Dua malam sudah, saya berpeluang menyertai perbincangan di rumah Dato' Dr Hassan Ali. Beliau telah menjemput beberapa blogger, saya rasa dengan niat untuk mengambil peluang berinteraksi bersama pelopor media yang paling rancak menghentamnya, sekalian Dato' Mustapha Ali dan YB Nasaruddin Mat Isa. Apabila diperkenalkan, tuan rumah tidak terlalu terkejut, malah ramah meraikan kehadiran saya ke Majlis, manakala pemberita Sinar dihalang masuk!
Biasanya majlis tertutup dengan blogger diadakan oleh pemimpin politik sama ada untuk memberi penjelasan 'kedudukan sebenar' pada hemah mereka ataupun bagi memantau suasana di alam maya. Dari nada serta tatacara majlis semalam, matlamat jangkamasa pendek adalah untuk memantau suasana sementara jangkamasa panjangnya bagi menjalin silaturrahim antara pemimpin yang hadir dengan juru-jurublog.
Pemimpin yang hadir selain tuan rumah adalah YB Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Jurublog yang hadir taklah ramai mana, kira-kira kuranglah dari 20 orang, tetapi ada juga yang dikatakan cukup berpengaruh, terutama sekali di kalangan pembaca mirip PAS serta Pakatan Rakyat. Saya seorang rasanya yang mengaku blogger UMNO manakala penjemput saya, Mahaguru58, terkenal dengan 'berkecualinya' dalam segala hal kecuali yang dipercayai BENAR!
Apa yang dibincangkan? Macam-macam, tapi pokok-pangkalnya adalah kemelut PAS di Selangor. Terus-terang saya katakan di sini yang Dato' Hassan mahupun YB Nasa kedua-duanya terus-menerus mengesyorkan semua yang hadir bahawa mereka setia dengan perjuangan PAS. Malah, hentam-sindir UMNO sikit pun ada, walaupun saya sudah diperkenalkan terpacak di depan mata. Tetapi mereka kelihatan resah yang ahli PAS sendiri enggan faham kedudukan mereka.
Pada hemah saya:
- Salah-betul pendirian mereka, kedua-dua pemimpin PAS ini kelihatan sopan dan berlaku benar dalam memberi penjelasan. YB Nasa dengan terus terang menjelaskan mandat yang diamanahkan kepada beliau oleh majlis-majlis kepimpinan/ulama PAS untuk berbincang dengan UMNO di mana sesuai sejak PRU-12. Intipatinya tidak boleh saya huraikan di sini, tetapi beliau selesa juga mengatakan perbincangan dengan UMNO tidak berhasil.
- Dato' Hassan juga memberi kepastian kepada jurublog ini yang sebab beliau tidak ingin meninggalkan Pakatan Selangor adalah kerana beliau dan pemimpin PAS sebaris dengannyalah satu-satunya suara mempertahankan hak umat Melayu Islam Selangor di dalam kerajaan Pakatan tersebut! 'Melayu' yang lain kelihatan kelu apabila berdepan dengan DAP mahupun dicabar ahli PKR yang bukan Islam!
- Kedua-dua pemimpin ini kelihatan agak hormat terhadap TG Nik Aziz, sehingga tidak membalas bidasan Tok Guru, selain menjelaskan harapan mereka yang mesyuarat khas pada hari Rabu akan meleraikan segala persengketaan. Malah, apabila ditanya tentang pengetahuan TG Nik Aziz tentang keputusan kepimpinan mahupun Dewan Ulama PAS, mereka kelihatan tersipu-sipu menjelaskan yang Tok Guru sering tidak hadir!
- Berdasarkan di atas, saya rasa harus ada keyakinan pada pengikut PAS untuk terus yakin akan kepimpinan YB Nasa, dan utama sekali, umat Islam di Selangor, tak kiralah parti mana, sepatutnya menyokong usaha-usaha Dato' Hassan yang betul! Ini termasuklah usahanya menghalang arak dijual meleluasa di Selangor (akta negerinya pun yang UMNO/BN luluskan dahulu!) dan mempertahankan maruah Melayu dari tohmahan Harbi di SelCAT!
Politik kita ketepikan dahululah kalau yang Dato' Hassan buat tu betul! Penyokong BN terutama sekali orang-orang UMNO haruslah matang fikiran dalam hal ini. Kalau betul usahanya, kita sokong, tapi bila PRU/PRK, berentap lagi! Sebab pertelagahan kita dari segi prinsip masih belum punah. Tetapi yang betul, kena sokonglah...
Kini sebenarnya saya merasa pelik sedikit... rupa-rupanya sudah ada banyak blog PAS yang menggunakan kehadiran saya dan memutar-belitkan perjalanan majlis semata-mata untuk membantai Dato' Hassan dan YB Nasa! Tak patut, dan tak matang! Padahal saya hadir bukan sebagai 'orang UMNO' tetapi ahli Muslim Bloggers' Alliance! Mungkinkah ini hasilnya politik fanatik dan taksubkan ikon tertentu di dalam PAS, seperti TG Nik Aziz, sehinggakan ia kini seolah-olah makan tuan! Wallahualam...
24 comments:
I am glad to note the neutral tone of your comment with regards your visit (upon invitiation Imust add), juga bahasa beradab yang digunakan (as always, I must also add). Hanya kerana kita tak sehaluan dari segi politik tidak semestinya kita perlu menggunakan kata-kata kesat penuh cerca nista.
Semalam saya ada terbaca komen puak-puak pro-PAS berhubung perjumpaan yang sama.. rata-rata mereka menyindir sinis kehadiran pro-UMNO blogger yang hadir (must be you lah), dengan mengatakan kekesalan mereka kenapa such blogger/s were invited dan ucapan "tunggulah tengok macam mana dia spin nanti."
Spin. That's the only word they know. This kind of sindiran - perception & preconcieved notion that Spin it's going to be - reflects the mentality of such bloggers, I am afraid. Seharusnya minda perlu terbuka. Not everything in political blogging revolves around Spinning. For every spinner, there are tens yang tidak spin, bercakap benar, tulus & ikhlas demi Agama, Bangsa dan Negara.
Kama TTDI
Alquran kalamullah pun depa spin...inikan pula kalam manusia macam kita ni cik kama ooooiiii...
Bro...aku rasa lebih baik kita banyakkan dialog PAS UMNO...bukan tujuan nak tarik masuk UMNO tp ada benda tak boleh bantai dalam dewan yang hendak disampaikan kepada Kerajaan...
kita selalu mancari berbezaan...kenapa kita tak cari titik persamaan???? kenapa pahaman politik yang kita lagakan sedangkan syahadah kita satu, kiblat kita satu...
Salam.....
Blogger Pro Pas yang menampilkan ciri2 tak Islamik perlu TG Nik Aziz bersihkan terlebih dahulu.
Jika tidak, imej Pas akan lebih tercemar....Umpama cakap X serupa bikin...
Wanbaki, saya setuju dengan anda...
Orang Melayu/Islam kena lebih bijak berpolitik...
Dalam kepentingan bersama kita "wajib" bersatu!!!!!
stuju stuju, wan baki! :)
Berbading dengan pemimpin PAS yang sebok dengan kemelut perjuangan tentunya pemimpin dan penyokong tegar UMNO sebok berjuang di jamuan rumah rumah terbuka 'sempena' Adildilfitri yang masih berterusan.
Elok Akramsyah turunkan sikit berat badan supaya menjadi bloggers muslim alliance yang segak dan ikut sunnah nabi.
Soalnya, benar atau tidak hak melayu dan Islam dipertikaikan dalam kerajaan PAkatan Rakyat di Selangor?
Setakat yang kita lihat TIADA BUKTI kedudukan Melayu diletakkan dalam bahaya di Selangor?
Lebih2 lagi Dato Hasan sendiri menaikkan isu SELCAT yang beliau telah anggap sebagai mempertahankan Melayu padahal ianya hanya mempertahankan tindakan korupsi pegawai2 kerajaan Selangor.
Kenapa jadi macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
HAKIKATNYA, sehingga kini kita tidak lihat SATU ISU pun yang bersangkutan dengan hak orang Melayu dan ISlam si Selangor yang diperjuangkan oleh Dato hasan dalam kapasiti beliau sebgai exco.
Mereka memang setia dgn perjuangan PAS. Yang dipersoalkan tentang mereka adalah usaha dan sikap mereka yang mahu membawa PAS menjalin hubungan politik dengan UMNO.
Perkara tu "I bet" diorang tak sebut? Or maybe they did according to Al Banjari
Tulang Besi. Itulah malangnya sdr tidak hadir malam tersebut. Sekiranya hadir, banyak juga perkara yang didedahkan oleh Dato' Hassan tentang kemelut dalaman exco Pakatan Selangor. Namun, kami yang hadir dipohon tidak menghuraikannya, maka saya berniat untuk memegang amanah tersebut.
Saya rasa agak lucu sdr memohon bukti sama ada hak Melayu dan Islam dipertikaikan di Selangor. Sebenarnya, tak perlu lama berfikir, yang isu cadangan MB Pakatan supaya zakat digunakan untuk pembangunan Selangor tu amende? Tetapi pada masa yang sama, sdr menohmah pegawai kerajaan Selangor, menuduh mereka rasuah... mana buktinya?
Kalau betul pegawai negeri Selangor yang dibela Dato' Hassan kerana dihina SelCAT Rasuah, kenapa belum ada tindakan ke atas mereka? Repot polis pun habuk tarak... pecat mahupun gantung kerja pun sorang tu belum! Mana bukti yang itu.
Sdr Tulang Besi. Masalah keadilan sebenar dari Allah adalah ia tidak boleh diperalatkan. Ia tidak boleh di'spin'. Maka kalau betul sdr memperjuangkan keadilan, konsistenlah sedikit dalam menuduh, kalau tidak, baik jangan! Dan kalau tak hadir tu, janganlah buat-buat pakar niat serta kelaku orang yang ada!
Akhir kata, bacalah betul-betul penulisan saya. Kalau sdr baca betul-betul, mungkin sdr tak komen buta-buta seperti terakhir sdr sebut. You lose your bet mate, mereka BENAR maka mereka sebut...
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...
Tulang Besi. Itulah malangnya sdr tidak hadir malam tersebut. Sekiranya hadir, banyak juga perkara yang didedahkan oleh Dato' Hassan tentang kemelut dalaman exco Pakatan Selangor. Namun, kami yang hadir dipohon tidak menghuraikannya, maka saya berniat untuk memegang amanah tersebut.
.
Jadi terus percaya bulat2. Whatever happened to getting a balanced view of things?
Sering kali apa yang hasan ali kata MESTI ADA CERITA di sebaliknya.
Read this and weep, Akramsyah
http://www.malaysiawaves.com/2009/10/kronologi-peristiwa-hasan-ali-menentang.html
(On the issue of SELCAT)
Saya rasa agak lucu sdr memohon bukti sama ada hak Melayu dan Islam dipertikaikan di Selangor. Sebenarnya, tak perlu lama berfikir, yang isu cadangan MB Pakatan supaya zakat digunakan untuk pembangunan Selangor tu amende? Tetapi pada masa yang sama, sdr menohmah pegawai kerajaan Selangor, menuduh mereka rasuah... mana buktinya?
.
This is derived from an official comminique from the MB's office:
Sepertimana yang dijelaskan kepada umum dan media sebelum ini, dana Baitulmal Pembangunan yang dirancang tidak akan menyentuh wang zakat yang dibayar oleh umat Islam di negeri Selangor.
Hanya “modus operandi” kutipan dana ini akan berlandaskan sistem kutipan zakat sepertimana yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Pejabat Menteri Besar telah pun mendapat nasihat dan cadangan dari pejabat Mufti Selangor bagaimana Baitulmal Pembangunan ini boleh dijalankan..
http://suwaritimur.blogspot.com/2009/08/baitulmal-pembangunan-tidak-akan.html
So it's all a lie concoted by UMNO on Tan Sri Khalid.
So Akram, any other evidence you wish to bring forth?
Kalau betul pegawai negeri Selangor yang dibela Dato' Hassan kerana dihina SelCAT Rasuah, kenapa belum ada tindakan ke atas mereka? Repot polis pun habuk tarak... pecat mahupun gantung kerja pun sorang tu belum! Mana bukti yang itu.
.
Tindakan mcm mana yang dikehendaki oleh Akram?
Atau yang lebih praktikal adalah membiarkan rakyat menjadi hakim ke atas perkara2 yang telah dilakukan oleh para pegawai ini.
Yang jelas bagi saya, tindakan pegawai2 ini telah menguntungkan UMNO sehingga menyebabkan PAS hilang 12 dari 20 kerusi yang dipertandingkan di Selangor 2008.
Maka kalau betul sdr memperjuangkan keadilan, konsistenlah sedikit dalam menuduh, kalau tidak, baik jangan! Dan kalau tak hadir tu, janganlah buat-buat pakar niat serta kelaku orang yang ada!.
Saya tak hadir masa Al Quran di turunkan.
Adakah bermakna saya tak boleh mempercayai Al Quran.
Anyways sudah ada recordings of what has transpired during the meeting.
Tulang Besi. Malang lagi bagi saudara, saya juga sudah tahu segala helah yang direka oleh mereka yang ingin mempergadaikan hak Melayu Islam di Selangor. Adakah saya harus terima helah MB Selangor dalam isu zakat apabila Baginda Sultan sendiri menitah bantahan keatas perancangannya. Adakah Sultan Selangor, seorang Banker, senang keliru?
Adakah saya harus menerima alasan dilemparkan harbi atau lebih sedia menerima kenyataan pegawai Islam Selangor sendiri yang dicerca dalam SelCAT? Saya bukan menerima momokan rekaan sdr dan rakan-rakan bulat-bulat, tetapi merujuk dahulu pegawai kerajaan Selangor merata-rata di sekeliling... kan kita tinggal di Lembah Klang bro, kalau di ulu mungkin bolehlah tertipu!
Dan tolonglah jgn guna putar-belit kata politik di sini. Ini arena fakta dan hujah sdr, bukan arena helah dan fantasi seperti yang lazim sdr mungkin mempelopori. Al-Quran kita percaya turun kerana kita merujuk kepada orang yang kita percaya, dari Rasulullah hinggalah ke ibubapa atau Imam kita. Tambah pula, Quran itu sendiri membuktikan kesahihannya.
Sdr merujuk kepada siapa? Sehebat manakah keBENARan dibawa orang dirujuk sdr. Atau mungkinkah terlalu banyak andaian dan tekaan hasil taksub dan benci mengaburi mata? Kita org Islam sdr... buatlah macam org Islam...
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...
Tulang Besi. Malang lagi bagi saudara, saya juga sudah tahu segala helah yang direka oleh mereka yang ingin mempergadaikan hak Melayu Islam di Selangor. Adakah saya harus terima helah MB Selangor dalam isu zakat apabila Baginda Sultan sendiri menitah bantahan keatas perancangannya. Adakah Sultan Selangor, seorang Banker, senang keliru?
.
Saya tak kesah apa saudara nak kata. Saya nak tengok INCONTROVETIBLE EVIDENCE.
If you don't have any then i suggest you shut your trap.
Adakah saya harus menerima alasan dilemparkan harbi atau lebih sedia menerima kenyataan pegawai Islam Selangor sendiri yang dicerca dalam SelCAT? Saya bukan menerima momokan rekaan sdr dan rakan-rakan bulat-bulat, tetapi merujuk dahulu pegawai kerajaan Selangor merata-rata di sekeliling... kan kita tinggal di Lembah Klang bro, kalau di ulu mungkin bolehlah tertipu!
.
Yaaa saya sudah melihat rekording prosiding SELCAT. Saya melihat sendiri bagaimana soalan2 diajukan.
Dan saya tak nampak pun mana2 pegawai dicerca sebagaimana Sanusi Akramsyah dakwa.
Mungkin saya miss, but since it is a public proceeding, there is public records.
I will be more than willing to see evidence of "your claim"
Saya juga banding dengan prosiding yang melibatkan CEO PNSB, Datin Khairiyyah, seorang perempuan.
Dan Datin Khairiyyah tidak pula merengek2 mcm budak kecik sepert para pegawai2 kerajaan negeri ini.
Kalau Datin Khairiyyah boleh professional dan menjawab soalan dengan jitu, mengapa pegawai2 yang membantu UMNO ini tidak boleh?
Dan tolonglah jgn guna putar-belit kata politik di sini. Ini arena fakta dan hujah sdr, bukan arena helah dan fantasi seperti yang lazim sdr mungkin mempelopori. Al-Quran kita percaya turun kerana kita merujuk kepada orang yang kita percaya, dari Rasulullah hinggalah ke ibubapa atau Imam kita. Tambah pula, Quran itu sendiri membuktikan kesahihannya..
I presented evidence to the contrary of your claim.
I'd be careful in using the word "putar belit" if i were you.
Tulang Besi. Your 'evidence', so called, proves wanting. Apakah cerca datang hanya dari kata nista? Apakah tinggalnya maruah Melayu dan akhlak Islam kiranya cerca hanya dikira apabila kata-kata kesat diguna? Bukankah apabila hormat yang sepatutnya tidak diberi dalam perjalanan mesyuarat, itu bukan cercaan dan penghinaan namanya?
Sdr mengatakan sudah melihat perjalanan mesyuarat SelCAT, apakah cara soalan ditanya tanpa sopan hormat, kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman, tidak menyentak hati sdr? Apakah Datin yang sedia menjawab tidak mendidih juga sanubarinya walaupun kelihatan tabah di luar - sdr mungkin belum kahwin, wanita hebat upayanya menahan luahan perasaan...
Kalau betul sdr dah ada rakaman perbincangan di rumah Dato' Hassan tempohari, tak mungkin sdr membuat andaian yang sama sekali SALAH. Sdr hanya meneka, rakamannya belum ada kan? Kalau ada, kenapa belum upload lagi? Kalau pengakuan sdr yang itu pun boleh disangsi, susahlah saya nak percaya persidangan SelCAT pun sdr dah pantau... berandaian lagikah sdr?
Saya rasa sudah cukup sdr berputar belit di sini. Kalau ingin sdr teruskan, dipersilakan, saya malangnya tak larat nak layan sekiranya kualiti hujah sdr kekal di taraf andaian dan tohmahan semata-mata, tanpa hujah dan fakta yang nyata boleh diperbincangkan secara membina. TQ
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...
Tulang Besi. Your 'evidence', so called, proves wanting. Apakah cerca datang hanya dari kata nista? Apakah tinggalnya maruah Melayu dan akhlak Islam kiranya cerca hanya dikira apabila kata-kata kesat diguna? Bukankah apabila hormat yang sepatutnya tidak diberi dalam perjalanan mesyuarat, itu bukan cercaan dan penghinaan namanya?
.
First rule of akhlak, when u make accusations, u must furnish evidence.
At this point, you're the one that has been found wanting.
Sdr mengatakan sudah melihat perjalanan mesyuarat SelCAT, apakah cara soalan ditanya tanpa sopan hormat, kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman, tidak menyentak hati sdr? Apakah Datin yang sedia menjawab tidak mendidih juga sanubarinya walaupun kelihatan tabah di luar - sdr mungkin belum kahwin, wanita hebat upayanya menahan luahan perasaan...
.
Ya saya berani kata semua soalan ditanya dengan sopan dan santun.
In any case, the standard was set by Datin Khairiyyah of PNSB.
The way the DO's were treated is no different than how Datin was treated.
Except Datin didn't whine like a little kid after the proceedings.
Malu la pegawai2 kita perangai lebih teruk dari perempuan.
And we have cheap politicians defending these pegawai.
Pegawai pertama yang buat tuduhan ini adalah DO Klang, Bahtiar Husin.
Sebabnya adalah semasa proceesing beliau telah membuat kenyataan bahawa kelulusan "pukal" itu dilakukan kerana ingin memberi impak politik.
Ertinya beliau telah memberi peluru kepada Pakatan Rakyat dan amat merugikan UMNO.
Untuk menutup "kesilapan" beliau, tuduhan dilayan seperti budak2 dilayangkan.
In any case, you have ZERO evidence pointing towards the DO's and ADO's claim that they were treated like children.
If they were treated like Children, they would've been removed and sent to Kindergartens.
Kalau betul sdr dah ada rakaman perbincangan di rumah Dato' Hassan tempohari, tak mungkin sdr membuat andaian yang sama sekali SALAH. Sdr hanya meneka, rakamannya belum ada kan? Kalau ada, kenapa belum upload lagi? Kalau pengakuan sdr yang itu pun boleh disangsi, susahlah saya nak percaya persidangan SelCAT pun sdr dah pantau... berandaian lagikah sdr?
.
Boleh bagitau saya, andaian apa yang saya buat?
Saya memberi gambaran sebenar siapa yang datang ke majlis tersebut.
Blogger2 yang jelas menghina Tok Guru seperti awak dan Mahaguru59 yang telah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat.
I think you need to reread my article.
Either that, you need to go and relearn Bahasa Malaysia
Saya rasa sudah cukup sdr berputar belit di sini. Kalau ingin sdr teruskan, dipersilakan, saya malangnya tak larat nak layan sekiranya kualiti hujah sdr kekal di taraf andaian dan tohmahan semata-mata, tanpa hujah dan fakta yang nyata boleh diperbincangkan secara membina. TQ
.
Macam tuduhan awak yang Selangor akan guna duit zakat untuk pembangunan?
Ada bukti ke tidak? ataupun ianya satu bentuk andaian dan tomahan semata2 juga?
Pernah dengar tak pepatah "Mengata Dulang Paku Serpih...."
Please, Please. Show me evidence that Islam and MAlay Rights is currently being undermined in Selangor under Pakatan Rakyat.
Is that too much to ask?
Tulang Besi...
http://www.malaysiakini.com/news/115959
Ho hum... moving on...
Akram,
Read my rebuttal to Nik Abduh
http://www.malaysiawaves.com/2009/10/minta-nik-abduh-tunjuk-siapa-yang.html
akram...
macam aku pernah cakap masa hang mai rumah aku dulu laaaa..."kadang-kadang kita terlalu ingin sempurna sehingga hulu cangkul yang dah elok diraut juga...akhirnya terbuang...kalau nak jugak kena buat semula..."
Post a Comment