Assalamualaikum Warahmatullah i Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia,
Terima Kasih atas kehadiran semua di sini pada hari ini, baik dari kalangan wakil media dan terutama sekali kawan-kawan yang sudi melepaskan diri dari tugas harian untuk bersama-sama.
Nama saya Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, lazimnya dikenali sebagai Akhram sahaja. Sebagai pengenalan, saya seorang anak kelahiran DEB (Dasar Ekonomi Baru). Pendidikan awal saya di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehinggalah berjayanya saya menggenggam segulung ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London semua hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru.
Dengan bermodalkan ilmu tersebutlah, saya berjaya menarik perhatian sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terkemuka mengambil saya sebagai serorang profesional. Selama 16 tahun saya bertugas sebagai seorang jurutera, konsultan sehingga kini mencapai peringkat pengurusan syarikat tersebut. Dalam masa itu, saya berpeluang bekerja di luar negara, menimba ilmu serta pengalaman teknikal mahupun organisasi, untuk kemudian di bawa pulang demi memajukan negara bangsa. Segala peluang serta kejayaan ini bertitik-tolak dari perjuangan UMNO, dan saya bersyukur atas pengorbanan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjasa terhadap kami generasi muda.
Namun, sejak kebelakangan ini, telah tertimbul rintihan pada peringkat akar-umbi parti, terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka. Segala usaha serta dasar kerajaan yang baik dilancarkan, tetapi kurang mengena sasaran, dan ini menimbulkan kerunsingan. Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tak cukup kerap sampai ke bawah. Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh Pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang obor perjuangan Agenda Melayu.
Oleh itu, memandangkan rintihan kawan-kawan, jiran-jiran serta penyokong tentang perlunya perubahan kepimpinan Pemuda, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan mengorbankan kerjaya saya untuk menawarkan diri, dengan rendah diri, sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Agenda yang akan saya bawa insya Allah sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda yang baru adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO. Oleh itulah, laungan Pemuda haruslah tidak lain dari HIDUP MELAYU!
Terima Kasih. Saya membuka majlis kepada soalan...
Ikhlas dari Calon Anda, Akhramsyah Sanusi
14 comments:
Salam sdr akram,
Apakah agenda perjuangan melayu in your book, sir.
salam. Yazdi
My support and my vote as KP cawangan.
Civ96110atgmail.com
It is about time.
Sesiapa yang berkeinginan untuk bertanding AMT dinasihatkan membaca Perlembagaan UMNO dulu supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kemudian hari.
Perkara 9.5 Perlembagaan UMNO - "Calon2 yg ingin bertanding utk mana2 jawatan Ahli majlis Tertinggi (Ketua Pemuda secara automatik sebagai salah seorang dari 6 Naib Presiden UMNO dalam AMT) hendaklah mendaftarkan dirinya dan pernah memegang mana2 jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama 1 penggal"
Salam Perjuangan saudara.
Anda berjiwa besar 10 kali lebih dari KP sekarang.
Teruskan niat murni saudara.. jangan peduli dgn taburan habuan oleh mereka2 yg memegang jawatan kerna laba dunia.
P/S mulut melayu .. sila baca dan kaji Perkara 9.5 tersebut. Jelas ianya merujuk kepada pertandingan AMT UMNO sahaja tanpa rujukan pada Post lain yg di lantek samada sebagai Ketua Wanita atau Pemuda. Kalau nak jadi askar upahan KJ pun kaji la undang2 ya..buat malu ja
jogos de estrategia
jogo da barbie
salam,tahniah krn berani menjd pngerak transformasi pemuda umno yg lesu..soalan sy adakah saudara akn menjulang kembali keris panca warisan??terima kasih
ipohmarley
Against The Wind,
Saya bukan ahli UMNO tetapi penyokong UMNO/BN.
Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri adalah juga jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO. Cuba amik Perlembagaan UMNO, baca dan fahamkan Perkara 9 itu.
Saya tak mahu jika berlaku kesilapan teknikal yang boleh memalukan diri sendiri. Itu saja, Bukan niat saya menghalang sesiapa yang berkeinginan bertanding. Apa hak saya sebagai non-member? Cuma beri ingatan, kalau nak fikirkannya, fikirlah.
Bro Akhram
You need to keep your answers short and crisp and look like your serious and not a joker.
You have to more professional to take on KJ. He is like Mike Tyson and you cannot look like Homer Simpson
semuga tuan berjaya dalam perjuangan.
apa yang boleh saya tolong atau bantu?
usabukata@gmail.com
Bro I support u this time round. Just get your head down and talk to the grassroots.
I want everybody to know that I regret having supported KJ last time round.
Bro
may the force be with u !!
Undilah PKR
To tackle the grass root, you need to start from your workplace. we don't see you mingle with us.
salam tuan .. ada fesbuk x .. sokong kalo tuan ganti KP yg ada skrg ni .. kembalikan taring melayu
Post a Comment