Wednesday, April 02, 2008

Antara Dua KJ

Dalam keghairahan kita mewar-warkan pengaruh seorang KJ, Khairy Jamaluddin, dalam mencatur jahanamnya pengaruh Melayu di tanah sendiri, kita harus waspada akan hadirnya seorang lagi insan 'seabjad' sebagai pendukung kehancuran negara-bangsa. Siapakah gerangan KJ yang lagi satu ini jika bukan Kamaruddin Jaafar, teman setia Anwar Ibrahim.

Kamaruddin Jaafar? Bukankah beliau Setiausaha Agung PAS sekarang? Kalau beliau benar-benar setia kepada Anwar Ibrahim, kenapakah beliau tidak menyertai PKR? Tidakkah tindakan menyertai PKR juga lebih sesuai dengan naluri KJ ini yang juga seorang 'intelek' dan pemacu Institut Kajian Dasar suatu masa dahulu? Ini profilnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamaruddin_Jaafar

Anwar Ibrahim mungkin ada pelbagai kepincangan, tetapi kalau tidak licik berpolitik, tidak mungkin beliau dapat menghinggapi sebentar kedudukan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Masuknya Kamaruddin Jaafar ke dalam PAS sebenarnya sebahagian dari usaha Anwar untuk memastikan pengaruh beliau tetap tegar dalam PAS mahupun UMNO selepas kejatuhannya.

Lihat sahaja betapa ramai kuncu-kuncu Anwar yang tidak lari dari UMNO, malah mengisytihar 'taubat' sekuat-kuatnya semata-mata untuk kekal menghendap di PWTC. Malah, ramai juga penyokong kuat dan 'fan-club' Anwar dari zaman reformasi yang kemudiannya menyertai UMNO, seperti Khairy Jamaluddin bersama-sama puak-puak yang kini dikenali sebagai penghuni Tingkat 4.

Persamaan antara KJ tua (Kamaruddin) dan KJ muda (Khairy) ini ketara sekali. Mereka berdua-dua tetap taksub Anwar tetapi cukup handal bermuka-muka. Kedua-duanya kaya hasil usaha mengkroni (KJ tua) atau menepot (KJ muda). Katanya kedua-duanya pandai-pandai belaka, dengan IKD lah, dengan Oxford lah.

Kini mereka juga bersatu dalam suatu misi, iaitu pemusnahan UMNO demi menaikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boneka Zionis pertama Malaysia.

KJ tua melakukan ini secara langsung dan sengaja. Dengan kedudukan kuatnya sebagai Setiausaha Agung PAS serta antara penyumbang wang terbanyak kepada parti tersebut, beliau telah menolak usaha pembentukan kerajaan BN-PAS, bermajoriti Melayu serta Islam, di negeri-negeri Selangor dan Perak mahupun di Parlimen. Ini walaupun usaha tersebut direstui Tok Guru dan sekaligus membatalkan 2 kedudukan Menteri kabinet pusat serta MB Selangor untuk PAS.

KJ muda pula mendukung Anwar secara tidak langsung dan tak sengaja. Dengan kedudukan kuatnya sebagai menantu Pak Lah, beliau tak putus-putus mengesyorkan supaya bapa mertuanya kekal di tampuk kuasa, sekaligus menguatkan keupayaan Anwar bagi menarik ahli Parlimen UMNO untuk 'lompat pagar' ke dalam KeAdilan. Ini pula selepas calon-calon BN pilihan KJ muda untuk PRU-12 terlalu ramai kecundang di tangan calon PKR!

Menarik sekali, dalam sengaja dan tidak sengaja mereka, kedua-dua KJ kelihatan berganding tenaga dalam usaha merealisasikan cita-cita idola mereka, Anwar Ibrahim. Malang sekali bagi mereka, kerajaan PKR yang bakal dibentuk pasti lain sekali dari kerajaan BN berkepimpinan UMNO dahulu mahupun kerajaan PAS yang berlandaskan Islam.

Kerajaan Anwar Ibrahim bakal mirip kerajaan Bollywood di mana jalan kerja dihindari pertelagahan PAS-DAP, persengkataan PKR India Liberal-PKR Melayu 'lompat pagar' dari UMNO, kepincangan kemampuan pentadbiran Anwar sendiri, namun tetap syok sendiri akibat kelincahan penarik tali boneka Zionisnya.

Oh ya, pasti kerajaan Anwar juga akan ada 2 Menteri kabinet yang sering bersengketa, KJ tua dan KJ muda!

26 comments:

Letting the time pass me by said...

UMNO sebenarnya masih kuat... cuma kekuatannya telah merosot... Kalau dulu UMNO pegang 90++ kerusi, sekarang tinggal 60++ kerusi... Tapi UMNO still pemegang kerusi terbanyak diparlimen sedangkan PKR hanya memegang 31 kerusi... Jika Pakatan Rakyat ingin membentuk kerajaan, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri? Anwar Ibrahim? Adakah DYMM Agong berkenan dengan Anwar Ibrahim?......

Long Man said...

"glory to Allah, who created in pairs all things that the earth produces, As well As their own (human) kind and (other) things of which they have no knowledge."
Yasin 36:36
-------------------------

double kj?... mmmmmmmm... possible... God have said it too... you got my spot bro...

Pesa said...

Hahahahha...apa ni? Dulu kata PAS macam², dok perleceh PAS...bila dah banyak kerusi hilang ada hati nak pakat ngan PAS plak tu, sudahlaaaa...UMNO dah tak relevan lagi...kapan masuk kubur dah la. Rakyat bukan buta la...

Amir Hamzah said...

Tulisan saudara yang cuba mengaitkan nama DSAI dengan Khairy dan Yahudi sia-sia sahaja. Mentaliti Tuan dan ayat-ayat berbaur kebencian terhadap DSAI dengan jelas memberitahu saya bahawa Tuan seorang generalis yang mahukan semua persona yang tidak disukai Tuan dimuatkan dalam satu golongan.

Saya cadangkan Tuan jangan telalu hidup dibawah tempurung takut nanti terkejut melihat dunia sudah menjangkaui pancaindera!

Sedarlah bahawa DSAI kini bekan sahaja pilihan Kamaruddin Jaafar PAS, tetapi pilihan jutaan rakyat yang merupakan 52% majoriti di semenanjung!

Walhal Khairy itu tetap ahli UMNO dan UMNO jugalah yang bukan main lagi bersenyum-tawa makan malam dan berbincang erat dengan Condoleeza Rice sewaktu Khairy memanjat pintu pagar Kedutaan AS. UMNO bermuka-muka dulu, kini dan selamanya.

Saya tidak sabar nanti melihat pasukan Chelsea yang mempunyai seorang Pengurus Yahudi, dan dua orang pemain Yahudi bermain sepakbola di Malaysia atas jemputan Khairy dan Kerajaan UMNO. Dengan adanya perlawanan itu,kami pula akan mengecap UMNO sebagai Barua Yahudi. Tahniah kepada UMNO!

Selagi Khairy ada dalam UMNO jangan mimipi kami akan sisihkan imejnya daripada imej UMNO.

Siapa alat Yahudi sekarang?

blues untuk rakyat said...

mahathir pon yahudi jugak....

sebab dia guna egen/sogok berbangsa yahudi untuk dia bertemu dengan BUSH....

sudah la....

cakap pandaiiii laaaaaa....

evilcooler said...

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai A.M Ubaidah, nama tinta blogmu amat indah, persis nama sahabat Rasulullah s.a.w (Selawat ke atas junjunganku)

Namun keindahan hanya setakat itu sahaja. Apakah malangnya seorang saudara seagama Islam kamu dituduh sebegitu rupa?

Adakah telah hadir persaksian haq yang menunjukkan bahawa saudara Islammu Anwar Ibrahim adalah tali barut/barua kepada Yahudi dan sekutunya A.S / Nasrani?
Jikalau ada, sila tunjukkan bukti2 sahih yang menesahkan tuduhan tersebut. Sesungguhnya tuduhan palsu adalah fitnah semata, dan itu adalah seburuk2 perbuatan seumpama membunuh nyawa seorang Islam yang tak halal bagi mu.

Insaflah wahai saudara Ubaidah, sedangkan isteri dan anaknya DSAI menunjukkan perlakuan tertib menutup aurat seperti yang disaksikan Allah dan RasulNya, bahkan mereka yang menuduh DSAI lebih teruk perlakuan dan aturcara hidupnya.

Ingatlah wahai saudara Ubaidah!! Sesungguhnya Neraka itu adalah benar, dan seksaannya amat pedih dan keras sekali, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu api yang sangay dahsyat!!

Dol said...

is there any prove on the things that you are saying? where and how did you find out about this?

If its true, then its pretty scary..tp kalau tak betul, susah juga. tak baik kita tuduh2 orang macam tu.

I dont know what will happen to our children. When people always say bad things about other people.

Macammana kalau anak2 kita nanti suka mengata orang? Suka buruk2kan orang? Adakah kita nak marah, atau biarkan sahaja?

Kasihan anak2 kita nanti..mungkin satu hari nanti orang akan panggil anak2 kita "bapa borek, anak rintik.."

azrain.adnan said...

Two people with same initials but different parties, different ideologies. very interesting if their common ground is anwar ibrahim.

http://azrain-adnan.blogspot.com

zule said...

Sebagai seorang manusia yang dicipta Allah, saya tidak faham kenapa kita mengutuk sesama manusia yang juga ciptaan yang maha kuasa. Bukankah kaum Yahudi juga manusia? Apakah perasaan kita jika Allah melahirkan kita seorang Yahudi? Kita semua manusia, tidak lebih dari itu. Saya banyak berjumpa "muslim" yang berhati busuk dan dalam hidup saya juga, saya telah berjumpa ramai orang Yahudi yang berhati mulia. Pokoknya, hati kita mesti mulia, tidak kira kita dipanggil melayu, cina, india, yahudi atau apa saja.
zule

Unknown said...

Terima kasih atas komen yang menegur tentang kesalahan saya. Memang betul Anwar bukan boneka Yahudi.

Telah saya betulkan dalam blog saya bahawa Anwar sebenarnya boneka Zionis.

dohwie said...

Anwar mmg bijak. Kemahiranya dalam ilmu psikik walaupun bukan jurusan utamanya mmg mengkagumkan. Semenjak di UM mmg terbukti kemampuan beliau. Ada orang mengatakan PKR mendapat undi kerana dia. Jgn bongkak ler beb. sesetengah org mengundi PKR kerana tiada opsyen lain. Kalau tidak kerana tahu dgn perangai Anwar, PKR boleh menang besar di Sabah dlm PRU yg lalu. Cuma kerana Anwar mereka terpaksa memangkah BN dgn tidak ikhlas hati. Kenyataan saya berdasarkan fakta dan observasi. Bukan sekadar main hentam saja ler kawan, macam penyokong Anwar yang lain. Tahu membabi buta sj. Cuba tanya si Anwar tu... kalau dia tidak dipecat hari tu, apa dia buat ? Dia pasti akan menjawab dengan hipokritnya.

Saiful said...

Kelakar siut korang...

Hakim said...

kelakar nya artikel nih..tuduhan-tuduhan dulu pon belum dapat dibuktikan lagi sudah ada yang baru..??buang masa saja la kawan oi...

arifabdull said...

rubbish......................................................................................................................................................

Selongsong said...

You forget, there are other KJs...

one of the infamous other KJs is

Kadir Jasin.

Why didn't he (Kadir Jasin) thrown into the equation?

My main point is, as a muslim, you should provide hard evidence to present your case. Otherwise, what you said is tantamount to slander.

Please remember Allah always before you do your writing. Make some research without bias nor perjudice. The keyword is to be partial. Don't just write according to your whim desired.

selongsong.pencucuh

Selongsong said...

sorry...

Instead of

The keyword is to be partial.

It should be

The keyword is to be impartial.

I have left out the letters "im". My mistake.


selongsong.pencucuh

irfan said...

Bro,

Kita sudah muak lah dengan semua tuduhan-tuduhan terhadap Anwar Ibrahim ni. I've a family connection with one of the IGP's after Rahim Noor. We all tahu dia tak boleh bagitau we all secara detail disebabkan OSA, tapi dia secara simple berkata "Anwar would have been brought to court IF those allegations were rights, BUT that didn't happen"

So...faham-faham sajalah. Dah tuduhan memang tak betul, sudah tentu tak dapat dituduh di mahkamah.

Kamarudin Jaafar memang kawan baik Anwar sejak dari UM days lagi. They consult each other on most things. But the only thing that made KJ joined PAS was because he was not confident with keAdilan's condition at that time (because Anwar himself is not there but in prison). After all, geng-geng ABIM nih memang asalnya orang PAS pun before masuk UMNO dulu.

So please lah. Jangan tabur fitnah lahhh!!

Unknown said...

salam sejahtera semua,


saya rasa penulis blog ini sudah semestinya seseorang yang bodoh bin dungu.

Kemungkinan pertalian kekeluargaan antara bapa dan ibu kepada penulis blog ini sebelum perkahwinan adalah "sepupu" yang menyebabkan zuriat yang dilahirkan oleh mereka suatu zuriat yang MAHA-LEMAH bagi dari segi jasad mahupun fikiran/rohani.

Kemungkinan juga beliau (A M UBAIDAH) terhasil daripada hubungan haram yakni persetubuhan luar-nikah kelentit-ibu dan kemaluan-rusak bapanya.

Atau mungkin juga kedua2 ibu-bapanya amat gemar melakukan persetubuhan semasa ibunya sedang datang haidh dan datang bulan sambil diperhatikan sendiri oleh A M UBAIDAH semasa beliau masih kecil lagi sehingga otak beliau amat bebal sehingga sekarang ini.

Segala2nya adalah berkemungkinan Siapa tahu ? hehe..
;)

Untuk menutupi segala cacat cela ke atas diri A M Ubaidah, maka ibu dan bapanya mengesyorkan supaya nama samaran utk penulis blog ini adalah A M UBAIDAH. Seolah2 seperti alim-alim gitu..

hehe...

Anonymous said...

HAHAHAHA... Budi,
your comment is really makes sense.

i really agree with you Budi.

A M Ubaidah just a typical down syndrome patient who insult his own intellectuality.

tomhakim said...

Budi,

saya rasa Agak keterlaluanlah jika dilabelkan A M Ubaidah sebagai anak-haram.

Saya lebih suka melabelkan beliau sebagai

Anak-Gampang.

kerana...Tampak dan bunyinya lebih lembut dan lebih berwibawa.

hehehe...

Unknown said...

Saudara Ubaidulla,
Hang ni dah takda kerja ke ..mencarut sana mencarut sini...blame orang tu ..blame orang ni...hang ni boleh di kategorikan species kuman yang dah nak padammmmm....Hang patut gi kat Kelantan masuk pusat rawatan mental macam Awang Adek sekarang ni ...

Ahmad Sadli Ibrahim said...

Good info, I'm starting to like your blog first time I visit it.

Unknown said...

i know this guy ubaidulla ..working at petronas...no wonder people money going shit

mjcelica said...

"blues untuk rakyat said...

mahathir pon yahudi jugak....

sebab dia guna egen/sogok berbangsa yahudi untuk dia bertemu dengan BUSH....

sudah la....

cakap pandaiiii laaaaaa..."


1-AKU PENYOKONG KUAT PAS KALU DARI SEGI POLITIK....

2-SAPE SOKONG PAS, CUBE CHECK APE DASAR PAS...APE PRESIDEN PAS CAKAP PASAL UMNO,APE YG DIA TAK SUKA PASAL UMNO...CHECK BALIK...
SAPE SOKONG UMNO, CUBE CHECK APE DASAR UMNO...
.
.
.
3-CUBA BACA DAN CARI SEJARAH MALAYSIA, SEJARAH UMNO DAN SEJARAH PAS....

4-SAUDARA, BUKU TEKS SEJARAH SEKOLAH TAK CUKUP!!!!! SIKIT SANGAT FAKTA NYE?...CUBE PERGI PERPUSTAKAAN NEGARA ,LAGI BAGUS ARKIB NEGARA..KALAU DI KATAKAN SEJARAH...SETIAP PERKARA YANG BERLAKU PADA SETIAP DETIK DAN KETIKA PADA MASA LALU ADALAH SEARAH...

5-CUBA INGAT BAIK2 BILA TANAH MELAYU WUJUD? APAKAH KERAJAAN KEDAH TUA? MERONG MAHAWANGSA? PENJAJAHAN?

6-16 SEPTEMBER 1963 ADALAH HARI PENAMAAN MALAYSIA, BERMAKSUD BERMULANYA PADA DETIK DAN KETIKA ITU, APA2 PERKARA YANG BERLAKU DI MALAYSIA ADALAH SEJARAH MALAYSIA...
APE2 YG BERLAKU SEBELUM TARIKH TERSEBUT ADALAH SEJARAH TANAH MELAYU....
7- PENDAPAT TUAN EMPUNYE BLOG ADA RELEVANNYA......SBB ANWAR MMG REKOD BERSIH PADA PANDANAGN KITA SEBAGAI RAKYAT...TIBA2 KENE FITNAH PULAK? BESAR FITNAH DIA TU, TAPI?

PERNAHKAH DIA CKP KENAPA DIA KENE FITNAH? KENAPA MAHATHIR TAK SUKA DIA....KALU SETAKAT SATU DUA PERKARA,TAK PAYAH LA....HUJAH TAK KONKRIT,..ANWAR CKP MAHATHIR ITU INI...RASUAH,KRONI ETC...TP ADA KE DIA CKP SEBAB2 MAHATHIR PECAT DIA....TAKDA....DIA TAK BG TAU PUN, CUBE DGR BALIK SUARA2 ANWAR DARI SEMUA PIHAK TERMASUK CERAMAH DIA, MEDIA MASSA, UMNO, SUARA PAS ETC...ADA TAK?...TU LA NAMANYA POLITIK....DIA TAU NAK DPT SUARA MAJORITI JE...TUNJUK BAIK...SAMAPI SKRG ORG CAKAP DIA BAIK...DIA BERANI CKP ITU INI, TP APE2 YG BERKAITAN DGN DIA MASA DLM KERAJAAN DIA TAK CKP, SBB APE????

SEBAB DALAM PERLEMBAGAAN ADA AKTA YG MENTION LEBIH KURANG...APA2 YG KERAJAAN BUAT DAN BERLAKU DALAM URUSAN KERAJAAN ADALAH RAHSIA....
BILA DIA CKP, DIA PUN BOLEH KENE TINDAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBAB MELANGGAR PERLEMBAGAAN....
PERLEMBAGAAN SAMA DARI DULU SAMPAI SKRG...SAMA JE...CUME ADA BEBERAPA PERUBAHAN....

BUAT PENGETAHUAN KPD SAPE2 YG TAK TAU, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERLU DIPAKAI OLEH MANA2 PARTI YG MEMERINTAH...KALU UMNO PERINTAH,UMNOLAH PAKAI, KALU PAS PERITAH MALYSIA PAS LA PAKAI...MCM TU LA...
HAL ANWAR NI...MMG PELIK SGT

mjcelica said...

KENAPA ANWAR PELIK?

1-KENAPA NAK MINTA BANTUAN BANK DUNIA IMF MASA KRISIS DULU? NI BERLAKU MASA AKU SEKOLAH DULU.....cube tgk bank dunia punye polisi mase tu...logiknye..mcm kita buat loan kat bank, kene byr dalam tempoh tertentu, katakan rm500000, at the end kene bayar total rm700000 dalam masa 5 tahun...KALU TAK DAPAT BAYAR MCM MANA? BYR TARIK SUME HARTA KITA SAMPAI ISYTIHAR MUFLIS...SO SI FULAN MUFLIS..

NI PULAK NAK PINJAM DUIT BANK DUNIA....PINJAM DUIT BUKAN SIKIT, MESTI BERBILION PUNYE...
CUBE FIKIR LOGIK.....KALU PINJAM BANYAK KATAN RM500 BILION, AT THE END KENE BAYAR MESTI LEBIH KURANG RM700 BILION...
TAPI, AKU TAK IGT BERAPA INTEREST RATE BANK DUNIA MASE TU, AND KALU PINJAM DARI SITU, BERAPA TAHUN KENE BAYAR PULAK...KALU TAU,AKU BOLEH KIRAKAN..

EKONOMI MERUDUM BUKAN SETAHUN...

LOGIK KALAU ANWAR PINJAM DUIT DARI BANK DUNIA....
1- KATAKAN TIBA2 EKONOMI MALAYSIA DOWN JUGAK MCM MANA? KEUNTUNAGN NEGARA SETAHUN KATAKAN RM 10 BILION, ...SIKIT, MCM MANA NAK BAYAR HUTANG?KALAU MALAYSIA TAK BAYAR HUTANG, BANK DUNIA KAN BG WARNING YG MALAYSIA TAK BAYAR HUTANG, SO ...KALU TAK DPT BAYAR, MALAYSIA MUFLIS.MALAYSIA MANA ADA SAUDARA MARA BOLEH BAYARKAN HUTANG..SO MALAYSIA HAK MILIK BANK DUNIA...

PERSOALANNYA?......BILA MALAYSIA JADI HAK MILIK BANK DUNIA,APA AKN JADI KEPADA RAKYAT MALAYSIA?...SO RELEVAN KE TINDAKAN ANWAR TU...?RISKY KAN...MERISIKOKAN RAKYAT MALAYSIA YG BERJUTA2....HAHAHAHA
PERSOALAN LAIN....FIKIR SENDIRI, KALU NAK AKU BOLEH FIKIRKAN...

BELUM LAGI BAB...SAPE YANG KUASAI BANK DUNIA PADA MASA TU? SAPE BOS BANK DUNIA KETIKA TU? WAHAI ORG MALAYSIA.....FIKIRKANLAH....



HHEHEHE....NI BARU SATU POINT, ADA BYK LAGI...ADA REXEKI,SAMBUNG KEMUDIAN....

TarafAGONG said...

Tolol betul la...si mfo5763, pasal nak pinjam duit kat bank dunia kan mahatir yg setuju sedangakn Anwar & Bekas Pengerusi TNB tak setuju...tak trgk ke debat hari tu Anwar siap cabar berdebat pasal IMF punya ISU...... Itu pasal Anwar kena pecat...dan pengerusi TNB letak jawatan???? tak faham, masih ada juga org yg bodoh mcm ahli UMNO yg sedia ada bodoh krna diperbodohkan oleh pemimpinya.....

Tangential Malay Search Results