Bayangkanlah saudara-saudari sekelian tertuduh mengugut seseorang dengan peluru lalu dibilang 'celaka' pula. Sudah tentu akan timbul kemarahan atas orang yang menuduh, menghina, malah memfitnah tersebut? Apakah tindakan saudara/i apabila terserempak dengan penganiaya tersebut? Sudah tentu saudara/i tergerak untuk membidas kembali, setidak-tidaknya menuntut penjelasan.
Tempohari diwar-warkan berita pertembungan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Selangor dengan YB Karpal Singh di perkarangan Parlimen. Pelbagai tuduhan kini diajukan terhadap Ketua-Ketua Pemuda tersebut, kononnya mereka 'menghalang' Karpal dari masuk dewan dan 'menimbulkan kekecohan'. Tetapi tidak ada pula yang menjelaskan apa yang berlaku dari kacamata Ketua-Ketua Pemuda tersebut.
Sebenarnya, mana-mana ahli Pemuda UMNO pun sekiranya terserempak dengan YB Karpal pasti akan menuntut penjelasan akibat penganiayaan beliau terhadap Pemuda. Tanpa soal-siasat, di pentas Dewan Parlimen mana semua sebutan suara dirakam dalam sejarah melalui 'Hansard'nya, Pemuda UMNO dituduh menghantar peluru dan digelar 'celaka' oleh Karpal. Apakah mungkin ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata?
Ada. Ketua-Ketua Pemuda UMNO yang berdepan YB Karpal pada hari itu sebenarnya memohon penjelasan dengan penuh hormat akan kedudukan beliau sebagai seorang tua yang juga Pengerusi DAP. Mungkin ada kehangatan suasana, ya lah, Karpal baru sahaja menggelar mereka celaka dan menyelar nama dengan tuduhan menghantar peluru, siapa tak marah? Namun, dilihat juga yang mereka tidak menghalang Karpal apabila beliau mahu beredar ke Dewan.
Sebelum ada yang menuduh saya berat sebelah dan macam-macam lagi, bacalah penjelasan dari hati salah seorang Ketua Pemuda yang terlibat, Latt Sharizan Abdullah, KP PJU di sini dengan hati terbuka. Keikhlasannya terserlah apabila beliau tidak mencanang tindak-tanduk Wakil-Wakil Rakyat DAP yang kemudian menyerang Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut. Yang jelas adalah:
- Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut tidak merancang untuk berkonfrantasi dengan YB Karpal. Pertembungan berlaku secara kebetulan.
- Ketua-Ketua Pemuda tersebut hanya menuntut, malah memohon, penjelasan dan tidak melakukan kekasaran terhadap orang tua politik Malaysia tersebut, walaupun ada kehangatan hasil dituduh macam-macam.
- Ketua-Ketua Pemuda tersebut membuka jalan, memberi laluan untuk Karpal ke Dewan, walaupun beliau enggan memberi penjelasan di luar Dewan.
- Akhirnya, kekecohan sebenar bermula apabila Wakil-Wakil Rakyat DAP menyerbu Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut pula.
Dalam penjelasannya, Latt merujuk kepada video U-Tube 8 minit yang merakamkan kejadian di laman web YB Lim Kit Siang. Ia membuktikan kejadian seperti yang dijelaskan olehnya. Yang menarik bagi saya adalah, video tersebut tidak lagi dapat dilihat di halaman pemimpin DAP tersebut, mungkin kerana ia jelas membuktikan kejadian berlaku seperti di atas?
1 comment:
Tuan nak terang dan jelaskan kepada siapa insiden ini..
Jangan buang masa..tumpukan kepada hal hal ekonomi dan beri cadangan dan idea yang baik sebagai salah seorang petanding exco pemuda..hal hal politik bereleretan dan kian merapu, kian tidak logik...lebih lebih lagi kalau paklah tak jadi letak jawatan.
Jika Najib tidak jadi PM, 3 atau 4 pilihanraya kecil yang akan datang hanya akan menyaksikan kubur yang sudah sedia digali dan ramai yang akan tinggalkan UMNO..
Post a Comment