Saya dipohon teman-teman blogger untuk mewar-warkan rancangan membantah tindakan anggota parlimen Australia yang menghalalkan tindakan DS Anwar merogol Saiful sebelum selesai perbicaraan untuk menentukan salah-betulnya menurut undang-undang Malaysia. Walaupun tertarik dengan isu ini, saya rasa ada baiknya ia dibiar terwar-war melalui blog-blog yang sudah pun aktif melakukannya supaya boleh blog ini boleh menumpu kepada isu lain.
Ingin saya persoalkan di sini, DI MANAKAH JUARA UNTUK RAKYAT SELANGOR YANG TERGAMBAR DI SINI?
Bila buat pelancaran program Juara Rakyat, berkoyan-koyan orang turun. Saya yang tak minat pun siap ditalipon member yang bertanya kenapa saya tak turun! Soalnya, nak jadi Juara Rakyat, bukan dengan pelancaran majlis sahaja! Juara Rakyat akan jelas apabila Rakyat yang teraniaya orang berkuasa, seperti sdr Bakri ini, yang dilanggar semasa bermotosikal oleh seorang ADUN MABUK, tak kiralah ADUN DAP ke, PAS ke, BN ke, budak Melayu, India atau Kadazan ka, KENAPA BELUM ADA YANG MENJUARAINYA!
Nak tunggu buat majlis ka? Tak payahlah nak ajak orang turun ramai-ramai lagi dah kalau Juara Rakyat tu setakat slogan, retorik dan wayang semata-mata. Bukan 1Malaysia tu, Rakyat tak nampak diutamakan kalau begitu. Tak ubah macam hipokrit lembap Pakatan Rakyat Selangorlah jadinya... Dahlah Ketua Pemuda bila gereja dibakar, tak sabar-sabar sibuk nak jaga hati orang Kristian konon, tapi ini anak muda Melayu sampai dah masuk koma pun tak peduli ka!
2 comments:
Bermula dari hari ini mari kita memberi publisiti kepada kes ini. Jangan pula kerana kita mahu menjuarai kes ini maka kita di cop rasis.....dah agak dah dgn mainan DAP yg tak pernah rasis konon...
Setuju 100% dengan saranan ini. Anak muda ni harus dibela nasibnya oleh ketua pemuda UMNO. Mana si kj ni senyap aje
Post a Comment