempohari dan kembali ke jawatan-jawatan mereka sebelumnya, yakni Naib Presiden serta Ketua Pemuda.
d: TSMY dimaafkan dan dihidupkan semula keahliannya, namun beliau gugur dari jawatan Timbalan Presiden tetapi kekal di jawatan Ketua Bahagian Pagoh. Beliau juga akan dijemput mempengerusikan Lembaga Disiplin parti dengan mandat khas memperjuangkan ketelusan dalam kepimpinan negara.
e: Bagi mengukuhkan kepimpinan teratas parti dengan pengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah diangkat ke jawatan pemangku Naib Presiden parti bagi tempoh tiga tahun.
f: Semua jawatan lain parti kekal bersama penjawat, baik dari peringkat MKT, 3 Sayap mahupun Bahagian terus ke Cawangan selama 3 tahun untuk membolehkab parti memfokus terhadap pemulihan.
Perwakilan PAU2015 meluluskan usul tergempar tersebut dengan sebulat suara. Sejurus Pengerusi Tetap mengisytiharkan usul lulus sebulat suara, laungan-laungan Hidup Melayu, Hidup UMNO dan Hidup Zahid berkumandang.

----

Berikut senario yang mungkin berlaku di mana DS Najib berundur dari kedudukannya dan negara diberi peluang kembali ke haluan yang lebih perihatin tentang keperluan rakyat sementara salah-laku seperti 1MDB dapat mula diselesaikan dengan telus. Ia juga senario yang tidak melibatkan Tun Dr M sebagai penggerak utama ataupun sokongan! Niat blogger ini semata-mata bagi memberi gambaran yang masih ada harapan keadaan kepimpinan diperbetulkan. Kita sebagai rakyat haruslah menaruh harapan dan terus berdoa... berdoa Undur Najib dengan aman...

Ikhlas, @AMUbaidahS

18 comments:

Anonymous said...

UNDUR NAJIB.. undurlah demi bangsamu Melayu.. UNDURLAH NAJIB.. tersangat ramai bangsamu yang mahu kamu berundur.. usahlah menipu diri sendiri.. terimalah hakikat tersangat ramai rakyat yang mahu najib undur.. termasuklah seluruh keluargaku rakan2 sekampongku. rakan2 sekolahku// aku nisbah 20:1

Anonymous said...

keh keh

Anonymous said...

sokongan kepada tabiat Vape yang membahayakan kesihatan - Menteri Kesihatan di laporkan berkata penjualan vape mesti melali ahli farmasi yang berdaftar. Cina MCA komplen, mengata ramai penjual akan kehilangan pendapatan.

Tak usah kisah. Mesti jaga keselamatan rakyat. Selagi belom ada kajian yang boleh di percayai menunjukkan vape bebas dari mudharat, selagi itu lah vape mesti di kawal.

Anonymous said...

Negara nampak bercelaru sekarang. Akibat Najib dengan 1 MDB dan RM2.6 bilion dalam ekaun bank perbadi dia. So'al percaya kpd Kerajaan nya dah menipis amat sangat.

Sejak meletup nya kes RM2.6 bilion, Najib tak ada sebut apa pun melainkan "Saya tak ambil wang utuk keuntungan diri sendiri". Ha nya kuncu kuncu nya yg mengatakan konon nya dari putera Arab, wang derma, tujuan utk melawan Yahudi Zionis, melawan ISIS, hingga ke utk melawan DAP, mengarut.

Yang di MACC mengata itu wang derma tak juga tidak memberi butiran lanjut. Dlm masa yang sama timbul gejala "tangan ghaib/ hidden hands", gejala alih alih kena tukar pegawai tinggi MACC dan Polis. Lagi menipiskan kpercayaan rakyat terhadao Kerajaan Najib.

Anonymous said...

Timbalan Pesuruhjaya MACC yang bersara mengatakan di petang dia bersara itu bahawa "MACC sedang menyiasat 1MDB yang melibatkan orang yang paling berkuasa di negara ini."

Sejak itu, Pesuruhjaya MACC, dan juga Ketua Polis Negara, telah mengeluarkan kata kata yang bermakna mereka mengharapkan Peguam Negara mengadakan mesyuarat Pasukan Petugas Khas bagi 1MDB. Peguam Negara telah mengatakan bahawa Pasukan itu tidak di bubarkan, ha nya senyap sejak Gani Pattail alih alih di hentikan dari jawatan nya, dengan alasan dia sakit, walau pun tiada doktor yang mengeluarkan sijil menunjukkan dia sakit sehingga tak boleh meneruskan kerja.

Bukan sahaja keadaan jahil, tapi juga kasar, cara fir'aun, Kerajaan Najib berbuat begitu. Dan sombong bongkak tak mahu aktifkan semula Pasukan Petugas Khas 1MDB itu selama sebulan sejak di urakan dek Pesuruhjaya MACC dan KPN itu.

Najib telah berkata dia akan membut kenyataan kpd MACC yang menyiasat. Sampai sekarang tak ada berita. Keadaan rakus juga.

Anonymous said...

Tunggu, tunggu, tunggu, kata depa yang pro-Najib. Kalo dah dapat duit RM2.6 bilion sengap aje, sejak tahun 2013 tak cakap apa, nak tunngu apa lagi? Mengarut. Camna Kerajaan nak mengarut. UMNO mesti gantikan Najib. Kalo tak punah le UMNO/BN di PRU14.

Anonymous said...

Rakyat mesti mau penyelesian 1MDB dan RM2.6 bilion yang memuaskan. Kalau Odit Terakhir Jabatan Odit Negara dan laporan PAC ha nya mengecat putih semua tuh, rakyat tak boleh terima. Meleret ke PRU14, jahanam lah semua.

Anonymous said...

jangan tunngu dia beurndur beb........umno mesti gantikan dia........

Anonymous said...

Apa pulak yang nak di katakan menghasut? Kalu setakat mintak UMNO gantikan Najib, tak menghasut nya. Itu ada lah demokrasi di mana mana pun.

Bukan nak mengguling Kerajaan Najib dengan cara lain dari dalam Perlembagaan. Atau lain dari peti undi.

Anonymous said...

59 Bahagian UMNO tak nyatakan sokongan depa di resolusi di mesyuarat mesyuarat Bahagian di bulan Julai-Ogos yang lalu.

Yang lain tu tak tau pula berapa yang dah bertukar pendirian sejak Ogos hingga sekarang akibat hentaman berturut turut ke atas Najib 1MDB adan RM2.6 bilion dalam ekaun bank peribadi nya, dari hari ke hari sejak itu hingga sekarang.

Anonymous said...

Depa dok tunggu Konvesyen UMNO beberapa hari lagi dan Perhimpunan Agong UMNO di bulan Disember.

Aku rasa Konvensyen tuh tujuan nya ia lah memerhatikan bahagian mana dan siapa yang keras ngentam Najib, suoaya boleh di tenung dengan satu macam cara dek Ahmad Zahid, di bagi amaran dek "tangan ghaib" atau di pujuk (dengan RM2.6 bilion?).

Itu semua ia lah bagi menentukan supaya tarak hingaq di PAU di bulan Disember. "Cash Is King," kata Najib. Depa boleh dapat lakukan banyak perkara dengan wang. Tapi Tuhan tu kaya. Bak kata pepatah Melayu, pandai pandai tupai melompat, satu masa nanti akan jatuh juga ke tanah.

Anonymous said...

banyak "tiba-tiba" tp sy aamiin kan

Anonymous said...

Saya tak rasa akan jadi macam tu. Sapa2 yg pasang niat mahu menjatuhkan Najib akan secara automatik akan dihidu oleh Zahid dan dipantau. Pre-preemptive strike akan dilakukan samada melalui tekanan atau umpanan...perlu pilih mahu jalan menyusahkan diri atau menyenangkan diri. Pilih jalan pertama bermakna mcm2 la bala akan dtg secara langsung atau tidak langsung. Pilih jalan kedua bermakna akan berbunga2 la kehidupan di dunia nie tapi diakhirat lain cerita. Itu belakang punya isu...ada masa nak bertaubat. Undur Najib pon sekiranya kita kena sahut "Hidup Zahid" tak akan membawa apa2 makna pada asas2 perjuangan UMNO kerana skrg rata2 ahli politik skrg adalah kategori "cari makan"...dah lama diperkatakan org dan pengesahan dah pon dibuat secara tak sengaja oleh Pengerusi PAC baru kita aritu masa press conference "....saya pon nak cari makan jugak". Masalah org2 melayu adalah kita sendiri yg terlalu taksub mentafsir kalau anak si polan bapaknya alim maka alim la anaknya...kalau bapaknya berjasa besar maka sama la anaknya...jawatan politik tertinggi seolah2 menjadi pusaka anak kepada bapak...maka cenderung la kita meletakkan harapan bangsa ke tangan org2 tak pasti akan serupa bakanya dan menidakkan calon2 yg benar2 berwibawa tapi tidak diberi peluang.

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

AHMAD SANI said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan


Endah Faridah said...

Kesaksian !!! Kesaksian !!! kesaksian !!!
Nama saya Endah Faridah, saya dari Indonesia, saya seorang Muslim yang taat Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati tentang scammers karena mereka setiap tempat, beberapa bulan yang lalu aku finansial turun, dan karena dari kebutuhan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa perusahaan bernama pemberi pinjaman online. Saya kehilangan harapan sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman dia sangat handal disebut ibu Lucy Smith yang meminjamkan Aman dan pinjaman tanpa jaminan dari $ 150,988USD dalam 24 jam tanpa tekanan, pada awalnya itu seperti mimpi bagi saya sampai aku melihat peringatan dari bank saya bahwa accout saya dikreditkan oleh Lucy Smith Pinjaman Perusahaan. Saya mendorong sesama Indonesia yang membutuhkan pinjaman untuk silahkan hubungi Ibu Lucy Smith melalui: lucysmithloanfirm@gmail.com
Awas! Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui: faridahendah007@gmail.com

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

Tangential Malay Search Results