Pacuan perbicaraan di Perhimpunan Agung tiada henti, malah semakin hangat kata-kata tokoh pidato dari setiap negeri hari ini. OK la, ada juga yg nadanya sederhana, tetapi yang ini biasanya menegur ahli sendiri atau memperingati.
Semalam, gembira bercampur asyik mendengar ceramah pemimpin yang pernah dibisukan suara dari rakyat, mahupun ahli UMNO oleh rejim Pak Lah.
Seperti 'Pok Li', Ketua Bahagian Dungun yang dimarahi Pak Lah kerana berani menuntut kembali pengurusan royalti minyak oleh kerajaan negeri. Semalam suaranya kembali berkumandang di Dewan... sambil kekal berani menyindir teman-teman di Kelantan!
Anak-anak muda pun bergegas ke Dewan bila mendengar Dato' Ishak Ismail, Ketua Bahagian Seremban, berdetum suaranya yang dahulu juga dihilangkan Pak Lah kerana marah atas kesetiaan beliau kepada Tun Dr M.
Hari ini, pesanan seperti dari wakil Pulau Pinang akan keperluan kebajikan bukan sekadar rakyat atau ahli, tetapi juga pemimpin UMNO di peringkat akar-umbi, disulami bedilan ke arah pembangkang seperti peringatan wakil Melaka, "sunat berjanggut, bukan berlagak!"
Hari ini, Dato' Rozai Safian dari Kedah di hujung barisan pembahas usul membedil yang 'menantu' menyebabkan kita kalah PRU12, namun nampak gaya 'menantu' tak sedar-sedar lagi! Katanya 'menantu' tersebut parti-parti komponen BN, tetapi perwakilan di Dewan faham menantu mana disindir...
Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan, pemindaan perlembagaanlah perubahan yang paling memberangsangkan bagi UMNO pada era DS Najib. Ini bukan sahaja dari segi meramaikan pengundi untuk jawatan Majlis Tertinggi termasuklah Presiden dan Timbalannya dengan menyerahkan undi ke 140 ribu wakil Bahagian. Ini hanya alat teknikal dalam usaha menghalang politik wang.
Yang lebih hebat adalah bagaimana sistem kuota pencalonan untuk pertandingan ke jawatan dimansuhkan tanpa ditukar-ganti dengan alat penghalang lain. Malah, DS Najib memimpin Majlis Tertinggi yang menolak beberapa cadangan seperti kelayakan umur untuk bertanding Ketua Pemuda, perlunya pernah menjadi Naib Presiden sekiranya mahu dicalonkan Timbalan, dll.
Ini menunjukkan keterbukaan pemimpin teratas parti untuk dicabar oleh sesiapa yang mahu! Tak perlu kedudukkan yang tak tertanding untuk pemimpin teratas parti, seperti 'Mursyidul Am' atau 'Penasihat' bagi UMNO!
Tikaman lidah dalam seloroh bersambung apabila DS Zahid Hamidi men'tibai' kembali Dato' Ishak Ismail sebentar tadi. Insya'Allah, terasa kesuburan debat kembali juga ke UMNO.
Namun, persoalan yang masih belum terjawab adalah sama ada perubahan teknikal dalam perlembagaan parti ini cukup untuk membetulkan nilai yang kian rapuh-reput menular hingga ke akar-umbi parti. Wallahualam... sama-sama kita usahakan...
Uploaded from my HTC TytnII
No comments:
Post a Comment