Tuesday, April 29, 2008

Eh... I glamer la!



Terkejut kangkung rasanya apabila ada kawan yang bagi peluang tumpang glamer dengan blogger-blogger lain di kaca TV Astro Awani... perisian selepas foto...



Ini saya masih dalam keadaan terkejut kangkung... tapi nak cakap juga! Saya difahamkan siaran ulangan terakhir "Perspektif Kita" ialah pada 1 Mei (3.30 petang)... kalau ada yang sudi la...


Perisian sedikit tentang apa saya sendiri pelajari:

  1. Kredibiliti blog akan lebih teransang sekiranya penulisnya 'berwajah'. Dalam masa terdekat ini mungkin perisian yang bagus sudah cukup, tapi wajah penuis akan semakin dituntut pembaca.

  2. Ruangan komentar atau kebolehan link penting untuk memberi kepuasan kepada pembaca. Tentu lebih memuaskan dari auto-messaging.

  3. Ada ahli politik sekarang yang menggunakan 'penulis hantu' untuk memblog. Yang luar-biasa ligat menjawab komen kot!

  4. Blog ini sebahagian turutan evolusi media yang menggoncang sejarah... dan terus menggoncang.

  5. Pengikut-pengikut setia DAP masih dok jual cerita kerajaan BN mengongkong kebebasan depa!

  6. Ramai anak muda gemar blog kerana bahasanya yang bersahaja.

Buat perhatian semua, glamer saya insya'Allah belum putus lagi minggu ini. Sudilah datang ke acara tersebut:


Sekretariat Melayu Muda, satu gagasan yang dipeloporioleh
profesional Melayu muda, akan menganjurkan satuperbincangan bertajuk: "Malaysia Baru: Senario PolitikMasakini"

Ianya akan diadakan pada tarikh dan tempat
sepertiberikut:

Masa: Rabu, 30 April 2008, 7.45 pm (ada surau di tempat acara) Tempat: Aras 2, Anjung Wisma Sejarah, 230, Jalan Tun Razak,
50400, Kuala Lumpur

Tetamu jemputan adalah:

1. YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia

2. Sdr Akhramsyah M. U. Sanusi, Pemimpin Pro-Tem Alumni Melayu UK & Eire (AMUKE), Blogger

Senario politik negara sudah berubah. samada kita suka ataupun tidak, samada kita sedar ataupun tidak, ianya akan mempengaruhi kehidupan kita. Bersamalah kita menentukan halatuju bangsa Melayu.

Datang. Dengar. Bersuara. hebahkan kepada rakan-rakan. tempat adalah terhad.sekiranya berminat, sila email nama dan pekerjaan andakepada: sekretariat.melayu.muda@ gmail.com Terima kasih. Semoga berjumpa pada 30 April 2008.

4 comments:

What A Lulu said...

you look like you've lost weight.

azlina said...

wah akhram. memang glamer sejak dah balik malaysia. well done. keep getting glamer. will support you. as long you get the "message" right. perjuangan yang belum selesai.

A M Ubaidah S said...

Gee, thanks lulu! My wife is reading the comment as I reply.

Lina, thanks and hope I will stay unchanged on the inside...except for the better.

L said...

ho ho orang jek sikit dah perasan,
Lagi satu, u ni tak glamer pun..

Tangential Malay Search Results