Monday, January 04, 2010

Krisis Terbesar Era Najib: Perampasan Kalimah Allah

Isu keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh warkah Kristian semakin hangat diperkatakan. Jurublog ini berasa kecewa akan tabiat terlalu ramai berhujah, tanpa mengira perasaan dan isi hati golongan yang paling terguris tentang isu ini, yakni 'pemilik' atau pengguna asal kalimah tersebut. Dalam melontarkan hujah, tak kiralah baik-buruk niatnya, ia tidak bermula dengan renungan akan kesan ke atas perasaan majoriti umat Islam di Malaysia.

Semua hujah-hujah berikut langsung lari dari isu pokok, yakni sama ada majoriti umat Islam boleh menerima perkongsian kalimah Allah:
  1. Ini isu Sabah dan Sarawak - pemikiran kenegerian yang sempit dalam era GLOBALISASI sekaligus tidak menghormati usaha majoriti masyarakat Malaysia untuk sehati-sejiwa tak kira negeri, bangsa, agama dan sebagainya.

  2. Variasinya, di Sabah dan Sarawak OK sahaja kongsi kalimah tersebut - pemikiran yang mencari alasan, tanpa mengambil kira sejarah dan perbezaan budaya penganutan agama antara Semenanjung dengan Sabah dan tambah lagi Sarawak.

  3. Islam tidak melarangkannya - sejak bila Islam membenarkan kecelaruan maksud dalam akidah? Kalau Islam Hadhari sebagai istilah pun salah menurut ramai ulama, apatah lagi penggunaan sewenang-wenangnya kalimah Allah? Bila masa isu ini dibincangkan oleh majlis ulama, baik pada peringkat negeri mahupun negara, sehingga ada orang Islam sendiri yang pandai-pandai mendalilkan halalnya?

  4. Penganut agama lain tidak memandang berat isu ini - ye lah, memanglah, ini bukan kalimah milik agama lain! Ini kalimah Allah yang khusus diguna-pakai orang Islam sebelumnya! Cuba kalau mahkamah meluluskan perkataan Buddha digunakan untuk memaksudkan Jesus, atau Jesus diterima-pakai sebagai nama alternatif hero Ramayana, yakni Hanuman, putera monyet!

  5. Kenapakah umat Islam tidak boleh bersabar - sabar? Nak sabar macam mana bila orang tak pedulikan isi hati kita! Dulunya, umat Islam Melayu dihinanya 'pendatang' kononnya, Melayu bersabar lebih lagi dari orang yang betul-betul kaum pendatang asal-usulnya apabila digelar yang sama! Apa, kalimah Allah nak dirompaknya pun nak kena sabar juga kah?

  6. ... & ...

  7. ... & ...

  8. BAAANYAAAAAAAK LAGI OI!

Isu ini kian merebak seolah api dalam sekam di kalangan masyarakat Islam. Protes-protes ringan yang sudah pun dibuat oleh gabungan NGO mewakili majoriti umat Islam masih sedang berlangsung. Jumaat ini, api ini akan mula bersemarak secara terbuka, dengan tidak kurang dari 7 masjid menjadi pusat pengumpulan penunjuk perasaan... dan semuanya atas usaha penganut Islam sukarela dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sejarah Islam mengajar umat Muhammad yang penyelewengan walau satu Rukun Islam oleh penganut Islam yang lain pun cukup untuk menjadi modal sebab peperangan. Apatah lagi penyelewengan Rukun Islam dan Iman yang pertama oleh orang bukan Islam! Hati Melayu pula telah terbukti lembut pada lazimnya sepanjang zaman, namun mampu mengeras sewaja besi kiranya terguris. Dan guris paling dalam pada hati Melayu terlaku apabila akidah Islam tergugat.

Sekiranya DS Najib tidak menunjukkan kepimpinannya pada saat ini, alamat meletuplah isu ini, dengan ledakan yang bakal tak terkawal jangkauannya. Wallahualam...

2 comments:

bzz said...

DS Najib terlalu perlahan. Terlalu lembut. Cuma beberapa kali ganda lebih baik dari Pak Lah. Tapi jauh sekali nak sampai separuh dari apa yg TDM ada.

Disebabkan kelembutannya, org naik tocang. Malah, disebabkan 1Malaysia juga, org lain makin naik tocang. Yg jadi mangsa... 'Lu fikir lah sendiri.'

Zaman TDM, tak ada 1 Malaysia, malah kita ada ISA. Ada operasi lalang. Kenapa kita boleh hidup lagi aman? Kenapa kita boleh kunjung mengunjung. menghormati agama dan bangsa lain. Kenapa kita tak ada cerita rasis yg saban hari terkeluar dlm internet dan akhbar?

DS Najib, jgn biarkan org penyokong UMNO mengamuk sekali lagi seperti tahun 2006-2007.

Quantum Metal Consultant said...

Sekarang ni kalau nak sebut, nak kata Najib lebih baik dari Paklah pun dah susah. Sudah tidak sanggup..

Banyak sangat serabai dan serabut, dan yang paling ditakuti 'masalah dalaman' tidak mampu dirungkai oleh Najib.

Barisan kepimpinan UMNO yang jadi tukang hangguk di zaman Paklah terus berdiri teguh di belakang Najib, semuanya terkunci mulut dan lupa rakyat sedang memerhati dengan lebih teliti, lebih teliti dari zaman Paklah.

Kesah altantuya belum dijawab dengan sempurna, jauh dari kebijaksanaan sehingga masih menjadi 'persepsi'.

Kerosmahan asap kemenyan seolah menghantui semua agenda.

Penghantaran wang keluar negara dipenyap tanpa penjelasan bernoktah.

Seperti tsunami atau H1N1 yang ditakuti melanda kali kedua, rakyat sebenarnya sedang menunggu nunggu suara keramat Tun Mahathir untuk terus bersuara mewakili rakyat, bukan sekadar bersuara, tetapi lantang dan berkesan.

Bila? Keadaan perlu diperbetulkan..

Tangential Malay Search Results