- Terlihat jelas usaha membaiki keadaan untuk pekerja 'makan gaji', terutama yang berpendapatan sederhana ke rendah.
- Usaha untuk memberansangkan pertumbuhan pekerjaan ataupun menampung kegawatan hidup penganggur mahupun yang baru kehilangan kerja melalui pakej latihan, dsb.
- Insentif tradisional seperti ransangan pembelian rumah, mahupun kreatif, yakni bon pelaburan syariah yang menjamin pendapatan golongan penabung wang dari golongan pendapatan sederhana sekaligus memampatkan perbendaharaan kerajaan dengan 'pinjaman' dari rakyat pelabur.
Tetapi yang lebih menggalakkan bagi saya adalah petanda yang dibawa oleh jalan-cara, ketelusan dan keberanian DS Najib dalam membentang belanjawan ini, contohnya:
- Bagaimana DS Najib berani serta telus mengakui tahap kegawatan ekonomi, sehingga berkemungkinan susut sebanyak -1% dan paling baik boleh diharapkan pun berkembang hanya sekadar 1%. Pengakuan ini lain sekali dari cara Pak Lah yakni sering mengwar-warkan berita baik dalam usaha menyembunyikan isu buruk yang menggunung terpampang di mata rakyat.
- DS Najib juga membentangkan pakej yang agresif sekaligus tidak diduga oleh mana-mana pihak. Permainan media efektif di mana jumlah yang lebih rendah di gembar-gemburkan sementara kerajaan menggubal pakej yang lebih komprehensif memberikan kesan positif menjelang pembentangan. Pakej tersebut juga terlihat jitu dan bukanlah 'setengah masak' seperti lazim dialami rakyat sepanjang 5 tahun lepas.
- Pakej ini juga serasi dengan prinsip neo-Keynesian yang diamalkan oleh Tun Dr Mahathir untuk menangani krisis ekonomi pada akhir tahun 90-an, namun berlainan berdasarkan pelbagai insentif tidak langsung, sesuai dengan kematangan ekonomi Malaysia. Ini menunjukkan kematangan perbendahraan di bawah pimpinan DS Najib yang mengekalkan yang baik dari pemimpin dahulu sambil menimba ide baru untuk abad baru.
Dari segi politik, ternampak pihak pembangkang, termasuklah pemimpin mereka, DS Anwar Ibrahim, terkedu. DS Anwar sebenarnya terperangkap, kerana kalau beliau menyokong pakej ataupun menyatakan ia terlalu kecil, ini menunjukkan beliau mengakui kesalahannya 10 tahun dahulu dan mengakui kebenaran cara Tun Dr M menangani krisis ekonomi dahulu.
Tetapi sekiranya beliau membidas pakej ini sebagai terlalu besar dan membazir, ternyata beliau masih kekal dengan ide lapuknya yang telahpun ditinggalkan oleh sekutu-sekutu ekonominya di Barat yang lazimnya kini menggunakan jalan-cara yang dipelopori Tun Dr M.
Punyalah terkedu pembangkang, sampai PAS pun nak bekerjasama! DAP yang sekian lama gagal menarik pelabur ke Pulau Pinang kerana 'tak gheti' pun mahukan pakej lebih besar!
Cuma satu sahaja yang kini perlu DS Najib buktikan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan menjerumus Pakatan Rakyat kekeranda sejarah 'ekonomi politik', beliau haruslah memastikan pakej tersebut dilaksanakan dengan baik. Setidak-tidaknya lebih baik daripada zaman Pak Lah... rasanya tak susah kan?
7 comments:
Saudara Akram,
Bajet Mini yang dibentangkan adalah satu bajet yang berani. Berani berubah dan berani untuk terus maju ke hadapan.
Najib telah meletakkan asas yang baik untuk menjadikan era kepimpinannya sebagai yang terbaik.
Pembangkang sebenarnya tidak ada jalan lain selain daripada bersama-sama dengan Kerajaan untuk memastikan negara kita berjaya menangani masalah kemelesetan ekonomi ini dengan jayanya.
Politik semata-mata untuk "membangkang" tidak sesuai langsung dalam keadaan sekarang ini. Sekiranya itulah yang hendak dilakukan oleh pembangkang, maka saya harap rakyat segera sedar dan ketepikan mereka bila sampai masanya nanti.
Yang penting ialah kita perlu bersedia dengan asakan ekonomi yang semakin meruncing dan bukannya terus dengan politik lapuk menyalahkan semua orang tanpa sedar bahawa diri sendiri penuh dengan lumpur.
http://c-bok.blogspot.com
Bro
Only yesterday R2D2DFM Mamak Robokop was saying we will be spared from recession and today Rosemajib announces a $60 billion (over 2 years) bailout package which is a whopping 9% of GDP!!
The chief beneficiary will be whoever owns the money printing presses! 1 % contraction in GDP? Robokop who hit Bank Negara for some $6 billion (but DSAI says it was $30 billion) in forex trading losees 10 years ago must be dreaming. This casino addicted gambler doesn't know which aperture he's talking from, does he?
Anyway, since 1997 and Dr.M, we have never pretended to be a rabid free market economy and rightly so, since the Wset and Republican USA has only been play-acting and pretending they are free marleteers.
What worries me is the lack of transparency on how this $60 billion wil be spent. As we all know, Khazanah, PNB, Value Cap and even EPF are all sitting on hundreds of billions of $ of paper (shares) which are worth less than 1/2 of costs since the shares of RHB, MAS, Air Asia, Proton, Eon, Perwaja, Maybank, TM & TMI, Tenaga, PKZ Klang etc, etc, etc have tanked on the KLSE by more than 50%!!
In the long run crony capitalism and propping up lame ducks will guarantee to backfire and blow up in our faces.
The Govt should use this God given correction to wind up up all dodgy state-owned enterprises and put in place a sound economic and infracstructure that is not aimed at benefitting the few and bankrupting the Rakyat (such as the one-sided Toll/IPP/Water contracts)!!
http://donplaypuks.blogspot.com
Bro...
Jgn compare kan DSN ngan Al-Jub...Al-Jub tu dulu mengabehkan boreh jaaaa...Al-Jub dulu bermati-matian nak Tun setuju ambik duit dari IMF...bodo tahap dewa Al-Jub tu...dia ingat Tun bodo macam dia kotttt? DSN tak pernah gagal dlm sebarang port folio yg dipegang...dia sentiasa komited dgn sebarang kerja yg dia buat...masa dia jadi MB dulu pun, dia serve dgn jayanya...so, tolonglah jgn comparekan si bijak (DSN) dgn si bodo piang (Al-Jub) tu...buang karan je...
Sejak bila pembangkang memerlukan seorang PM yang bagus untuk memenangi pilihanraya akan datang bagi membentuk kerajaan baru.
Kalau Najib lemah dan buruk - kenapa perlu pembangkang gusar, bukankah jika Najib lemah maka peluang untuk mereka memenangi pilihanraya begitu mudah.
Nyata mereka tahu nasib yang akan menimpa mereka bila Najib jadi PM.
Seminggu dua ini, awasilah agenda dan muslihat jahat mereka.
SEMALAM JUGA KITA SUDAH TAHU AKAN PENDIRIAN TUN YANG MENYOKONG TAN SRI MUHYIDIN YASSIN SEBAGAI TPM, ALHAMDULILLAH, INILAH YANG SAYA TUNGU TUNGGUKAN NI.
SAYA NAK CAKAP SIKIT LA KALAU ADA PENYOKONG ALI RUSTAM KAT SINI, YANG DATANG MEMBACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI, SAYA AMAT BERSIMPATI TERHADAP APA YANG DAH TERJADI KEPADA DATO SRI ALI RUSTAM, TAPI TUAN TUAN SEKALIAN, ANGGAPLAH INI SURATAN TAKDIR, BUKAN REZEKI DIA...
YALAH, BANYAK YANG PERTIKAI KENAPA BELIAU SAJA YANG KENA PADAHAL ORANG DAH DIDAPATI BERSALAH PUN MASIH BOLEH BERTANDING KAN? ITU SAYA TAK TAU, KITA TERIMA JE LA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT...ALLAH TA'ALA MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH TELAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN, SO PILIH LAH DENGAN BIJAK YA. INGAT! INI BUKAN PERKARA MAIN-MAIN TAU! INI ADALAH SOAL MASA DEPAN NEGARA, APA KEPUTUSAN YANG KITA BUAT HARI INI AKAN MENENTUKAN HARI ESOK UNTUK ANAK CUCU KITA....JANGANLAH KITA TERPEDAYA DENGAN SEDIKIT HABUAN YANG TAK BERMAKNA!!! ESPECIALLY PERWAKILAN UMNO YANG BERJUMLAH LEBIH 2500 TU...MASA DEPAN UMNO TERLETAK DI TANGAN ANDA, MAKA UNDILAH DENGAN BIJAK DAN FIKIRLAH SEMASAK-MASAKNYA SEBELUM MEMBUAT PENGUNDIAN....
KEPADA PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM, JANGANLAH IKUT HATI, JANGANLAH KERANA MARAH ANDA NANTI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKAN DISESALI DI KEMUDIAN HARI....MARAH, YA SAYA FAHAM ANDA MARAH DAN ANDA MERASA BENDA YANG BERLAKU INI SEPERTI TIDAK ADIL KAN? TAPI TUAN-TUAN SEKALIAN, INI ADALAH SURATAN TAKDIR TUAN-TUAN, TERIMALAH TAKDIR ALLAH NI DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN JANGANLAH ANGGAP APA YANG BERLAKU INI ADALAH PERANCANGAN JAHAT DARI SESETENGAH PIHAK, JANGANLAH KITA BEREMOSI! INILAH YANG HENDAK DILIHAT OLEH PIHAK PEMBANGKANG, MEREKA SUKA LIHAT ORANG-ORANG UMNO BERPECAH-BELAH!
YANG TAK MENARIKNYA, SEMALAM SAYA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM AKAN SABOTAJ TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN MEREKA KEPADA CALON YANG LAGI SATU! YANG PELIKNYA, KENAPA TAN SRI MUHYIDDIN DIPERSALAHKAN PULAK YA? KENAPA? WHY? HMMM....
TAHUKAH TUAN-TUAN, KALAU TIDAK DISEBABKAN OLEH KEBERANIAN DAN KELANTANGAN SUARA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN UNTUK MEMPERCEPATKAN PERALIHAN KUASA INI, ADAKAH PERALIHAN AKAN BERLAKU DENGAN SEBEGINI CEPAT? PATUTKAH TUAN-TUAN SEMUA MARAHKAN TAN SRI YANG SANGGUP MELETAKKAN LEHERNYA DI HUJUNG PEDANG DEMI MENYELAMATKAN UMNO TERUS DARI TENGGELAM? INIKAH CARA KITA MEMBALAS BUDI BAIK TAN SRI? DENGAN MENGIKUT EMOSI?
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ADALAH SEORANG WIRA YANG SANGGUP MEYAMPAIKAN HASRAT AKAR UMBI WALAUPUN IANYA BOLEH MENCANCAM KEDUDUKAN BELIAU....MANA WIRA-WIRA LAIN MASA TU? SEMUANYA MEMBISU SERIBU BAHASA.....
INGATLAH, JANGAN LUPA AKAN JASA TAN SRI MUHYIDDIN KEPADA UMNO DAN NEGARA, SOKONGLAH BELIAU TANPA BERBELAH BAGI, BELIAU ADALAH PARTNER DATO SRI NAJIB YANG TERBAIK!!! INI JUGA DIAKUI OLEH TUN DR MAHATHIR.
JADI SAYA MINTAK PADA PENYOKONG-PENYOKONG ALI RUSTAM SUPAYA FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM PEMILIHAN. ORANG TUA-TUA KATA IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA!
MARILAH KITA MENAIKKAN UMNO SEMULA KE SATU TAHAP YANG LEBIH TINGGI!!!
SEKIAN BUAT KALI INI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH YA!!!!
http://parpukari.blogspot.com
parpukari...kerja kerja memuji, memuja dan membodek Muhyiddin sudah tidak laku dalam UMNO, mual dan geli...
Menyokong Mat taib bukan bererti sabotaj kepada Muhyiddin kerana itu pilihan yang dibenarkan.
Dalam UMNO kalau ramai kitul,mendeliar macam parpukari - UMNO akan lingkup.
Tuan, salam.
I particularly like the Franz Beckenbauer-John Terry metaphor you gave during the Awani interview (can't help it since I was a sports journo), we need more Beckenbauers in Umno without forgetting the Terrys. Well done!
Post a Comment