Saturday, September 14, 2013

Apakah Di Sebalik Niat Blogger Ini Bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Beberapa blog serta halaman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
 
Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.
 
Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKAN AGENDA MELAYU.
 
Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.
 
Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.
 
Ikhlas dari calon anda... Akhramsyah Sanusi

52 comments:

Anonymous said...

Wakakakakaaka

Cermin diri Dulu.

Kelulusan apa selain pandai berblog?

Anonymous said...

ok kot dari ketua pemuda sekarang, langar kete dapat anak PM

tebing tinggi said...


Saya tidak kenal saudara ,tetapi kalau niat saudara seperti mana yang dinyatakan ,saya mengangap itu sebagai satu sumpah yang harus dikotakan .
Kalau itulah matalamat saudara insaalah ramai yang menyedari hakikat akan bersama saudara.

bzz said...

Saya sokong dan goodluck...

Anonymous said...

saya juga menyokong saudara. sudah sampai masanya untuk mengembalikan kembali kegemilangan permuda yang benar benar berjuang demi melayu dan islam.

Unknown said...

Says menyokong niat Dan kemahuan itu kerana ketua pemuda sekarang kurang bertanggungjawab Dan amanah kpd ugama Dan bangsanya. Sudah menjadi fardhu kifayah kpd tuan untuk bertanding jika tiada Calon layak lain yg menawarkan diri.

Sebagai menteri yg dipanggil biadab oleh org lain, mencerminkan kj mempunyai masalah moral dalaman-

Anonymous said...

Teruskan niat tuan..hamba sokong
KP sedia ada tidak boleh dipercayai,
rasuah,rasuah rasuah

Anonymous said...

Go bro go..kick khairy the liberal malay out.pemuda lain x ada telor

Anonymous said...

Harap ada yang lawan KJ ini..akan dianggap sebagai Hero Melayu baru 9insyaalah menang)...Syabas...teruskan. Insyaalah pemilih dapat menilai akan keperluan menukar kepala Pemuda umno tu...

Anonymous said...

Go Bro. ABKJ

Anonymous said...

Penulis blogger ni anak TS Sanusi Junid....

Anonymous said...

Dengan nama Allah s.w.t. saya menyokong niat mulia pemilik blogger untuk bertanding. All the best.

1 Melayu said...

Akhram,lawan ! mari kita lihat sejauh mana pengaruh Melayu Liberal Centrist yang lebih mementingkan bangsa lain dari bangsanya.Bukan itu saja malah Melayu Liberal ini amat biadap sekali apabila beliau menghina Melayu lain sebagai melayu Rightist dan conservative hanya beliau sahaja yang bijak dan melayu melayu lain adalah berfahaman kolot serta kebelakang.

Anonymous said...

Teruskan niat baik saudara utk bertanding Ketua Pemuda UMNO.

Pemuda UMNO memerlukan anak DEB seperti saudara yg pastinya berjiwa Melayu jati.
Pemuda UMNO sudah lama tidak berfungsi dan seperti tidak ujud lagi.

Saya berdoa saudara akan berjaya dan seterusnya dapat mengembalikan kegemilangan Pemuda UMNO.

Jika saudara berjaya ...ingatlah ... asas UMNO adalah Melayu dan Islam.

Anonymous said...

lawan demi masa depan BANGSA MELAYU jadikan PEMUDA seperti dizaman Allahyarham Datuk Harun bukan kaki bodek macam sekarang nie....lembik...

Anonymous said...

Alhamdulillah ada juga 'anak jantan' dlm Pemuda Umno...semoga KJ tewas dfn izin Allah SWT..pastinya bukan mudah memandangkan KJ diketahui ramai adalah pengamal rasuah yg tegar dan mana2 Ketua Pemuda Bahagian yg menyokong beliau adalah semata faktor WANG! mereka inilah perosak dan umpama pelacur dalam perjuangan martabatkan agama dan bangsa..semuanya hanya WANG! sebab itu MELAYU lemah dan lembik kerana pelapis yg dipertanggungjawabkan utk membela nasib hanya bijak dlm mencari WANG dan rasuah sana sini..wallahi KJ mmg pengamal rasuah yg tegar! semoga Allah SWT menangkan saudara kerana saya tahu saudara bukanlah pengamal rasuah dan berjuang demi WANG insyaallah..Ya Allah kalahkanlah KJ dlm pemilihan kali ini demi menyelamatkan masa depan agamaMu..amin.

Anonymous said...

pemuda umno jadi pondan jadi bapuk adalah disebabkan oleh khairi semoga khairi kaki rasuah kalah teruk dan pasti ramai kuli batak upahan khairi yg akan kutuk akhramsyah tp jgn dilayan sbb mereka itu smua takda otak cuma berani kerana dibayar duit..harapan org melayu semoga pemimpin mereka bukan kaki rasuah...

Anonymous said...

Go bro demi maruah agama bangsa dan negara... 'anak kecil main api......

Anonymous said...

akhramsyah boleh menang sebab khairi jamaludin mmg tak boleh diharap nak bela nasib org2 muda melayu serta suka kasi rasuah sana sini abg saya pun pernah makan rasuah dgn dia tp abg saya dah bertaubat sebelum beliau meninggal dunia..khairi suka ugut dan rasuah org..ramai cacai2 dia sana sini serta kaki2 bodek semuanya..tunggulah nasib mereka kt alam barzah nanti baru padan muka!

Anonymous said...

TEruskan!!

Anonymous said...

Sekiranya saya Pemuda memang tak lantik KJ. Kenapa?

Sebagai sorang ibu satu perhati perkembangan puak Pemuda diKpg saya, macam dah layu, hidup segan mati tak mahu.

Tidak bersemangat sepertimana zaman sbelum KJ. Semua dah berselerak membawa diri masing2. Jiwa kekitaan dah mula lenyap.

Biarkan sja KJ menjaga Kem. dia dan berdebat dalam Parlimen kerana saya rasa tugas seorang Ketua Pemuda UMNO adalah satu tugas penuh masa dan tumpuan perlu diberi kpd ahli2 at ground level.

Mana ada cukup masa kalau terpaksa sibuk dgn tugas2 sebagai seorang Menteri dan MP kat Parlimen?

Anonymous said...

I am willing to support you saudara. Please drop me a line at civ96110atgmail.com

I am a branch youth head. Will hv more information if we can get in touch.

If this comment is moderated, I am ok with it not being published.

Anonymous said...

tahniah dan terima kasih..

Anonymous said...

MILLION x Go!!! Bro...

pemuda telor besi said...

You d man bro....

Pemuda mesti ado tolor... Jangan nak sangap projek kj je

IMRAN M.R. said...

Go Akhram...... Aku akan sokong hang tanpa berbelah bahagi..... Nasib baik hang ada....kalau tidak aku memang dah berniat nak keluar dari Pemuda Umno dah disebabkan oleh Ketuanya yang tak langsung aku redha dan tak pula aku setuju dia jadi ketua pemuda.... Politik wang dan gila glamor .... Melayu diketepikan apakan lagi agama..... Tapi kiranya ditakdirkan, dia menang lagi....akan aku dengan segera meninggalkan Pemuda Umno....

Anonymous said...

Saya ke blog sdr utk pertama kali kerana mendapat tahu sdr akan bertanding jawatan ketua pemuda umno.

Syabas, akhirnya ada juga anak muda melayu yang berani kedepan bertanding jawatan tersebut.

Saya harap sdr akan menang kerana dah jelak dengan sikap liberal kj

Anonymous said...

Ini pertama kali saya dengar nama saudara walaupun nama arwah bapa saudara sememangnya dikenali umum.

1) Tahniah kerana saudara sedikitpun tidak menyatakan yang saudara adalah anak kepada arwah. Bermakna saudara tidak mahu menumpang nama ayah.

2) Tahniah kerana saudara berani. Sehingga ke hari ini belum ada yang menyatakan hasrat mahu melawan KP sekarang...seolah-olah Pemuda UMNO semuanya pengecut dan tidak sedar yg KP mereka akan menghancurkan perjuangan asas UMNO.

3) Tahniah dan Syabas! Letakkanlah perjuangan saudara berlandaskan TAKWA KEPADA ALLAH...insyaallah ramai yang akan berdiri dibelakang saudara.

Anonymous said...

Negeri ni yang menteri menteri semua kaya raya perlu melayu macam hang. Betoi.

Melayu umno pon mesti tukak.

Melayu tau susah, tau rasa melayu.

Depa ni anak pembesar, anak duta, mana tau rasa 90% melayu?

Anonymous said...

Harap jangan lah ada pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda Umno nanti. Biar satu-lawan-satu. Sdr vs kitol

Anonymous said...

Setuju!

Labu8455 said...

Saya percaya majoriti ahli UMNO akan bersama dan menyokong saudara demi maruah bangsa Melayu. KJ si ular tedung perlu dihapuskan sebelum lebih banyak yang menjadi mangsa dan umat Melayu khasnya menjadi semakin parah

banggoi petai said...

Jgn bawak idea tanam padi dalam rumah sudah laa. . Jgn jugak bwa idea Acheh batu bara dalam Pemuda. . Ini bumi Melayu Malaysia bukan melayu Indonesia. . Harap pandai elakkan kesilapan TS Sanusi dulu dari berulang. .

Anonymous said...

SUDAH lama saat yang ditunggu. KJ harus disingkir kan dari UMNO. Kemenangan KJ berlapikan RASUAH... semua orang tahu.
Saya dan rakan rakan MENYOKONG PENUH niat saudara untuk bertanding.

Anonymous said...

Salam, saya mungkin antara bekas KP yg masih memantau pergerakan pemuda khususnya dibhgn, semasa saya memegang jwtn kp, misi utama adalah penambahan keahlian tetapi malang misi tu telah berubah kpd golongan pemuda elit dan seolah2 mempunyai gaps dan kasta..malang sekali, saya sokong saudara..drpd pemuda sabah.

THE TROUBLESHOOTERS said...

Salaam Saudara,

Syabas, inilah semangat berjuang yang kami impikan.

Selamat berjaya, berani kerana benar!

Anonymous said...

Sahabat, Ayahanda Akhramsyah masih Sihat! Apa daa!

Anonymous said...

Although I am not a huge fan of Tan Sri Sanusi Junid, I think UMNO youth needs more smart people like you. I might not agree with what you have to say all the time but let us celebrate the differences and diversity in opinion. The world will certainly be a better place.

Anonymous said...

Demi Alif, Ba dan Ta. Semoga kemenangan diperoleh dari golongan Yang Benar. Ikhlas Tarmizi Bin Abdullah Maamuom

Anonymous said...

Ramai yang tak kenal saudara kerana saudara bukan jutawan , bukan usahawan , bukan dari mana2 GLC, MLM, NGO.
Saudara hanya seorang Pemuda UMNO yang berjiwa Melayu.
Maka dengan ini saudara layak jadi Ketua Pemuda UMNO.

Anonymous said...

sokong! hapuskan perasuah! bersihkan pemuda umno!

Sarjan Hassan said...

Sokong penuh dari Pemuda Berani Berubah Bahagian Merbok Kedah. Bersihkan pemuda dari perasuah dan pencacai perasuah.. Semoga Allah bersama memberkati usaha kita..

Anonymous said...

teruskan niat murni saudara,, tapi jgn plak last2 minit tarek diri...tu wayang namanya

Anonymous said...

http://merdeka-online.com/home/debat-akhramsyah-sanusi-vs-khairy-jamaludin/

Anonymous said...

Go for it Akram,

Kalau niat ikhlas kerana agama bangsa dan negara, In syaa Allah akan dipermudahkan.


" KJ might have a challenger for the Umno Youth post. To find out more about the man planning to take on KJ, you can pop in at Din Turtle’s — ‘Kenali Akhramsyah, Pencabar Ketua Pemuda KJ – MENARIK NIH!‘

Who wants to bet that the poor guy (Akhram) will be given sly and subtle stabs in the back by the Sneaky Scissors."


http://helenang.wordpress.com/2013/09/17/chin-pengs-legacy-of-bintang-lima/#comment-51919

Anonymous said...

Kita perlukan seorg Pemuda yg berjiwa nasionalis bukannya liberalis, seorg yg berjiwa Melayu dan Islam, bukannya berpaksikan kemewahan dan condong ke negara jiran, yg sanggup menjulang dan mempertahankan dgn beraninya apa yg termaktub dlm perlembagaan persekutuan, seorg yg rendah diri dan berbudi bahasa , hormat kpd pemimpin dahulu dan raja2 Melayu.. bukannya berkrisis dgn raja2 melayu..seorg yg berkaliber, berani dan berpandangan jauh...

Kembalikan pemuda umno spt zaman Harun Idris bukannya spt sekrg...

Anonymous said...

Adakah saudara sudah bc yg ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/debat-akhramsyah-sanusi-vs-khairy.html?m=

Anonymous said...

Saya Ahli UMNO berdaftar menyokong penuh niat saudara untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sessi 2013/2018. Insya Allah niat baik saudara akan mendapat sokongan rakan2 Pemuda.

Anonymous said...

Org kj dah meroyan

Anonymous said...

Anon kat atas, takde masalah ngan idea tanam padi dalam rumah

Zaman biotech ni perkara biasa

pemuda umno said...

Setuju org kj dh meroyan. X payah nak bangga sgt blaja kt oversea ke kt mana2 klau agenda islam & bangsa melayu pun x reti nk pertahankan. Siap boleh ambil gunting dlm lipatan utk kerja dgn dia. Saya sebagai ahli pemuda umno sgt bersyukur, alhamdulilla, kerana sdr ahkramsyah ingin bertanding KP. Semoga Allah mmberi hidayah & kemenangan buat saudra. InsyaAllah.

Anonymous said...

salam

tahniah kerana membuktikan pemuda UMNO tak kurang orang...tak semua berada bawah pengaruh DUIT...terima kasih saudara...banyakkan mitak nasihat dari orang sekeliling tapi kita juga akhirnya yang memilih nasihat yang mana buruk n baik...jangan jadi macam mohd najib tun razak,cuma jadi posmen je..bawa je apa penasihat mitak tapi tak tapis dahulu...

jadilah seperti ayahanda tun dr mahathir..ramai penasihat tapi dia bukan posmen...semua yang d perolehi d tapis,d renungi,d perbincang, d perhalusi...semakin besar tekanan,semakin banyak nasihat...

berguna atau tak,bergantung pada ilmu yang kita ada,,d tambah dengan sedikit pengalaman, serta d iringi doa,insyaAllah anda akan berjaya...persepsi wang yang berlegar d sekelilng UMNO terutamanya pergerakan pemuda,harap boleh d banteras dengan kemenangan saudara...amin

jangan lupa anda orang Melayu...demi alif, ba , ta...

budakteranung

Tangential Malay Search Results