Sebagai seorang pencinta bahasa, saya begitu sedih melihat usaha para pejuang Bahasa Malaysia kini dipergunakan sehingga huru-hara timbul di negara.
Seperti biasa, Pak Lah yang tahu isu ini sudah mendidih begitu lama dan membiarkan ia membuak-buak selesai keputusan Mathematik dan Sains UPSR yang mengecewakan di luar bandar dengan diputar-belitkan berita mengenai 'kejayaannya', kini sibuk pula ingin menyelesaikannya 'dengan segera'.
Akhirnya, saya setuju dengan pendapat yang mengatakan ini permainan politik sesetengah pihak yang tidak ikhlas pun tentang hal ini. Cuma digembar-gemburkan semata-mata agenda perebutan kuasa pihak tersebut. Malah, kalau bukan kerana ada peralihan kuasa dan sudah diketengahkan isu kuasa Raja-Raja Melayu, tentu tentangan PPSMI disyaki agenda mengalihkan fikiran perwakilan UMNO dari krisis ekonomi menjelang Perhimpunan Agung pada akhir bulan ini...
Hmmm... saya lagi jalan-jalan di Sabah sekarang. Akan saya sambung...
3 comments:
PM ni terlalu lemah dlm semua perkara tak tahu macamamnalah boleh jadi PM. Semua masalah timbul kerana kelemaham kepimpinan beliau baik politik dan ekonomi, lebih2 lagi dlm era financial crisis ni...
Cukup menyampah bila dengar beliau mmbuat sebarang komen tntg sebarang isu..haprak !!
Mudahnya kerja seorang PM kini:
Jika berjaya, kejayaan itu datang darinya.
Jika bermasalah, PM mahu ianya diselesaikan segera - mangsanya ialah Menteri yang berkaitan sedangkan segala keputusan adalah keputusan bersama, tetapi apabila bermasalah Menteri berkaitan yang kena - PM sudah berada di pihak lain.
PM dicanai dan hanya mahu dilihat dalam kedudukan sentiasa betul, baik dan berjiwa rakyat..
Tuan, ini adalah agenda politik yang cukup jijik, sikap pemimpin yang terang terangan buruk dan hina.
Tetapi inilah juga balasan kepada mereka termasuk Hishamuddin dan Najib yang mempertahankannya apabila Tun memberi nasihat sebelum ini.
Mereka mendukung biawak hidup.
DAH MENYAMPAH DENGAN ISU PAK LAH. tak habis-habis bab politik walhal ekonomi negara dah tunggu masa menjunam and yang rugirakyat jugak
Post a Comment