Karpal Singh kelihatan begitu menyokong Pak Lah dengan membidas Tun Dr M baru-baru ini. Ini adalah perbuatan yang agak pelik. Bukan sahaja tindak-tanduknya tidak selari dengan nalurinya sebagai pembangkang yang seharusnya dengan agresif menyerang Pak Lah, kata-kata dan ungkapan sejarahnya pun berbelit-belit! Contohnya:
- Dimintanya Dr M berhenti menyerang Pak Lah kerana beliau sudah bersara dan patut kekal dalam persaraan. Namun beliau memetik kata-kata arwah Tun Hussein yang membidas kepimpinan Tun Dr M dari persaraan.
- Dimintanya Dr M menjauhkan diri dari kemelut dalaman parti UMNO, padahal Karpal bukan ahli UMNO, tidak layak pun untuk memohon keahlian UMNO, malah merupakan musuh ketat UMNO sepanjang riwayat politiknya!
- Karpal menuding jari ke arah Tun Dr M kerana merestui Operasi Lalang, namun tidak mengakui tanggungjawab beliau mengapi-apikan suasana sehingga keharmonian antara kaum begitu terancam sekali pada masa itu.
- Karpal menuduh Tun Dr M sebagai orang yang mengharamkan pendaftaran UMNO pada tahun 1988. Tetapi beliau sebagai seorang peguam mesti tahu yang para hakim pimpinan Tun Salleh Abas-lah yang mengharamkan UMNO atas dorongan Radzi Sheikh Ahmad. Tun Dr M menghidupkannya semula.
- Beliau juga berbelit-belit mengatakan pihak pembangkang tidak memerlukan Tun Dr M untuk 'membantu' pemantauan tindak-tanduk Pak Lah. Alah, mengaku sahajalah Karpal, pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM!
Pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM kerana mereka percaya dengan itu, lebih cerah peluang mereka untuk merebut kuasa dari BN dan UMNO menjelang pilihanraya ke 13 kelak. Inilah iktibar di sebalik tindak-tanduk Karpal. Tak kiralah walaupun negara ini hancur sekalipun di bawah kepimpinan berterusan Pak Lah dan Khairy, yang penting, Pakatan Rakyat mahu merebut kuasa 4-5 tahun lagi.
Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini jugakah mungkin Karpal begitu sayangkan Pak Lah?
11 comments:
Karpal Singh buat begitu kerana Mahathir lagi teruk dari Pak Lah. Dia itu smart kerana tak mahu Mahathir ambil alih kuasa.
MAHATHIR PERUSAK NEGARA....
INI UMNO PUNYA ORG TAK SEDAR DARI TUDUR LAGI KE!!!!!!!!!!
CORRECTION "TIDUR ZZZZZZ"
operasi lalang is too bitter a memory to invoked for whatever reason.
You are spot on here.The 'wise' old polticians know very well if there is anyone in UMNO/BN who can stop Anwar/PR's wave of popular support its Tun Mahathir.
PR is riding on the euphoria of 'ketuanan rakyat'.The non-malays are rejoicing their new found people's power .While the Malays think its righteuos to embrace these 'ideals'.All this is happening while the UMNO leaders are still talking about upholding 'Hang Tuah' adat and tradition.
What a nutshell!!
The truth is - Karpal Singh and Tun Mahathir are bitter enemies! Anthing that comes out from these two - NOT TO BE DILUTED!
KENAPA PULAK ADA YANG KOMEN (SAYOT2) TDM ADALAH PERUSAK NEGARA???
KALAU TDM PERUSAK NEGARA... KEMAJUAN MALAYSIA YANG DICAPAI SELAMA NI SIAPA PUNYA PERANCANGAN???
NAMPAK SANGAT TAK TAHU BERTERIMA KASIH...
BIASANYA BILA KITA DAPAT NIKMAT, KITA SUKAR NAK BERSYUKUR... TAPI BILA NIKMAT TERSEBUT TELAH DITARIK BALIK... SEPERTI MANA YANG BERLAKU DENGAN PALESTINE DAN IRAQ.. BARULAH KITA SEDAR AKAN NIKMAT YANG DIBERIKAN KEPADA KITA...
APA YANG TUN LAKUKAN ADALAH TANGGUNGJAWAB DIA SEBAGAI PEMIMPIN... KALAU TDM GILA KUASA, LEBIH BAIK DIA PERINTAH MALAYSIA SEUMUR HIDUP... BUT HE CHOSE TO RESIGN...
APA KORANG SUKA TENGOK MALAYSIA JADI MACAM SINGAPORE KER.. CINA YANG MEMERINTAH?
Saudara Ali Zul nampaknya more fanitik than rational.Fikirlarkah secara lebih matang sikit. Ini thn 2008 bukan 1969.TDM memang banyak membawa pembangunan kepada Malaysia tapi pada masa yg sama telah merosakkan negara dalam bidang kehakiman, melayu diberi ijazah RASUAH kononnya NEP, hubungan antara kaum rosak, media dikongkong dan banyak lagi tapi sekarang nak tuduh AAB yang bersalah. TDM memang Hipokrit yg pentingkan kaum keluarga sendiri. Tak faham lagikah. Lagipun anda memang terbukti belum matang sebab Malaysia bukan Singapura. Disini Melayu merupakan 65% iaitu majoriti. Sedarlah sikit......
kapal singh adalah oang lama dalam politik. tetapi apabila mencampuri uusan umno, jelas dia sebenarnya hanya mempunyai niat agar umno hancur. komen supaya TDM berhenti menyerang pak lah hanyalah dengan niat pak lah mengekalkan jawatan yang mana itulah titik tolak kerosakan umno yang lebih besar.
Pada pandangan saya, buah fikiran dan penulisan Anak Malaysia lah yang
tidak menunjukkan kematangan.
Kata-kata Anak Malaysia berbaur kebencian keatas perkara-perkara yang tidak
berbukti; saya telah banyak membaca kata-kata begini di blog penyokong
parti pembangkang yang lain.
Hubungan antara kaum rosak bukan kerana pemerintah semata-mata; cuba imbas
kembali, sebagai anak Malaysia, apa yang pernah anda lakukan untuk
menyumbang kearah integrasi antara kaum? Segalanya bermula dengan individu,
jadi jangan menuding jari kearah orang lain atas segala permasalahan yang
timbul.
Pada saya, TDM telah melakukan apa yang patut dilakukan semasa pemerintahan
beliau untuk kesejahteraan rakyat secara majoriti, bukan minoriti. Mungkin
ada yang rasa 'tertindas' atas dasar-dasar yang telah beliau jalankan. Tapi
walau apapun, atas hasil usaha beliau, rakyat Malaysia secara keseluruhan
telah mendapat manfaat.
Fikirkan lah, dan ucap terima kasih, walaupun anda mungkin masih tidak
dapat menganalisis perkara secara matang.
Jaja
Post a Comment