Friday, February 06, 2009

Dah Lah BEKAS MB PAS Ingkar, Penyokong Pakatan MENGHINA SULTAN Pula!

Apabila mendengar protes pembangkang baru Perak di Kuala Kangsar kini diberi liputan hangat oleh blog-blog dan mengesyaki pemblog pro-Pakatan Rakyat pasti tak mampu berkecuali, saya terus berhubung dengan teman-teman di sana untuk menerima maklum-balas. Berita mereka begini:

Deme orang Pakatan datang, tak ramai, ada dalam 100 orang. Mulanya protes gitu-gitu aje, lepas tu deme mula buat hal pula, siap baling-baling batu lagi pada kereta kome! Apa lagi, FRU masuk, orang PAS dan PKR atas jalan pancut diayor, cabut lari! Gitu le perjuangan deme orang Pakatan ni...

Ini menggambarkan percubaan awal penyokong Pakatan Rakyat yang berniat mengganggu ketenteraman hasil kecewa kehilangan kuasa. Yang dibilang 'buat hal baling batu' kelihatan menunjukkan hilangnya kesabaran kerana perkumpulan mereka yang agak kecil tidak menarik banyak perhatian. Kemudian, ada member yang memberi lagi khabar:

Pembangkang masih nak berdemonstrasi, tapi dah takde apa, dah selamat. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!

Mendengar ini, saya terus menghubungi member tersebut. Beliau khabarkan, ramai juga orang luar, bukan sahaja orang luar dari Kuala Kangsar, tetapi orang luar dari negeri Perak, yang datang berdemo. Mungkin kerana tak puas berdemo dengan tidak berkesan, atau kerana ada yang lambat, keinginan meneruskan aktiviti kesukaan mereka terus membara. Member saya mengakhiri perbualan dengan mengatakan beliau akan memantau lagi. Tak lama, saya ditalipon beliau:

Akhram. Deme orang Pakatan tu tunggu Sultan dan Raja Nazrin! Rame sikit sebab ada yang baru datang, ada yang saja nengok, dalam 400-500 orang. Tapi saya tak suka, sebab deme orang PAS dan PKR tu hina Sultan dan Raja Nazrin! DEME SEMUA TUNJUK 'FINGER' KAT SULTAN MIKE!

Astaghfirullah! Saya terkejut mendengar betapa biadabnya para penyokong pembangkang tersebut! Bukan sekadar taksub pemimpin mereka dan membenci UMNO sahaja orang PAS dan PKR ni, tetapi diasuh yang muda dan didakyah si tua sampai boleh menghina Sultan sebegitu rupa!

Semasa Sultan memberi perkenan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan dan menolak permohonan UMNO untuk berbuat demikian pada Mac 2008 tak pula sampai begitu hodoh sekali kelaku penyokong UMNO dan BN!

Nampaknya bertambah-tambah lagi hikmah peralihan kuasa dari PR ke BN di Perak ni. Setidak-tidaknya ia merobek topeng orang PAS dan PKR di Perak, mahupun yang suka berdemo dari negeri ke negeri, kononnya berjuang untuk rakyat. Pejuang jenis apa tak beradab dan hilang pegangan nilai rakyat yang kononnya diperjuangkannya? Semata-mata kerana merebut kuasa! Dan kuasa, ketuanan untuk siapa?

BUKAN Ketuanan Rakyat, tetapi KETUANAN ANWAR... atau tak kurang busuknya KETUANAN NGEH-NGA BERBONEKA NIZAR ...

P/S: Terima kasih atas sumbangan maklumat dari teman-teman di Kuala, terutama sekali Megat G2 KK ...

11 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tuan, nak tengok buruknya perangai orang Pakatan ini tak perlulah ke KK... cubalah kentut...itulah agaknya busuknya bau sikap Pakatan dalam melayan kecewa mereka. Mereka tak segan silu kentut di khalayak awam.

Tapi tuan jangan lupa, dari situ juga, ada pemimpin mereka yang suka.

Li'l Green Bean by Eda Ismail said...

Hi Akram,
I'm really miffed at the opposition! It's bad enough that they can't take rejection like a man, they have to insult my beloved Sultan!

I hope people will now see the PR for what they really are - an insurgent lot, blinded by one man's impatience and ambition!

-Zurhaida-

Kembara Politik said...

Teruk sangat dah depa ni. Tengok je di laman rasmi pejabat DYMM Sultan Perak. Habis dimaki hamun Sultan Perak. Karpal yang saman Sultan plak dianggap macam RAJA. Tak ada pun depa nak mengamuk pada Karpal...depa lebih rela mengamuk pada Sultan. Punah dah depa ni!

Moshe said...

Krisis moral orang2 melayu. Inilah "PEMBAHARUAN" yg dibawa oleh Al Juburi PKR.

Rakyat Malaysia percaya kepada Pakatan Rakyat (Pembangkang) pada PR 12 lalu kerana tidak suka kpd UMNO yg korup tetapi nampak gaya lari dari mulut harimau masuk dlm mulut ular sawa dan dibelit2 pula.

Nampak gaya sebusuk2 UMNO ibarat "busuk2 daging, dibasuh2,dimasak dan dimakan juga, kerana sekurangnya UMNO tidak menderhaka secara bermaharaja lela kpd institusi raja berperlembagaan.
Inilah masanya UMNO membaiki diri, buang pemimpin yg korup yg hidup dgn membodek seperti dedalu buat UMNO, ikut nasihat che det, Insya Allah UMNO akan dapat balik mandat dlm PR 13 dgn syarat tanpa PaK Lah dan KJ dan kamcin2nya.

ChengHo said...

Kemana menghilang nya Hisham Ketua Pemuda Umno ,dlm keadaan saperti ini Pemuda Umno harus muncul dibarisan hadapan menegakkan idealisma pemuda mempertahankan institusi raja raja melayu
Calun calun Ketua Pemuda Mukriz , Khir Toyo dan KJ juga hilang ,lansung tidak relevan didlm issue yg kontravesi saperti ini
Nampak nya Kepimpinan Pemuda hanya sesuai dlm masa aman sahaja NOT DURING WAR TIME..
Paling kuat hanya buat poster kuning edarkan kpd orang ramai macam Ketu Pemuda Perak ,Pemuda sudah tidak ada taring dan tidak di hormati lagi..

al-Balingi said...

Come BN!! DO IT IN KEDAH. WE'LL SEE WHAT WILL HAPPEN.

anak malaysia said...

bukan ke satu masa dulu penyokong umno kata 'natang' kat sultan mizan? menghina jugak tu...

anak malaysia said...

bukan ke satu masa dulu penyokong umno cakap 'natang' kat sultan mizan?...menghin juga namanya..

NothingElseMatters said...
This comment has been removed by the author.
NothingElseMatters said...

JANGAN PERTIKAI DYMM SULTAN PERAK
Sudah semestinya DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sudah menimbang setiap aspek sebelum membuat keputusan. Bagi saya, untuk mempertikai keputusan Tuanku dan kebijaksanaan beliau menafsir Perlembagaan Negeri adalah satu penghinaan kepada pengalaman dan dan keluasan akal-fikiran Baginda, khususnya tatkala beliau sendiri adalah bekas seorang Ketua Hakim Negara.
Tanggapan bahawa Tuanku boleh diugut dan diperdaya oleh Dato' Sri Najib mahupun BN juga adalah satu penghinaan yang maha dahsyat memandangkan Baginda sudahpun memerintah selama 25 tahun dan cukup masak dengan "politik pengekalan kuasa" memandangkan sistem perajaan di Perak yg agak kompleks. Negeri Perak mengamalkan sistem giliran dalam menabalkan Sultannya, dan YM Raja Dr Nazrin yang asalnya Raja Kecil Besar (4th in line) cepat "melompat" ke Raja Muda (2nd in line) adalah atas restu kerabat yang ada memandangkan "calon"2 lain jauh lebih tua dan uzur daripadanya untuk menjejak takhta negeri Perak suatu hari nanti.
Jadi teori konspirasi yg dinyatakan amat sukar utk ditelan dan dipercayai. Apatah lagi YM Raja Dr Nazrin juga seorang yg dikenali cukup intelek dan tajam akal-fikirannya, amat prihatin dengan kebajikan rakyat (contohnya apabila upacara perkahwinannya sendiri jauh lebih sederhana berbanding sesetengah artis fofular, malahan sesiapa yg ingin menaja iklan ucapan tahniah dinasihatkannya agar mendermakan saja wang tersebut kpd anak2 yatim). Adakah Sultan dan Raja Muda yg sebegini hebat dan bijak mudah diperdaya dan dimomok-momokkan? Mustahil! Silap-silap si penggugut yg disumpah 7 keturunan tak boleh jejak lagi ke negeri Perak.

Secara logiknya dalam situasi spt di Perak ini akan berlaku krisis perlembagaan kerana, sbgmana yg dihujahkan, Perlembagaan tidak memperuntukkan kuasa memecat MB. Tetapi MB pula sengaja tidak mahu memanggil sidang DUN sbb sedar undi tidak percaya akan dilakukan ke atas beliau, sebaliknya meminta DYMM Tuanku membubarkan DUN.

Duli Tuanku mempunyai budi-bicara sepenuhnya utk tidak membubarkan DUN kerana pilihanraya baru saja berlangsung tidak sampai setahun lalu - there must be a finality to this process even if the majority is so thin, jika tidak selama-lamanya kerajaan tidak boleh ditubuh dan beroperasi malahan kacau-bilau mungkin berlaku bila negeri tak berkerajaan. Takkanlah setiap kali "seri" (jumlah kerusi) begini maka salah satu pihak menuntut pilihanraya baru terpaksa diadakan - ini hanya akan membebankan rakyat dan negeri.

Maka di sini DYMM Tuanku nampaknya memilih untuk (1) menghalang sebarang krisis perlembagaan berlaku tatkala MB cuba bermain "tarik-tali" dengan sengaja mengelak undi tidak percaya di DUN; (2) menggunakan budi-bicara Baginda untuk memilih seorang MB yg dianggap "command respect of the majority of the DUN" (termasuk 3 ahli DUN yg lompat) supaya kerajaan boleh ditubuh segera dan terus berkhidmat kpd rakyat; dan (3) mengguna-pakai prinsip "natural justice" iaitu kuasa "to hire and fire" - siapa yg berkuasa melantik, dia jualah yg berkuasa memecat.

Dakwaan bahawa DYMM Tuanku boleh melantik tetapi tak boleh memecat, walaupun bersandarkan tafsiran Perlembagaan yg agak kuat, menjadi dangkal dari sudut logik kerana tidak mungkin ada sesuatu "pekerjaan/jawatan" yg tiada peruntukan pemecatan. Memandangkan ada "gap/lacuna" di situ di mana kaedah pemecatan MB tidak dizahirkan dalam situasi seseorang MB sengaja menghalang undi tak percaya diadakan, maka tiada salahnya DYMM menggunakan prinsip natural justice ini apatah lagi lantaran pengalaman luas Baginda dalam bidang perundangan.

Petikan daripada buku Baginda "Constitutional Monarchy" dgn jelas menyebut "Dalam keadaan biasa ..., tuanku tidak boleh meghalang pembubaran ..." - masalahnya Perak sekarang berhadapan dengan situasi yang "luar biasa" di mana MB sanggup bermain tarik-tali dgn DYMM Tuanku dalam menafsir Perlembagaan Negeri. Maka petikan tersebut sekali lagi hanya bersifat akademik tanpa menghayati kebesaran dan kebijaksanaan DYMM Tuanku dlm mengatasi suatu konflik yg cukup tegang.

Kita orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya wajar bersyukur kpd Allah dan menjunjung kasih kpd DYMM Tuanku kerana bukan semua raja sebegini bijak dan ikhlas dalam memelihara kepentingan rakyat dan negeri.

Mengapalah kita ingin mengikut jejak Amerika Syarikat yg menyerah kpd Mahkamah utk memutuskan pemenang antara Bush dan Al Gore, sedangkan kita masih ada institusi raja yg mempunyai wibawa menyelesaikan konflik, bersesuaian dgn konteks Perlembagaan dan Undang2 Tubuh Negeri di negara kita sendiri.

kamarulzaman ahmad said...

bro,

kat bahrain ni pun ada yang bukak cerita lompat dapat 50 juta.. bila ditanya mana kau tahu.. jawapan yang diberi ada tulis dalam Harakah..

aku pun kah kah kah kah kah... betul ke?

Ada puak baca harakah macam baca Quran.... hancus..

Kalau betulah 50 juta... maka tuhan tunjuk.. ADUN India yang letak jawatan di kedah tu kata ditawar 5 juta...

Adun India yang kata 5 juta lebih Islamik dari orang Islam yang kata 50 juta.....

giler babi 50 juta.... kalau betulah 50 juta lebih baik YB tu pencen... apa jadah nak jadi yb bebas...

kalau 5 juta tu biasalah.. kontrak buat parit aje...

Tangential Malay Search Results