Wednesday, May 05, 2010

Statistik Terkini: Rakyat Lebih Pedulikan Kelaku Pak Lah Dari Kematian Aminulrasyid?

Mungkin masih awal lagi, tapi amnya, undian menerusi blog ini hangat sekali pada hari-hari pertama. Buat masa ini, jurublog dikejutkan dari andaian yang kes penembakan Aminulrasyid merupakan isu tumpuan utama Rakyat. Ternyata Rakyat memberi tumpuan kepada kes ini lebih dari isu yang bersabit peribadi mantan PM Malaysia seperti skandal jurublog berbayar untuk mempeleceh Pak Lah, tetapi skandal besar yang merugikan negara mendapat tumpuan besar!

Melihat keputusan dari 57 undi pada masa menulis, 78% mahukan penelitian lebih tentang isu pemberian blok L & M oleh Pak Lah ke negara Brunei! Nampak gayanya, ada 'silent majoriti' di kalangan pembaca blog ini yang merasakan isu ini jauh lagi penting dari pembunuhan Aminulrasyid. Jurublog mengakui yang munculnya pendapat lain tentang isu ini mungkin sudah mengurangkan kehangatan, namun perbandingan isu melibatkan Pak Lah juga cukup menarik.

Isu Aminulrasyid merupakan isu kedua terhangat dengan 14% dari undi, hingga jelas sekiranya skandal Brunei-Limbang tidak wujud, inilah isu yang didahagakan penyelesaian. Malah, isu skandal blogger berbayar untuk peleceh Pak lah kelihatan dipandang remeh oleh rakyat! Hanya sekitar 3% dari pengundi memperdulikan isu ini, dan separuh dari itu mahukan penyiasatan tentang siapa membayar blogger untuk menuduh PAS membayar untuk mempeleceh Pak Lah!

Jurublog juga telah menyertakan isu 'kontrol', yakni skandal salah-laku Khazanah dalam pengurusan Pos Malaysia yang didedahkan Tan Sri Adam Kadir. isu ini bukan isu hangat, malah majoriti rakyat mungkin tidak sedar pun akan pernyataan Tan Sri bekas pengerusi Pos Malaysia tersebut. Namun, kelihatan isu ini pun mendapat 3% dari undi! Ini bermaksud, isu menghinggap peribadi Pak Lah sama nilai dengan bayangan samar skandal dari pentadbiran zaman beliau!


Tak hairanlah kita apabila melihat skandal yang jelas dari zaman Pak Lah, seperti skandal Brunei-Limbang, mendapat tumpuan rakyat! Jurublog juga merasakan ini disebabkan rakyat mahukan bukti yang pentadbiran DS Najib mampu memperbetulkan atau setidak-tidaknya lebih telus menjelaskan salah-laku yang lepas sebagai pengajaran. Mungkinkah ini kunci utama untuk mengembalikan kepercayaan Rakyat kepada BN menjelang PRU-13? Wallahualam...

10 comments:

Nani said...

Salam ,

Isu Aminulrashid is a 'clear cut' case.Tidak patut dibesarkan. Isu remaja memandu tanpa lesen dan berjaga sehingga pukul 2 pagi tanpa pengetahuan orang tua patut menjadi pengajaran kepada orang Melayu sekarang ni . Ini lah krisis disiplin di kalangan anak Melayu . Motosikal dan kereta dipandu tanpa lesen dan kemudian ibubapa tidak mau menyalahkan kesilapan diri sendiri.

Isu pemberian blok L dan M kepaa Brunei lebih penting kerana melibatkan kedaulatan negara dan sekarang Brunie belum lagi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Minyak adalah khazanah negara , pemberian Allah kepada Malaysia dan bukan semua negara di dunia dikurniakan harta ini . Oleh itu sewajarnya ia dijaga sebaik2nya oleh negara dan Petronas juga mestilah memikul tanggungjawab ini dengan amanah dan jujur .


Nani

kluangman said...

Dengan umur yang muda dan dengan membiarkannya memandu secara sengaja atau tidak sebenarnya keluarga itu sudahpun menempah kepada risiko kematian akibat kemalangan. Paling malang jika kemalangan itu berlaku, ia bukan sahaja melibatkan anak mereka tetapi juga nyawa orang lain yang tidak berdosa dan berkaitan langsung.

Apakah mereka akan bertanggungjawab atas kecuaian itu jika berlaku?

Cuma secara kebetulan remaja itu mati di tangan polis, maka datanglah tangan tangan ghaib yang membesarkan isu tersebut dan keluarga yang 'lupa diri' ini begitu bangga sekali mempertahankan anak mereka.

Tapi lantak lah, itu hak peribadi mereka untuk meneruskan apa yang mereka rasa patut.

Sebab itu lah isu Paklah lebih relevan menjadi keutamaan, kerana itu disengajakan dan ia melibatkan kepentingan rakyat dn engara.

atanjamilselamat said...

saya rasa tan sri tidak mahu membaca surat khabar tentang beberapa kenyataan tentang isu yang tan sri tulis ini maka ta nsri terus menerus memperlekeh Pak lah. jika diteliti kenyataan akhbar maka jelas pak lah tidak melakukan sebarang kesalahan dan apa sahaja yang dilakukan adalah di ruang kuasa perundangan negara dan antarabangsa. namun dendam kesumat tan sri dan juga Tun DrM terhadap Pak lah masih lagi membara. udahlah tu ... pak lah bukan lagi pm dan janganlah kita nak korek kesalahan beliau jika pun ada. jika tan sri dan tun Drm terus menerus berbuat demikian maka kelak nanti akan ada kerabat paklah yang akan mengorek kesalahan tan sri semasa menjadi menteri dan Mb kedah pula atau kesalahan Tun drm yang sememangnya tidak payah dikorek lagi kerana terlalu banyak. jika berlaku sebegitu bilakah ianya akan berakhir? sekarang adalah masa untuk orang melayu bersatu dan berdamai. kalau PM dengan 1Malaysianya maka di mana dia program 1Melayu? tan sri seeloknya berusaha ke arah 1Melayu. adakah tan sri tidak merasakan keresahan dan sedih dengan situasi umat melayu di malaysia ini yang berpecah belah? adakah tan sri suka situasi ini berterusan?

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...

Tuan atanjamilselmat. Rasanya tuan agak keliru. Saya belum lagi berpangkat Tan Sri dan blog ini blog saya, bukan blog Ayah. Ayah memblog di bawah namanya sendiri di www.sanusijunid.blogspot.com. Silalah ke sana sekiranya merasakan ada yang perlu ditegur.

Tentang Pak Lah, saya sebenarnya setuju yang beliau kini hampir tidak relevan. Seharusnya, cuma kedudukan beliau sebagai wakil rakyat dan Ketua Bahagian sahaja memperingati rakyat tentangnya. beliau pun sudah tidak turun padang sangat, terutama pada PRK, kerana ternyata menghulangkan undi. Malangnya, negara dan rakyat masih dimangsai salah-lakunya.

Salah laku inilah yang dirasakan harus diperbetulkan, seperti terlihat dituntut oleh pengunjung blog ini yang inginkan penyiasatan dan penjelasan terperinci tentang skandal Brunei-Limbang. Ini merupakan kehendak rakyat maya Malaysia yang agak tepat pada hemah saya.

Akhir kata, saya terasa sedikit lucu mendengar teori tuan yang Tun Dr M dan Ayah berdendam terhadap Pak Lah. Dendam bagaimana rasanya? Apakah buktinya ada dendam? Adakah mereka berusaha untuk membisukan Pak Lah atau merosakkan mahupun menidakkan hasil budinya semasa berkuasa? Yang pernah membuat ini dahulu rasanya Pak lah. janganlah fikirkan semua seperti beliau...

Wallahualam...

atanjamilselamat said...

la blog anak tan sri ke? maafkan saya! saya hargai pandangan saudara.
dendam drm bukan kerana marah tetapi dendam krn malu dek tersilap pilih. ingatkan dipilih "yesman" tetapi terpilih "thanks but not thanks man". dah hampir 5 tahun masih lagi berdendam. drm kena move forward. org melayu berpecah belah dan dia masih mengentam pak lah. tapi pak lah sangat gentleman. tak dilawan langsung. bila ayah saudara turut merajuk bersama drm dan keluar UMNO pun dia tak cakap apa2. itulah pak lah. hebat manusia ini. anak orang alim2. ilmu agama sangat tinggi. sangat terbuka dan PM yang paling demokratik dalam malaysia. lihat sahaja PRU2008 lepas.

paktam said...

1. Konon rakyat lebih prihatin berkenaan kehilangan minyak di Sarawak kerana Tun M yang memulakannya.
2. Masalah Pos Malaysia tidak dapat sambutan kerana media-media termasuk dari Media Prima dan Bernama tidak melapornya di muka hadapan.
3. Soal Aminulrashid jadi keliru apabila parti pembangkang masuk campur tangan.

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...

Tuan atanjamilselamat. Tak apa tentang keliru. Masih ramai mungkin yang keliru.

Tentang 'dendam' TDM, wallahualam. Ini patut tuan bangkitkan pada TDM. Setahu saya keluarnya dari UMNO bukan kerana dendam ttp sebab jemu dengan sikap UMNO yang tidak mencabar Presiden yang sudah salah-laku dan lemah kepimpinannya. Yang nyata adalah Rakyat lebih menghargai 'dendam' TDM dari 'jasa' Pak Lah sepanjang 5 tahun pentadbirannya.

Akhir kata, saya rasa lagi sekali lucu yang kekalahan 5+1 dan pemurudumnya BN di parlimen pada PRU-12 dikatakan pencapaian Pak Lah. Sebagai seorang pemimpin politik yang kehilangan kepercayaan rakyat secara begitu mendadak, ini seharusnya diterima olehnya dan peminat seperti tuan sebagai kegagalan Pak Lah.

Kalau Pak Lah benar-benar berani dan telus, kenapakah beliau sendiri tidak mengesyorkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bersabit skandal Brunei-Limbang ini? Lebih mudah lagi, jemput SPRM untuk menyiasat dirinya serta kes tersebut - yang ini rakyat mungkin tak puas, ttp setidak-tidaknya beliau bolehlah mengatakan dirinya telus tanpa mengundang sinis.

Shamsul Yunos said...

BREAKING NEWS: Anti KJ can save you from lung problems and other diseases

kita anak melayu said...

GEMPAR!!!! Transkrip perbualan rahsia Anwar dan bomoh Benggali,  Pajan Singh di mahkamah

sila datang ke Melayu Bersatu untuk membaca transkrip penuh

kluangman said...

atanjamilselamat: Pandangan tuan longlai, kalau kereta, tayarnya dah tak lagi balancing, elok buat allignment sekali.

Tolong updatekan blog sendiri sebelum 'terjah'.

Tangential Malay Search Results