- Negeri Perak sudah ada nama yang elok dan bersejarah. Apakah dengan membuat mensyuarat DUN di bawah pokok Sena Pakatan Rakyat ingin menamakan semula negeri menjadi 'Sena'? Rasanya nama negeri Pasir Dua Butir pun lebih sesuai, dan harus di pajak dahulu mungkin daerahnya 999 tahun dari kerajaan negeri... itupun kalau DYMM Seri Paduka perkenan!
- Anak-anak derhaka menyalak biadap dan 'mohon derhaka' kepada Sultan tak sama hikmahnya dengan Sang Kancil menendang anjing. Apatah lagi atas kesedaran akan kebijaksanaan serta keperihatinan terhadap rakyat antara sifat-sifat murni DYMM Seri Paduka Sultan Azlan.
- Melaka berkembang maju dari tunas penubuhannya, maka insiden di bawah pokok lebih 600 tahun dahulu berniat membangunkan sebuah negeri. Tetapi di bawah pokok Sena di Perak, agendanya adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Mana ada barakah disebaliknya?
Dari terus-menerus menjalankan aktiviti menipu rakyat dan mensensasikan usaha mengaut balik kuasa yang dahulunya disalah-gunakan, lebih baik ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat Perak bermusahabah diri dahulu. Inikah yang rakyat mahu? Ini bukan keperluan seperti yang diancam oleh kemelesetan ekonomi sekarang. Dari membuat kerja lapuk yang tiada hasilnya, ada baiknya mereka mencari ilham serta ide yang lebih berguna untuk rakyat.
Masalahnya, ketua nasionalnya si Anwar Ibrahim pun tak tahu hal menyelamatkan ekonomi dari krisis - hampir ranap ekonomi negara dibuatnya pada tahu 1997-1998 dahulu! Apakah beliau sedia menelan malu dan mengakui ide Tun Dr M pada masa itulah yang diguna-pakai di seluruh dunia untuk menangani kemelesetan sekarang? Maka mungkin terperangkap PR, tak mampu menjiwai masalah rakyat dan menangani, tinggallah mereka dengan sensasi sahaja.
Alangkah sedihnya bila yang kononnya bertuankan rakyat redup minda, lapuk ide dan tiada upaya memperjuangkan rakyat tersebut... Kerana kuasa pula bersedia berwayang kulit walau di bawah teduhan pokok Sena... Inilah perjuangan deme...
2 comments:
Tuan,
Good Luck on the Pemuda election end of this month. Kami doakan Dato' Mukriz dan Tuan berjaya dengan cemerlang.
Akram,
This was actually inspired by a P.Ramlee movie, Laxmana Do Re Mi - Negara Pasir Berdengung. Kan bila kerajaan dorang kena rampas, they had a meeting 'bawah pokok'!
All the best to you, hope to see a BPian in the Pemuda line-up.
Hope to see you in Assembly :)
Post a Comment