Showing posts with label Pedra Branca. Show all posts
Showing posts with label Pedra Branca. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Rakyat Tidak Yakin Tentang Keuntungan Dari Kerjasama Terbaru Dengan Singapura?

Jurublog telah mengambil sedikit masa memantau sebelum memberi komen tentang perjanjian terbaru Malaysia-Singapura untuk memajukan tanah KTM sepanjang landasan keretapi Tanjung Pagar. Jurublog sendiri merasa kecewa kerana rasanya ada peluang lain yang sepatutnya dipertimbangkan, seperti:
  1. Perobohan Tambah Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru yang membenarkan perairan Selat Teberau kembali lancar untuk pergerakan kapal serta pemulihan alam sekitar pesisir selat. Panambahan landasan MRT/LRT/Keretapi masih boleh dimajukan dengan jambatan baru tersebut.

  2. Kemungkinan mengembangkan atau meningkatkan fungsi landasan ke Tanjung Pagar untuk membawa kargo barangan untuk kemudian diekspot melalui pelabuhan Singapura. Kedudukan Tanjung Pagar sekarang sebenarnya lebih strategik untuk merealisasikan cadangan ini.

  3. Timbal-balas pelaburan di Tanjung Pagar dan Iskandar Malaysia oleh Singapura rasanya tidak sepadan dengan nilai penyerahan tanah KTM mahupun kerugian berterusan dari adanya Tambak Johor yang kekal menghalang penyambungan semula perairan antara pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Malaysia seharusnya menuntut ekuiti bukan sahaja di JV tetapi GLC Singapura yang bakal memajukan tanah KTM tersebut juga.

Yang di atas tidaklah menidakkan nilai yang dicapai oleh Malaysia dari segi kewangannya tetap setimpal, malah lumayan seperti diperjelaskan oleh blogger Op Ed. Cuma rasanya nilai strategik yang dapat dicapai oleh pihak Malaysia tidak dilunaskan secara penuh melalui perjanjian yang dimetrai ini. Pada jurublog, ini bukan soal nilai tanah perlu dibayar tetapi juga nilai strategik dari pemilikannya oleh Malaysia yang harus diambil peluang.

Namun pendapat yang lebih berunsur ilmu ekonomi jurublog bukanlah apa yang difikirkan rakyat pada masa ini! Yang difikirkan rakyat adalah, wajarkah kerajaan BN berunding tentang pemberian tanah milik negara apabila skandal Brunei-Limbang di mana persempadanan Malaysia digadai-murah dengan sewenang-wenangnya masih belum ditangani? Keyakinan rakyat sudah terlalu digoncang skandal tersebut sejurus selepas kehilangan Pulau Batu Putih tempohari.

Malah, pol yang dijalankan oleh jurublog menunjukkan kehendak 82% pengundi supaya isu skandal Brunei-Limbang ditangani dengan lebih telus, tak kiralah siapa yang bakal tertuduh, walau Menteri sekalipun. Pada hemah jurublog, apa-apa juga usaha kerajaan berhubung tanah, persempadanan atau mana-mana harta negara dengan mana-mana pihak asing akan disangsi selagi skandal Brunei-Limbang tidak disiasat melalui Suruhanjaya DiRaja.

Menarik lagi, rakyat Malaysia, khususnya yang di Johor akan dapat mengajukan isu perjanjian Tanjung Pagar dengan Singapura ini kepada Tun Dr Mahathir pada pagi 29 Mei di Hotel M-Suite, Johor Bharu. Majlis anjuran Kelab Veteran MAYC tersebut akan dihadiri juga Menteri Besar Johor dan pasti mengundang soalan tentang isu ini. Majlis terbuka ini mengundang kedatangan sesiapa yang berminat berinteraksi dengan Tun Dr M, terutama sekali penggerak NGO.

Apakah rasanya pendapat Tun Dr M nanti? Adakah Rakyat akan disyorkan menerima perjanjian ini, atau mungkinkah maklum-balas beliau bakal menimbulkan lebih banyak sangsi? Wallahualam...

Friday, May 23, 2008

Batu Nisan Putih Politik Pak Lah

Tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan sempadan tanah milik negara merupakan peranan pokok sesebuah kerajaan. Makanya, apabila hilang hak negara atas Pulau Batu Putih kepada seteru lama yang ganas walaupun kerdil, Singapura, sekali lagi ia membukti kelembapan pada pihak Pak Lah dan kepimpinannya dalam menjalankan tanggungjawab asas sekalipun.

Makanya bertambah lagi perkara yang perlu dibimbangkan rakyat selagi Pak Lah berkuasa. Kalau memang sudah sedia rakyat bimbang tentang
  1. keselamatan dalam negeri, yang kini dimenterikan bekas Menteri Luar yang patut duduk tertuduh bersama Pak Lah sebagai menteri yang gagal dalam kes Pulau Batu Putih. Patut lah Syed Hamid Albar, teman setia anak-anak Pak Lah, cepat-cepat tukar kementerian yang diserah kepada saingan lama Pak Lah, Datuk Rais Yatim... Pak Lah dah lama dah tahu ke nak kalah?
  2. kenaikan harga barang, kini dimenterikan seorang menteri yang dahulu memerlukan pertolongan kakak bos lamanya untuk memanjangkan kerjaya politiknya
  3. masa depan UMNO, yang kini 'diterangkan' seorang yang hanya selamat dari dipenjarakan akibat membawa wang berjuta ringgit kehulu-hilir seberang laut kerana mampu mengaku dirinya tak tahu cakap orang putih
  4. pertelingkahan yang memanjang tentang kedudukan agama Islam sehingga terseret nama baik agama dan dipergunakan nama besar Allah sebagai alat kempen masuk agama lain... sementara Pak Lah tak sudah-sudah berIslamkan yang ada Had harinya...
  5. dan seorang anak muda yang naik sebagai wakil rakyat atas dasar tauliah sijil nikah sahaja... dan yang bersekutu dengannya... si KJ la!
  6. dll
  7. dll
  8. ...

Kini rakyat harus bimbang pula yang dalam menangkis serangan perundangan dari sang Singa yang ber Pura-pura sekalipun, Pak Lah tidak mampu mempertahankan hak Malaysia, yang baru malam sebelumnya dipaparkan di kaca TV, jauh lebih berhak-milik terhadap Pulau Batu Putih.

Ternyata kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Putih teruk sekali ke tahap kalah-kalah, sebab kalau menang-menang seperti dipaksa Datuk Rais Yatim isytiharkan, kenapa Pak Lah tak sambut sama? Kenapa dirakam pula di RTM konon Pak Lah menyangkal tuduhan dari Amerika yang tak ketahuan pun? Hebat sangatkah tuduhan sehingga PM yang harus menyangkal? Pakar sangatkah Pak lah sehingga "terpaksa" melepaskan tanggungjawab hal Pulau Batu Putih?

Dah la tu, semakin kalah-kalah Malaysia bila RTM tunjuk konon rakyat kebanyakan 'menerima keputusan'. WOI! Tak malu ka! RTM tu orang tengok la di Singapura! Apa, Pak Lah nak tunjuk rakyat Malaysia mengaku kalah macam dia kah? Oh ya lupa... Pak Lah mungkin terasa dia menang... sebab kalah pulau pun dapat juga simpan batu-batu laut ni kan?

Mungkinkah ada orang Johor yang berani menyaman Pak Lah dan kerajaannya, terutama sekali bekas Menteri Luar yang bertanggungjawab kemudian cabut kementerian, Syed Hamid Albar, kerana terlalu lembap dalam mempertahankan bumi Johor... dari IDR hingga kini Pulau Batu Putih? Oh ya juga... Pak Lah yang besar macam IDR pun sanggup bagi free ke Singapura, apatah lagi pulau... ada nasihat anak angkat Singapura dari Oxford kut!

Moga-moga hikmahnya adalah kini, sudah tersedia Batu Nisan Putih untuk kubur politik Pak Lah...

Tangential Malay Search Results