Saya sebenarnya tertunggu-tunggu kenyataan yang lebih relevan dan bernas datang dari calon-calon Ketua Pemuda UMNO untuk menilai keikhlasan dan paksi perjuangan mereka. Jelas kini Datuk Mukhriz membawa wadah yang boleh diterima-pakai oleh anak-anak muda Melayu dengan jawapannya kepada cabaran Naib Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai supaya kelayakan ekuiti 30% Bumiputra untuk penyenaraian ke Bursa Malaysia dihapuskan.
Buat pengetahuan am, hasil dari adanya syarat 30% ini bermakna setiap penyenaraian baru haruslah beserta pelabur persendirian atau syarikat Bumiputra sebanyak 30% di kalangan pemegang saham awal. Yang untung bukan sahaja pelabur Bumiputra yang mampu, tetapi juga semua syarikat pelaburan yang membawa kepentingan Bumiputra, seperti PNB (ASN, ASB, dll lagi), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Felda, Koperasi-Koperasi dan sebagainya.
Adakah saya setuju dengan pendapat Datuk Mukhriz? Mungkin bukan 100%. Tetapi yang jelas, aksi begini lebih diperlukan oleh Pemuda sekarang dari keinginan mahupun keupayaan berdebat dengan hebat...
17 comments:
It is the correct stance taken on an appropriate issue by Mukriz and I am sure many grass roots will stand solidly with him. However the Malays’ response to this call to abolish the 30% bumiputera equity participation should not come merely from UMNO and other interested Malay NGOs but also from others who deemed themselves as leaders of the Malay Bumiputra community. I refer to the relevant responses from leaders like DSAI, MB Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Tok Guru and Hadi Awang etc so that the overall views from a wider spectrum of the Malay population can be gauged. (Note: however such comment from DSAI that he questioned not the Bumi special rights but its abuses is pure hypocrisy, coming from someone who was himself grossly tainted with such abuses when he was previously deputy PM/ Finance Minister)
By the way, it’s quite absurd/ academic to address this 30% at this point in time when activities connected with the local and worldwide stock market and investment is practically dead and likely remain so for quite a long while; no right thinking promoters would wish to list their companies presently nor Bumis/ their institutions keen to take up the relevant stake. However, in question is a mechanism evolved in implementing part of the Social Contract; these so called Malay Muslim leaders should give their honest opinion.
As for me, a Bumiputra and in the greater interest of the Bumiputra community, I stand together with those who strong believe that the 30% rule should remain; its not timely to phase it out yet. The aftermath of the world economic and financial meltdown will inevitable affect our economic landscape. Patience has its virtues while public debating for the UMNO youth position copying the American style of politics has its severe drawbacks. Lets all focus on tackling issues affecting our real economy as a consequence of the world economic meltdown resulting from amongst other causes the lack of transparency and insatiable greed originating from the lead country that promotes liberty, greater democracy and governance to the world.
Mukhriz tidak perlu melayan karenah KJ yang terlalu gilakan publisiti murahan. Sekarang masa untuk berkerja bukan masa nak jadi burung tiung...
Setakat nak debat hala tuju perjuangan baik tak payah. Semua pemimpin sewajibnya sudah ditanam di dalam hati masing apa yang sewajibnya diperjuangkan.
Harap Mukhriz dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih berfaedah.
1. Menumpukan soal ekonomi. Permasalahan usahawan PKS yang rata-rata Melayu/Bumiputera akibat kesan financial turnmoil.
2. Menjadi suara pendesak dalam kerajaan agar permasalahan rakyat seperti harga barangan, petrol etc etc diberikan perhatian khusus. (Agak pelik dengan cara kerajaan), yang miskin mempunyai 1 biji motorsikal mendapat hanya RM150 rebat. Yang kaya ada 3 biji kereta mendapat (3 X RM650) rebat? Harga barangan di pasaraya besar turun, harga barangan di kedai runcit di kawasan kampung masih di takuk lama.
3. Mempertahankan segala kepentingan Melayu/Bumiputera selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan.
4. Menggerakkan pemuda UMNO agar berupaya memberikan penerangan dan maklumat berkenaan isu yang dibangkitkan oleh semua pihak secara efektif.
Yang peliknya si KJ ni lari pula bila disaran berdebat dengan beberapa pemimpin pembangkang.
(Sepatutnya peluang itu diambil untuk memberikan penerangan dan penjelasan secara bijak bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang, tapi yang jelasnya beliau gagal berbuat sedemikian kerana segala isu dibangkitkan banyak berkait dengan Pak Lah dan beliau).
Hasilnya: BN kalah di 5 negeri!
Salam
Bukan sahaja KJ calon ketua pemuda UMNO yang membingungkan;
Mukhriz dengan slogan Berani Berubah!; Tak tahulah apa dan lagu mana hendak diubahnya. Namun sokongan dan perhatian kepada Berani Berubah! semakin popular;
Khir Toyo bercita membina pemuda berani sepertimana 'berani'nya beliau yang selamba memberi penyapu kepada pegawai kerajaanya sendiri, bersaksikan khalayak kakitangan dan para media. Namun pemuda mana yang sanggup bergadai senang diri sendiri demi Agama dan Bangsanya. Rugi.
Pemuda UMNO amat payah berubah dengan apa jua slogan, kalau 'Kepala Agong' berlegar-legar di ruang dan waktu lobi-melobi perwakilan.
Rasa-rasa pemilihan kali ini menyumbang kepada catatan sejarah UMNO khasnya Pemuda; imbuhan yang paling tinggi kepada perwakilan, 2009.
Siapa pun yang menang, tidaklah gagah jua merubah Pemuda UMNO kepada hasrat dan cita-cita suci supaya pemuda lantang dan berani bertindak mempertahankan Agama dan Bangsa nya, kerana hasrat itu berisiko lagi tidak menguntungkan, malah boleh menghilangkan jawatan.
Aduhai……
Salam
sahabat,
1. Biaq KJ ja jadi GILA, kita jangan jadi gila macam dia jugak.
2. Macam mana nak dapat 30% ikuiti orang melayu... saya senior engineer gaji rendah RM600 dari junior engineer... diskriminasi gila maa...
3. Yang nak jadi ketua pemuda adalah dari golongan pendesak kerajaan bukan golongan yang merencana gerak kerja kerajaan dan merancang untuk menkayakan golongan tertentu... macam mana nak dapat 30% kalau asyik dia ja dapat projek tak di bahagi sama rata... orang lain tak boleh merasa. Tak kan ketua pemuda yang gila projek dan gila jawatan.
4. macam mana nak 30% kalau EREC la NCER la... semua bagi giant com. Petani kecil ni dapat habuk ja. Tak da menafaat kepada rakyat marhaen pun.
5. Belambak lagi nak tulih tapi meluat...pasal orang melayu yang menidakkan hak melayu.......
Dalam berhadapan dengan situasi hak orang Melayu dipertikaikan, jawapan yang lebih tepat ialah "saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk menjawabnya..."
Dalam lain perkataan, jika kita mempunyai seorang PM yang berwibawa dalam hujah dan tindakannya, sudah pasti tidak akan ada cadangan2 'bodoh' dan 'kurang ajar' yang 'berani' dibuat oleh komponen atau pembangkang.
Tetapi jika kita mempunyai seorang PM yang lembek, lembab, bengap... maka apa juga jawapan dan ulasan dari pemimpin Melayu yang lain hanyalah 'kulit' dan tidak ada maknanya..
..................................
Ingat lagi hakim celupar yang kurang ajar:
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ian Chin, yang pernah berbohong bahawa hakim diugut dipecat jika mereka membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan, telah mengemukakan surat peletakan jawatannya berkuatkuasa 1 Disember depan.Chin telah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Julai lepas.
Kerajaan telah menghentikan siasatan kerana dia telah berhenti.
hi...good blog...i've not much idea about politics...but can we exchange our links??
30% bumiputera equity?
1) It is a mean to an end, lest we lose focus and stop seeing the forest for the trees.
2) Is almost meaningless to the majority of the bumiputera.
3) A noble idea blatantly raped and misused.
4)Actually not that effective. Listed companies are required to allocate 30% shares to Bumis - which has to be approved by MITI. In many cases, there are no takers, for various reasons. In the end, MITI would allow for exemption/waiver as it (rightly) should not stall the growth of the capital market (where then everyone would lose). In other cases, bumiputera nominees are used. Fault lise with the Bumiputera who has allowed themselves to be used.
5) This 30% bumiputera equity requirement is creating a huge wealth gap within the bumiputera community. The rich gets richer (bumiputera shares used to be offered at a discount, but no more) as only the rich can afford to buy million ringgit worth of shares (to be flipped later).
6) It is an easy political weapon (for the malay opportunist) and a convenient(and misplaced) item of animosity towards the bumpiuteras in general - the majority of whom do not get a whiff of this 30% stuff.
Malay leaders should not allow themselves or their communities to be dragged by this hugely misunderstood and outdated mode of upgrading the wealth of the malays. Be creative and come up with something better!
Education, education, education !
Ia adalah peringatan bahawa orang Melayu masih ketinggalan. Harus ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk membawa orang Melayu ke tahap yang dinginkan.
Tetapi Anwar dan Zaid adalah orang Melayu yang tidak peduli lagi itu semua setelah mereka kaya raya. Seolah Umno tidak pernah membantu apa-apa.....
tengok2kan tykoh GLC walau pun Melayu mana ada semangat Meayu .Mereka bongkah tak sedar diri yg UMNO letakkan mereka disitu .GLC lansung tak ada agenda Melayu konon nya mereka nak kan kelas dunia tapi kalau analisa ada towkeh2 bukan Melayu di belakang mereka.Lihat sahaja telekom malaysia dgn progam jalur lebarnya belanja rm 11.5 billion berapa agaknya syarikat bumiputera akan dapat agihan kerja? pengerusi nya t s radzi ipar AAB mana lembaga pengarah berani tegur , mantan calun tim president yg juga lembaga pengarah Jazlan pun bisu. ceo telekom pun sama masing masing lebih enak berhubung dgn syarikat luar negara ,mana Melayu nak capai 30%??
Cheng Ho, saya rasa di GLC, Melayu hanya canggih manggih di atas kertas..
My Oh My. It is pointless for me to write if you do not read. Please re-read my posting and get some understanding as to how the 30% rule directly benefit the Bumiputra masses in Malaysia.
I am assuming you are Malaysian and can read Malay of course... :-)
Akram,
Saya orang melayu, jangan salah faham :-) (saya pernah ke UK bersama sama tuan untuk belajar pada tahun 1991).
Saya faham akan idea dan matlamat disebalik peruntukkan 30% saham untuk Bumiputera. Dan setelah bekerja di Suruhanjaya Sekuriti selama 6 tahun (termasuk di bahagian yang meluluskan penyenaraian syarikat)dan menjadi apa yang orang putih panggil investment banker selepas itu selama 5 tahun kemudian, saya terlibat secara langsung dengan perihal 30% ini. Jadi pemahaman saya saya berkenaan perihal 30% ini mungkin sedikit berbeza dengan tuan kerana saya melihat dari segi pelaksanaan dan akibat terus.
Saya sayang bangsa saya. Amat sayang, jadu harap jangan salah faham. Dan kerana saya sayang bangsa saya, saya ingin memberitahu akan akibat sebenar yang sesetengah orang tidak tahu berkenaan perihal 30% ini.
Dalam segala hal, kita mesti lihat akan pros dan cons setiap sesuatu. Jika tidak, pihak lain akan mengambil kesempatan terhadap our passion to protect our bangsa (dengan izin)
Bro My Oh My. Saya faham apa yang diperkatakan saudara. Tetapi kita tidak seharusnya membenarkan diri kita termakan umpan yang demi membetulkan salah-guna 10%, 20% malah 50% dari pemberian ekuiti Bumiputra, kita menghumban seluruh dasar tersebut ke tepi.
Mari kita ambil tangen. Kenapakah 30% yang sekarang merupakan hak kita dikejar oleh yang bukan Melayu? Bukankah ada lagi 70% yang kita semua akui tak tersentuh pun dek Melayu & Bumiputra? Biarlah kita salah-gunakan sekalipun 30% hak kita tersebut, insya'allah, akan dibetulkan pemberiannya nanti. Tapi yang ada 70% nak kejar 30% hak ~63% rakyat kenapa? Tamak?
Saya harap saudara faham. Saudara dah kenal saya lama dan tahu saya berfikiran dalam dan rasional, termasuklah dalam hal ini.
Saudara Akram,
I note your points with greatest respect (payah sikit nak translate yang ni :-)) dan saya faham maksud saudara.
I do enjoy reading your thoughts and insights.
apa yang hebat sangat dengan apa Mukhriz cakap tu? Majoriti semua pemimpin UMNO sudah bertahun-tahun cakap benda sama. Bila sahaja orang Cina mempersoal DEB, memang jawapan ini yang akan diberi. "belum tiba masa...kita belum sampai 30% etc etc"
Nak ikutkan, time DEB tengah down dulu tahun 2005 dahulu, KJ dan Hishammuddin lah yang lantang memperjuangkan untuk kita kembali menerapkan 30%.
salam,
mata lebam,
kalau nak ikutkan prestasi kerja dalam UMNO semata-mata... KJ dan KT yang layak bertanding untuk Ketua Pemuda UMNO.
Manakala Mukriz kebetulan pandai mengambil ruang dalam suasana kemelut UMNO yang hendak 'berubah'
Akram,
Bagi saya, kalau UMNO hendak berubah carilah yang tahu susur galur penyokong UMNO yang ramai bawahan ni.. dan bukan jenis yang tiba-tiba timbul macam Mukriz atau KJ... mudah sikit RAKYAT nak berborak.
Salam.
nahhh... seperti apa yang aku tulis kat komen Dato' KKamdias....
selagi orang melayu dok pijak orang melayu jagak tak mustahil kita akan melukut di tepi gantang. letih la nak cakap pasal ni... 3 tahun saya bawa usul ke Mensyuarat bahagian tapi harammmmmmm tak pernah dengar pun tindakan usul ni di peringkat pusat pun tak kedengaran ....
saya bagi contoh la skit:
1. orang melayu kluar Universiti beribu orang tp sayang boss depa ni kebanyakannya cina yang hanya ada SPR tak pun SPM.
2. Gaji Engineer melayu 2k tapi cina 2.5k walau fresh.
3. Engineer melayu dah keja 6 taun tak neaik pangkat lagi cina yang 2 taun bleh jadi senior engieer.
4. Nak cari keja susah gila....percaya la buka STAR tak pun jobstreet cari keja kena pandai bahasa Manderin...berapa kerat orang melayu pandai manderin..alang alang tulis kat situ nak cina ja...
5. walaupun 30% orang melayu tapi jadi tunggui ja dalam compeny tu. Dia sorang ja yang senang... 100 lagi high lavel dalam kilang tu cina.. dan operator melayu gaji 350...
Itu satu bab.. ni bab len plak...
1. usahawan melayu nak naik kena buat projek dulu skit 10% baru nak tolong... yang nak mula skit tu sapa nak tolong...
2. Saya dah mintak TEKUN 3 bulan haram tak lulus lagi..projek yang tengah jalan pakai mati tak naik naik..
3. Orang melayu yang kaya akan terus kaya kerana banyak projek yang boleh buat pasal ada modal. Yang susan dan marhain akan teruih nak jadi papa pasal modal tak dak. Kalau ada modal pemula..nak modal tambah tunggu berjanggut.. elok lingkop dulu..
4. Agensi kerajaan yang ada lembab. bukan niat nak tolong orang Melayu bagi maju. Birokrasi nak mampuih...
5. Bila orang melayu ni nak start projek hanya cuba2. Pi Kursus sekali dua ja. Tak da pemantauan dari agensi kerajaan untuk meningkatkan productiviti. Kalau pegawai pertanian tu dok office tunggu pukul 5... balik.
6. Orang cina tolong bangsa cina dengan berbagai cara... Modal, kepakaran, pengalaman dikongsi...kalau orang Melayu haram tak kongsi dah.. tobat tak bagi tau orang len kalau ada peluang..
7. orang melayu juga kurang jaringan perniagaan. Kalau ada jaringan politik boleh la tolong.. ni lah penyakit orang melayu...jaga ketua cawangan ja.. tu pun kalau jumpa huluq 50. pasal ketua cawangan nak undi dia bila lawan ketua bahagian...
Post a Comment