Sunday, November 16, 2008

Reformis Bogel Atau Kezaliman PR Terhadap Penduduk Miskin Yang Patut Diwartakan?

Saya dilanda kecewa apabila melihat isu kezaliman kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terhadap penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) kini diremehkan oleh isu Reformis yang syok ingin membogelkan diri! Sehingga semua organisasi yang tersentuh isu ini, baik akhbar harian, pihak kerajaan negeri malah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri rancak memperkatakan niat protes bogel pula!

Soalnya, kenapakah cadangan protes tak senonoh ini diketengahkan? Bukankah lebih penting bagi semua pihak memberi lebih perhatian terhadap kezaliman kerajaan PR Selangor yang bakal menaikkan sewa penduduk PPR, yang amnya dari golongan miskin, lebih dua kali ganda dari RM124 ke RM250? Dahlah tu, nak dinaikkan sewaktu kemelesetan ekonomi dan inflasi melanda rakyat tersebut pula!

  • Bukankah pemimpin yang menzalimi rakyat, terutama golongan berkeperluan, lebih berat dosanya dari membogelkan diri wahai ilmuan JAIS?

  • Bukankah peranan akhbar mewar-warkan berita dan memantau isu yang penting untuk rakyat, bukan sensasi sahaja wahai pemberita?

  • Bukankah ini masa untuk pemimpin kita bersuara menentang kezaliman, dari membiar isu dicuri oleh 'Reformis' yang terlihat mengejar glamer sahaja?
Manalah tak ketinggalan masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya, kiranya begini lekehnya kita memantau dan menangani isu masyarakat...

7 comments:

m123 said...

sometimes we are to concentrated on the tiny dot that we miss the whole picture. macam mana nak maju? bodoh orang kita juga.

Unknown said...

For PKR supporters their leader is always right. With current political situation now, AKRAM please step forward. As someone who knows you for years, I think you can be better than those in MP's chair now...

wanbaki said...

nak heran apa
kat KEDAH pun nak di bela babi gak,
Dulu kata kat UMNO macam macam lani PAS plak yang buat MACAM tu..
HIPOKRIT @ MUNAFIK tul la PAS/PKR ni...

Unknown said...

Sepatutnya MB Selangor pi lah bincang dan terangkan alasan untuk menaikkan harga sewa, dah lah tengah2 semua orang panik ttg kemelesetan ekonomi dunia yang tak menentu, MB ni kurang sensitif, dah bagi peluang mentadbir, lain hal dah jadi, siapa kita nak pilih akan datang??

ChengHo said...

Penyakit yg kronik memerlukan ubat antidote yg kuat yg kadang kadang menggegarkan seluruh anggota badan . Kalau dgn berbogel merupakan ubat antidote tindakan Reformis sudah berjaya . Kemungkinan CNN dan AlJazera akan membuat liputan .

hans said...

memang diakuilah kerajaan pkr dkt Selangor tu semakin lama semakin kejam...

tapi apa2pun saya sangat tidak bersetuju lah untuk mengadakan demonstrasi berbogel itu..

kalau tak salah saya ramai yang bakal menyertai adalah orang melayu atau lebih tepat lagi Islam kan?

Jadi,fikirkan kesannya kepada agama kita sendiri..dengan berbogel tu secara tak langsung sudah memalukan Islam bukan sahaja dikalangan penduduk bukan Islam tapi juga kepada penduduk2 di dunia barat sana. Mestilah benda ni akan mendapat liputan meluas dari CNN...

pasal penternakan babi dekat kedah tu mengikut kata wanbaki pula..saya sebagai orang kedah bukan nak sebelah kepada pembangkang atau kepada mana2 pihak..mengikut pandangan saya lah..MB Kedah yang baru nih Dato Azizan memang pintar..dan mereka pun berkata projek ni adalah dari kerajaan dahulu..untuk menjaga hati orang Islam dan bukan Islam serentak..jadi MB Kedah ni pun sengaja mencetuskan hal ni kepada media..dan secara tak langsung rakyat dekat kedah dapat tahu dan membantah hal nih..jadi senang lah untuk MB Kedah membatalkan projek itu atas alasan kehendak majoriti penduduk dengan dapat menjaga hati pihak yg melabur untuk projek itu...

tapi ini hanyalah pendapat saya..mungkin pendapat saudara pula lain...

dhomirhahs said...

"hans said...
mereka pun berkata projek ni adalah dari kerajaan dahulu"


enche hans .. ayat dia atas merupakan alasan paling common bagi P.R, bagi menghalalkan apa yang dilakukan oleh mereka. bukankah mereka sendiri yang menentang, siap sepanduk dan banner semasa PRU 12 dulu ?

Tangential Malay Search Results