- Bayangkan, berbuih mulut penceramah PAS, sakit jari pengkomen 'cyber-trooper' Pakatan dan berdenyut otak blogger anti-BN menghentam bagaimana undi Pos '100%' dikawal oleh UMNO. Tiba-tiba, tak perlu media-masa, blog-blog (kalau orang muda nak percaya), termasuk yang simpati kat Pakatan pun, sedia menangkis dakyah ini! Bergantung sumber, PRU-12, PAS mendapat ~1200-1600 undi POS Bagan Pinang! Amendenye yang BN kontrol?
- Kalaulah betul PAS tak berharap mendapat undi Pos, kenapakah ini menjadi isu yang mengancam pemilihan Zulkifli Omar sebagai calon PAS hingga ke saat terakhir? Kenapakah kekuatan calon PAS sebelum ini, Hj Ramli bin Ismail, untuk meraih undi Pos sebagai seorang pesara askar menjadi satu faktor yang dipertimbangkan?
- Setelah memfitnah kerajaan BN dan SPR begitu lama perihal salah-laku dalam pengurusan undi Pos, bersediakah PAS meminta maaf sekiranya setelah terlaksanannya cadangan mereka supaya peti undi POS disimpan di bawah jagaan oleh pegawai SPR, bukan askar dan polis, tidak membawa lebih undi kepada mereka? Adakah PAS bersedia memohon maaf kepada pihak askar dan polis yang kewibawaannya turut tercelar melalui cadangan mereka?
- Bilakah PAS bercadang untuk memohon maaf setelah berkali-kali dibilang, kini sekali lagi diperjelaskan yang mereka, mahupun BN, tidak dibenarkan berkempen di kem askar oleh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia, bukan SPR mahupun kerajaan, kerana faktor keselamatan negara. Adakah dakyah mereka akan terus berkumandang seperti biasa?
Pada hemah jurublog ini, baguslah undi pos banyak di Bagan Pinang. Bolehlah membantu orang faham hal sebenar di sebalik dakyah ini... kalau mereka mahu ingin betul-betul faham la! Setidak-tidaknya, kalau TS Isa Samad kalah atau menang pun tipis nanti, adalah untung pada BN dengan menghilangkan mitos 'BN kontrol undi pos' ni, macamlah dongeng 'undi hantu' kini ghaib memandangkan tak lojik teori pengundi hantu bila Pakatan menang besar di PRU12!
Bolehlah juga kita semua celik sama yang mungkin polis dan tentera ini banyak mengundi BN bukan kerana aibnya mereka atau teraniaya melalui undinya, tetapi sebab ahli beruniform ini bersetuju dengan BN sebenarnya! Ya lah, samalah macam 1601 pengundi Pos di Chempaka, pasti ramai juga yang mengundi Nik Aziz kan? Hehehe...
UP: Saya dah sampai padang... malam ini telah dijemput berucap di kampug Bagan Pinang. Kalau sudi, mailah! Paling-paling boleh lepas geram membu kat saya! :-)
3 comments:
UNDI POS: PEMUDA PAS MAHU SPR SEDIAKAN GARIS PANDUAN BERTULIS
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan garis panduan bertulis berkaitan peraturan undian pos bagi memudahkan rujukan untuk anggota tentera dan parti-parti yang bertanding.
DPPP menegaskan, garis panduan bertulis ini penting bagi mengesan sebarang pelanggaran prosedur dan peraturan SPR sepanjang proses pengundian pos dijalankan. SPR perlu meyediakan garis panduan bertulis, jika berlaku sebarang keraguan pihak berkenaan boleh tunjuk garis panduan tersebut kepada komander kem tersebut.
DPPP juga turut memaklumkan kepada SPR berhubung beberapa pindahan pada peraturan pilihanraya.
Ia termasuk peraturan 7 (1), Peraturan Peraturan Pilihan Raya 2003 (Pengundian Pos) di mana buku kauterfoli tidak lagi dicetak nama no siri anggota yang mengundi.
Pindaan itu selaras dengan peraturan 19 (3), Peraturan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Awam) yang memperuntukkan perkara sama tetapi dimansuhkan pada 2006.
SPR seharusnya memberi maklum kepada pelanggan mereka khasnya parti parti politik berhubung pindaan tersebut. Sebarang perubahan yang dibuat dalam Peraturan Pilihan Raya, mesti dimaklumkan atau ditaklimatkan kepada pelanggan mereka seperti parti-parti politik.
Peraturan peraturan SPR berkaitan undi pos masih lagi longgar dimana masih banyak ruang yang boleh dimanipulasi pihak tertentu yang berkepentingan.
Berhubung borang 2, DPPP tidak mahu ia dimansuhkan terus kerana menyedari beberapa kepentingan borang berkenaan dikekalkan namun penggunaan borang tersebut perlu kepada sedikit pembaikian demi menjaga kerahsiaan undi anggota.
DPPP menyedari borang 2 penting kerana sebarang manipulasi boleh dikesan melalui borang tersebut, ia boleh dijadikan bukti jika berlaku sebarang penyelewengan. Apa yang DPPP tuntut adalah cetakkan nombor siri anggota pada borang tersebut digugurkan, itu sahaja.
SUHAIZAN KAIAT
Ketua Penerangan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Undi Pos
Dewan Pemuda PAS Pusat.
- In essence PAS call for more transparent procedure in regards of postal vote to avoid manipulation from unscropolous be it from PAS or BN.
- To ensure all our brethren from the army can vote without fear. Current practise of printing the ARMY Voter ID on the counterfoil is ludricrous as it is defeating the "UNDI ADALAH RAHSIA" concept.
- Another thing is the right for political party to campaign inside the camp. PM with its capacity as BN president has recently hijacked a govt function and campaigning for BN while PAS was not allowed to enter the camp.
We need a level playing field.
Thats all.
End of Message.
kociriemann. PAS spin here is just a nice development of their PR. This undi pos story started with them saying BN 'seleweng'. Now it turns out this is very difficult to do, so they are saying it is 'not transparent' and we need 'level playing field'. The truth is, in a democracy, any democracy, there is no level playing field.
When the incumbent is good, the field will always favour the incumbent. When the incumbent is bad, the field will never favour the incumbent. BN will not be able to get anyone to vote them if they wholly bad and incompetent and PRU12 proved that ... Pak Lah's incompetence drove the voters against BN... PR only lost because they are also unconvincing.
Every time PR parties lose, they will complain it is because BN 'seleweng' and then complain some more about corruption. That is not the problem. Everyone has been claiming BN is corrupt even from when we didn't have money to spend - in the late 70's, Dato' Harun's escapades opened the door to this, but BN always won. Why? Because people don't care!
Corruption is only a real issue now as it impacted on competence during Pak Lah's time as people like the Icons of Corruption took too much. I would like to see corruption abolished, but this will not be the reason BN will continue to win, especially at PRU level. PR's real problem is, it relies too much on BN's weakness to win.
PAS should start thinking of how to address issues instead. Not irrelevant ones like whether there is a level playing field - why would the Rakyat care unless it resulted in their suffering? (like it would have if Pak Lah stayed in power) They should focus on the budget, like the DAP is trying to (and failing!). Then maybe they'll have a ghost of a chance.
Bro,
What would you imagine if the opposition had a level playing field during the last March 08 GE?
Anyway I do agree with you that PAS should reduce the rhetorics and focus more on many other things relevant to the people.
Good luck in Bagan Pinang. May the best man win!
Post a Comment