Thursday, February 26, 2009

Terima Kasih Karpal, Ikhlas, Calon Exco No 18, Pemuda UMNO Malaysia...

Apabila saya terdengar YB Karpal Singh yang mengaku raja ('Singh is King') menyelar Pemuda UMNO kononnya 'Celaka', saya bersyukur. Ini bukan sahaja kerana ingin menyambut pahala sabar, tetapi kerana betul-betul berterima-kasih atas pengakuan yang pergerakan Pemuda, dengan barisan kepimpinan baru di kebanyakan Bahagian, telah berjaya menggasak beliau dengan begitu berkesan.

Apabila musuh mengherdik sebegitu, ternyata ia kerana kita 'membuat kerja' yang betul. Maka berdasarkan maklum-balas ikhlas dari Karpal, kita juga harus ikhlas berterima-kasih dan meneruskan lagi aktiviti mendesak serta membela agama, bangsa dan tanah air. Tak kiralah sama ada ia berlaku secara terancang ataupun secara tak sengaja seperti berlaku di Dewan Rakyat semalam.

Nampak gayanya, Karpal sekarang antara musuh yang paling banyak membantu kita. Contohnya, beliau dengan begitu berkesan sekali menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa budaya 'lompat-lompat' parti sejak selesai PRU-12 lagi; sampai dah makan tuan di Perak! Kemudian, Karpal berada di baris hadapan membantah tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, menggantung Datuk Dr Zambry serta exconya dari menghadiri dewan.

Dah lah buat kerja untuk kita, sekarang Karpal memberi 'pujian' pula kepada Pemuda UMNO. Alhamdulillah... Tetapi kalau boleh YB Karpal, janganlah fitnah kami sama. Peluru 2 butir itu bukan dari Pemuda UMNO rasanya, sebab kami dah lama bilang, kalau YB atau yang sejenis dengannya mula melepasi had pantang-larang hingga menjejaskan keharmonian negara, kita ISA-kan sahaja! Buat apa susah- susah dengan peluru?!

6 comments:

Anonymous said...

Khairy was in his room one day. His dad called him. His dad told him he must be someone big and help all the rempits. He must employ them so that they don't need to loiter around without any jobs.

Khairy said ok.

2 days after that, his mom called him to talk. She told him that he needs to help the Mamaks/Indians because times are tough, and most of them are extremely poor. His mom cried. She said Samy Vellu is no good.

Khairy said ok. He will kick Samy out.

So, Khairy took out a paper, and he wrote down both of the wishes of his parents.

For the rempits, it is easy, he can start any business and employ them.

For the Indians, oh thats a tough one. Samy is too strong, he will need a revolution to kick him out. Samy is cemented on the MIC president post.

So he thought hard, no way he can work his way up the MIC. And even if he did, he can't employ any rempits, it won't look nice to his fellow brothers in MIC. It would seem like he is more towards his Malay side, than a red-blooded crooked Tamil businessman.

So he he did a bit more research,and he figured out the best way to get Samy is by joining UMNO. That way, he can employ so many rempits, and no one will say anything.

Then he got started lah, with some help from his cousins. The rest is all history.

Here's a photo from the good times
http://4.bp.blogspot.com/_0PVshyS2lug/SS1wZ5AZtXI/AAAAAAAAADE/SZlKGjLILk0/s1600-h/Untitled4.jpg

Quantum Metal Consultant said...

Ucapan dan kaedah terima kasih kepada Karpal melalui tindakan Pemuda Selangor di bangunan Parlimen semalam rasanya tidak cukup dan kurang penghargaan berbanding dengan nilai sumbangan Karpal kepada UMNo khususnya.

Atas jasa Karpal yang begitu 'agung' dan sesuai dengan tarafnya 'kingkong uzur' satu kaedah lain harus difikirkan suapaya ia turut dikenang bukan sahaja Karpal tetapi juga kepada anak anaknya, kawan kawan rapatnya dan tidak salah pengajaran secara langsung kepada parti yang diwakili.

Dalam hal ini kita serahkan kepada calon Ketua Pemuda untuk memikirkannya sebagai satu perjuangan.

Secara tidak langsung Khir Toyo mendapat kredit hasil tindakan Pemuda Selangor, Mukhriz juga dapat sedikit imbuhan kerana sidang akhbarnya mengecam Karpal cuma KJ kurang dapat imbuhan kerana saranannya ditolak mentah2 oleh Karpal.

Ketua Pemuda sekarang, Hishammudin gagal menyengat seperti sepatutnya malah memberi ulasan macam orang terlekat tulang - dah monopause.

Sama samalah kita fikirkan, once and for all - itupun kalau masih ada 'teloq'.

Abi Ayyub said...

Yang menariknya, asalkan nampak boleh tunjok gagah, yang salah dan tak betul pun disokong. Lebih lebih lagi nak dapat undi masa UMNO election tak lama lagi. Jadi hero dan tumpang tui lah.

Tak kira siapa, kan ke lebih baik tunjukkan sedikit "maturity", ini dah sah dah "kununnya" aku lah yang hebat, undilah aku.

UMNO sebenarnya dah buat banyak perkara yang baik, tapi malangnya yang buruk tu pun banyak juga, entah entah lebih banyak lagi kot. Itu yang buat orang marah, lebih lebih lagi orang melayu termasuk ahli UMNO. Lagi tunjuk hebat lagi orang meluat, dengan budaya samseng yang disokong oleh pemimpin sedia ada.

Melayu dah tak sokong UMNO dah ... Kenapa ye... fikir fikirkan lah.

Anonymous said...

Tak payahlah kita lari dengan isu asalnya. Walau apapun polemik tindakan pemuda itu, Celaka kepada pemuda UMNO dan 2 butir peluru itulah yang mesti dituntut penjelasan. Jika ia salah perlu minta maaf, itu saja. Kalau tidak pasti ada yang rela mengorban diri dan sanggup menerima hukuman di mahkamah.
peduli apa katanya..

Anonymous said...

untuk Abi Ayyub, saya tertarik kenyataan anda. Siapa yang pakcik maksud ini?

..asalkan nampak boleh tunjok gagah yang salah & tak betul pun disokong..
..lebih lagi nak dapat undi masa election..
..nak jadi hero..
..kan ke lebih baik tunjukkan sikit "maturity"..
..akulah hebat undilah aku..
..buat orang marah..orang meluat..budaya samseng..

'UMNO sebenarnya dah buat banyak perkara baik, tapi malangnya yang buruk banyak juga.
'Melayu dah tak sokong UMNO dah.. Kenapa ye..

Bukankah yang anda sebut diatas resepi kejayaan pembangkang selama ini.

johnsilver said...

akram,
saya miss hasil tulisan father you. dia seorang pemimpin yang hebat.

Tangential Malay Search Results