Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang: Jangan Riak Menyusul Riang

Saya mula menulis warkah ini lebih sejam sebelum keluarnya keputusan rasmi pilihanraya DUN Bagan Pinang. Diramalkan TS Isa Samad menang besar dalam pertandingan tersebut. Namun dalam keriangan kemenangan tersebut, timbul bibit-bibit kegelisahan di hati jurublog ini akan RIAK yang mungkin menyusul... dan RIAK melampau inilah bakal membahayakan kedudukan UMNO dan BN menjelang PRU-13.

BN, terutama kepimpinannya haruslah sedar yang kemenangan ini bukanlah kemenangan BN menentang Pakatan Rakyat. Ini adalah kemenangan yang begitu bergantung kepada peribadi dan hatibudi calon BN kali ini yakni TS Isa Samad. Jurublog ini pernah pun menulis sejurus selepas pengumuman calon BN untuk PRK tersebut bahawa BN seharusnya kalah di Bagan Pinang manakala TS Isa berupaya menang. Sepanjang tempoh rasmi pertandingan ini terbukti:
  1. Jentera rasmi kempen BN lambat bersiap-sedia di Bagan Pinang, malah 'Command Center' masih berkecamuk sehari selepas penamaan calon! Nasib baik jentera Bahagian Teluk Kemang pimpinan TS Isa sudah bersedia walau sebelum penamaan calon!

  2. Ada beberapa pemimpin BN yang muncul tidak disukai rakyat, terutama sekali Ikon-Ikon Korupsi. Malah, DS Samy Vellu dihalang dari memasuki kawasan Sua Betong oleh pemimpin-pemimpin masyarakat estet! TS Isa terpaksa bergegas ke Sua Betong untuk meleraikan keadaan sejurus pulangnya DS Samy dengan hampa.

  3. Contoh Risalah anti-Isa yang disebar 'last-minute' oleh Pakatan Rakyat, namun, tak lut!

  4. Amnya, ramalan kemenangan TS Isa muncul awal kerana budi dan jasa beliau kepada masyarakat Teluk Kemang yang berbilang kaum sepanjang 3 dekad lamanya. Malah, kebimbangan hanya wujud bersabit adanya pengundi baru yang mungkin tidak mengenali beliau. DS Anwar Ibrahim sendiri tidak berupaya mengaibkan TS Isa semasa berkempen kerana takut ia menyebabkan pengundi yang hadir, adapun sedikit, jauh hati dengan PAS.

  5. Ramai yang hadir membantu TS Isa atas dasar mengenang budi beliau, baik di Teluk Kemang, mahupun di seluruh Negeri dan Negara. Ini menaikkan nama baik beliau pada perhatian masyarakat Bagan Pinang.

  6. Apabila kelihatan jelas TS Isa bakal menang, maka berpusu-pusulah manusia digelar 'pemimpin-pemimpin BN' yang bergegas untuk 'menompang' menang! Sudah tentu ada yang ikhlas, seperti TS Muhyiddin Yassin yang begitu rancak bergerak dalam kempennya setiap malam serta hari. Tapi yang lain... tiba2 terbit pulak!

Cukuplah bedilan awal peringatan jurublog ini kepada UMNO dan BN di ambang kemenangan ini. Analisa lebih mendalam harap dapat dilanjutkan tak lama lagi...

4 comments:

Unknown said...

terkejut saya tengok sdr tulis komen di mso.

saya sangka sdr org umno yg rasional dan berfikran terbuka,saya boleh terima komen sdr tentang yg lain tetapi bila sdr sebut sokong peliwat dan makna nya sdr telah confirm menerima yg dsai seorg peliwat.

jika sdr adalah sebagai practising muslim sdr perlu bertaubat dan minta maaf kpd dsai.

Unknown said...

salam saudara,
saya bersetuju dengan pandangan saudara.. malah, pada saya, Barisan bukan menang, tetapi lebih kepada mempertahankan kerusi DUNnya.

http://ondastreet.wordpress.com/2009/10/11/barisan-nasional-menang-home-bolehlah/

~ OnDaStreet

Unknown said...

magn. Walau komen sdr off-topic, tetapi rasanya harus saya menjawab di sini sekejap. Lepas ini, terpaksa saya kembali memadam komen yang 'off-topic'.

Saya rasa saya tak perlu meminta maaf kepada dsai... kerana beliau memang peliwat! Hakim-hakim rayuan beliau dulu pun semua memutuskan memang beliau meliwat, cuma dilepaskan atas masalah teknikal sahaja. Ini bermaksud, catatan rekod mahkamah tertinggi di Malaysia sendiri mengesahkan dengan rasminya yang Anwar peliwat. Maka peliwatlah beliau...

Tak perlu minta maaf. Maaf kepada sdr sekiranya ini menggusarkan hati sdr...

Unknown said...

ok thanks for replying.

at least saya sedikit sebanyak bole memahami tahap pemikiran sdr yg sebenar.

i will tell my umno friends yg ada sedikit pegangan agama islam about you.

Tangential Malay Search Results