Makanya bertambah lagi perkara yang perlu dibimbangkan rakyat selagi Pak Lah berkuasa. Kalau memang sudah sedia rakyat bimbang tentang
- keselamatan dalam negeri, yang kini dimenterikan bekas Menteri Luar yang patut duduk tertuduh bersama Pak Lah sebagai menteri yang gagal dalam kes Pulau Batu Putih. Patut lah Syed Hamid Albar, teman setia anak-anak Pak Lah, cepat-cepat tukar kementerian yang diserah kepada saingan lama Pak Lah, Datuk Rais Yatim... Pak Lah dah lama dah tahu ke nak kalah?
- kenaikan harga barang, kini dimenterikan seorang menteri yang dahulu memerlukan pertolongan kakak bos lamanya untuk memanjangkan kerjaya politiknya
- masa depan UMNO, yang kini 'diterangkan' seorang yang hanya selamat dari dipenjarakan akibat membawa wang berjuta ringgit kehulu-hilir seberang laut kerana mampu mengaku dirinya tak tahu cakap orang putih
- pertelingkahan yang memanjang tentang kedudukan agama Islam sehingga terseret nama baik agama dan dipergunakan nama besar Allah sebagai alat kempen masuk agama lain... sementara Pak Lah tak sudah-sudah berIslamkan yang ada Had harinya...
- dan seorang anak muda yang naik sebagai wakil rakyat atas dasar tauliah sijil nikah sahaja... dan yang bersekutu dengannya... si KJ la!
- dll
- dll
- ...
Kini rakyat harus bimbang pula yang dalam menangkis serangan perundangan dari sang Singa yang ber Pura-pura sekalipun, Pak Lah tidak mampu mempertahankan hak Malaysia, yang baru malam sebelumnya dipaparkan di kaca TV, jauh lebih berhak-milik terhadap Pulau Batu Putih.
Ternyata kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Putih teruk sekali ke tahap kalah-kalah, sebab kalau menang-menang seperti dipaksa Datuk Rais Yatim isytiharkan, kenapa Pak Lah tak sambut sama? Kenapa dirakam pula di RTM konon Pak Lah menyangkal tuduhan dari Amerika yang tak ketahuan pun? Hebat sangatkah tuduhan sehingga PM yang harus menyangkal? Pakar sangatkah Pak lah sehingga "terpaksa" melepaskan tanggungjawab hal Pulau Batu Putih?
Dah la tu, semakin kalah-kalah Malaysia bila RTM tunjuk konon rakyat kebanyakan 'menerima keputusan'. WOI! Tak malu ka! RTM tu orang tengok la di Singapura! Apa, Pak Lah nak tunjuk rakyat Malaysia mengaku kalah macam dia kah? Oh ya lupa... Pak Lah mungkin terasa dia menang... sebab kalah pulau pun dapat juga simpan batu-batu laut ni kan?
Mungkinkah ada orang Johor yang berani menyaman Pak Lah dan kerajaannya, terutama sekali bekas Menteri Luar yang bertanggungjawab kemudian cabut kementerian, Syed Hamid Albar, kerana terlalu lembap dalam mempertahankan bumi Johor... dari IDR hingga kini Pulau Batu Putih? Oh ya juga... Pak Lah yang besar macam IDR pun sanggup bagi free ke Singapura, apatah lagi pulau... ada nasihat anak angkat Singapura dari Oxford kut!
Moga-moga hikmahnya adalah kini, sudah tersedia Batu Nisan Putih untuk kubur politik Pak Lah...
