Sunday, April 19, 2009

Penanti: Antara Amanah Mentadbir Dan Tanggungjawab Berpolitik

Paparan saya yang lepas membuka perbincangan tentang DUN Penanti, tetapi fokusnya adalah pada betapa rendahnya kualiti wakil rakyat PKR, sehingga menyebabkan penyakit perletakan jawatan dan wabak PRK memanjang:
  1. Bukit Selambau dipertandingkan kerana berhentinya seorang ADUN PKR yang juga ahli exco kerajaan negeri Kedah terbukti KETANDUSAN MORAL.

  2. Penanti bakal dipertandingkan kerana ADUN PKR-nya tertuduh RASUAH sewaktu menyandang kedudukan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

  3. 2 bekas ADUN PKR di Perak yang 'melompat' menjadi ADUN bebas masih menghadapi tuduhan SKANDAL RASUAH SEKS sewaktu mereka bertugas sebagai exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat. ADUN-ADUN ini mungkin kehilangan kerusi selesai proses penghakiman atas kes mereka. PRK lagi!

  4. ADUN PKR di Bukit Lanjan merangkap exco kerajaan negeri Selangor baru-baru ini dimaafkan oleh MB PKR-nya atas SKANDAL gambar-gambar LUCAH beliau yang dipaparkan di internet. Sewaktu skandal masih hangat, beliau juga memberi gambaran betapa 'LIBERAL'nya perilaku beliau dalam hubungan peribadi.

  5. DS Anwar Ibrahim sendiri masih tertuduh JENAYAH MEROGOL salah seorang bekas pegawai khasnya.

Berdasarkan rekod buruk moral, rasuah dan keperibadian calon-calon dan wakil-wakil rakyat PKR, saya merasakan adalah tanggungjawab BN untuk memastikan rakyat ada pilihan calon yang lebih berwibawa dari apa yang bakal diajukan oleh PKR. Dahlah calon PKR ini diramalkan akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pula!

Selain itu, DS Najib juga seharusnya sedar yang sekiranya BN tidak mengajukan calon, ia akan menggalakkan calon-calon bebas untuk menawarkan diri. Maka, kalaupun BN tidak bertanding pun, pertandingan akan tetap berlaku kerana timbulnya calon-calon bebas tersebut, dan pembaziran wang untuk menyelenggarakan PRK ini juga tidak mungkin terelak!

Namun saya tidak boleh nafikan yang ada hikmah besar sekiranya BN tidak terlibat di PRK Penanti. Setidak-tidaknya, ia akan memberi peluang untuk DS Najib dan kepimpinan BN menumpukan lebih perhatian dalam menyelesaikan msalah ekonomi yang mengancam kemakmuran negara. Soalnya sekarang, apakah jalan terbaik untuk BN mengimbangi antara amanah mentadbir negara dan tanggungjawab berpolitik di Penanti.

Pada hemah saya, BN harus bertanding di Penanti, tetapi DS Najib dan hampir kesemua kepimpinan parti boleh dikecualikan dari penglibatan dalam kempen. Yang perlu hanyalah penglibatan BN dan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, mungkin di bawah kepimpinan seorang ahli kabinet dari Pulau Pinang sebagai peneraju, seperti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Kalau ada ahli-ahli dan pemimpin dari negeri-negeri lain nak membantu, boleh, tetapi tak perlulah seghairah dahulu!

Sesuaikah cadangan tersebut mengimbangi antara amanah dan tanggungjawab BN? Wallahualam... tetapi yang menarik juga... betulkah DS Anwar Ibrahim sendiri bakal menjadi calon PKR di Penanti? Dapat jadi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang!

PS: Saya dah mula balik kerja, tapi dengan perlahan-lahan. Hari ini 1/2 hari sahaja dulu. Masih kena buat physio, tetapi insya'Allah, semakin sihat...

2 comments:

JALILMM said...

setuju dgn pandangan sdr....satu komen yang baik....teruskan perjuangan sdr...

http://jalilmm.blogspot.com

Donplaypuks® said...

Sya setuju maruah UMNO/BN akan jatuh jika tak teruskan perjuangan di Penanti, dengan satu proviso.

Kos kawalan I Polis Raja tidak bolih melebehi RM 1!

Sya tak faham macm mana kos I Polis Raja bolih sampai $25 juta berbading dengan kos 5 by election agagk agak $10 juta.

Can you explain? Bagaimana kos sewa tents bagi IPR bolih berjumlah $600,000 di KT? I am flabbergasted!!

Tangential Malay Search Results