Sunday, April 20, 2008

Hah, Tun Salleh? Siapa Tu? Melayu Macam Mana?

Gebung-gebang dalam media baru-baru ini tentang Tun Salleh Abas lah, betapa Pak Lah nak bayar duit 'ampun' lah, nak betulkan salah-silap akhir dekad 80'an lah... apa ni? Anak-anak muda sekarang ramai tertanya-tanya, apalah penting sangat soal menyelesaikan perkelahian lebih 20 tahun lalu, sehingga masalah masyarakat kurun ke-21 ini tidak terlihat diutamakan dahulu?

OK lah, Pak Lah nak sangat kita bincang tentang perubahan kehakiman, kita bincang. Sekarang akan diadakan suruhanjaya untuk mencalonkan nama hakim. Tetapi calon-calon hakim tersebut masih harus dipertimbangkan untuk dicadangkan oleh PM bagi diperkenankan perlantikan oleh DYMM YDP Agong kan? Jadi perbezaan BESAR dalam proses ini apa sebenarnya?

Mungkin yang bezanya adalah siapa yang mencalonkan hakim? Tapi yang mencalonkan hakim sekarang adalah Ketua Hakim Negara. Itu pun pasti dengan dibincangkan dahulu bersama-sama para hakim tertinggi yang lain. Tak layak ke hakim-hakim yang sedia ada mencalonkan hakim-hakim baru? Yang dimasukkan sebagai orang-orang baru untuk mencalonkan hakim ini siapa?

Kawan saya membuat pemerhatian yang pada majlis bersama Tun Salleh Abas dan Dewan Peguam di mana pengumuman tentang suruhanjaya tersebut dilakukan, terlihat begitu ramai hadirin yang ada merupakan ahli Dewan Peguam, kebanyakannya berbangsa India dan Cina. Yang Melayunya beberapa kerat sahaja. Jadi kenapakah peguam-peguam bukan Melayu tersebut begitu bertepuk-sorak gembira apabila Pak Lah mengumumkan penubuhan suruhanjaya tersebut?

Oooh, cakap sahajalah Pak Lah... Pak Lah nak beri lebih banyak hak memilih calon hakim kepada peguam-peguam bukan Melayu. Nak kurangkan sedikit pengaruh para hakim Melayu yang beragama Islam dalam memilih hakim-hakim di masa akan datang. Sebab itulah Dewan Peguam begitu meraikan pengumuman Pak Lah. Dengan cara ini, boleh lah mereka mempengaruhi pemilihan calon yang sealiran dengan mereka, yakni sekular, anak buah firma besar, Hadhari...

Bukankah Dewan Peguam sama yang dengan begitu keras membantah cadangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Halim supaya diserapkan lebih banyak pendekatan syariah Islam ke dalam undang-undang negara sempena 50 tahun Merdeka? Dewan Peguam inilah yang menyokong sangat kes Lina Joy dulu dan macam-macam lagi lah.

Jadi di manakah generasi Muda Melayu dan umat Islam Malaysia dalam mempengaruhi perubahan dalam sektor guaman, kehakiman, perundangan dan menegakkan keadilan di Malaysia? Tergadai teruskah kuasa kita? Semata-mata kerana asyik memerhati atau terlalu melulu taksub bersorak di tepi gelanggang perkelahian tokoh-tokoh tua tentang hal-hal yang semakin tiada makna?

Di manakah suara kita yang seharusnya membantah hakisan kuasa dan pengaruh Islam pada badan kehakiman, yakni salah satu dari 3 tiang kekuasaan Melayu di Malaysia? Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa...

13 comments:

Amir Hamzah said...

Dari dahulu hinga kini, persoalan dan perbincangan tuan selalu jauh melencong. Pembayaran ex-gratia kepada hakim diolah dan diputar-belit menjadi isu kemerosotan pengaruh Melayu dalam Majlis Peguam.

Sebagai seorang bekas Peguam (dan ex-Promuda) saya tidak faham apa asasnya untuk kita tidak menerima-baik usaha Pak Lah ini. Cuma peningnya saya ialah pembayaran ini tidak disekalikan dengan pemohonan maaf, ini tidak logik!

Kerajaan BN/UMNO perlu mengakui campurtangan eksekutif di dalam cabang kehakimanlah yang membobrokkan dan menghancurkan keyakinan umum terhadap sistem keadilan Malaysia.

Tindakan Pak Lah ini cuma strateginya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Dr. Mahathir yang bertanggungjawab. Usaha ini ada kaitan dengan survival Pak Lah menjelang pemilihan UMNO nanti.

Adakah silap Majlis Peguam yang bersalah di atas kes Lina Joy? ataupun salah kerajaan BN/UMNO? Disebabkan BN/UMNO (dibawah Mahathir dan Pak Lah juga) yang menolak untuk mengubal undang-undang yang jelas berkenaan murtadlah yang menyebabkan mereka ini bermaharaja-lela.

Apa sangatlah kuasa pada Majlis Peguam jika hendak dibandingkan dengan Kerajaan Persekutuan? Di manakah Ruh Islamiyyah UMNO/BN yang membisu seribu bahasa berkenaan undang-undang Murtad? tetapi mudah pula mengaku ini negara Islam!

Saudara perlu lepaskan sebentar taat assabiyyah Melayu itu agar dapat mengupas isu dengan lebih tepat dan objektif, agar saudara dapat mengelakkan tuduhan emosi daripada mengkontaminasi tulisan saudara kepada tahap yang tidak bernilai.

evilcooler said...

Ko nih tak habis-habis pasal ketuanan Melayu..

Ko nih orang Islam kan? Bila kau mampus nanti, ko rase malaikat tanye ko nih bangsa Melayu ke?

Tak kan? Dia akan tanya samaada kau seorang Muslim dan segala amalan kau di dunia kelak.

Jadi sudahlah dgn pemahaman jumud dan khurafat kau pasal ketuanan Melayu kau. Hanya keutanan Allah s.w.t shj yang berkekalan.

Hidupkan semangat dan prinsip keadilan tak kira bangsa..

PAS for ALL!!

evilcooler said...

Astaghfirullah..
Minta maaf, kesilapan taip..ketuanan bukan *keutanan*

EQUILIBRIUM said...

Hanya pencacai2 mahathir saja yang tidak mahu menerima kenyataan tentang perogolan ke atas institusi kehakiman bermula dari kes Tun Salleh Abas ini,

Mahathir boleh saja bercakap pasal semuanya mengikut prosedur dan undang2 bagaimana Tun Salleh dan dua hakim lain dipecat. Prosedur tidak menjamin keadilan dan kebenaran mengapa mereka dipecat.

Mahathir menggunakan kuasanya untuk menjamin kes2 penting sentiasa berpuhak pada kerajaan.
Tun Salleh dianggap sebagai tidak
berpihak pada kerajaan hanaya kerana beliau bertunjangkan kepada
kebenaran.

Saya masih di Tingkatan 3 ketika kes tersebut bermula. Dan sejak itu memang teman tak berapo gemor dengan peranagi Mahathir ni.

Letting the time pass me by said...

Kita tengok ajela... Nak tegur pun tak boleh..

Saya ras persoalannya ialah bukan kita tak menerima inisiatif Pak Lah, tetapi adakah ianya dilakukan dengan prosedur yang betul...

Mahathir mungkin telah melakukan sesuatu dan ianya dilakukan mengikut prosedur dengan tribunal dan hal-hal yang tertakluk kepada perundangan...

Tetapi apakah justifikasi kepada ex-gratia ini? Bolehkah keputusan tribunal yang lalu diketepikan dengan hanya air liur aje? Mana suruhanjayanya? Takkan kita boleh jatuhkan keputusan begitu sahaja yang TDM telah melakukan kesilapan tanpa ade apa-apa siasatan...

Sebab tu kerajaan tak mohon maaf. Macamana nak mohon maaf kalau asas yang kukuh tiad untuk mengatakan keputusan yang dulu salah?

Jadi secara logiknya, apa yang dilakukan Pak Lah adalah tidak logik bukan?

Tepuk dada tanya selera

adam.jaafar said...

saudara ubaidah,
negara ini constitution nya berasaskan secular. kalau nak buang secular ini kena ubah constitution. umno dan pas (melayu) patut bersatu untuk dapat 2/3 majoriti dah ubah jadi negara islam. oh lupa, anda semua tak boleh berjuang atas platform yang sama atas alasan ketidaksefahaman ideology. oleh yang demikian, ketuanan melayu tidak dapat dijuangkan dengan jayanya. it's the most simple reason.

tomcat baretta said...

Ceritanya macam ni....

Peguam sekarang ni xde job.Sampaikan ada peguam yang masuk PDRM coz da terlampau sengkek.

Diorang ni(Peguam..)bising sebab puak diorang tak dilantik jadi Hakim.Andaikata PUAK yang telah dipilih mereka(peguam) telah dilantik ke Jawatan Besar dalam Sistem Kehakiman,maka automatik diorang(Hakim baru yg dipilih PEGUAM) akan putuskan HAKIM terdahulu silap dalam penghakiman.

Natijahnya...Kes akan dibuka semula dan bila PEGUAM ambil kes itu semua,maka PEGUAM akan dapat JOB & seterusnya dapat UNTUNG....

ni la MOTIF sebenar diorang(PEGUAM)

"come on la....kitaorang BUKAN BODOH.dalam MAJLIS PEGUAM tetap ada tali barut"

Anonymous said...

So they refuse to say sorry to you eh?

Latest from Royal Mongrel @ No Hole Barred ... ROYAL SPIN
http://rajamongrel.blogspot.com/

Unknown said...

Sila singgah ke blog saya di: http://www.asyrafwajdi.com/blog/

all about food said...

tak ada siapa pon generasi muda ni faham apa masalah TunM and Tun saleh abbas. what we know is we don't like pak lah and the way pak lah anak beranak and menantu perintah malaysia that caused all the major problems.

Jungle Playland said...
This comment has been removed by the author.
Jungle Playland said...
This comment has been removed by the author.
A.A said...

Akram, sorry i had to delete it. Silly me when posted the comment, i used my "friendly" blog add.
nanti tak pasal2 those people come and attack my blog.. huhu

Tangential Malay Search Results