Sunday, October 25, 2009

Memahami Nik Aziz...

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, seorang ikon party yang imejnya merupakan asas kekuasaan PAS di Kelantan, kini dipertikaikan kewibawaannya.

Agak malang bagi beliau yang usahanya mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) ala-MCA untuk mengganyang 3 tokoh kepimpinan parti bukan sekadar diperlekehkan dan diubah menjadi 'Mesyuarat Khas'. Kini kelihatan beliau tertuduh menimbulkan ide EGM ini, bukan atas dorongan DS Anwar Ibrahim, tetapi semata-mata untuk menyembunyikan berita perlantikan menantunya ke jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd.

Namun sekiranya lebih ramai mengetahui asal-usul politik PAS-nya TG Nik Aziz, mungkin mereka akan lebih memahami yang seolah-olah mementingkan diri sebegini merupakan titik-tolak perjuangan politik beliau.

TG Nik Aziz dahulunya seorang penceramah agama di bawah naungan Kemas. Ya, Tok Guru pun berasal dari jentera dakwah UMNO sendiri, seperti juga Hj Hadi Awang dan tak jauh berbeza dengan kedudukan pendakwah kerajaan seperti Datuk Hassan Ali, Ismail Kamus serta ramai lagi yang menidakkan budi demi mengejar kuasa... apa nak buat, dah nak kiamat!

Pada tahun awal 60'an(?), TG Nik Aziz memohon dinaikkan pangkat ke Penyelia Kemas atas dasar kualiti kerjanya sambil mengharapkan ihsan kerajaan melihat anaknya agak ramai. Malangnya bagi beliau, walaupun Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada masa itu menyokong kenaikkan pangkat beliau, arwah Tan Sri Mohamad Yaacob, Menteri Besar Kelantan, tidak bersetuju malah menyarankan jawatan tersebut diberikan kepada seorang yang lebih layak.

Apabila mendapat berita penolakkan permohonan naik pangkat tersebut, TG Nik Aziz marah. Malangnya, konsep kesabaran yang sebahagian dari iman lari dari pemikiran, lantaran itu, beliau meninggalkan KEMAS dan terus menyertai PAS! Susahlah nak kata TG Nik Aziz masuk PAS sebab memperjuangkan Islam, ternyata beliau menyertai kerana hangat dekat Menteri Besar tersebut (semasa itu pemimpin Perhubungan negeri) sebab tak dapat naik pangkat!

Ini mungkin menjelaskan sedikit kenapa TG Nik Aziz bersedia menidakkan agama, malah membuat pelbagai hujah yang agak senget semata-mata untuk menghentam UMNO! Mungkin walaupun sudah mencapai nikmat kuasa sekian lama, dendam beliau sebab tak dapat naik pangkat dahulu masih belum reda! Namun pada hemah saya, telatah Tok Guru kini kelihatan kian buruk berpunca dari salah satu larangan yang kerap membawa kecundang kepada pemimpin, riak.

Sayangnya, ilmu pada TG Nik Aziz memang ada dan beliau mampu mengolah kefahamannya dengan indah, seperti di dalam video 15Malaysianya. Namun kerana riak, riak ilmu, riak kuasa dan pengaruh, riak dipuja, segala keindahan yang mampu dibawa oleh beliau bakal terhakis bersama dengan nama baik serta jasa-baktinya. Yang menyusahkan lagi adalah apabila anasir-anasir negatif, seperti DS Anwar Ibrahim, kini kelihatan lebih dekat dengan Tok Guru dari ulama!

Di dalam memahami kisah TG Nik Aziz, yang sudah sekian lama kelihatan tanpa had kuasanya, baik di negeri Kelantan mahupun di dalam arena politik dalaman PAS, kita mengambil iktibar dari kata-kata bekas Perdana Menteri Inggeris, William Pitt the Elder, yang pernah mengatakan:


"Unlimited power is apt to corrupt the minds of those who possess it"

"Kuasa tanpa had sering mengkorup minda pemegang kuasa tersebut"
Wallahualam...

20 comments:

MANSOR JUNUS said...

Ternyata penulis ini adalah seorang yang hebat kerana berani meluahkan kesumatnya terhadap TGNA. Penulis juga, saya agak adalah seorang tinggi ilmu dan hikmahnya sehingga dapat menilai apa yang tersirat di dalam hati orang tua itu. Ramailah orang akan mengangkat ibu tangan kepadanya kerana telah membuat 'pendedahan' tersebut. Saya juga turut tabik kepada beliau di atas kehebatan tersebut. Inilah contoh watak2 yang sesuai untuk diketengahkan sebagai pemimpin yang boleh dikedepankan dalam persidangan bagi pembentukan 'unity goverment'.
Syabas.

Quantum Metal Consultant said...

Satu kelainan dan pendedahan yang tidak perlu dilebih lebihkan tetapi cukup mampu untuk mereka yang mahu berfikir...

oooooooooooooooo...itu rupanya Nik Aziz.

Nizam Mahmud said...

Saudara,

Tentang Nik Aziz marah sebab tidak dilantik jadi Penyelia Kemas dan kemudiannya berhenti dan masuk PAS, boleh kah saudara berikan sumber nya?

Sebab saya meminta sumber ini kerana ada sesuatu yang tidak kena dalam cerita ini.

Saudara nyatakan 'sambil memohon ihsan kerajaan yang anaknya agak ramai. '. Tapi bila tak dapat, beliau berhenti dan masuk PAS?

Apakah PAS menawarkan ganjaran yang lebih?

johan5150 said...

gd evening akram,
dude,you need some serious
positive energy in your life.go
feel happy..it is okay.

abg jo.

Unknown said...

Nizam Mahmud. Sumber cerita marah TG Nik Aziz adalah orang yg menyokong permohonan beliau utk dinaikkan pangkat dahulu.

Sebab TG sedia berhenti mungkin juga kerana gaji asalnya taklah tinggi mana... saya melihat sendiri bagaimana pegawai Kemas biasa agak rendah gaji asasnya.

Tapi kalau ye pun meninggalkan Kemas mencari rezeki lain, mana mai dorongan nak berdendam dgn UMNO memandangkan dahulu bergerak dgn jentera UMNO? Hmmm....

Quantum Metal Consultant said...

Asas cerita, Nik Aziz pernah bernaung di bawah jentera UMNO, Kemas - cerita sampingan lain kurang penting.

Situasi seperti ini bukan sahaja berlaku kepda Nik Aziz, malah ramai lagi yang lahir dan membesar di bawah payung UMNO tetapi kemudiannya menentang UMNO.

Menentang sesuatu yang tak kena di dalam UMNO adalah wajar dan wajib tetapi mencemuh (lupa terus daratan dan asal usul) UMNO tentulah sesuatu yang keterlaluan.

Pada sesiapa dan mana mana parti pun, jika ada kebaikan di situ, kena sebut, kena kenang, kena hargai..

Nizam Mahmud said...

Saya jawab saudara Akhramsyah dahulu,

Pertama: mana mai dorongan nak berdendam dgn UMNO memandangkan dahulu bergerak dgn jentera UMNO?
------

Komen saya: Nik Aziz ini lah yang bersama-sama Dato Asri menyokong PAS memasuki Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

Berkali-kali beliau nyatakan pedih ditendang keluar dari BN itu sampai sekarang masih terasa.

Itu jawapan saya untuk soalan 'mana mai dorongan nak berdendam dengan UMNO'.

Komen kluangman

"Menentang sesuatu yang tak kena di dalam UMNO adalah wajar dan wajib tetapi mencemuh (lupa terus daratan dan asal usul) UMNO tentulah sesuatu yang keterlaluan."
-----

Jawapan saya: Kalau begitu baginda Nabi Muhammad salallahualaiwassalam juga lupa daratan.

Abu Jahal, di dalam lipatan sejarah begitu sayangkan baginda.

Sama juga dengan banyak Nabi-nabi lain. Ayah Nabi Ibrahim alaihissalam pembuat berhala tapi bila dia besar dia musnahkan berhala.

Ayah angkat Nabi Musa alaihissalam adalah Firaun sendiri. Kalau orang lain di tempat Nabi Musa, mungkin dah pasang cita-cita nak ganti Firaun.

Adakah mereka ini juga 'lupa daratan'?

Asri said...

Tolong jawab sikit Nizam Mahmud:

Rasulullah pernah berdoa supaya dikuatkan Islam samada Allah memberi hidayah kpd Abu Jahal atau Umar (yg nama kedua ni saya terkeliru sedikit dgn seorang sdra Nabi yg lain).

kenapa Rasulullah selepas itu terus juga melawan Abu Jahal? Kerana dia menentang Nabi dgn sedaya upaya dan mmg tidak ada kebarangkalian barubah masuk Islam.

Nak samakan UMNO dgn Abu Jahal ke? Ada ke org UMNO yg berceramah atas pentas politik mengata PAS semacam Abu Lahab mencerca Nabi?

Kalau org PAS yg berceramah, pandai2 la dengar sendiri.

Cuba sdra selidik buku2 lama tulisan org PAS dan UMNO, serta sejarah dan cerita dr yg tahu, sebab musabab PAS ditendang keluar dr BN dulu?

Salah satu sbb ialah mcm Tun M pernah sebut. PAS berpolitik sampai masa duk dlm BN pun masih cuba memporakperandakan UMNO. Menggunakan saluran FELDA utk menebar pengaruh sedangkan semasa itu duduk dlm kerajaan. Tapi tetap berpolitik mcm UMNO itu musuh.

NANM tu bukannya tak ada salah, dan juga bukan org yg tak baik. Tapi klu sampai mcm tu berpolitik, sanggup memutar belit agama dan hukum utk kuasa, boleh ke kita pakai 100% kata2 beliau?

Nizam cuba jwb satu je.

Kenapa dulu PAS kata haram mengundi calon bukan Islam dan haram bekerjasama dgn bukan Islam mcm BN, tetapi skrg PAS sendiri buat?

Hukum boleh berubah ke? Apa yg beza dulu dan sekrg?

Nizam Mahmud said...

Saudara Asri,

"Nak samakan UMNO dgn Abu Jahal ke? Ada ke org UMNO yg berceramah atas pentas politik mengata PAS semacam Abu Lahab mencerca Nabi?"
----

Jawapan saya: Eh, stop dulu. Saya tidak samakan UMNO dengan Abu Jahal.

Dua, PAS kritik UMNO, UMNO kritik PAS, perkara biasa.

Tiga, perumpamaan Abu Jahal dan Nabi ini adalah menceritakan bagaimana mereka yang berasal dari kaum dan budaya itu boleh menentang balik.

Kalau contoh ini keterlaluan, saya bagi contoh yang lain, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Kedua-dua meninggalkan UMNO. Apakah mereka juga tidak 'mengenang budi'?

Lagipun sememang nya PAS berasal dari UMNO pun. Tuan Hj Ahmad Fuad Hassan dulunya adalah ahli UMNO.

Jadi, bagi saya kenyataan 'tidak mengenang budi' adalah tidak relevan sama sekali.

Kedua:

". Menggunakan saluran FELDA utk menebar pengaruh sedangkan semasa itu duduk dlm kerajaan."
-----

Jawapan saya: Bagi saya semua parti politik cuba menebar pengaruh. Bukankah itu politik namanya?

Sebab itu saya tidak bersetuju dengan kenyataan dari pemimpin PAS mempertikaikan UMNO cuba menebarkan pengaruh di IPT.

Cuma yang saya setuju ialah semua pihak harus diberikan peluang sama rata.

Ketiga:

"Tapi klu sampai mcm tu berpolitik, sanggup memutar belit agama dan hukum utk kuasa, boleh ke kita pakai 100% kata2 beliau?"
--------

Jawapan saya: Benar kata saudara, kita harus kaji dan selidik sebelum kita terima pendapat sesiapa.

Sebab itu saya tanyakan pada tuan rumah tentang sumber dan justifikasi apakah yang menyebabkan beliau menyimpulkan Nik Aziz marah dan dendam pada UMNO sebab tidak dapat naik pangkat dalam KEMAS.

Apakah tidak logik, selepas "berdendam" dengan UMNO oleh itu masuk PAS. Tapi apabila berada dalam PAS dan berjawatan Ketua Dewan Ulama, beliau menyokong pula PAS masuk Perikatan?

(untuk nota: Biografi Nik Aziz mencatatkan beliau adalah guru KEMAS pada pertengahan tahun 60an. Mungkin tuan rumah boleh semak semula sumber)

Keempat:

"Kenapa dulu PAS kata haram mengundi calon bukan Islam dan haram bekerjasama dgn bukan Islam mcm BN, tetapi skrg PAS sendiri buat?"
-------

Jawapan saya: Saya tak boleh jawab sebab bukannya pemimpin PAS mahupun ahli PAS.

Tapi sebagai orang biasa yang tiada kepentingan saya melihat ini sebagai bermotifkan politik.

Seperti yang saya katakan, bukankah tujuan parti politik itu adalah untuk menebar pengaruh?

Unknown said...

Saudara Nizam Mahmud. Saya tertarik dengan cara saudara mengelak dari menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan dengan menimbulkan persoalan lain. Teknik mengelak begini lazim digunakan dalam politik, jadi saya agak tertarik dengan pengakuan saudara bukan ahli politik PAS. Jadi mungkinkah sdr dari PKR atau DAP? Mungkin berpengalaman lama?

Tak apalah, di sini ingin saya memohon maaf kerana (1) saya merujuk kembali kepada sumber, dan memang benar menurut biografi, TG Nik Aziz seorang pendidik KEMAS era 60'an. Namun ini tidak menidakkan kejadian tersebut - beliau ditolak kenaikkan pangkat atas bantahan Perhubungan UMNO yang dirujuk Menteri Pembangunan Negara & Luar Bandar.

Yang mengesahkan kisah ini dahulu adalah pemimpin Perhubungan UMNO yang terlibat, arwah TS Mohamad Yaacob sementara Menteri KPNLB yang terlibat pun sudah ke Rahmatullah. Terima kasih atas teguran - saya telah membetulkan penulisan yang berkenaan.

(2) Maaf juga sdr, setahu saya, TG Nik Aziz bukan Ketua Dewan Ulama semasa PAS masuk BN. Malah, kata putus Ulama PAS bukan dari beliau, tetapi dari 3 Ulama utama PAS pada masa itu, HJ Mat Nor Teliar, Hj Umar Daud dan Hj Mat Nur Selising. Malah ketiga-tiga Ulama tersebut kemudian terus masuk UMNO secara langsung dan kekal dalam UMNO selepas PAS keluar BN.

(3) Adalah tidak konsisten untuk mengatakan UMNO bersalah mengakibatkan PAS keluar BN. Kisah sebenarnya adalah pertelingkahan antara Dato' Asri dan MB Kelantan dari PAS, Hj Muhamed Nasir, kerana MB tersebut membantah pembiayaan sebuah syarikat persendirian oleh perbadanan kemajuan negeri. Pemimpin UMNO amnya setuju dgn MB, telus kan? Malangnya PAS merajuk!

(4) Tak konsisten juga yang Dato' Asri Muda menyalahkan UMNO segalanya. Beliau yang merupakan antara orang pertama mengkafirkan UMNO pada tahun 60-an telah sendiri menyerati UMNO sejurus sebelum meninggal dunia! Kalaulah TG Nik Aziz seiras rasa dgn Dato' Asri dahulu, kenapa beliau belum masuk UMNO lagi?

Akhir kata saudara, saya rasa pendapat saudara yang seolah-olah memaafkan parti mahupun pemimpin politik menggunakan segala helah untuk mengejar kuasa agak lari dari pendekatan Islam. Menurut Islam, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA! Apatah lagi apabila cara tersebut mampu membawa sesat kepada Ummah - baik dari kata, mahupun dari arak, urut, DAP, dsb.

Nizam Mahmud said...

Saudara Akhramsyah,

Terima kasih atas respons saudara.

Biar saya jawab satu persatu.

1.
"(2) Maaf juga sdr, setahu saya, TG Nik Aziz bukan Ketua Dewan Ulama semasa PAS masuk BN"

Jawapan saya: Tok Guru Nik Aziz merupakan Ketua Dewan Ulama yang kedua selepas Tuan Guru Hussin Rahimi.

Tok Guru Nik Aziz mengambil alih sebagai Ketua Dewan Ulama yang kedua pada tahun 1968.

Beliau kekal memegang jawatan itu sehingga tahun 1995 sebelum mengambil alih kedudukan sebagai Mursyidul Am.

Rujukan artikel:

http://ulamak.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=130&Itemid=89

PAS masuk BN pada tahun 1974.

Kesimpulannya: Beliau memang adalah Ketua Dewan Ulama PAS sewaktu PAS menyertai Perikatan.

2.
"Malah, kata putus Ulama PAS bukan dari beliau, tetapi dari 3 Ulama utama PAS pada masa itu, HJ Mat Nor Teliar, Hj Umar Daud dan Hj Mat Nur Selising."

Jawapan saya: Mengenai 3 ulama disebut, itu saya tidak tahu. Oleh kerana saya tidak tahu maka saya tidak ada komen apa-apa.

Cuma saya yakin bahawa sebagai Ketua bagi sebuah sayap terpenting PAS iaitu Dewan Ulama, sudah semestinya pendapat beliau juga dirujuk sebelum keputusan yang begitu besar dibuat.

3.
"Namun ini tidak menidakkan kejadian tersebut - beliau ditolak kenaikkan pangkat atas bantahan Perhubungan UMNO yang dirujuk Menteri Pembangunan Negara & Luar Bandar."

Jawapan saya: Saya tidak pernah menidakkan kejadian itu. Cuma yang saya pertikaikan adalah saudara menyatakan di dalam artikel :

"ternyata beliau menyertai kerana hangat dekat Menteri Besar tersebut (semasa itu pemimpin Perhubungan negeri) sebab tak dapat naik pangkat!"

dan juga:

"Mungkin walaupun sudah mencapai nikmat kuasa sekian lama, dendam beliau sebab tak dapat naik pangkat dahulu masih belum reda!"

Saya pertikaikan saudara kata Tok Guru berdendam sebab tak dapat naik pangkat jadi Penyelia KEMAS.

Dua isu yang berlainan saudara.

Untuk tatapan saudara, saya sertakan satu keratan akhbar lama. Ini diperolehi dari blog Faisal Tehrani

http://2.bp.blogspot.com/_tG9BXwf0cHs/Sp8if8CZ7CI/AAAAAAAAIYU/YX-2nq5OYsQ/s1600-h/594.jpg

Kenyatan dalam akhbar Tok Guru Nik Aziz yang memuji perpaduan UMNO dan PAS pada tahun 70an sebagai 'nekmat besar'.

Amatlah tidak rasional jika dikatakan beliau masih berdendam sebab ditidakkan kenaikan pangkat pada tahun 60an tetapi memuji pula perpaduan UMNO-PAS sebagai 'nikmat besar' pada tahun 70an.

Mana perginya dendam tersebut pada tahun 70an?

4.
"Teknik mengelak begini lazim digunakan dalam politik, jadi saya agak tertarik dengan pengakuan saudara bukan ahli politik PAS. Jadi mungkinkah sdr dari PKR atau DAP? Mungkin berpengalaman lama?"

Jawapan saya: Benar saya bukanlah ahli mana-mana parti politik. Nak di katakan tidak terlibat dalam politik tidak boleh lah sebab saya tidak pernah terlepas mengundi dalam pilihanraya umum.

Mengundi juga satu keterlibatan dalam politik. Ya, pengalaman saya adalah sebagai pengundi yang selalu cuba untuk berfikir semasak-masaknya sebelum mengundi.

Unknown said...

Nizam Mahmud. Tentang kedudukan TG Nik Aziz sebagai Ketua Dewan Ulama pada umur 37 tahun, saya merujuk tetapi sukar untuk memahami peranannya, kerana nama beliau langsung tidak timbul sebagai tokoh dalam sejarah era tersebut.

Nama 3 tokoh yang saya sebutkan tadi adalah begitu jelas dalam sejarah. Mungkin saudara perlu mengkaji semula dengan teliti juga. Tambah lagi, setahu saya, PAS menyertai BN pada tahun 1973 selesai menerima bantuan dari Tun Abdul Razak untuk mengelakkannya dari muflis... mungkinkah itu 'nekmat besar' yang dimaksudkan TGNA secara tersirat?

TQ

Nizam Mahmud said...

Saudara Akhramsyah,

1.
"Nizam Mahmud. Tentang kedudukan TG Nik Aziz sebagai Ketua Dewan Ulama pada umur 37 tahun, saya merujuk tetapi sukar untuk memahami peranannya"

Komen saya: Pendapat sukar memahami peranan TGNA itu saya fahami. Sebab, beberapa tahun menyertai PAS secara rasmi sudah dilantik jadi Ketua Dewan Ulama.

Cuma menidakkan peranan beliau sama sekali, bagi saya adalah tidak dapat diterima. Sebabnya adalah atas jawatan beliau itu saja maka sudah tentulah pandangan beliau juga diambil kira sebelum PAS memasuki Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional. Ini adalah satu keputusan yang besar.

2.
"Tambah lagi, setahu saya, PAS menyertai BN pada tahun 1973 selesai menerima bantuan dari Tun Abdul Razak untuk mengelakkannya dari muflis... mungkinkah itu 'nekmat besar' yang dimaksudkan TGNA secara tersirat?"

Komen saya: Saya pertama kali mendengar tentang muflis ini. Mungkin saudara boleh buat posting mengenainya. Sekurang-kurangnya ada tokoh Pemuda yang memberikan perspektif berbeza mengenai sebab PAS menyertai BN.

Mengenai 'nekmat besar' yang dikatakan oleh TGNA itu, saya nyatakan disini sebab ianya selari dengan kenyataan beliau bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk menyokong kemasukan PAS ke dalam BN pada masa itu.

Samada 'nekmat besar' itu bermaksud telah membantu PAS dari muflis, yang itu saya tidak ada pengetahuan mengenainya.

3.
"Akhir kata saudara, saya rasa pendapat saudara yang seolah-olah memaafkan parti mahupun pemimpin politik menggunakan segala helah untuk mengejar kuasa agak lari dari pendekatan Islam."

Komen saya: Memaafkan kesilapan saya rasa tidak lari dari pendekatan Islam. Sebagai contohnya, jika UMNO sendiri berjaya berubah (seperti saranan PM), maka adakah anda ingin mengatakan bahawa pengundi seperti saya tidak patut memaafkan UMNO?

Unknown said...

Nizam Mahmud. TG Nik Aziz menyertai PAS pada tahun 1967. Sekiranya betul beliau menjadi Ketua Dewan Ulama pada tahun 1968, maka bukan sahaja beliau mendapat kedudukan tersebut pada umur 37 tahun, tetapi hanya ~1 tahun selepas menyertai PAS! Adakah mungkin PAS begitu ketandusan ulama hebat pada masa itu, padahal inilah PAS yang mengkafirkan UMNO!

Saya rasa maklumat dan data sdr salah sama-sekali. TG Nik Aziz mungkin hebat, tetapi hebatnya belum terbit lagi menjelang kemasukan PAS kedalam BN. Ada baiknya sdr mengkaji semula kesahihan fakta yang diberikan, takut ia diterbitkan oleh pengikut TG Nik Aziz yang taksubnya hingga mereka-reka kepentingan beliau dari umur awal berpolitik...

Tentang bantuan Tun Razak mengelakkan PAS dari jatuh muflis itu, saya akan lihat kesesuaian untuk dihuraikan kemudian.

Dan maaf sdr, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Soal UMNO berubah atau tidak dan sokongan sdr selepasnya tidak relevan - ia masih tidak memaafkan gelagat politik yang korup, tiada akhlak dan bergelumang dengan dosa semata-mata merebut kuasa.

Unknown said...

salam,

surah al hujurat ayat 6:Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

surah al hujurat ayat 12: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.

wassalam
wan

Nizam Mahmud said...

Saudara Akhramsyah,

"Sekiranya betul beliau menjadi Ketua Dewan Ulama pada tahun 1968, maka bukan sahaja beliau mendapat kedudukan tersebut pada umur 37 tahun, tetapi hanya ~1 tahun selepas menyertai PAS!"

Komen saya: Bagi saya untuk keadilan, sepatutnya kita tanyakan pada mereka yang berjuang di dalam PAS pada era itu kenapa TGNA di pilih sebagai Ketua Dewan Ulama.

"Adakah mungkin PAS begitu ketandusan ulama hebat pada masa itu, padahal inilah PAS yang mengkafirkan UMNO!"

Komen saya: Itu perspektif saudara. Tapi mungkin juga TGNA pada era itu tidak gah di luar PAS ataupun diberikan liputan meluas oleh media perdana.

Cuma dalam perspektif saya, TGNA nyata mempunyai kehebatan nya sendiri sehingga boleh menarik minat ahli-ahli PAS untuk melantiknya sebagai Ketua Dewan Ulama walaupun baru saja menyertai parti tersebut.

Jadi kita ada dua perspektif, satu datangnya dari anda dan satunya datang dari saya. Sekali lagi saya katakan, untuk pandangan yang seimbang sepatutnya mendengar sendiri pandangan ahli PAS yang bergiat aktif dalam PAS pada era itu.

"Saya rasa maklumat dan data sdr salah sama-sekali. TG Nik Aziz mungkin hebat, tetapi hebatnya belum terbit lagi menjelang kemasukan PAS kedalam BN."

Komen saya: Saya mengemukakan artikel yang diterbitkan dan disiarkan oleh web rasmi Dewan Ulama PAS.

Ada terdapat sumber lain berkenaan dengan biografi TGNA yang menyatakan bahawa beliau memegang jawatan Ketua Dewan Ulama PAS pada tahun 1968 sehinggalah beliau dilantik menjadi Mursyidul Am menggantikan Hj Yusuf Rawa.

Saya sudah mengemukakan pembuktian saya. Jika saudara mahu menafikan, sila kemukakan bukti-bukti. Malah, jika saudara betul-betul yakin bahawa Ketua Dewan Ulama PAS bermula sessi 1968 bukanlah TGNA, siapakah pula yang menggantikan Ketua Dewan Ulama yang pertama itu?

"Dan maaf sdr, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Soal UMNO berubah atau tidak dan sokongan sdr selepasnya tidak relevan"

dan

ia masih tidak memaafkan gelagat politik yang korup, tiada akhlak dan bergelumang dengan dosa semata-mata merebut kuasa."

Komen saya: Pembaikan diri juga adalah satu perubahan. Jika perubahan membawa kepada kebaikan, saya sokong.

Kenyataan saudara bahawa 'semata-mata merebut kuasa' seperti saya katakan bahawa semua parti politik matlamatnya adalah untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Malah perkataan demokrasi itu berasal dari perkataan latin yang bermaksud demo (rakyat) dan kratos (kuasa).

Itu adalah lumrah dalam politik. Secara peribadi saya lebih menitikberatkan apakah rancangan ataupun objektif ahli-ahli politik selepas mendapatkan kuasa. Bagi saya itu adalah yang terpenting untuk dinilai dan dikaji.

Apakah objektif selepas mendapat kuasa adalah untuk memerintah berdasarkan nasionalisme, ataupun memerintah berdasarkan agama mahupun sekularisma. Atau apakah objektif selepas mendapat kuasa adalah untuk mengekalkan penguasaan hasil mahsul negara di tangan-tangan tertentu yang sebagainya.

Unknown said...

rasanya ramai yg tak kenal betul2 nik aziz.Dia merupakan ustaz yg mengajar disekitar masjid kota baru awal 70an lagi,terutamanya masjid muhammadi.Dari situlah beliau terkenal,rasanya bab kemas semuanya hanya tuduhan tanpa asas,sila tanya orng kelantan yang hidup awal 70an lagi supaya kenyataan anda tepat,kalau tidak ianya hanya fitnah semata2

Unknown said...

Kita berkelahi sesama islam tapi hakikatnya orang islam mundur dari semua segi...ekonomi, ilmu dan yang paling teruk akhlak. Ini yang berlaku semasa kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol dimana kerana berebut kuasa, satu pihak sanggup mengupah askar upahan kristian demi untuk terus berkuasa. Sepatutnya kita semua harus melakukan kerja-kerja dakwah dan berusaha mengembalikan keagungan Islam..ini tidak masing2 sibuk mencari harta kekayaan kerana asyik dimomokkan dengan materialisme. Bukankah Rasullullah SAW menolak harta dan pangkat demi mengembangkan Islam. Kita asyik bercakap tentang ekonomi.Perkara yang sama asyik dicakapkan oleh bukan Islam.Kita terlalu liberal apabila bercakap.Ingat, sunnah Rasullullah SAW adalah untuk sepanjang zaman. Jika anda memahami maksud saya.

martinpalermo said...

cerita kemas ini antara cerita kegemaran nik aziz.
sy selalu mendengarnya.
dari lidah nik aziz sendiri.
terkejut? korang semua terlalu lambat mengenal nik aziz.

Nizam Mahmud said...

martinpalermo,

Siapa pun tak nafikan TGNA pernah jadi guru kelas dewasa KEMAS.

Yang kita hendak establish di sini adakah berasas tuduhan tuan rumah bahawa Nik Aziz masih menyimpan dendam pada UMNO disebabkan tidak naik pangkat pada tahun 60an.

Maaflah tapi tuduhan ini tidak masuk akal. Tahun 70an beliau menyokong PAS masuk perikatan dan memuji-muji pula 'perpaduan' PAS dan UMNO.

Mana pergi dendam tak naik pangkat dalam tahun 70an?

Tangential Malay Search Results