Showing posts with label Lina Joy. Show all posts
Showing posts with label Lina Joy. Show all posts

Saturday, May 17, 2008

Kuasa Diketagihi Pemimpin, Lina Joy & Musuh Melayu Yang Untung Lagi

Pemimpin Melayu terlalu pendek fikiran. Yang Anwar terkejar cara menidakkan dosanya, Pak Lah pula merebut peluang mengaibkan musuhnya. Yang rugi umat Melayu Islam akhirnya.

Gara-gara kedua-dua 'pemimpin Melayu' ini bersekongkong memperagakan, memperbicarakan DVD Lingam yang mencelakakan, seorang Ketua Menteri Cina sudah bersuara supaya kes-kes lama hakim-hakim Melayu yang telah dimalukan dibuka semula.

Yang kes si Lim yang dipasang oleh Chin abad lepas Melayu nak peduli apa? Masalahnya, kes Lina Joy pun mungkin dibuka semula! Selepas Tun Fairuz berjasa menutupnya, kerja Pak Lah dan Anwar membukanya semula! Astaghfirullah!

Mungkin ada Melayu yang ingin mengesyorkan diri bahawa kes Lina Joy diputuskan ikut prinsip undang-undang dan tiada pengaruh lain yang boleh mengubah keputusan tersebut. Memang betul juga yang penting adalah rakyat ingin Mahkamah bebas dari tuduhan tidak telus dan penuh rasuah.

Namun tidakkah terfikirkah Melayu kenapa Bar Council yang sememangnya sekular dan sentiasa mencabar ketuanan Melayu turut mencanang kejatuhan Fairuz hasil paparan DVD durjana tersebut. Ini sejak Fairuz menolak tuntutan Lina Joy yang memaksa Melayu subahat dalam murtadnya. Ini sejak Fairuz mengisytiharkan keinginnya membawa undang-undang negara merapati lunas-lunas Islam & menjauhi Common Law tingalan penjajah?

Pada masa musuh-musuh Melayu dalam gembira, haruskah Melayu bersorak sama? Belum tiba lagikah masa menolak pemimpin yang durjana?!

Seperti kata seorang temanku yang setia,"Masalah melayu berputar kepada kegilaan kuasa. Mudharat orang melayu datang dari pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Sekarang semakin suntuk masa untuk orang melayu mempertahankan hak kita.

Dari Melaka ke Malayan Union negara kerap digadaikan oleh pemimpin dan raja, hinggalah semua tersedar dan bersatu menentang musuh bersama. Terpulanglah kepada semua kaum melayu untuk membela nasib bangsa. Kepimpinan yang suci datang dari keikhlasan. Keikhlasan datang dari kebenaran."

Tangential Malay Search Results