Tuesday, May 04, 2010

GEMPAR! Aminulrasyid Amzah Meninggal Bukan Salah Polis?!

Saya terpaksa menumpang cara member saya Parpu Kari sebab posting ini wajib diketengahkan untuk memberi konteks penting tentang tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak-anak:

Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.

Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).

Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.

Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”. Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.

Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?

Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.

Betul betul betul! Upin dan Ipin pun tahu! Nak baca penuh, klik sahaja blockquote di atas...

Fahamlah kita kenapa ibunya Aminulrasyid tak mahu perkara ini diheboh-hebohkan... Siapalah agaknya yang beria-ia benar nak heboh kes ni... Jenis yang macam di link ini mungkin... Malu lagi keluarga arwah nanti jadinya...

11 comments:

CodeNameSomaliPirate said...

Ye ke?

Kerana dia memandu di bawah umur makan halal untuk di ambil nyawanya?

orangkampung said...

Dalam situasi seperti ini pada pendapat saya polis tidak salah apa-apa kerana mereka menjalankan tugas yang senantiasa dalam bahaya....Dalam keadaan suasana yang gelap semasa kejadian itu apa yang boleh dianggapkan bahawa kereta itu dipandu oleh penjenayah. Masakan tidak siren polis berbunyi tetapi kereta terus meluncur laju...

Anggaplah kita semua ini seorang polis yang mengejar sebuah kereta yang tidak kita tahu penjenayah atau bukan...Tapi dalam keadaan sebegitu di mana kereta tidak diberhentikan, bolehlah dianggap dipandu oleh penjenayah...Maka polis terpaksa mengambil langkah perlu untuk memberhentikan kereta tersebut...Maka salah satu tembakan tersebut mengenai Aminurashid....

Jadi bukanlah saja2 polis melepaskan tembakan....

Kesalahan boleh diletakkan secara total kepada pemandu kereta tersebut....saya rasa semua dah tahu budak ini tak berlesen, bawah umur untuk memandu, keluar malam tanpa pengetahuan ibu bapa...

dinturtle said...

Kita sekarang berbincang 'after the fact'. Bolehlah cakap macam2. Manalah polis tahu yang memandu itu kanak2, ataupun penjenayah. Orang biasa yang tidak bersalah AKAN berhenti disekatan.

Kita juga tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku, secara fizikal maupun secara saikologi waktu kejadian. Biarlah siasatan dijalankan.

rizallangkawi said...

Bagaimana jikakalau allahyarham memandu pada malam itu dan melanggar pejalan kaki atau penunggang motorsikal..dan ditakdirkan salah satu kejadian tersebut mangsa meninggal dunia..fikir-fikirkan lah..akibatnya..memandu tanpa lesen

mejar said...

codename said..
"Kerana dia memandu di bawah umur makan halal untuk di ambil nyawanya?"

tak setuju. mana la polis tu tau yang memandu tu budak 15 tahun. polis menjalankan tugas je, lagipun nape dia lari?? sepatutnya dia berhenti la.. ini tak, mesti polis kejar.andai kata yang ditembak itu penjenayah kejam, nape tak jadi isu pun?? BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH..

CodeNameSomaliPirate said...

Kepada orangkampung dan mejar.

Semua boleh buat andaian bahawa kereta yang dipandu laju adalah penjenayah.. (lupakan sementara arwah budak tu) DAN katakan pula ada insan yang tidak berdosa dilarikan atau dijadikan tebusan atau mangsa colek didalam kereta itu (mungkin kanak-kanak atau wanita atau keluarga saya atau keluarga anda)bolehkan tuan-tuan fikirkan nasib mereka?

Itu bezanya diantara manusia yang bertindak sebelum berfkir dgn manusia yg berfikir sebelum bertindak.

donplaypuks® said...

We can accept the police would not have known it was a 14 year-old boy driving the car and that there might be the danger of him being armed.

Buy why are there 2 conflicting versions of what happened right from day 1? Intial reports from PDRM said 1 cop fired 4 bullets. Today it's clear more than 20 bullets were fired from 2 police cars in which there were 5 cops!!

Why was Aminul's friend assaulted after he came out of the car and how did a 15 year-old boy escape from 5 cops? This friend is himself a son of a cop, so his statement on national TV is unlikely to be one manipulated by politicians!!

And why did they brand Aminul a criminal? And that machete is the boot looks very contrived!

dpp
we are all of 1 race, the Human Race

fs-86 said...

Setuju tak boleh salahkan sesiapa ttapi kita kena akui bahawa tindakan polis menembak sehingga mati itu salah dan tindakan arwah memandu tanpa lesen itu juga salah.

Tetapi, jika kedua-dua salah, maka kita terpaksa mencari salah siapa yang lebih salah. Sama-sama kita renungkan..

zane said...

Soalnya sekarang, polis itu mengambil tindakan sembrono!

Kita kena ingat, polis tidak boleh melepaskan tembakan membunuh kecuali jika mereka diancam, jika pihak satu lagi itu mengacukan tembakan balas misalnya.

dalam soal ini adik Aminulrashid sedang melarikan diri, arwah tidakpun mengancam membunuh polis itu. Dia ketakutan dan dalam keadaan itu melarikan diri kerana dikejar. Dia dikejar oleh gerombolan motosikal akibat menggesel sebuah kereta sebelum itu dan kemudiannya memintas kereta peronda polis dan dikejar oleh polis itu pula!

Soalnya mengapa polis harus melepaskan tembakan mengenai kepalanya? polis dahpun menembak tayar kereta itu dan kereta telahpun terbabas masuk longkang dan melanggar tembok. Mengapa ditembak lagi? mengapa menembak kepala? Mengapa?!

Inilah persoalan ibu beliau,sanak saudara dan seluruh rakyat malaysia yang prihatin.

whiteorange said...

Melarikan diri daripada pegawai keselamatan adalah tindakan orang salah yang wajar dicurigai.... Apakah hukuman yang mahu diambil keatas ibu bapa yang membenarkan anak2 memandu kenderaan mereka tanpa lesen sudah dikuatkuasakan.....? Berani kerana benar takut kerana salah ... Polis perlu meneruskan tugas mereka .....

whiteorange said...

Tergantung dari sudut mana anda semua berfikir? Yang pasti sesiapa yang melarikan diri daripada anggota keselamatan pasti ada melakukan kesalahan, dan wajib dicurigai.. Apakah undang2 yang mahu menghukum ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka memandu tanpa lesen yang sah telah dikuatkuasakan?

whiteorange

Tangential Malay Search Results