Tuesday, October 21, 2008

Bahaya 'Bradley Effect' Untuk Mukhriz

Di Amerika Syarikat sekarang, calon di hadapan, Barrack Obama, kini sedang dinasihati akan bahaya 'Bradley Effect', yakni fenomena di mana pengundi berkulit putih malu alah memberi maklumat akan mengundi calon berkulit hitam, tetapi akhirnya mengundi yang berkulit putih. Ini kerana ada kebimbangan pengundi kulit putih tersebut akan dituduh berbaur perkauman.

Di Malaysia pula, kini calon popular untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, haruslah waspada akan fenomena yang sama di Malaysia. Namun fenomena 'Bradley Effect' ala Malaysia ini berlainan sedikit, kerana para calon perwakilan Pemuda, sama ada Ketua, Naib Ketua dan G2 Pemuda Bahagian semua mengakui calon pro-Mukhriz kerana takut kalah pemilihan di peringkat Bahagian.

Ini juga mungkin menjelaskan kenapa Mukhriz kini mendahului KJ dan Datuk Seri Khir Toyo secara mendadak dari segi pencalonan Pemuda Bahagian.

Yang membimbangkan lagi, para pemerhati politik juga ada menyatakan yang walaupun jika Pemuda Bahagian tertentu mencalonkan Mukhriz, tak tentu perwakilan yang menang adalah penyokong setianya. Ditambah pula dengan fenomena terbaru di mana Datuk Reezal Merican Naina Merican dan pengikutnya kini bertanggungjawab membawa pencalonan KJ sambil mengalahkan penyokong Mukhriz di Bahagian yang ketandusan pengikut regunya tersebut.

Perjuangan pastinya belum selesai dengan pencalonan... waspada dalam BERANI BERUBAH!

8 comments:

Che Moq said...

Tun Mahathir pun hampir terkena tempias "Bradley Effect"...Tunggu dan lihat nasib Mukhriz..pasti khairy tak lokek melabur lebih..

Omong said...

hanya dengan ketulusan perjuangan membela nasib Melayu akan mengikis "money politics"

bila didepan - berdekah2 membela ugama, bangsa dan negara

tapi bila berdepan dengan wang, semua perjuangan hilang ...

yg dah ada rekod pun bertanding

sokonglah Rais Yatim, kikiskan adat "derma dan sumbangan" ini

jika tidak UMNO hanya tinggal sejarah saja

whackthembugger said...

Having the PAU in March 09 is likely to create an uneven level playing field by allowing candidates like money loaded SIL the extended period to use money politics to secure more votes for his appointment as the next UMNO Youth chief.

The appropriate solution to mitigate money politics by whoever is to convene the PAU in December as originally scheduled; do not let good money chase after bad. Get the PAU out of the way and facilitate the new leadership to focus on the economy in these uncertain times. This is the expectation of the population. Why talk about reforms good for the country when the priority is for PM to mitigate money politics for UMNO’s own reform? Otherwise, the out going PM would leave a very negative impression.

kluangman said...

Oleh kerana Paklah sudah sampai ke tahap 'membebel' dan kurang rasional dalam berhujah maka eloklah kita ikut 'nasihat' tersebut sekurang kurangnya dapat merehatkan mulut dan minda.

Antara KJ dan Muhyiddin, siapa yang lebih awal mempertikaikan tempoh berkempen yang lama tetapi kenapa Paklah baru sekarang mahu membidas Muhyiddin.

Berapa ramai penganalisis politik di Malaysia yang bukan ahli UMNO tetapi memberi pandangan, pendapat, saranan, cadangan dan pelbagai lagi kritikan ke atas UMNO dan pemimpinnya tetapi kenapa hanya Tun sahaja menjadi fokus Paklah.

Semuanya kerana gara gara Paklah makin rasa tertekan dan fobia dengan nama Tun dan Muhyiddin. Hanya yang lemah merasakan orang lain lebih kuat. Paklahh yang masih Presiden UMNO dan PM kenapa begitu rasa tergugat dari kritikan
seseorang yang Paklah kurang kenali.

Itulah Paklah yang semakin lemah di penghujung hayat politiknya. Tiap kali membuka mulut, yang melompat keluar ialah hujah yang makan diri sendiri.

Jadi samada kita ahli biasa atau bukan ahli yang tidak memberi kesan kepada pemilihan kali ini eloklah membiarkan mereka mereka yang gagah dan hebat untuk bertempur sesama mereka.

Jika pemimpin UMNO dan UMNO gagal membaiki dan membetulkan diri dari dalaman maka dari luar rakyat dan kita akan betulkan mereka di PRU13 nanti.

Masa itu tentu Paklah takkan bertanya lagi, siapa kita?

Lembaran said...

Cara seseorang menangani pelbagai kemelut menunjukkan kematangan dan kearifan.

Apa-apapun, TERUSKAN PERJUANGAN SUCI DAN MURNI!

Lembaran said...
This comment has been removed by the author.
ketam said...

Ini adalah pendapat saya berkenaan PEMILIHAN UMNO.. saya fikir cadanag ini adalah yang terbaik cuma perlua ada satu jawatankuasa pemantau yg dianggotai oleh wakil calon sahaja..

1. semua mesyuarat bahagian hendaklah dibenarkan pengundian secara terbuka dalam pemilihan ,bukan pencalonan tetapi pemilihan, jika perkara ini berlaku maka UMNO akan dapat mengekang politik wang.

2. Apakah maksud seseorang calon itu bahawa dia akan berkerja keras melobi dalam pemilihan nanti jika PENDAHULU PENCALONAN yang dicalonkan mendapati majoriti dalam pemilihan di BAHAGIAN??
Bukankah jika wakil BAHAGIAN itu beralih-arah mengundi CALON yang lain daripada CALON YANG DITENTUKAN SEMASA PENGUNDIAN DIBAHAGIAN yang telah dipilih oleh AHLI boleh dikatakan wakil itu tidak AMANAH dan undi itu bukan undi daripada AHLI??

Kesimpulannya disini penentuan pemilihan perlu ditamatkan di peringkat MESYUARAT BAHAGIAN SAHAJA..

Lebih logik dan sesuai lagi di beri tempoh untuk PEMIMPIN YG INGIN MENAWARKAN DIRI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON(seperti PRU) kemudian diberi tempoh sebulan atau dua bulan untuk berkempen sebelum MESYUARAT CAWANGAN(tempoh sebulan)dan akhirnya MESYUARAT BAHAGIAN (tempoh sebulan) maka dengan ini betul-betul pengundian atas sokongan akar umbi diambil kira.

Col Roseli said...

Kesalahan sebenarnya dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri. UMNO telah memerintah melebihi 50 tahun tetapi mengapa orang-orang UMNO sendiri masih miskin dan papa kedana. Kalau orang UMNO sendiri masih miskin, orang-orang Melayu lain jawabnya tak tahu lah macam mana.

Selagi orang-orang UMNO masih miskin, selagi itu lah rasuah politik didalam UMNO akan berleluasa.

Hendaknya jangan lah pemimpin UMNO sendiri sengaja membuat strategi untuk menentukan agar orang-orang UMNO terus miskin supaya mereka akan sentiasa mendapat sokongan.

Tangential Malay Search Results