Monday, October 27, 2008

Khairy Jamaluddin... Calon Ketua Pemuda UMNO Yang Membingungkan...

Para pelawat setia blog ini tahu saya cukup anti Khairy Jamaluddin (KJ) yang terlihat terlalu banyak penglibatan negatif dalam kerajaan, baik secara langsung atau tidak langsung. Namun, saya tetap merasa puas bila melihat beliau layak bertanding Ketua Pemuda UMNO atas dasar:
  1. Ia memberi peluang untuk mengembalikan wang yang sudah dikaut beliau dan pengikutnya kepada segolongan mangsa, baik para perwakilan mahupun peniaga kecil dan besar hasil tempias kempennya kelak.

  2. Sesuai dengan konsep menentang sistem kuota pencalonan UMNO yang sedia ada, kita mestilah memberinya ruang untuk bertanding juga, walaupun tidak berapa suka.

  3. Setidak-tidaknya, jumlah pencalonan KJ membuktikan ada juga Pemuda yang menyokongnya. Ini sering menjadi tanda-tanya semenjak beliau menang tanpa bertanding ke jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan 2004.

Tetapi nampak gaya kempen KJ bermula dengan kedudukan yang membingungkan. KJ telah mengemukakan cadangan yang debat terbuka diadakan di antara calon-calon KP. Ini cadangan menarik, tetapi hujah-hujah yang beliau kemukakan untuk menyokong cadangan beliau sedikit aneh. Komentar saya berikut merujuk laporan akhbar Utusan ini. Komentar saya:

  1. KJ menyatakan yang beliau mahukan debat tersebut kerana beliau ingin calon-calon menjelaskan 'prinsip perjuangan' masing-masing. Ini membingungkan saya kerana setahu saya, kebanyakan perwakilan Bahagian mahupun ahli Pemuda sekalipun tahu sudah prinsip perjuangan setiap calon.

    Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) mahu Pemuda Berani Berubah dari dalam, baik dari segi sikap, keterampilan mahupun tindak-tanduk dan siap mencabar supaya Peralihan Kuasa berlaku, malah dipercepatkan lagi. Datuk Seri Khir Toyo (KT) mahukan Pemuda Berani juga, tetapi lebih mengetengahkan keperluan jentera Pemuda lantang mencabar pembangkang untuk menang kembali 5+1.

    KJ pula mahu Setiakawan... Setiakawan... OK lah, mungkin KJ perlu memperjelaskan prinsip perjuangan beliau sendiri, tetapi bukankah KJ berkata baru-baru ini yang beliau ingin menyambung zaman ke'gemilangan' Pemuda di bawah kepimpinan Datuk Hishamuddin Hussein dan beliau yang sedia ada? Ke'gemilangan'... hmmm...

    Mungkin ini masalah KJ sendiri. Apa kata KJ sahaja mengadakan beberapa majlis, lengkap dengan soal-jawab "Q&A" terbuka dengan ahli-ahli yang hadir? Walaupun stail KJ sekarang yang bergerak meja ke meja selepas ucapannya di majlis-majlis terlihat lebih intim, tetapi beliau nampaknya sendiri mengakui ia kurang upaya menjelaskan prinsipnya.

  2. Sebagai seorang yang dicalonkan ke Exco Pemuda, saya telah dinasihatkan yang kita tidak boleh berkempen untuk pemilihan kali ini. Ini menurut kod etika parti yang terkini. Tetapi KJ, sebagai seorang berjawatan dalam parti dan menantu Presiden, nampak begitu beria-ia mahu berkempen. Adakah ini bermakna yang sebenarnya kita dibenarkan berkempen sempena pemilihan Mac depan, atau mungkin beliau sahaja yang dibenarkan berkempen?

  3. KJ yang mencadangkan debat tersebut diadakan, tetapi kemudian mengharapkan seseorang memberitahu beliau tempat, masa dan tarikh ia diadakan. Ini membingungkan kerana sebagai orang No. 2 dalam Pemuda sekarang, semestinya KJ bertanggungjawab mengatur sendiri usaha debat ini. Tambah pula ini cadangan beliau. Adakah beliau mengharapkan orang lain mengurus untuknya? Beginikah gaya kepimpinan beliau?

  4. KJ berpendapat yang debat Pemuda tersebut akan merapatkan rakyat lagi kepada UMNO. Ini saya rasa satu ide yang pelik dan terlalu riak untuk diakui oleh anak muda kita. Bukankah lebih penting untuk sesuatu parti dalam kerajaan melaksanakan janji pilihanrayanya bagi merapatkan diri dengan rakyat dari memperagakan tikaman lidah pemimpin-pemimpin mudanya?

    Malah, intipati 'Prinsip Perjuangan' yang dicadangkan KJ pun bukanlah persoalan yang menarik perhatian rakyat kebanyakan. Buat pengetahuan KJ, rakyat kini lebih berminat tentang isu ekonomi, kos hidup, jenayah, peralihan kuasa segera bagi membolehkan kerajaan menangani masalah negara dengan lebih cepat, dll.

    Debat terbuka tentang 'Prinsip Perjuangan' pada hemah saya akan hanya menambah kecemuhan rakyat terhadap Barisan Nasional dan UMNO, yang kelihatan masih 'syok sendiri'. Lebih teruk lagi, ia mungkin juga menjadi modal baru pembangkang untuk menjelekan Pemuda di kaca mata anak-anak muda yang ingin ditarik kembali ke parti.

  5. Berbalik kepada alasan perlunya calon menjelaskan prinsip perjuangan, tidak bolehkah ini ditangani dengan memastikan media arus perdana memberi ruang sama banyak kepada DMM dan KT seperti diberi kepada KJ? Malah, memandangkan 'prinsip' KJ pun masih kabur walaupun begitu banyak liputan 'khas' tentangnya, apa kata media arus perdana memberi lebih perhatian kepada DMM dan KT menjelang Mac 2009? Pasti lebih berkesan dari debat!

Maaflah kalau kebingungan saya tentang hal ini pun kelihatan keterlaluan, tetapi ini semua haruslah diperjelaskan. Mungkin cara terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah dengan kita mengadakan sebuah majlis di mana ide debat ini diperjelaskan oleh KJ dan kemudian beliau berpeluang menangani segala persoalan melalui sesi soal-jawab atau "Q&A". Kemudian kita adakan majlis yang sama dengan kedua-dua calon lain.

Eh, kalau macam tu, mungkin kita boleh buat majlis macam ini untuk hal-hal Pemuda yang lain dan diadakan di seluruh pelusuk negara! Ke dengan forum bersama ke? Eh, tapi bukankah ini cara UMNO yang lazim? Adalah sedikit kelainan yang mungkin boleh diolah berikutan ide lebih bernas Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya UMNO menyediakan pentas khas untuk semua calon mengetengahkan nilai dan pendirian, tak kira 'keupayaan'.

Syukur adanya pemimpin Negori yang cerdik dan matang fikiran seperti Datuk Rais...

Kemaskini...

Saya diperingati oleh blog Another Brick In The Wall bagaimana KJ sebenarnya suka mengelak dari berdebat sebelum ini. Lihat sahajalah bagaimana baru-baru ini pun, beliau lebih selesa berdebat dengan kuncu Anwar dan kuncu Oxford yang sejenis dengannya. Namun harus juga saya betulkan sedikit fakta saudara Voice. KJ sebenarnya hadir di forum anjuran Johns Hopkins yang disebut, tetapi dibelasah teruk oleh arwah sahabat saya Adlan Benan Omar.

Mungkin kerana itulah beliau langsung lari dari mana-mana jemputan berdebat dengan Adlan selepas itu. Malah beliau juga tertuduh menyekat Adlan dari diterima balik ke pangkuan UMNO selesai taubat dari zaman PKR-nya. Yang si Ezam tak apa pula...

10 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Ada orang fikir bahawa segala kurap dan kudisnya akan baik jika dia berbaju cantik siap dengan sampin dan tengkoloknya.

Apakah mungkin seorang penyamun (menantu) bin lanun (bapa mertua) yang belum insaf mampu jadi 'malaikat' dalam sekelip mata di atas satu pentas kerana lidahnya pandai berhujah.

Jumpa lagi..

Quantum Metal Consultant said...

Berita TV3 sebentar tadi, Paklah minta rakyat memajukan pertanian menggunakan biotek dan ICT dan sempat pula menempelak mantan Perdana Menteri yang dulunya sering mengutamakan perkilangan dari pertanian, katanya lagi, idea mengutamakan perkilangan itu adalah pemikiran lapuk, orang tak pakai lagi..

Yang bestnya, wajah paklah ketika berucap sama dengan wajahnya ketika membidas Tun di KK, emosi dan penuh dengan kebencian..jelas paklah tidak dapat mengawal kemarahan dalaman seperti gunung berapi lalu meletus..begitulah paklah yang begitu tertekan sekarang.

Sesuatu yang paklah lupa, dalam saranannya memajukan industri pertanian tersebut, teknologi biotek dan ICT itu lebih awal dipelopori oleh mantan yang sama.

Paklah lebih bijak kalau dia memuji mantan perdana menteri yang lalu sebagai reverse psikologi dan perang saraf yang mengena.

Dalam hal ini, eloklah KJ yang beria ia menunjukkan kehebatannya berhujah supaya melatih terlebih dahulu bapa mertuanya dalam pengucapan awam.

Apa yang kita bimbang ialah Mukrij akan menyahut cabaran debat KJ dengan syarat mereka berpasangan dengan bapa/bapa mertua masing masing.

Amacam Kj, ada berani ????

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Untuk pengetahuan Sdr, saya merupakan cucu kpd Tokoh UMNO Bahagian Langkawi yg juga pengasas Umno bhg tersebut iaitu Allahyarham Tuan Haji Ahmad Siron.

Beliau menjadi ketua cawangan semenjak zaman Tun Hussein menjadi PM sehingga zaman Tun M. Dan termasuklah zaman ayahanda Sdr bergelar MB Kedah.

Saya saban tahun membaca kad raya Tan Sri Sanusi yg dikirim kpd tokwan saya dan nama sdr memang tertera disitu setiap tahun (setiap kad).

Saya berharap dapat sdr dapat mengembalikan imej dan kredibiliti umno Langkawi kini yg saya lihat semakin malap dan lesu.

Saya memiliki persamaan ideologi dgn Sdr iaitu anti-KJ dan pro-DMM.

Saya menyokong penuh Sdr sekiranya Sdr bergelar exco pergerakan pemuda umno Malaysia.

Semoga Sdr akan bergelar exco pemuda Umno dengan ketuanya ialah DATUK MUKHRIZ MAHATHIR BUKAN KJ MENANTU PAK DENGKUR...

Insyaallah, selepas segala pengajian saya tamat, saya akan cuba menjadi 'sireh pulang ke ganggang' dan bersama-sama Sdr dalam MEROBAH DENGAN KEBERANIAN.

Doakan saya dapat menggapai cita-cita ini, dan saya doakan Sdr terus jauh menyusur dalam arena ini. Insyaallah.

BERANI BERUBAH...!!!


Ikhlas,


Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Bangi, Selangor Darul Ehsan

Kamal Sanusi said...

Kalau dah tahu yang KeraJalang sekoq ni, kenapa ramai pulak yang masih menyokongnya? Itu yg memeningkan kefala saya yg sedia fening nih.

Dah melepasi kuota baru berani bersuara. Itukah bakal pemimpin yg dicari untuk golongan muda?

Apa yang saya pasti adalah golongan muda di Malaysia terutama dari bangsa meloya... oppsss!!! silap taip ler plak, meLAYU tiada mempunyai identiti tersendiri. Jiwa mereka kosong selepas tiada apa yg Hisham Tok Mudim laksanakan. Malah tak salah kalau saya katakan tiada pendirian tersendiri.

Jadi tidak hairanlah kenapa bangsa meLAYU semakin LAYU DI HUJUNG MEKAR.

whackthembugger said...

1. The debate is a sinister ploy by KJ to deceive the grassroots and the Malaysian public.

2. In Malaysian politics today, who does not know that phony by the name of KJ, grossly responsible as much as his father-in-law for the disasters of UMNO and BN. Using a populist platform of “Setiakawan”, running as a "Malaysian," as opposed to that of "Malay" whist trying to push some form of reform agenda for Umno, is most perplexing for a candidate standing for a party strictly for the Malays and Islam. KJ desperately hopes to galvanize support for his battered image and such self delusion is to grossly cover up his winnings/ nominations earned dubiously by money politics and whatever remaining influence of his father-in-law.

3. Amateurish as he is in Malaysian politics and of its complex culture, this stupid bloke discards Eastern values particularly Malay values for the west in portraying himself as a man of the times. Like his mentor the chameleon cum self centered politician by the name of DSAI, KJ insists on riding on the wave of false liberalization, democratic reforms, and greater transparency in the wake of the disasters of his own creation. Public debates is an American culture and not necessary appropriate to Malaysian politics especially for UMNO. The local political sensitivities are not akin to those in United States and public debating on issues relating to UMNO are likely to have more negative consequences than good..

4. I read the negative comments on public debating by several key UMNO politicians including Mukriz himself and I stand whole heartedly with them on this issue. Action speaks louder than words and we cannot allow a publicly acclaimed nincompoop, good for nothing fool like KJ to continue disrupting the re-engineering of UMNO Youth with his forked tongue. I hope in the greater interest of the youth movement, YB Khir Toyo, should back out from participating with such public debate so that KJ will bark and yapp in solitude on his ridiculous platform and let whatever ludah he spits to the air to fall flat on his deserving face.

5. No more of KJ, enough of him; the Silent Majority is watching and trust that grass roots will decisively oust him and his close associates out of politics. To strengthen UMNO in these uncertain times, the grassroots must get rid of selfish pricks like KJ and his associates and focus on the economy and win back those states lost.

Pakteh said...

Percayalah..perdebatan ini hanya mengundang pergolakan dalam BN. Mungkin KJ mahukan segala-galanya kucar-kacir dan beliau dapat menangguk di air keroh...
p/s: diharapkan DMM tidak terpedaya seperti DSKT...(nada KT pun dah berubah...seperti dah nak mengelak dari berdebat...baru sedar ke termakan umpan KJ)

LazerJuan said...

Kutuklah Khairy as much as you want...you can call him a scum, bastard, jahanam, ets...

Yang penting...Khairy tetap mendapat pencalonan!!!...jumlahnya agak besar!!

Misteri, Konspirasi atau masih terlalu ramai Melayu dalam UMNO yang masih BANGANG!!!!

Totally disgusted by such development...on second thought, could this be democracy after all..a price we have to pay??!!

Gholie said...
This comment has been removed by the author.
Gholie said...

salam bro,

ntah kenapa rajin la datang sini sejak dua menjak ni, ya la nak tgk my junior menulis....dan sememangnya sokongan akan diberi pada yang benar dan ikhlas. i know you sejak kecil..

sedikit cebisan renungan dari orang yang berminat dengan perkembangan UMNO tapi tak boleh berjuang secara terus terang disebabkan kekangan keadaan....

harapnya ahli UMNO tak kiralah pemuda, puteri, wanita dan UMNO itu sendiri, tolonglah gunakan akal dan fikiran ketika menentukan siapa yang layak memimpin. sebagai ahli biasa, yang memang tak boleh memegang apa-apa jawatan dalam parti, saya melihat dari jauh tapi dengan hati yang amat dekat tentang perkembangan UMNO, UMNO telah wujud dalam lingkungan hidup ini sejak lahir, tapi fenomena sekarang amat menyedihkan.

ramai kawan-kawan yang dah beralih haluan, alasan mereka mudah, buat apa sokong kalau pemimpin yang memacu parti kelihatan lebih suka mencari kepentingan peribadi dan selalu melakukan perkara yang tidak boleh diterima akal.

pejuang yang ikhlas tak mungkin memburukkan lawan mereka, pejuang yang ikhlas tidak akan mendabik dada menyatakan merekalah yang paling perkasa, pejuang yang ikhlas tidak akan menggadai maruah membeli undi dengan wang, dan tidak akan menggunakan wang sebagai pemboleh cara. penjuang yang ikhlas akan ingat pada tuhan yang maha esa..penjuang yang ikhlas akan sentiasa mengingati dosa dan pahala.

mudahnya, jika ingin melihat manusia seperti saya dan kawan-kawan terus disisi UMNO, pastikan pemimpin yang dipilih oleh yang diberi hak terdiri daripada yang menjuang secara ikhlas, yang mementingkan rakyat dan menjadikan diri mereka yang kedua selepas agama, bangsa dan negara. kami (u know who) tak sanggup melihat agama, bangsa dan negara digadai, dijual-beli, dijadikan bahan untuk kepentingan kelompok manusia tamak dan gila kuasa.

tak dapat dibayangkan apa akan jadi pada tanah melayu jika dipimpin oleh seorang yang perasan pandai, yang bakal dibimbing dengan peminat filem hindi.
so selamat maju jaya, semoga terpilih jadi EXCO nanti....and good luck to mukriz (datuk) moga berjaya.

Pak Lan said...

Asalamualaikum....

Saya rasa buang masa saje berdebat dengan KJ ni.Pada pemgamatan saya KJ ni cuma pandai bercakap tapi tak ada isi.Kalau orang dengar dia berdebat tanpa menganalisa apa yang dia cakap memang orang akan tertarik dan terpegun konon dia ni pandai benar.Tapi kalau kita amati betul betul apa dia cakap , dia sebenarnya bermain dengan kata-kata dan gaya bahasa saja.Pointnya tak ada.

Contohnya , masa dia berdebat dengan Husam dulu.KJ cakap berdegar-degar.Husam cakap relax saja tapi Husam made more sense dari KJ.Husam berani jawab soalan head on.KJ mengelak dari menjawab dan memutarbelit soalan.Nak jawab tak reti atau tak berani.

Gaya KJ ni kalau masuk debat peringkat sekolah dulu boleh la dapat markah untuk gaya bahasa.Tapi untuk isi boleh la dapat 0.

Rakyat dan negara perlu pemimpin yang boleh memimpin.Yang boleh berfikir dan bekerja.Bukan yang pandai cakap saja , atau pandai temberang.Kalau sekadar pandai cakap dan pandai temberang , ada beribu yang semacam ini di kedai-kedai kopi , di kantin-kantin pejabat kerajaan.Cuma mereka ini tak sempat jadi menantu perdana menteri aje!

Tangential Malay Search Results